9
"Assalammualaikum..cik Ira oii.Kalau nak
usha anak teruna orang pun agak-agaklah.."Suara Zara berjaya
mengalihkan pandangan mata aku yang sejak tadi tertumpu pada 'orang' itu.
"Usha anak teruna orang?Apa yang kau
merepek ni.."Aku bertanya dengan kerutan didahi.
"Amboi Ira..sampai tak ingat nak jawab
salam ke?Dosa tau.."Suara Kyra pula menyindir.
"Entah kau ni Ira.Dahlah dari tadi duk usha
mamat tu.Kau ingat kalau kau tenung dia sampai tembus badan dia tu.Dia akan
suka kat kau ke?Belum tentu tau.."Bebelan panjang lebar daripada Hana itu
berjaya buat aku terlopong.Serius aku tak paham.Apa ini?
"Cop..cop.Ape yang korang merepek ni?Dari
tadi anak terunalah,sekarang mamat pulak.Mamat mana pulak ni?Sejak bila
pulak aku ni gedik nak usha anak orang bagai..cer cakap sikit..by the way
waalaikummusalam w.b.t.."huh..apalah diorang ni.Aku ni bukanlah jenis yang
tak tahu malu sampai nak mengusha anak teruna orang.
"Dah tu dari tadi kau duk pandang mamat
tu,apasal?"Hana bertanya sambil menghalakan jari telunjuknya kearah Airil
yang sedang berborak dengan gengnya di pintu kelas.
"Betul tu Ira.Kau tenung dia macam esok
lusa dia dah takde je.."mulut celupar Zara dah keluar dah.
"Woi..kau nikan Zara,mulut tu jaga sikit
boleh tak.Kalau dia betul-betul takde cam ne.."kataku.
"Cam ne pe?Bukannya aku cakap dia nak
mati.Aku cakap dia takde.Contohnya dia pindah sekolah ke?Ish kau nikan
Ira,mende tu jelah kau pikir.Ke kau yang nak dia mat.."belum sempat Zara
menghabiskan ayatnya.Aku memintas.
"Woi..apa pulak cakap cam tu.Aku taknak dia
matilah.."kataku sambil memandang kearah Airil sekilas.Dia tak perasan pun
aku pandang dia.Maklumlah asyik sangat berborak dengan kawan dia.
"Psstt..wuuu..Korang dengar tak?Ira tak nak
dia matilah..Ada something wrong ke?."haish Kyra ni,suka sangat salah
sangka.
"Bukan cam tu lah Kyra.Sebagai seorang
manusia yang baik cam aku ni,Of course I do not want him to die. Even though I
hate mad at him, I do not necessarily want him to die.Ok?.."terang aku
panjang lebar.Fuh..speaking aku.
"Ceh sempat lagi naikkan market kau
tu..Baiklah sangat.Menyampah aku.."kata Hana sambil mencebik.Aku,Kyra dan
Zara ketawa kecil dengan terlatah Hana.Hana memang macam tu.
"Atau benci dan bertukar cinta
ni.."Zara bersuara setelah keadaan sunyi sebentar diantara kami.Aku
ingatkan dah tamat kisah tu.Rupa-rupanya..hmm..hampeh!
"Ape pulok doh.Benci tukor cinta bagai
ni.Kau ingat ini novel ke?Mula-mula benci pastu cinta.Aku taulah aku minat
novel tapi tak usahlah kaitkan aku dengan novel.."kan aku dah membebel.Aku
ni dahlah jenis susah nak membebel tak macam Hana membebel saja kerja dia.Hehe.
"Hek eleh..betullah cakap Zara tu..mana tau
kau dah jatuh cinta tertunggeng-tunggeng ngan Airil tu.."Kyra cuba membela
Zara.Hyperbola betul ayat si Kyra ni.
"Entah Ira..tak semestinya dalam novel je
cam tu..realiti pun ada ape?Ada novel yang berdasarkan realiti hidup dan ada
juga yang rekaan dan khayalan semata-mata.."Hana dah mula nak jadi
penyarah dah.
"Ok-ok..aku paham apa yang korang cuba
sampaikan.Dan sekarang aku pulak nak sampaikan pesanan..listen.."aku
berhenti sebentar untuk menarik nafas.
"Aku Ira, takkan jatuh cinta dengan musuh
aku ok..benci takkan bertukar cinta..paham?"sekali nafas aku bersuara.
"Ok..tapi semua tu boleh berubahkan.Mungkin
arini kau cakap tak suka,esok lusa sape tau..betul tak korang?.."Zara bersuara.Hana
dan Kyra mengangguk kepala tanda setuju dengan kenyataan Zara tu.
"Yee..betul ape kau cakap tu.Aku tak
nafikan semua tu boleh berubah.Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang
tentukan semua tu terjadi atau tak.Senang cite cam nilah..ari ni aku tak suka
dia,esok lusa biar Allah yang tentukan.Kalau Allah dah tetapkan aku jatuh cinta
dengan dia so aku terima sajalah..Dah takyah peganglah dengan kata-kata aku
tadi tu.."haish senang cerita.Tak cukup nafas dah aku ni.
"Yelah ustazah Fazira..amboi dah boleh buat
karangan dah..hehe.Ira kiteowang saje jelah uji kau.Nak tau jugak jawapan kau
cam ne.hehe.Betul tak geng?"Zara senggih macam kerang busuk.Dua mangkuk
hayung lagi buat peace sambil tersenggih.Ish geram betul aku!Dah berbelit dah
kepala aku tadi duk fikir jawapan yang sewajarnya.Macam ambil periksalah pula.
"Ish jahatlah korang ni..taknak
kawan.."kataku sambil memeluk tubuh dan berpaling kearah lain.Pura-pura
merajuk!
"Sowylah Ira.."kata mereka bertiga
serentak, lepastu datang peluk aku sekaligus.Lemas aku!
"Ok-ok..maaf diterima.Dah-dah..jangan
peluk.Lemaslah.."aku dah menjerit kecil kerana kelemasan.Bayangkanlah
diorang peluk aku bertiga sekaligus,dahlah peluk aku ketat-ketat.
"Hehehe.."Diorang senggih wangi je
setelah meleraikan pelukan yang melemaskan aku.
Selepas tamat sekolah,kami iaitu aku,Kyra,Hana
dan Zara berjalan bersama-sama ke asrama.Tiba-tiba aku ternampak kelibat Airil
dan kawan-kawannya yang turut berjalan ke asrama,tetapi asrama lelakilah.Takkan
perempuan pula.Nanti tak pasal-pasal heboh satu sekolah 'Budak lelaki miang
menceroboh asrama perempuan' hehe.
Hah..mentol menyala!Yeay bagus
betul.Huahaha,Idea jahat sudah mari.Aku berbisik pada Hana.
"Wei..Hana.."aku menyentuh bahu Hana
menyebabkan Hana berpaling kearahku.
"Apa beb..ni apasal bisik-bisik
ni.."Hana turut merendahkan volume suaranya.Turut sama berbisik.Manakala
Zara dan Kyra rancak berbual sehingga tak sedar aku dan Hana berbisik sesama
kami.Biasalah diorang tu macam-macam topik dibualkan.
"Hana kau nampak tak takungan air
tu?"aku menghalakan jari telunjuk kearah satu takungn air yang yang tak
terlalu besar dan tak terlalu kecil.Senang cerita sedang-sedang.
"Nampak..Tu mesti sebab hujan pagi tadi
kot..nape kau tanya?"Hana dah berkerut dahi bila aku angkat-angkat kening.
"Tu kau nampak.."aku menghalakan jari
telunjukku kesuatu arah.Hana dah mula paham.Siap senyum lebar lagi.
"Ok..aku paham..Jom start our mission
hehe..,"Eh Hana ni dia pula yang terlebih excited.
"Jom.."kami berdua mula mengatur
langkah perlahan-lahan.
"Woi..korang nak gi mana tu..tak nak ajak
kiteorang ke..hehe.."hish Kyra ni,terkejut aku dengan Hana.
"Hish bukan taknak ajak.Ada misi ni.Tunggu
dan lihat.Ok, nak cepat ni, jom Ira.."Hana menjawab dan aku hanya
melambaikan tangan pada Kyra dan Zara.Diorang mencebik.Tak puas hatilah
tu.hehe.
"Ok ..sekarang..action!"kami mula
bertindak.Dapatku lihat wajah Zara dan Kyra yang kehairanan dan selepas itu
tersenyum geli hati.
"Auch.."suara orang kesakitan dan tak
puas hati.
"Opp..sorry..tak sengaja..ish kaulah ni
Hana.."lakonan dimulakan.
"Erkk..aku mana tau..kau tu jalan tak
tengok tepi sampai langgar bahu mamat ni."Hana melakonkan wataknya dengan
jayanya.
"Ish kau yang salah ok..takkanlah jalan nak
tengok tepi kot.Mestilah tengok depan.Lagipun aku tak pernah lagi tengok orang
jalan kaki tengok tepi,semua tengok depan.Kalau tengok tepi,maknanya orang tu
jalan cam ketamlah.Tengok ketam jalan senget-benget."Hana tergelak dengan
kata-kataku yang panjang berjela tu.
"Haha..Ira kau ni sempat lagi nak
berguraukan.."Hana menepuk bahuku.Aku tersenggih.
"Woi..dah buat salah tu mintak maaflah,ni
tidak, sempat lagi berborak kat sini.."marah satu suara lelaki, siapa lagi
si Airillah.
"Opp..sowy..bukan salah aku..Hana
ni.."aku menundingkan jari pada Hana.
"Eh...eh..salahkan aku pulak..Ira ni yang
salah.."Hana pula yang menundingkan jari pada aku.Aksi tunding-menunding
tu berterusan sehingga suara Airil bergema di situ..
"Shut up!!"
Rata-rata pelajar yang lalu-lalang disitu
memandang kearah kami.Huh suara,kuatnya.Asal tak jerit sampai satu Malaysia
dengar.Hish.Memang layaklah dia jadi ketua pengawas lelaki form one.Perghh..aku
puji dia.
"Tak kiralah sape yang salah,aku nak korang
berdua mintak maaf..Now!"suara Airil yang tegas tu berjaya membuatkan aku
dan Hana meminta maaf serentak.
"Kami mintak maaf,"sepantas kilat kata
maaf itu meluru keluar dari mulut kami mengalahkan peluru pistol.hehe.
"Huh..habis basah kasut aku..korang punya
pasallah ni.."Airil mula membebel.Geng dia yang tiga orang lagi hanya
memerhati.
"Eleh apa susah jemur jelah..nanti
keringlah.."aku menjawab dengan selambanya.Airil apalagi.Terjenggil biji
mata dia.Aku buat derk je.
"Senang kau cakapkan..kalau tak kering cam
ne?Nasib baik aku ada kasut tambahan.."kata Airil yang jelas marah dengan
apa yang aku lakukan.
"Cam tulah..Kau ni banyak songgehlah..kan
dah ada kasut tambahan..takyahlah bising-bising.."tuturku sambil memeluk
tubuh.
"Kaukan..Ish..begang betul aku ngan kau
ni..harap kau pompuan kalau tak dah berkecai dah muka kau,aku
tumbuk.."kata Airil sambil menghalakan penumbuknya.
"Tumbuk ah..ada aku kesah.."aku
mencabar dia.Berani ke dia.Entahlah, kalau dengan Airil ni hilang rasa takut
aku.Yeke Ira oii?
"Kau.."katanya sebelum berlalu pergi
begitu saja dengan gengnya.Aku terkebil-kebil.Hana mengurut dada,mungkin lega
sebab aku tak kena tumbuk.