Home Novel Umum Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Wan Nur Aira
27/3/2014 00:58:11
24,920
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 12

12


Dah seminggu berlalu,sejak malaun and the geng buat perangai 'gila' diaorang.Sejak itu jugalah aku,Hana,Zara dan Kyra cuba mengelak sehabis baik dari bertembung dengan malaun and the geng.Tapi nak buat macam mana,dah nasib badan, sekelas so terpaksalah bertembung juga cuma pandai-pandai kiteoranglah menjaga mata agar tidak tersasar dari sesaran.

"Beb?"tepukan Hana dibahuku menyebabkan aku mengangkat kepala dari buku notaku dan memandangnya.


"Apa beb?Bisik-bisik bagai.Aku nak salin homework kat papan putih ni.Ketgi cikgu Arif marah pulak.Dia tu dah lah garang."ujarku sambil mata sesekali memandang kearah cikgu Arif yang sedang menulis soalan matematik di depan.Takut juga cikgu Arif terperasan kiteorang berdua tengah berborak,nanti tak pasal-pasal kena marah free.


"Tu..cer kau tengok Airil tu.."Hana memuncungkan mulutnya ketempat duduk Airil yang bersebelahan denganku.


"Kenapa?Biarlah dia.Aku nak wat keje ni.Jangan kacau boleh tak?"mataku masih fokus pada papan putih,langsung tak menoleh kearah Airil.


"Ish..tengoklah kejap.."ujar Hana geram sambil menolak kepala aku agar menoleh kearah Airil dan aku terbuntang biji mata.Airil cepat-cepat mengalihkan pandangannya setelah menyedari pandangan helang daripadaku.


"Bakpe ngan dia tu?Pelik je.Duk pandang-pandang aku semacam pasal pe?"soalku pada Hana dengan kerutan didahi.


"Tulah pasal.Dari tadi lagi aku perhatikan dia tengok kau.Peliklah wei.Ade something wrong somewhere ni."Tu diah,Hana.Dah keluar lagat penyiasat dia tu.Aku pun pandang sekali lagi kearah Airil dan nampak gayanya dia masih memerhatikan aku.Bila dia terperasankan pandanganku baru dia pandang depan dan salin homework semula.Aneh!


"Ha..ahkan..Takkanlah perangai gila dia dan mari balik.Aduh mati kita Hana!.Mati kita!"ujarku dengan cemas.Homework yang cikgu Arif bagi dah siap aku salin.


"Dan aku perasan sejak seminggu yang lalu lagi Airil dan tiga orang kawan dia pandang kita semacam.Aku takutlah Ira."Hana membuat mimik muka keresahan.


"Entahlah Hana.Aku..."baru je aku nak menghabiskan ayatku,suara cikgu Arif dah bergema dalam kelas.


"Hah!Kamu berdua.Apa yang dibisikkan tu?Ada apa-apa yang nak disharekan dengan rakan sekelas?Cikgu pun nak tau jugak ni."Cikgu Arif bersuara lantang sambil jari terlunjuknya menghala kearah aku dan Hana.Muka kitaorang berdua dah pucat lesi sekarang ni.Semua kawan sekelas memandang kearah kitaorang.Zara dan Kyra menoleh kebelakang sambil menjungket kening.


"Erkk...tak..de..pape sir.."ujar Hana terketar-ketar.Aku hanya diam membisu.


"Yeke tak de pape?Dari tadi saya tengok korang berbisik bukan main rancak lagi.Ni homework kat depan,dah salin?"soal Cikgu Arif.Suaranya sudah tak selantang tadi.


"Dah sir!"jawab aku dan Hana serentak dengan takut-takut.


"Kalau cam tu siapkan homework tu.Yang lain ape lagi.Sambunglah kerja tu."Semua rakan sekelas cepat-cepat membuat kerja masing-masing setelah mendengar arahan daripada cikgu Arif.


Akhirnya tamat juga waktu matematik yang boleh mematikan rama-rama dalam perut.Yang boleh membisukan semua pelajar.Huh lega semua pelajar bila dapat bersuara semula selepas melalui silence treatment yang tanpa rela.


"Perghh!Kecut perut aku tadi Ira.Mati-mati aku ingat sir suruh kita diri kat luar ke ataupun diri atas kerusi."luah Hana setelah kelibat cikgu Arif hilang disebalik pintu kelas.


"Tulah pasal.Nasib baik!"kataku pula sambil mengemas buku untuk disimpan kedalam beg.Maklumlah sekarang waktu rehat.So bersedia untuk kekantinlah,isi perut yang asyik berdondang sayang dari tadi.hehe.


"Wei korang,jomlah rehat.Perut aku dan menjerit-jerit mintak diisi dah ni."Ajakkan Zara itu mempercepatkan tingkah aku dan Hana yang sedang menyimpan barang kedalam beg.


"Ok jom!"ujarku setelah siap berkemas.


Kami pun berjalan seiring ke kantin sekolah.Sambil berjalan tu kami berpampasan salam dengan senior dan guru disini.Disekolah ini amat menitikberatkan ucapan salam bila berselisih antara satu sama lain.Tak kiralah sama ada senior atau junior yang beri salam dulu.Kita sama-sama menunaikan tanggungjawab.


"Wei korang..Korang bisik apa tadi, waktu matematik tadi sampai sir Arif tegur."Zara menyoal setelah kami duduk dimeja yang tersedia sambil menjamu selera.


"A.ah.Aku pun nak tau jugak.Terkejut aku dibuatnya, kau tau tak.Dahlah suara sir tu boleh memecah gegendang telinga."Hyperbola betul si Kyra ni.Sampai pecah gegendang telingalah sangat.


"Hana punya pasallah.Aku tengah elok-elok salin homework kat depan,dia boleh pulok tepuk bahu aku ajak berbual."ujarku selamba sambil menyuap nasi minyak yang kubeli tadi kedalam mulut.Hana menjeling aku yang duduk disebelahnya.


"Aku bukan apa.Aku cuma pelik dengan Airil and the geng.Kau tau tak tadi Airil tak lepas dari pandang Ira.Bila kiteowang pandang dia semula barulah dia pandang whiteboard balik.Pelikkan?"ujar Hana dengan mimik muka peliknya.


"Yeke?Tapikan aku pun ada gaklah perasan yang Zayyan pandang aku semacam sejak dia jadi 'gila' tu.Tapi aku wat derk jelah."luah Zara setelah meminum airnya sedikit.


"Kan?Aku pun perasan tu.Diaowang tu kenapa agaknya erk?"Hana menyoal sambil mengetuk-getuk bibirnya yang comel itu.


"Aku pun perasan gak.Hari tu aku ingatkan nak tanya korang tapi terlupa.Hehe."kataku sambil menyenggih.Aku memang cepat sangat lupa.Ni mesti sebab aku makan jeruk dengan asam banyak sangat.Mama aku pun dah banyak kali membebel pasal ni.Tapi aku buat tak tahu je.Semakin dilarang,semakin menjadi-jadi adalah.Kesian mama aku dapat anak tak reti bahasa macam aku,hehe.


"Yekew?Aku tak perasan pun.."ujar Kyra yang diam sedari tadi.


"Hang semua menda tak perasan.Kalau tsunami datang pun hang tak perasan.Jawabnya mati kejung kat situlah hang."Aku dan Hana tergelak kecil dengan bebelan Zara tu.Kyra mencebik tak puas hati.


"Kau kan Zara.Sesuka suki kau je cakap cam tu.Sentap aku tau tak."kata Kyra seakan-akan ingin merajuk.


"Ok-ok!Aku gurau je,janganlah sentap beb."menggelabah Zara dibuatnya.


"Tau takut.."ujar Kyra selamba.Aku menggeleng kecil dengan kerenah diorang berdua ni.


"Ke...Betul telahan aku,hari tu."sambung Kyra lagi.


"Telahan apa pulak ni?"soalku terpinga-pinga.


"A.ahlah..mungkin jugak.."ujar Zara dengan wajah kerisauan.


"Takkanlah..Tak mungkinlah..."Hana pula bersuara dengan wajah kegelisahan.Aku yang tak tahu apa-apa dah terpinga-pinga dekat situ.


"Woi apa ni?Aku tak pahamlah.Telahan apa?"ujarku sedikit geram.Dahlah tak jawab soalan aku tadi.


"Telahan yang diorang suka kita!"ujar diorang serentak.Tersembur air yang sedang aku minum.


"Woi Ira!Apa ni.Nasib baik aku sempat mengelak.Pengotor betul."ujar Kyra yang duduk didepanku.Hana dan Zara dah ketawa geli hati dengan riaksi Kyra yang kegelian.Aku mengelap air dibibirku.Nasib baik tak da orang nampak.Kalau tak, buat malu je.


"Sape suh cakap cam tu.Kan dah tersembur air aku.."ujarku membela diri.


"Lagipun tak mungkin diorang suka kita.Merepek jelah korang ni.Dahlah aku nak gi basuh tangan.Waktu rehat dah nak abis ni."sambungku lagi sambil melangkah kesingki.Diorang bertiga mengikut dari belakang.

*************************

Baru je Aku,Hana.Zara dan Kyra ingin melangkah masuk kekelas yang masih kosong,tiba-tiba ada tangan yang menarik lenganku.Aku pun berpaling melihat gerangan yang kurang asam tu.Dahlah tarik aku dengan kuat.


"Kau!.."Ujarku setelah berpaling melihat 'gerangan' tersebut.Kawan-kawan aku juga ditarik oleh rakan-rakannya kekoridor depan kelas kami.


"Ye..aku,Airil yang handsome."jawab Airil selamba.Nak muntah aku.Sempat lagi dia buat muka comel dia.


"Wei..Lepaskan tangan aku."ujarku geram.Walaupun berlapik.Tapi tetap juga tak boleh.


"Opp..sorry?"ujar Airil sambil melepaskan penggangannya.Tiga orang sahabatnya lagi turut melepaskan tangan sahabat-sahabatku.


"Ish..Korang nak ape hah?Dari ari tu lagi wat gila."ujar Hana selamba sambil membetulkan lengan bajunya yang renyuk akibat kejadian tadi.Aku memandang Airil and the geng dengan pandangan helang.


"Erkk..cam ne nak cakap erk..erk.."Am bersuara tersekat-sekat sambil menunduk kebawah.Takkan keatas pulak.Tak ke pelik tu.hehe.


"Cakap jelah.Apa yang susahnya."ujar Hana bengang.


"Ish..kaulah cakap Ril.."kata Am sambil menolak bahu Airil.Airil dah menggelabah.'Apa pasal dengan diorang ni?'monologku dalam hati.Zayyan dan Zaheen pula dari tadi mata melilau pandang lain.Bila bertembung pandang,cepat-cepat diorang larikan bola mata diorang.Pelik!


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.