Home Novel Umum Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Wan Nur Aira
27/3/2014 00:58:11
24,925
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 10

10

Sejak hari aku cari gaduh dengan si Airil tu.Alah yang aku saja-saja langgar dia sampai basah kasut dia sebab tergelecek masuk dalam takungan air hujan.Dia dah lain!Lain macam mana?Macam ni..

"Hoi Airil!Kau pergi antar laporan pelajar ni kat ketua pengawas form five.Aku malaslah nak jalan kaki gi bangunan tingkatan lima.."arahku sambil menyerahkan laporan pelajar tingkatan satu kepada Airil.Yang membuatkan aku pelik dia tak membantah malah menyoal aku kembali dengan suara yang lembut.

"Ok!Bagi kat abang Hafiz ke dekat akak Fiza?"soalnya setelah menyambut huluranku.

"Erkk..Bagi kat abang Hafizlah.Kan aku cakap bagi kat ketua pengawas form five bukan bagi kat kak Fiza yang jadi penolong ketua pengawas form five.."kataku seakan-akan ingin mencari gaduh.Aku bukan apa.Aku tak puas hati sebenarnya plus pelik sebab selalunya bila aku suruh dia buat something yang melibatkan tugas dia juga selaku ketua pengawas form one mesti dia tolak punya.Dahlah tolak secara kasar pula tu.Sampai bergaduh kiteorang dibuatnya.Ni tak..

"Ok!Aku gi antar sekarang.Tepi sikit?"Airil mengibas-gibas tangannya supaya aku ketepi untuk memberi laluan kepadanya.Aku pun ketepilah.Lepas tu Airil pun berlalu.

"Oii Ira!"sergahan seseorang membuat aku terlatah.Aduhai!

"Opocot!Kau kenape.."Bila terlatah mulalah terkeluar soalan dalam hati.Hish.

"Haha..Kau nikan Ira.Tak habis-habis melatah.Haila..Dah tu apa yang kenapenya..?"Hana menyoal dengan tawa yang masih bersisa.Hish minah sorang nikan.Memanglah!

"Kau nikan Hana!Geram betul aku ngan kau ni.Macam mana nak habisnya melatah aku kalau kau asyik sergah aku.Lain kali ringan-ringankan mulut bagi salam ni tak oii..oii.Mana aku tak melatah mak cik oii.Ish!"Geram betul aku.Kalau bagi salam takda lah aku melatah cam gini.

"Haha..Yelah..yelah.Tapi sebelum tu meh kita duk tempat kita dulunya cik Ira?Ke kau nak berdiri je kat meja Airil ni,tunggu jejaka tampan kau si Airil tu balik?Yelah..kau kan nak jadi isteri mithali..kenalah sambut suami tersayang pulang ye dok?haha.."ujar Hana sambil memimpin aku kemeja kami yang sebelah meja Airil je.Dua langkah dah sampai.

"Hish!Bila masa pulak aku kahwin ngan si Airil tu.Suami isterilah sangat.Aku hempuk jugak ngan batang penyapu ketgi.Yang kau ni pun satu,gi pimpin aku apasal?Macamlah aku dah tua,tak leh jalan sendiri.."marahku pada Hana setelah kami duduk dikerusi kami.Budak sekelas sedang berborak sesama sendiri,maklumlah cikgu MC.Cikgu ganti pula tak ada.Suka sangatlah.Termasuk aku.hehe.

"Haha..Yelah kau memang dah tua,sampai tak boleh nak pusing semula ketempat duduk kau,sebab tu aku kena jemput dan pimpin kau kemeja kita."jawab Hana sambil memenggang perutnya yang senak sebab ketawa sejak tadi.Aku juga yang jadi bahang ketawa dia.Hish!Betullah kata Hana hari tu,Aku ni penghibur diorang.Haih..tengok dari tadi tak habis-habis ketawa.

"Kau ada nampak tak penyapu kat belakang tu?"tanyaku sambil menghalakan jari ke arah penyapu yang terletak di pintu belakang.

"Nampak..so?"Hana membuat muka toya dia.Haish sakit hati betul.

"Sebelum penyapu tu melayang atas kepala kau.Baik kau berhenti ketawa sekarang?Aku hempuk kau betul-betul ketgi.."ugutku sambil berdiri.Saja mengacah macam nak hempuk Hana betul-betul.

"Ok!Ok!Aku tak ketawa dah.Stop!'Hana membuat gaya mengezip mulutnya tanda tak akan ketawa lagi.

"Tau takut.."ujarku setelah aku kembali duduk.

"Assalammualaikum.."tegur Kyra setelah sekembalinya dia dan Zara dari tandas.Diorang mula mengambil tempat didepan aku dan Hana merangkap tempat duduk diorang dalam kelas.

"Waalaikummusalam.."jawab aku dan Hana serentak.Aku sempat menjeling Hana.Hana mencebik.Pahamlah dia yang aku memerlinya pasal tadi.

"Hah..dah lega lepas hajat?"soal Hana dengan mimik nakalnya.Aku tergelak kecik.Zara dan Kyra mencebik.

"Huh..Dah."Jawab diorang senada.

"Hah..Apa yang korang duk borak dari tadi?Rancak je aku tengok."Soal Kyra yang terkenal dengan sifat ingin tahunya.

"Tak da pe.."jawabku sepantas kilat setelah melihat Hana seperti ingin membuka cerita pasal tadi.

"Yeke?Tak percayalah.."ujar Kyra sambil menompang dagu.

"Yelah..Eh aku nak tanya satu soalan ni?"kataku menukar topik.Lagipun memang dari tadi aku nak tanya Hana soal ni.

"Apa?"soal mereka serentak.

"Macam ni..korang perasan tak?Sejak akhir-akhir ni,Airil dah lainlah.."kataku memulakan buah bicara.Diorang berfikir sebentar sambil mengetuk-getuk dahi.Macam-macam diorang ni.

"A.ah kan.Aku pun perasan jugak,dia dah tak cari pasal ngan kau kan?Dia jadi budak baikkan?"Aku mengiakan kata-kata Kyra dengan mengangguk-anggukkan kepala.

"Ooo..pasal tulah kau melatah 'kau kenape' tadi.Kau tertanya-tanya dalam hati kau erk?"soal Hana pula.Aku turut menganggukkan kepala.

"Cop..cop..melatah, apa ni?"Soal Zara yang kebingungan.Kyra juga.Hana senyum senget.

"Alah tak de pelah.Akukan memang biasa melatah.Hana pulak tukang buat aku melatah.Macam tak tau..so apa kata kau Zara?"kataku selamba.Hana mencebik.Kyra dan Zara tergelak kecil.

"Lah..oklah tu dia berubah.Takdalah kau tambah dosa menyumpah seranah dia.."ujar Zara dengan sengihan.Hana dan Kyra turut menyenggih.

"Amboi ayat..sentap cik Ira,tau tak.."kataku ala-ala maknyah gitu.Diorang apa lagi gelak terkekek-kekeklah.

"Alah Ira,Airil tu memang baik apa..Cuma dengan kau je dia jahat sikit.."ujar Zara setelah tawanya reda.

"Hmm..Betul jugakkan,dengan aku je dia jahat sikit..sikitlah sangat.."ujarku dengan muka toya.

"Alah..oklah tu.Mungkin dia dah berubah.Kan bagus?tak gitu Ira?"soal Hana sambil menepuk bahuku.

"Yelah perhijrahan menjadi lebih baik memang bagus.Cuma aku rasa kosong sebab tak da orang nak jadi mangsa aku.Bosan tau tak?"akhirnya aku luahkan juga apa yang terbuku dihati.

"Alah..lama-lama biasalah tu atau kau gi cari mangsa baru ja.Zayyan pun dah tak cari pasal dengan aku dah.Tenang hidup aku.."ujar Zara.Ye Zayyan kawan Airil selalu cari pasal dengan Kyra manakala Zaheen cari pasal dengan Zara dan Am pula cari pasal dengan Hana.Airil and the geng ni memang bagus betul!Cari pasal dengan kiteorang saja pula tu.Dengan orang lain baik je.Dengan kiteorang hmm.Hampeh!

"Ke dia marah pasal lopak air hujan ari tu?"soalku lagi kerana tak puas hati dengan semua andaian diorang.

"Hmm..yang tu aku tak pasti.."Jawab Hana.Zara mengangkat kedua-dua belah tangan tanda tidak tahu manakala Kyra menggelengkan kepala.

Akhirnya kelibat Airil kembali menjegah penglihatan.Dia baru balik dari menghantar laporan.Akhirnya perbualan kami tamat disitu saja.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.