Home Novel Umum Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Wan Nur Aira
27/3/2014 00:58:11
24,925
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 11

11

Pada suatu petang yang redup.Aku,Hana,Zara dan Kyra sedang duduk beristirehat di pondok berhampiran kolam ikan yang terdapat dalam kawasan sekolah kami.Kami sedang melepak sambil membaca novel.Masing-masing kusyuk dengan novel ditangan.Sampai tak sedar ada 'lembaga'sedang menghampiri.

"Assalammualaikum..boleh kiteorang tumpang duduk kat sini?"tegur satu suara mengejutkan aku dan yang lain.Kami gadis berempat terlatah serentak.Hmm sebenarnya Hana,Zara dan Kyra pun kaki latah jugak sebenarnya bukan aku sorang je.

"Opocot-pocot!!"Aku terlatah sampai tercampak novel aku.Aduh habis rosak buku novel yang baru aku beli dekat kedai buku dalam kawasan sekolah.Dekat dalam sekolah kiteorang ni ada satu kedai buku yang menjual bukulah termasuk novel.Hana pula tertepuk peha Zara yang duduk bersebelahan dengannya sehingga Zara terketuk kepala Kyra yang duduk ditepinya dengan buku novelnya.Dan hal itu menyebabkan Kyra turut terlatah.Aku yang duduk ditepi Hana nak tergelak rasanya.

"Hahaha..aduh senak perut aku.."ujar satu suara 'lembaga'.

"Tulah pasal..kelakar betul..Hahaha.."suara 'lembaga' lain pula menjawab.

Aku dan kawan-kawan aku dah merah menyala muka sebab malu dan marah!.Malu sebab terlatah sampai macam ni sekali.Marah sebab 'malaun' and the geng dah buat kiteorang melatah.Suara 'lembaga' tadi tu adalah suara Airil dan diikuti suara Am.Ish.

"Woii..korang ni,tak boleh tengok kiteorang senang ke hah?Geram betul aku.."ujar Kyra dengan lantangnya.Macam mana dia tak marah.Dahlah sakit kepala dia kena ketuk dengan Zara.Kuat pula tu.Zara apa lagi kelam kabut minta maaflah.

"Entah..tak pasal-pasal renyuk novel aku.Bengang betullah!"ujarku pula sambil tangat ligat membetulkan novelku yang sudah renyuk sedikit.

"Hahaha..aku tak boleh tahanlah..kau lah Am cakap..hahaha.."ujar Airil sambil tangan memenggang perut yang senak.Manakala Zaheen lagi teruk gelak sampai terduduk atas rumput.

"Hahaha..aku pun nak tergelak lagi ni..lawak betullah.."ujar Am pula yang masih ketawa.

Kami berempat apa lagi?Angkat kakilah membawa hati yang penuh geram dan malu!Biarkan saja malaun and the geng ni gelak terbahak-bahak dekat sini macam orang gila.Baru je kaki ingin menyarung selipar dan melangkah turun dari pondok.Malaun and the geng telah menghalang jalan kami.Diorang memagar kami sehingga tiada ruang untuk kami melepaskan diri.

"Ok..ok..aku stop ketawa..sowy?"ujar Airil disertai dengan maaf.

"Kami juga.Maaf?"ujar Am,Zaheen dan Zayyan serentak dengan tawa yang masih bersisa.

"Korang nak apa hah?Tepilah.."ujarku dengan kasar.

"No..no..no..korang tak maafkan kiteowang lagi.."ujar Airil sambil melentokkan jari telunjuknya kiri, kanan dan kiri balik.

"Ok!Kiteorang maafkan.Sekarang...Tepi!"ujar Hana dengan bengangnya.

"Opp Hana darling..Korang tak jawab lagi salam kiteorang."Am pula bersuara siap panggil Hana darling.Aku,Kyra dan Zara dah terbuntang biji mata manakala Hana buat muka geli 'euww'.

"Ok..Fine!Waalaikummusalam w.bt.Sekarang tepi boleh tak?"Soal Zara pula dengan garangnya.

"Zara..Zara..Zara..Jawab salam tu biarlah ikhlas honey.."kata-kata Zaheen yang lembut dengan memanggil Zara 'honey' buat aku rasa nak pengsan.Hana dan Kyra dah beku diposisi masing-masing manakala Zara dah buat muka 'Apakah ini?'haha.

"Erkk..korang..nak..apa ni?"ujar Kyra lambat-lambat mungkin takut keluar gelaran yang boleh buat dia mati kejung dekat sini.

"Hah..Macam nilah bagus.Lembut je tutur katanya.Nilah sweetie Zayyan.Betul tak Kyra?"soalan Zayyan tu tak mampu dijawab oleh Kyra kerana mulutnya dah melopong dengan panggilan 'sweetie' Zayyan tu.Aku rasa diorang ni demam panas or dah tak betul.

"Cop..cop..korang ni tak sihat ke?Aku rasa baik korang gi bilik rawatan sekarang.Korang perlukan rawatan dengan segera."kataku bersungguh-sungguh.Hana,Zara dan Kyra dan angguk kepala laju-laju mengiakan kata-kataku.

"Ira sayang..Kiteorang sihatlah.Sayang jangan risau erk.."kata-kata Airil mengejutkan aku dan menyebabkan tiga sahabat baik aku menoleh dengan riak yang terkejut kearah aku yang hampir dengan Airil.Sekarang aku dan sahabat baik aku sedang duduk sebaris ditepi pondok manakala Airil and the geng berdiri dihadapan kami sebaris.Aku duduk paling hujung.

"Euww..gelinya.Loya tekak aku.Kau dah kenapa?"ujarku sambil menyenget ketepi sedikit agar jauh dari Airil.Dan perlakuanku itu menyebabkan semua sahabat baikku tersenget sebab aku yang paling hujung.

"Kenapa..apa sayang?Abang ok jelah sayang...Sayang risau ke?Jangan risaulah sayang..ok.."Airil berkata sambil mendekatkan wajahnya dengan wajahku.

"Euww!Ma..tolong akak..Cabut!"selepas itu aku cepat-cepat menarik tangan Hana manakala Hana menarik tangan Zara dan Zara menarik tangan Kyra.Kyra tarik angin jelah,nak tarik siapa lagi.Kiteorang pun rempuh jelah badan malaun and the geng yang menghalang jalan kiteorang.Lepastu pecutlah sampai asrama perempuan.Gila Seram!

*****************************************

"Perghh gila menakutkan diorang petang tadi.Apasal ngan diorang tu yee?"soal Zara sambil landing punya sedap dekat atas katil.Katil Zara depan katil aku manakala katil Hana sebelah katil aku dan katil Kyra depan katil Hana merangkap tepi katil Zaralah.Katil Hana dan Kyra bersebelahan pintu.

Sekarang dah pukul 10 malam.Esok hari ahad so cuti so tidur lambatlah kiteorang.Kiteorang tengah berbaring terlentang dekat atas katil masing-masing sambil berpandangan sesama sendiri.Tengah bermesyuarat pasal malaun and the geng yang gila tiba-tiba petang tadi.Jangan gila sampai bila-bila sudah.Astaghefirullahalazim!

"Entahlah..tapi memang menyeramkan..takutlah pulak nak berdepan ngan diowang ari isnin nanti.."ujar Hana dengan mimik muka takutnya.

"Tulah..ke diorang suka kita.Sebab tu berubah tu.."andaian Kyra itu menyebabkan Hana dan Zara yang berbaring tadi terduduk tegap.

"Oh no..no..no.It will not happen."Sepantas kilat Hana menindakkan.Takut benar dia jika itu terjadi.

"Kenapanya?Apa salahnya?"Kyra dengan lurusnya bertanya.

"Ish..taknak aku..musuh..musuh jelah..apasal nak jadi cinta pulaknya.."Zara menjawab soalan Kyra walaupun tidak secara detail.

"Tapi..jika Allah mengizinkan ia terjadi maka terjadilah..dalam al-quran pun ada menyatakan.Musuh boleh bertukar menjadi kekasih dan sebaliknya.Kau lupa apa yang Ira katakan dulu.."wow Kyra bila dah blur,blur teramat.Bila dah pandai,pandai yang amat.

"Yee..tu aku tau.Tapi entahlah..aku tak boleh bayangkan..You know what I mean.."ujar Zara dengan muka gelisahnya.

"Woii Ira.."

"Aduh!kau pehal Hana?Kau nak bagi renyuk novel aku sekali lagi ke.."soalku geram.Orang tengah sedap-sedap landing sambil baca novel dia boleh pulak baling bantal dekat aku.Habis novel aku!Aku pun baling baliklah bantal tu tapi Hana lebih tangkas menangkapnya.Maklumlah pemain bola jaring sekolahlah dulu.Ada kena mengena ke?Entah..

"Pehal kau tanya.Kiteorang tengah berbincang ni,kau tak dengar ke?"ujar Hana yang turut geram denganku.

"Bincang menda gok..Bukan berfaedah pun.."ambik kau.Aku pantang betul orang kacau aku baca novel.Dahlah tak banyak masa.

"Bukan berfaedah kau kata.Habis tu,baca novel tu berfaedah sangatlah..Tak berfaedah judak.Kau tu,tak habis-habis dengan novel dari tadi.."ujar Hana yang dah bengang gila dengan aku.Zara dan Kyra senyap je memerhati.

"Macam mana nak habis kalau dari tadi kau asyik kacau aku je.."ni yang aku nak mula perang ni!

'Pukk'

"Kau ni pehal?Hah?"Ish geram betul aku.Hana pergi baling bantal tepat-tepat atas muka aku.Sakit betul.Dahlah kuat.

"Padan muka kau!Hah bacalah novel kau tu.Aku tak kacau dah lepas ni."Aduh Hana dah tarik bantal tutup muka tanda merajuk.Aku pandang Zara dan Kyra minta pertolongan,aku bukan sengaja nak marah Hana.Tapi hampeh,dua mangkuk hayung tu bukan nak menolong pun malah dibuatnya gaya 'Ayoyo tak tau' bengang betul aku.Aku pun mulakanlah misi memujuk.Perlahan-lahan aku bergerak kekatil Hana.

"Ehem.."sakit tekaklah pulak aku rasa.hehe.Aku memandang Zara dan Kyra yang baru saja duduk diatas katil Hana.Diorang buat tumb up dekat aku.Menandakan semoga berjaya.

"Hana.."kataku sambil menarik bantal yang menutupi wajah Hana tapi tak terdaya sebab Hana pegang kemas bantal tu.

"Hana..owang mintak maaf.Owang tak sengaja.Owang bukan apa,owang takut tak sempat nak khatam novel tu.Nanti sekolah nak kena tumpukan pada belajar.So paham-pahamlah."ujarku lagi separuh merayu.Aku macam nilah bila memujuk je mesti guna 'orang' bukan aku.

"Hana..janganlah macam ni, maafnya?"ujarku lagi setelah tiada tindak balas daripada Hana.

"Betul tu Hana,maafkanlah Ira.Dia tak sengaja.Macam tak tau,Ira kan hantu novel.Hana.."Zara cuba menolongku tapi Hana tetap tak memberi respon.

"Hana.."Kyra bersuara sambil menarik bantal yang menutup muka Hana dan..

"Whattt.."terjerit kecil aku,Zara dan Kyra.

*****************

Esoknya...

"Hana!!!"terus aku terjah Hana setelah kelibat Hana kelihatan.Hana baru saja selesai mandi dan sedang menuju ke almarinya untuk menyimpan barang mandiannya.Zara dan Kyra yang dah siap mandi awal tadi turut sama mengikut aku terjah Hana.

"Apa kau ni?Pagi-pagi dah memekik.Nanti kena marah dengan seniorlah."kata Hana sambil menuju ke katilnya untuk dikemas.

"Macam mana aku tak memekik.Aku ingatkan kau merajuk semalam tapi rupa-rupanya kau tido!Berdengkur pulak tu.Tak guna punya kawan."Geram betul aku dengan Hana ni.Punyalah macam-macam ayat aku keluarkan untuk pujuk dia sampai Zara dan Kyra pun terlibat tapi dia?Sedap-sedap tido sampai berdengkur!

"Alah..mula-mula tu memanglah aku merajuk.Dah lama sangat kau pujuk and aku mengantuk sangat sebab seharian menghadap novel so mata ni penat.Apalagi aku tido jelah.Sowylah yee..Haha.."ujar Hana dengan muka tak bersalahnya.Aku nak berasap dah ni.Ish.

"Ish kau nikan selamba badak je menjawab.Aku sakit ati tau tak.Penat je aku pujuk.Kau pulak sedap-sedap tido"Aku berkata sambil duduk dibirai katil Hana yang siap dikemas.

"Entah..dahlah tido tak ajak..kau ingat kau sorang je penat."Zara pun tak puas hati.

"Betul tu.."Kyra turut mengiakan.

"So korang nak marahlah ni?"soalan Hana itu membuatkan kami bertiga mengangguk sepantas kilat.

"Ok fine.Marahlah..Aku ngajuk nanti..nak?"ugutan Hana berjaya buat kami tak jadi marah.

"Ok..ok.Aku tak marah.Promise."ujarku cepat-cepat.Ish bahaya.

"Betul..betul..betul.."ujar Zara dan Kyra serentak lagat upin dan ipin.

"Hahaha..lawak betullah..hahaha"Hmm Hana.Memang!Pantang!

Aku,Zara dan Kyra apalagi?Angkat kaki keluar biliklah.Sakit hati dengan Hana yang ketawa tak habis-habis tu.Hana pun terkocoh-kocohlah mengejar langkah kiteorang.Padan muka!Haish ni lah dikatakan sahabat.Ada tawa dan duka.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.