Home Novel Umum Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Wan Nur Aira
27/3/2014 00:58:11
24,939
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 7
7
Pejam celik-pejam celik dah hampir sebulan lebih aku menjadi pelajar di sekolah ini.Bermacam-macam ragam pelajar yang aku temui.Ada yang nak balik sebab tak nak duduk asrama.'Rindu maklah,tak reti berdikarilah' katanya.Nasib baik aku dah diajar oleh mama aku untuk berdikari.So senanglah sikit.Cuma perasaan rindu dekat keluarga tu memang selalu muncul.Biasalah tak pernah berjauhan dengan keluargalah katakan.

Diam tak diam,dah hampir sebulan lebih jugalah aku bertikam lidah dengan 'malaun' tu.Siapa lagi malaun yang cari pasal dengan aku dekat sekolah ini,Tengku Muhammad Airil Zafuanlah.

"Oii Ira..kau buat pe tu?"sergah Hana dari belakang,mengejutkan aku.

"Opocot-pocot,"ish Hana ni.Dahlah aku ni jenis gadis ayu jelita yang mudah melatah.Hehe.Hish.Sabar jelah.

"Ish..kau nikan Ira,kalau tak melatah,tak sah..ish..ish..ish.."Hana bersuara sambil menggelengkan kepalanya.Macam masalah besar sangat saja gayanya.Padahal isu melatah je kot.Macam-macam Hana ni.

"Apa yang tak sah..tak sah nikah ke..sape pulak yang nak nikah ni.."seloroh aku membuatkan Hana mencebik.Aku ketawa kecil.

"Kau kan Ira..aku serius..kau main-main."

"Alah..janganlah marah..kaulah punya pasal..sebab kau,aku melatah.Tau tak!"kataku sambil menutup diari milikku.

"Eleh..tulah sape suh mengelamun lagi..Oh ye!..kau buat ape hah?Aku hampir-hampir je terlupa soalan aku tadi..Kau tak jawab lagi."kata Hana sambil meninjau meja study aku yang disediakan oleh pihak sekolah untuk setiap pelajar.Sekarang aku sedang berada didalam bilik.Rehat-rehatkan badan sambil menulis diari,maklumlah hari minggu.

"Tak de pelah..saje termenung..bosan dek pun.."kataku sambil tangan cuba menyembunyikan diariku dari pandangan mata Hana.

"Hah..tu..ape tu..Diari erk.."kata Hana sambil cuba merampas diariku dari peganganku.Ish Hana ni mata tajam macam helang.

"Mana de..tak de lah..dah lah..jom keluar.."kataku sambil berdiri.

"Hah..dapat pun..huhu..sejak bila kau tulis diari ni Ira..aku tak tau pun.."Hana membelek-belek diariku yang berjaya dirampasnya.

"Baru lagi..dah-dah..jangan nak belek lebih-lebih..berdosa tau tak baca diari orang."kataku setelah diariku dapat dirampas kembali daripada Hana.

"Alah..takkan ngan kawan baik pun tak leh share.."Hana cuba memujukku dengan memeluk lenganku.

"Dah..jangan nak buat aksi kucing miang kat sini..tak boleh share..titik!"Aku cuba meleraikan pelukan Hana di lenganku.

"Sharing is caring,tau tak Ira.Pleasee..sharelah..."kata Hana sambil mengelik-gelikkan matanya.Bajet buat muka comel cam tu,aku nak kesian.Jangan haraplah.

"Dah...takde-takde..tak boleh!Ish dah lah..kalau kau tak nak kuar,aku keluar dulu..bye-bye.."kataku sambil melambaikan tangan kearah Hana.Diari masih dalam genggamanku.

"Ish!!..tak nak share sudah.Tak hingin pun nak ambik tau..wekk!"kata Hana seakan-akan merajuk.Haish Hana ni sempat lagi jelir lidah.Aku hanya menggelengkan kepala,tau sangat dengan perangai Hana tu.Sekejap aje rajuknya.

Sambil berjalan kaki ke tasik yang terdapat didalam kawasan sekolah ni,aku terkenang peristiwa yang berlaku sepanjang sebulan lebih aku disini.Hana dah berjalan laju kedepan,tinggal aku sendiri,merajuk lagilah tu.

Aku dilantik sebagai ketua pengawas perempuan form one.Disini setiap tingkatan ada ketua pengawas bagi pelajar perempuan dan lelaki.Aku dipilih atas undian pelajar.Aku rasa,aku tak layak pun tapi dah orang pilih tu,kita terima jelahkan.Rezeki jangan ditolak.Rezeki ke?hehe.Nanti ada kuasalah aku,huahaha.Gelak jahat sudah mari..hehe.

Dalam kegembiraan itu,tetap ada ketidakpuasanhati.Aku sakit hati betul,boleh pulak si malaun tu jadi ketua pengawas lelaki form one.
Nampak gayanya,aku kena bekerjasama dengan dialah nanti.Begang betul!Budak-budak batch aku ni pun satu,macamlah tak tau 'isu politik' yang melanda aku dengan malaun tu.Setiap kali waktu belajar malam atau prep, kalau tak silap aku,pasti ada isu atau topik yang kami gaduhkan.Ish,saja je diorang ni nak kenenkan aku dengan malaun tu.Benci..benci..benci.

Sampai ditasik,Hana menggamitku untuk duduk disebelahnya,di salah satu bangku putih yang terdapat disitu.Kan aku dah kata,sekejap je rajuk si Hana tu.Maklumlah aku kan kawan kesayangannya,mana boleh dia merajuk lama-lama dengan aku.Hehe,perasan je lebih aku ni.

Keadaan ditasik pada waktu ni agak penuh dengan pelajar.Maklumlah hari minggu,melepak jelah kerja diorang.Aku melihat sekeliling tasik,meninjau,manalah tahu terjumpa kawan-kawan sekelas.

"Omg.."kataku sambil terbuntang biji mata.

"Dah kau ni kenapa pulak Ira oii..omg bagai..ooo minah gila(omg)ke?..tetiba je."sampuk Hana dengan muka hairan.

"Ooo minah gila,amenda pulak kau ni..ooo my godlah.."geram betul aku dengan Hana ni,sempat lagi nak berseloroh.

"Rileklah..tadi kau berseloroh dengan aku.Sekarang time akulah pulak.Lagi satu cik adik oii,kita ni orang Islam,cubalah sebut Ya Allah ke?ni tak omg jugak nak disebutnya.."haish,ustazah Hana dah datang.

"Yelah..ustazah oii..lain kali aku sebut Ya Allah.Macamlah aku tak pernah sebut.."aku berkata sambil mengeling Hana sekilas.

"Memanglah kau pernah sebu..."tak sempat Hana menghabiskan ayatnya apabila dipintas oleh..
Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.