Bab 6
6
"Assalammualaikum semua."salam yang dihulurkan disambut oleh kami sekelas.
"Cikgu perkenalkan diri cikgu dulu yee..lepas tu kalian pula kenalkan diri kalian..boleh?"katanya sambil tersenyum.
"Boleh cikgu.."kami menyahut serentak.
Selepas guru kelas kami iaitu puan Ariana memperkenalkan diri,kami pula yang bangun dan memperkenalkan diri.Dan kini giliran aku pula.
"Nama saya Wan Nur Fazira bt Wan Mokhtar.Panggillan mesra saya,Ira.."tak sempat aku menghabiskan sesi memperkenalkan diri dah ada tukang sampuk.Siapa lagi kalau bukan 'melaun' tu.
"Panggilan mesra konon..menyampah aku..takde orang pun yang nak bermesra ngan kau lah..Fazira konon..ingat kau tu Era Fazira ke.."ish melaun ni memang cari nahas betullah.Harap depan cikgu,kalau belakang cikgu dah lama aku tembak dia berdas-das.Dahlah perli nama yang diberi oleh mak ayah aku.Kurang asam punya melaun.Aku memandang tajam mata dia tanda marah kepadanya.Dia hanya membuat muka selamba badak dia.Aku lebih suka tengok muka badak dari muka melaun ni.Ish.
"Dah..haish...kamu ni nak cari gaduh ke apa..!!tak nampak cikgu kat depan ni..!!"hah ambik kau kan dah kena marah dengan cikgu.Padan muka!!
"Maaf cikgu saya tak buat lagi.."hahaha mulalah si 'melaun' tu nak minta maaf..tadi waktu 'melaung' tak sedar diri.Aku membuat tanda bagus terbalik kepadanya sambil menjelir lidah.Dia membulatkan matanya.Hek eleh ingat aku takutlah tu dengan mata dia.Bolok punya melaun,monologku didalam hati.
"Hah Ira..yang kamu sibuk ikut perangai dia tu kenapa..dah bagi tau apa cita-cita dan hobi kamu?"alamak Puan Ariana sudah bersuara.Zip mulut Ira!Eh bukan mulut tapi perbuatan hehe.Si melaun tu menunjukkan balik tanda bagus terbalik tu pada aku.Ish geramnya aku.Aku menjenggilkan biji mata aku.
"Wan Nur Fazira! dan kamu.."jari Puan Ariana menghala kearah aku dan melaun tu.
"Ye Cikgu.."aku dan si melaun tu menyahut serentak dalam takut-takut.
"Kamu berdua nak berdiri diluar ke..kalau nak dipersilakan..saya mengalu-alukannya..nak?"ugut Puan Ariani.
"Tak nak cikgu.."secepat mungkin kami menjawab.
"Hah Ira kamu tak jawab lagi soalan cikgu.."
"Hobi saya ialah membaca cerpen dan novel dan saya ingin menjadi seorang engineer..itu saje cikgu.."selepas itu Puan Ariana menyuruh aku duduk.
Akhirnya tamat sesi suai kenal.Kini aku tahu nama melaun tu.Sedap jugak rupanya nama dia.SEDAP JUGA..bukan sedap sangat.Tak boleh puji lebih-lebih,musuh tu.Dan nama dia ialah Tengku Muhammad Airil Zafuan bin Tengku Zafril.Huh..tengku tu nama dia,kelas bedah!.Nama aku takde tengku..eh-eh tapi nama aku ada Wan,hah kelas jugak tu..Kita kenalah berbangga dengan gelaran yang ada pada nama kita tak kiralah Tengku ke,Nik ke atau Wan sekalipun.Ceh..aku memang semua nak lebih,semua nak sama..hehe.'angkat bakul sendiri'.Dah takda orang nak puji,kenalah puji sendiri.hehe.Dan yang mengeramkan aku,cita-cita dia sama dengan aku nak jadi engineer nasib baik hobi tak sama.Kalau tak..tak tahulah aku.hehe.
Kemudian,kami memulakan pelajaran pertama kami iaitu bahasa Melayu bersama Puan Ariana,guru kelas kami.Selepas tamat waktu bahasa Melayu,waktu Matematik pula bersama guru lelaki iaitu cikgu Arif,memang yang 'arif' betul.Tegas!Selepas itu tibalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar termasuk aku.Apalagi rehatlah.Yeay!!
Dalam perjalanan ke kantin bersama tiga kawan baik aku iaitu Hana,Zara dan Kyra serta tak dilupakan rakan sekelasku yang turut serta iaitu Wana,Damia dan Dania.Lebih kurang je nama diaowang ni.Tiba-tiba..
"Hoi pompuan.."sergah seseorang dari belakangku.
"Opocot pocot.."aduh,terlatah lagi.Aku ni dahlah kuat melatah kalau terkejut.Malu betullah!Dapat aku dengari gelak tawa dari belakangku.Ish siapa yang tak guna ni.Aku berpaling dan..
"Kau..mangkuk hayun..ish beganglah aku dengan kau ni..kau kalau tak cari pasal ngan aku tak boleh ke hah?..Serabut betul.."marahku pada 'melaun' tak guna ni.Aku dah lah lapar sekarang ni.
"haha..aduh macam mak neneklah kau ni..nenek aku pun tak melatah macam tu haha.."katanya dengan tawa yang masih bersisa.Dan beberapa rakannya yang juga merupakan rakan sekelasku turut mengetawakan aku.Huh..panas hati betul.
"Dah..jomlah korang..serabut aku ngan melaun tak guna ni.."kataku sambil berjalan ke kantin dahulu.Rakan-rakanku mengikuti aku dari belakang.
"Woi mak nenek..jalan tu hati-hati..nanti melatah lagi yee.."masih dapat ku tangkap nasihat dan sindiran daripada melaun yang tak guna tu.Aku buat derk je dan berjalan menonong kedepan tanpa menghiraukan apa-apa.Aku perlukan air sejuk sekarang,kalau tak terbakar aku dekat sini satgi.
Sesampainya dikantin kami bertujuh membeli makanan dan duduk dimeja yang tersedia.
"Eh Ira..apasal Airil tu cari pasal ngan ko erk?..aku tengok kau baik je.."hehe Wana puji aku tu.Sejuk sikit hati yang membara.Tiga sahabat baikku hanya mencebik.Tak puas hatilah tu.haha.
"A.ah..tulah pasal..aku baik jekan..Airil tu yang sewel,gila dan tak betul..sibuk cari pasal ngan aku.."sempat aku menaikkan market aku.hehe.Orang puji,kita lambungkan lagi pujian tu.hehe.Hah padam muka melaun tu kena kutuk dengan aku.Biar dia tercekik waktu makan.Jahat aku kan.hehe.
"Amboi kau Ira..owng puji..kau melebih-lebih pulak erk.."Hana dah keluar suara memerlinya.Zara dan Kyra menganggukkan kepala tanda mengiakan kata-kata Hana.
"Biasa ar.."aku mendabik dada dan akhirya kami ketawa dengan terlatah aku.
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.