Home Novel Umum Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Wan Nur Aira
27/3/2014 00:58:11
24,919
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 9

9

"Assalammualaikum..cik Ira oii.Kalau nak usha anak teruna orang pun agak-agaklah.."Suara Zara berjaya mengalihkan pandangan mata aku yang sejak tadi tertumpu pada 'orang' itu.

"Usha anak teruna orang?Apa yang kau merepek ni.."Aku bertanya dengan kerutan didahi.

"Amboi Ira..sampai tak ingat nak jawab salam ke?Dosa tau.."Suara Kyra pula menyindir.

"Entah kau ni Ira.Dahlah dari tadi duk usha mamat tu.Kau ingat kalau kau tenung dia sampai tembus badan dia tu.Dia akan suka kat kau ke?Belum tentu tau.."Bebelan panjang lebar daripada Hana itu berjaya buat aku terlopong.Serius aku tak paham.Apa ini?

"Cop..cop.Ape yang korang merepek ni?Dari tadi anak terunalah,sekarang mamat pulak.Mamat mana pulak ni?Sejak bila pulak aku ni gedik nak usha anak orang bagai..cer cakap sikit..by the way waalaikummusalam w.b.t.."huh..apalah diorang ni.Aku ni bukanlah jenis yang tak tahu malu sampai nak mengusha anak teruna orang.

"Dah tu dari tadi kau duk pandang mamat tu,apasal?"Hana bertanya sambil menghalakan jari telunjuknya kearah Airil yang sedang berborak dengan gengnya di pintu kelas.

"Betul tu Ira.Kau tenung dia macam esok lusa dia dah takde je.."mulut celupar Zara dah keluar dah.

"Woi..kau nikan Zara,mulut tu jaga sikit boleh tak.Kalau dia betul-betul takde cam ne.."kataku.

"Cam ne pe?Bukannya aku cakap dia nak mati.Aku cakap dia takde.Contohnya dia pindah sekolah ke?Ish kau nikan Ira,mende tu jelah kau pikir.Ke kau yang nak dia mat.."belum sempat Zara menghabiskan ayatnya.Aku memintas.

"Woi..apa pulak cakap cam tu.Aku taknak dia matilah.."kataku sambil memandang kearah Airil sekilas.Dia tak perasan pun aku pandang dia.Maklumlah asyik sangat berborak dengan kawan dia.

"Psstt..wuuu..Korang dengar tak?Ira tak nak dia matilah..Ada something wrong ke?."haish Kyra ni,suka sangat salah sangka.

"Bukan cam tu lah Kyra.Sebagai seorang manusia yang baik cam aku ni,Of course I do not want him to die. Even though I hate mad at him, I do not necessarily want him to die.Ok?.."terang aku panjang lebar.Fuh..speaking aku.

"Ceh sempat lagi naikkan market kau tu..Baiklah sangat.Menyampah aku.."kata Hana sambil mencebik.Aku,Kyra dan Zara ketawa kecil dengan terlatah Hana.Hana memang macam tu.

"Atau benci dan bertukar cinta ni.."Zara bersuara setelah keadaan sunyi sebentar diantara kami.Aku ingatkan dah tamat kisah tu.Rupa-rupanya..hmm..hampeh!

"Ape pulok doh.Benci tukor cinta bagai ni.Kau ingat ini novel ke?Mula-mula benci pastu cinta.Aku taulah aku minat novel tapi tak usahlah kaitkan aku dengan novel.."kan aku dah membebel.Aku ni dahlah jenis susah nak membebel tak macam Hana membebel saja kerja dia.Hehe.

"Hek eleh..betullah cakap Zara tu..mana tau kau dah jatuh cinta tertunggeng-tunggeng ngan Airil tu.."Kyra cuba membela Zara.Hyperbola betul ayat si Kyra ni.

"Entah Ira..tak semestinya dalam novel je cam tu..realiti pun ada ape?Ada novel yang berdasarkan realiti hidup dan ada juga yang rekaan dan khayalan semata-mata.."Hana dah mula nak jadi penyarah dah.

"Ok-ok..aku paham apa yang korang cuba sampaikan.Dan sekarang aku pulak nak sampaikan pesanan..listen.."aku berhenti sebentar untuk menarik nafas.

"Aku Ira, takkan jatuh cinta dengan musuh aku ok..benci takkan bertukar cinta..paham?"sekali nafas aku bersuara.

"Ok..tapi semua tu boleh berubahkan.Mungkin arini kau cakap tak suka,esok lusa sape tau..betul tak korang?.."Zara bersuara.Hana dan Kyra mengangguk kepala tanda setuju dengan kenyataan Zara tu.

"Yee..betul ape kau cakap tu.Aku tak nafikan semua tu boleh berubah.Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang tentukan semua tu terjadi atau tak.Senang cite cam nilah..ari ni aku tak suka dia,esok lusa biar Allah yang tentukan.Kalau Allah dah tetapkan aku jatuh cinta dengan dia so aku terima sajalah..Dah takyah peganglah dengan kata-kata aku tadi tu.."haish senang cerita.Tak cukup nafas dah aku ni.

"Yelah ustazah Fazira..amboi dah boleh buat karangan dah..hehe.Ira kiteowang saje jelah uji kau.Nak tau jugak jawapan kau cam ne.hehe.Betul tak geng?"Zara senggih macam kerang busuk.Dua mangkuk hayung lagi buat peace sambil tersenggih.Ish geram betul aku!Dah berbelit dah kepala aku tadi duk fikir jawapan yang sewajarnya.Macam ambil periksalah pula.

"Ish jahatlah korang ni..taknak kawan.."kataku sambil memeluk tubuh dan berpaling kearah lain.Pura-pura merajuk!

"Sowylah Ira.."kata mereka bertiga serentak, lepastu datang peluk aku sekaligus.Lemas aku!

"Ok-ok..maaf diterima.Dah-dah..jangan peluk.Lemaslah.."aku dah menjerit kecil kerana kelemasan.Bayangkanlah diorang peluk aku bertiga sekaligus,dahlah peluk aku ketat-ketat.

"Hehehe.."Diorang senggih wangi je setelah meleraikan pelukan yang melemaskan aku.

Selepas tamat sekolah,kami iaitu aku,Kyra,Hana dan Zara berjalan bersama-sama ke asrama.Tiba-tiba aku ternampak kelibat Airil dan kawan-kawannya yang turut berjalan ke asrama,tetapi asrama lelakilah.Takkan perempuan pula.Nanti tak pasal-pasal heboh satu sekolah 'Budak lelaki miang menceroboh asrama perempuan' hehe.

Hah..mentol menyala!Yeay bagus betul.Huahaha,Idea jahat sudah mari.Aku berbisik pada Hana.

"Wei..Hana.."aku menyentuh bahu Hana menyebabkan Hana berpaling kearahku.

"Apa beb..ni apasal bisik-bisik ni.."Hana turut merendahkan volume suaranya.Turut sama berbisik.Manakala Zara dan Kyra rancak berbual sehingga tak sedar aku dan Hana berbisik sesama kami.Biasalah diorang tu macam-macam topik dibualkan.

"Hana kau nampak tak takungan air tu?"aku menghalakan jari telunjuk kearah satu takungn air yang yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.Senang cerita sedang-sedang.

"Nampak..Tu mesti sebab hujan pagi tadi kot..nape kau tanya?"Hana dah berkerut dahi bila aku angkat-angkat kening.

"Tu kau nampak.."aku menghalakan jari telunjukku kesuatu arah.Hana dah mula paham.Siap senyum lebar lagi.

"Ok..aku paham..Jom start our mission hehe..,"Eh Hana ni dia pula yang terlebih excited.

"Jom.."kami berdua mula mengatur langkah perlahan-lahan.

"Woi..korang nak gi mana tu..tak nak ajak kiteorang ke..hehe.."hish Kyra ni,terkejut aku dengan Hana.

"Hish bukan taknak ajak.Ada misi ni.Tunggu dan lihat.Ok, nak cepat ni, jom Ira.."Hana menjawab dan aku hanya melambaikan tangan pada Kyra dan Zara.Diorang mencebik.Tak puas hatilah tu.hehe.

"Ok ..sekarang..action!"kami mula bertindak.Dapatku lihat wajah Zara dan Kyra yang kehairanan dan selepas itu tersenyum geli hati.

"Auch.."suara orang kesakitan dan tak puas hati.

"Opp..sorry..tak sengaja..ish kaulah ni Hana.."lakonan dimulakan.

"Erkk..aku mana tau..kau tu jalan tak tengok tepi sampai langgar bahu mamat ni."Hana melakonkan wataknya dengan jayanya.

"Ish kau yang salah ok..takkanlah jalan nak tengok tepi kot.Mestilah tengok depan.Lagipun aku tak pernah lagi tengok orang jalan kaki tengok tepi,semua tengok depan.Kalau tengok tepi,maknanya orang tu jalan cam ketamlah.Tengok ketam jalan senget-benget."Hana tergelak dengan kata-kataku yang panjang berjela tu.

"Haha..Ira kau ni sempat lagi nak berguraukan.."Hana menepuk bahuku.Aku tersenggih.

"Woi..dah buat salah tu mintak maaflah,ni tidak, sempat lagi berborak kat sini.."marah satu suara lelaki, siapa lagi si Airillah.

"Opp..sowy..bukan salah aku..Hana ni.."aku menundingkan jari pada Hana.

"Eh...eh..salahkan aku pulak..Ira ni yang salah.."Hana pula yang menundingkan jari pada aku.Aksi tunding-menunding tu berterusan sehingga suara Airil bergema di situ..

"Shut up!!"

Rata-rata pelajar yang lalu-lalang disitu memandang kearah kami.Huh suara,kuatnya.Asal tak jerit sampai satu Malaysia dengar.Hish.Memang layaklah dia jadi ketua pengawas lelaki form one.Perghh..aku puji dia.

"Tak kiralah sape yang salah,aku nak korang berdua mintak maaf..Now!"suara Airil yang tegas tu berjaya membuatkan aku dan Hana meminta maaf serentak.

"Kami mintak maaf,"sepantas kilat kata maaf itu meluru keluar dari mulut kami mengalahkan peluru pistol.hehe.

"Huh..habis basah kasut aku..korang punya pasallah ni.."Airil mula membebel.Geng dia yang tiga orang lagi hanya memerhati.

"Eleh apa susah jemur jelah..nanti keringlah.."aku menjawab dengan selambanya.Airil apalagi.Terjenggil biji mata dia.Aku buat derk je.

"Senang kau cakapkan..kalau tak kering cam ne?Nasib baik aku ada kasut tambahan.."kata Airil yang jelas marah dengan apa yang aku lakukan.

"Cam tulah..Kau ni banyak songgehlah..kan dah ada kasut tambahan..takyahlah bising-bising.."tuturku sambil memeluk tubuh.

"Kaukan..Ish..begang betul aku ngan kau ni..harap kau pompuan kalau tak dah berkecai dah muka kau,aku tumbuk.."kata Airil sambil menghalakan penumbuknya.

"Tumbuk ah..ada aku kesah.."aku mencabar dia.Berani ke dia.Entahlah, kalau dengan Airil ni hilang rasa takut aku.Yeke Ira oii?

"Kau.."katanya sebelum berlalu pergi begitu saja dengan gengnya.Aku terkebil-kebil.Hana mengurut dada,mungkin lega sebab aku tak kena tumbuk.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.