10
Sejak hari aku cari gaduh dengan si Airil
tu.Alah yang aku saja-saja langgar dia sampai basah kasut dia sebab tergelecek
masuk dalam takungan air hujan.Dia dah lain!Lain macam mana?Macam ni..
"Hoi Airil!Kau pergi antar laporan pelajar
ni kat ketua pengawas form five.Aku malaslah nak jalan kaki gi bangunan
tingkatan lima.."arahku sambil menyerahkan laporan pelajar tingkatan satu
kepada Airil.Yang membuatkan aku pelik dia tak membantah malah menyoal aku
kembali dengan suara yang lembut.
"Ok!Bagi kat abang Hafiz ke dekat akak
Fiza?"soalnya setelah menyambut huluranku.
"Erkk..Bagi kat abang Hafizlah.Kan aku
cakap bagi kat ketua pengawas form five bukan bagi kat kak Fiza yang jadi
penolong ketua pengawas form five.."kataku seakan-akan ingin mencari
gaduh.Aku bukan apa.Aku tak puas hati sebenarnya plus pelik sebab selalunya
bila aku suruh dia buat something yang melibatkan tugas dia juga selaku ketua
pengawas form one mesti dia tolak punya.Dahlah tolak secara kasar pula
tu.Sampai bergaduh kiteorang dibuatnya.Ni tak..
"Ok!Aku gi antar sekarang.Tepi
sikit?"Airil mengibas-gibas tangannya supaya aku ketepi untuk memberi
laluan kepadanya.Aku pun ketepilah.Lepas tu Airil pun berlalu.
"Oii Ira!"sergahan seseorang membuat
aku terlatah.Aduhai!
"Opocot!Kau kenape.."Bila terlatah
mulalah terkeluar soalan dalam hati.Hish.
"Haha..Kau nikan Ira.Tak habis-habis
melatah.Haila..Dah tu apa yang kenapenya..?"Hana menyoal dengan tawa yang
masih bersisa.Hish minah sorang nikan.Memanglah!
"Kau nikan Hana!Geram betul aku ngan kau
ni.Macam mana nak habisnya melatah aku kalau kau asyik sergah aku.Lain kali
ringan-ringankan mulut bagi salam ni tak oii..oii.Mana aku tak melatah mak cik
oii.Ish!"Geram betul aku.Kalau bagi salam takda lah aku melatah cam gini.
"Haha..Yelah..yelah.Tapi sebelum tu meh
kita duk tempat kita dulunya cik Ira?Ke kau nak berdiri je kat meja Airil
ni,tunggu jejaka tampan kau si Airil tu balik?Yelah..kau kan nak jadi isteri
mithali..kenalah sambut suami tersayang pulang ye dok?haha.."ujar Hana
sambil memimpin aku kemeja kami yang sebelah meja Airil je.Dua langkah dah
sampai.
"Hish!Bila masa pulak aku kahwin ngan si
Airil tu.Suami isterilah sangat.Aku hempuk jugak ngan batang penyapu ketgi.Yang
kau ni pun satu,gi pimpin aku apasal?Macamlah aku dah tua,tak leh jalan
sendiri.."marahku pada Hana setelah kami duduk dikerusi kami.Budak sekelas
sedang berborak sesama sendiri,maklumlah cikgu MC.Cikgu ganti pula tak ada.Suka
sangatlah.Termasuk aku.hehe.
"Haha..Yelah kau memang dah tua,sampai tak
boleh nak pusing semula ketempat duduk kau,sebab tu aku kena jemput dan pimpin
kau kemeja kita."jawab Hana sambil memenggang perutnya yang senak sebab
ketawa sejak tadi.Aku juga yang jadi bahang ketawa dia.Hish!Betullah kata Hana
hari tu,Aku ni penghibur diorang.Haih..tengok dari tadi tak habis-habis ketawa.
"Kau ada nampak tak penyapu kat belakang
tu?"tanyaku sambil menghalakan jari ke arah penyapu yang terletak di pintu
belakang.
"Nampak..so?"Hana membuat muka toya
dia.Haish sakit hati betul.
"Sebelum penyapu tu melayang atas kepala
kau.Baik kau berhenti ketawa sekarang?Aku hempuk kau betul-betul
ketgi.."ugutku sambil berdiri.Saja mengacah macam nak hempuk Hana
betul-betul.
"Ok!Ok!Aku tak ketawa dah.Stop!'Hana
membuat gaya mengezip mulutnya tanda tak akan ketawa lagi.
"Tau takut.."ujarku setelah aku
kembali duduk.
"Assalammualaikum.."tegur Kyra setelah
sekembalinya dia dan Zara dari tandas.Diorang mula mengambil tempat didepan aku
dan Hana merangkap tempat duduk diorang dalam kelas.
"Waalaikummusalam.."jawab aku dan Hana
serentak.Aku sempat menjeling Hana.Hana mencebik.Pahamlah dia yang aku
memerlinya pasal tadi.
"Hah..dah lega lepas hajat?"soal Hana
dengan mimik nakalnya.Aku tergelak kecik.Zara dan Kyra mencebik.
"Huh..Dah."Jawab diorang senada.
"Hah..Apa yang korang duk borak dari
tadi?Rancak je aku tengok."Soal Kyra yang terkenal dengan sifat ingin
tahunya.
"Tak da pe.."jawabku sepantas kilat
setelah melihat Hana seperti ingin membuka cerita pasal tadi.
"Yeke?Tak percayalah.."ujar Kyra
sambil menompang dagu.
"Yelah..Eh aku nak tanya satu soalan
ni?"kataku menukar topik.Lagipun memang dari tadi aku nak tanya Hana soal
ni.
"Apa?"soal mereka serentak.
"Macam ni..korang perasan tak?Sejak
akhir-akhir ni,Airil dah lainlah.."kataku memulakan buah bicara.Diorang
berfikir sebentar sambil mengetuk-getuk dahi.Macam-macam diorang ni.
"A.ah kan.Aku pun perasan jugak,dia dah tak
cari pasal ngan kau kan?Dia jadi budak baikkan?"Aku mengiakan kata-kata
Kyra dengan mengangguk-anggukkan kepala.
"Ooo..pasal tulah kau melatah 'kau kenape'
tadi.Kau tertanya-tanya dalam hati kau erk?"soal Hana pula.Aku turut
menganggukkan kepala.
"Cop..cop..melatah, apa ni?"Soal Zara
yang kebingungan.Kyra juga.Hana senyum senget.
"Alah tak de pelah.Akukan memang biasa
melatah.Hana pulak tukang buat aku melatah.Macam tak tau..so apa kata kau
Zara?"kataku selamba.Hana mencebik.Kyra dan Zara tergelak kecil.
"Lah..oklah tu dia berubah.Takdalah kau
tambah dosa menyumpah seranah dia.."ujar Zara dengan sengihan.Hana dan
Kyra turut menyenggih.
"Amboi ayat..sentap cik Ira,tau
tak.."kataku ala-ala maknyah gitu.Diorang apa lagi gelak terkekek-kekeklah.
"Alah Ira,Airil tu memang baik apa..Cuma
dengan kau je dia jahat sikit.."ujar Zara setelah tawanya reda.
"Hmm..Betul jugakkan,dengan aku je dia
jahat sikit..sikitlah sangat.."ujarku dengan muka toya.
"Alah..oklah tu.Mungkin dia dah berubah.Kan
bagus?tak gitu Ira?"soal Hana sambil menepuk bahuku.
"Yelah perhijrahan menjadi lebih baik
memang bagus.Cuma aku rasa kosong sebab tak da orang nak jadi mangsa aku.Bosan
tau tak?"akhirnya aku luahkan juga apa yang terbuku dihati.
"Alah..lama-lama biasalah tu atau kau gi
cari mangsa baru ja.Zayyan pun dah tak cari pasal dengan aku dah.Tenang hidup
aku.."ujar Zara.Ye Zayyan kawan Airil selalu cari pasal dengan Kyra
manakala Zaheen cari pasal dengan Zara dan Am pula cari pasal dengan Hana.Airil
and the geng ni memang bagus betul!Cari pasal dengan kiteorang saja pula
tu.Dengan orang lain baik je.Dengan kiteorang hmm.Hampeh!
"Ke dia marah pasal lopak air hujan ari
tu?"soalku lagi kerana tak puas hati dengan semua andaian diorang.
"Hmm..yang tu aku tak pasti.."Jawab
Hana.Zara mengangkat kedua-dua belah tangan tanda tidak tahu manakala Kyra
menggelengkan kepala.
Akhirnya kelibat Airil kembali menjegah
penglihatan.Dia baru balik dari menghantar laporan.Akhirnya perbualan kami
tamat disitu saja.