Home Novel Umum Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Wan Nur Aira
27/3/2014 00:58:11
24,912
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 5
5
Akhirnya,masa untuk masuk kekelas.yeah!!

"Huh..akhirnya tamat jugak minggu orientasi sekolah dan asrama kan..?"kata Hana sambil mengeluh.Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

"A.ah kan..penat gila minggu orientasi tu..tapi nasib baiklah akak-akak dan abang-abang kat sini baik-baik belaka kan.."Zara pula menyampuk.

"Betul tu..nasib baik tak kena buli..sporting betul dak-dak sekolah ni kan.."Kyra pula menambah perisa dalam perbualan itu.Aku?Aku hanya mengangguk dan tersenyum setiap kali mereka berkata-kata.

Sekarang kami dalam barisan mengikut kelas masing-masing dan sedang menuju kekelas yang telah ditetapkan untuk kami.Dan kebetulan yang indah kerana Hana,Zara dan Kyra juga satu kelas dengan aku.Baguskan!!Dahlah satu bilik,satu Pahang,satu kelas pulak tu.Lepas ni tak taulah satu apa lagi,jangan satu pakwe sudah.Haha.

"Oii ira!!"Sergah Zara.

"Opocot pakwe satu."Kan dah terlatah aku dekat sini.Aduh malunya habis budak perempuan depan dan belakang aku pandang aku semacam pastu gelak terbahak-bahak.Ish mangkuk hayun ni memang nak kena dengan akulah.

"Ish ko ni kan Zara tak boleh tegur elok-elok ke?haish malu tau tak..aku tumbuk jugak ketgi.."Kami berempat ni dah macam adik-beradik dah selama dua minggu ni.Tu yang aku selamba badak je cakap dengan diaorang.Badak pun tak selamba macam aku.hehe.Diaorang pun tak kisah,okay je.

"Hahaha..lawaklah Ira..nak pakwe satu..meh aku gi cari jap..jap erk.."kata Zara sambil disambut dengan gelak tawa dari dua mangkuk hayun lagi,siapa lagi Hana dan Kyralah.

"Hah..gelak-gelak..gelak sampai tercekik air liur baru tau..huh.."hah ambik kauorang.Tak pasal kena marah dengan aku.

"Alah..Ira rileklah..kau kan penghibur kiteowang..betul tak geng..?"Hana cuba memujukku.Zara dan Kyra hanya mengangguk kan kepala dan tersenyum semanis mungkin.

"Apa-apa jelah korang..aku tak sabar nak masuk kelas ni..tengok budak depan tu dah masuk dah.."kataku sambil menundingkan jari telunjuk kearah budak perempuan yang beratur dekat barisan depan sekali.Aku mempercepatkan langkahku.Tak sabarnya nak masuk kelas.Dalam kepala aku dah macam-macam soalan yang terlintas.Cantik tak kelas aku?Guru kelas aku garang tak?Macam-macamlah.Tapi kalau tengok kawasan sekolah memang cantiklah.Bersih dan berseri-seri saja.

"Ish..kau ni Ira dari dalam dewan lagi..kelas..kelas..kelas yang keluar dari mulut kau..mengalahkan budak lima tahun yang nak masuk tadika.."Ambik kau Ira...kan dah kena dengan Hana.Aku hanya tersenggih mendengar bebelan Hana itu.

"Wow cantiknya kelas ni Hana..Gilalah aku tak pernah bayangkan ada kelas cam ni.."kataku teruja setelah memasuki kelas kami berempat.Meja dan kerusi didalam kelas kami kayu yang berwarna coklat.Warna dinding kelas pulak macam dekat tadika je aku rasa.Ada lukisan sebuah perkampungan pada dinding kelas itu.Ceria betul kelas ni.Dibelakang kelas pula ada 32 lokeryang mewakili 32 pelajaryang bertindih,16 diatas,16 dibawah,untuk kami mengisi buku-buku kami.Yeay!!lepas ni tak berat dah beg aku.

"Woi..Ira..aku tahulah kau terpesona ngan kelas ni tapi agak-agaklah..janganlah sampai berdiri kaku kat depan pintu kelas tu..orang nak masuk tu.."sergahan dari Hana mengejutkan aku dari lamunan.

"Erk..maaf-maaf.."kataku sambil menunduk sedikit kepala tanda maaf kerana menghalang jalan rakan sekelasku yang lain.Huh..rupa-rupanya Hana dah tanda tempat duduk.

"Haish kau ni Ira dari tadi duk termenung."bebel Hana lagi.

"Sorrylah Hana..btw thanks sebab jaga tempat aku..pandai kau pilih tempat duduk.."pujiku ikhlas.Hana apa lagi,mendabik dadalah dia.Aku hanya mencebik dan Hana tergelak kecil.

Aku duduk dibarisan kedua baris tengah.Aku duduk dikanan Hana.Meja di barisan tengah hanya ada dua meja.Manakala Zara duduk dihadapan aku dan Kyra duduk dihadapan Hana yang juga merupakan barisan paling depan.

"Hai saya Damia panggil Mia je..awak?"tiba-tiba muncul seorang gadis di tepi meja Hana.Aku berpaling kearahnya.Comel orangnya,kulit putih kemerah-merahan.Kalau budak laki tengok boleh jatuh cinta ni.Dari pemerhatian aku lah budak kelas aku ni hensem dan cantik-cantik belaka.

"Ooo..Hai..saya Hana dan ni Ira.."Hana menjawab salam perkenalan yang dihulurkan.Selepas itu bermulalah sesi berkenalan dengan rakan sekelas sementara menunggu guru kelas masuk.Sporting jugak rakan-rakan sekelas aku ni.Tiada yang sombong.Bagus!!Dan semestinya aku benci orang yang sombong-mombong sundal bolong ni.Kita ni sebagai manusia kenalah saling bertegur sapa dan janganlah bersifat sombong kerana Allah murka dengan orang yang bersifat begini.

"Assalammualaikum.."salam yang dihulur dimuka pintu disambut oleh kami satu kelas.Aku pun berpaling kearah pintu dan..

"Kau.."serentak aku dan mamat yang berada dimuka pintu itu bersuara.Rakan-rakan sekelas dah mula saling pandang-memandang.Peliklah tu.Hanya Hana,Zara dan Kyra yang mengetahui kisahku dengan 'malaun' ni.

"Eh minah.. apa kau buat kat sini hah.."malaun tu bersuara lagi.Amboi sesedap mulut panggil aku minah.Nama aku punyalah sedap.Ish.

"Dah ni kelas aku..memang layak pun aku ada kat sini..kau tu mamat tak guna buat apa kat sini.."ambik kau.

"Ish kau ni kan.."belum sempat malaun tu nak membalas kata-kataku.Seorang guru wanita mula melangkah masuk kedalam kelas.Dan melaun and the geng cepat-cepat mencari tempat kosong untuk diduduki.OMG..malaun tu duduk sebelah aku.Satu barisan dengan aku.Walaupun ada jarak yang memisahkan,aku tetap TAK SUKA.Ish.
Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.