Home Novel Umum Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Wan Nur Aira
27/3/2014 00:58:11
24,898
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 4

     4
"Arghh..penatnya.."mengeluhku perlahan sambil berbaring diatas katil.'hmm..bestnya dapat baring macam ni..empuknya katil ni..lena lah aku tido malam ni..hehe'monologku didalam hati.

Selepas selesai pendaftaran dan segala urusan termasuk kemasukan asrama,aku dan keluargaku bergerak kebilik yang menempatkan aku dan tiga lagi sahabatku.Seorang yang aku kenali,siapa lagi..lain dan tak bukan,Hanalah.Yang lagi dua,aku tak tahu siapa kerana mereka masih belum ditemui,haha macam mereka kena culik pula..sebenarnya aku maksudkan bahawa mereka belum masuk dalam bilik ni so tak kenallah,senang cerita..hehe.

"woi ira..sedap kau landingnya..ni sape nak kemas baju-baju kau ni..kiteowng nak balik dah ni.. satgi mulalah merengek cam dak kecik..'ma..abah..tolong akak,akak tak reti kemas baju..akak nak balik.."kata angahku iaitu Wan Faizul..eee geramnya..paling mengeramkan,angahku mengajuk caraku bercakap..huh..semua yang berada dalam bilikku hanya ketawa melihat gelagat kami berdua.opps..malunya..aku landing punyalah sedap sampai tak perasan yang keluarga Hana pun ada dekat dalam bilik ni..aduh..mana nak sorok muka ni..dalam selimut boleh tak?..hehe..aku ingatkan keluarga aku dah balik dah..rupanya ada lagi..haha..teruk punya anak..

"ira oii...aduh budak ni..kalau tak mengelamung tak sah.."alongku pulak yang bersuara..ish along dengan angah ni sama saja..suka sangat kacau daun..aku baru ja tersasar sikit dah serang hendap..hish..

"alah..bukan owng yang nak mengelamung tapi kepala ni sibuk menerawang kelain.."kataku sambil tersengih..

"banyaklah kau ira..cakap ngan kau sampai esok tak habis..baik kau tolong ma masukkan baju kau dalam almari tu.."kata alongku lagi..kerana aku ni seorang anak yang baik plus rajin,jadi aku turutkan saja..hehe..'angkat bakul sendiri,kaukan'..monologku sendiri..baru saja aku melangkah menuju kearah mama tersayang..pintu bilik diketuk dari luar dan salam dihulur.Semua mata memandang kearah pintu dan salam dijawab.

"Ni bilik Orkidkan?.."tanya seorang gadis yang ayu bertudung.

"Ya..ni bilik Orkid..penghuni bilik ni juga ke?"Hana menjawab pertanyaan gadis itu kerana dia yang hampir dengan pintu.Bila teringat balik soalan Hana tadi buat aku geli hati'Penghuni'..hehe..takda ayat lain ke nak guna.

"A.ah..betullah tu.."jawab seorang gadis lagi yang muncul tiba-tiba disebelah gadis tadi.

"ooo..masuklah,buat macam bilik sendiri..korang dua-dua duduk bilik ni erk?"gadis-gadis tadi hanya mengangguk.

"tak yah buat macam bilik sendiri pun takpa..memang dah sah-sah bilik sendiri.."ucapku sepontan..alamak terkeluarlah pulak suara..ingatkan cakap dalam hati tadi.Semua yang berada disitu hanya memandangku dengan tajam sebelum semua meletuskan tawa..huh..lega aku...ingatkan diaorang nak serang aku tadi..kus semangat..tapikan,apa yang lawaknya sampai tergelak..tak paham aku,hmm lantaklah baik aku sambung kemas baju.

Beberapa sangat berlalu sebelum mamaku bersuara.Ma aku ni memang banyak cakap sikit,mudah mesra alamlah katakan.

"Korang ni satu kampung ke...macam dah kenal lama je gayanya.."ma aku dah mula dah bersoal jawab.Tapi betul jugak kata mama aku..diowng ni macam saling mengenali.

"A.ah satu kampung..tu yang senang nak datang sini tu..boleh konvoi..adalah jugak si Zara ni kawan..kalau tak, tak tahulah..dahlah ni pertama kali dia duk asrama..tak taulah cam mana gayanya nanti..harap-harap tak nangis nak balik sudahlah.."kata makcik yang mengaku anaknya bernama Zara.Semua tergelak mendengar celoteh panjang makcik itu yang diikuti sindiran buat anaknya.Haish makcik ni dengan mama aku boleh jadi kawan ni..orang tanya dia sepatah,dia jawab berpatah-patah.

"Itulah..Ina pun mula-mula risau jugak nak lepaskan si Kyra ni..yelah manja sikitlah katakan.."kata makcik yang sorang lagi yang membahasakan dirinya sebagai Ina.Mungkin ibu kepada Kyra.
Si gadis yang bernama Kyra itu mula menarik muncung kerana malu dengan pengakuan si ibu.Yalah kalau aku pun malu.Sekali lagi tercetus tawa didalam bilik ini.Haish senak perut aku duk gelak.

Nampaknya semakin rancaklah perbincangan pihak ibu-ibu sebilik ini.hehe.Bukan ibu ja yang terlibat,hampir semua ahli keluarga terlibat.Selesai majlis bersuai kenal sesama keluarga,Semua ahli keluarga meminta diri untuk pulang termasuk keluargaku.Kami berempat iaitu aku,Hana,Zara dan Kyra menghantar keluarga kami sampai dekat parking kereta.Sebelum ahli keluarga masing-masing bergerak kami bersalam dan berlaku drama peluk-memeluk antara ahli keluarga.
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.