Home Novel Umum Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Kawan,Kekasih atau Bakal Suami...?
Wan Nur Aira
27/3/2014 00:58:11
24,929
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 13

13


"Erkk..Aku..eh bukan kiteorang..erk..cam ni..erk.."ujar Airil sambil menggaru kepalanya yang kusangka tak gatal.


"Erk..erk dari tadi.Kalau nak berak,pegilah tandas.Ni tak dari tadi duk menggerang depan kiteorang.Erkk..erkk,dah cam ibu ayam nak menentaskan telur.."ujarku bengang.Dah dari tadi duk erkk..erkk.Mana aku tak bengang.


"Hahaha.."Hana,Zara dan Kyra dah tergelak terkekek-kekek dengan apa yang aku katakan.Airil and the geng tersenggih malu dekat situ.Aku buat muka selamba je.


"Hahaha...nak berak ke korang?Hahaha.."soal Zara mengulangi ayatku tadi dengan tawanya.Suka benar dia dengar perkataan berak(buang air besar) tu.


"Erkk..erkk.."ujar Kyra bernada memerli sambil buat gaya mengerang nak berak.Lagilah terbahak-bahak Hana dan Kyra ketawa.Aku pun tak dapat tahan.Lucu gila bila tengok Kyra macam tu.Airil and the geng tunduk je dari tadi.Malulah tu!


"Assalammualaikum.Korang mesyuarat ape pulak kat sini?"teguran daripada Haziq iaitu ketua kelas kitaorang membuat kitaorang berlapan berpaling kearahnya.


"Waalaikummusalam.."Jawab kami serentak.


"Tak buat apa..hehe.."jawab Aku sambil menahan tawa.Tiga lagi kawan baik aku dan pegang perut sambil tergelak.


"Dah ni kenape pulak?Korang duk gelak terbahak-bahak.Yang diorang ni pulak muka mengalahkan udang yang kena bakar.Merah menyala.Nape ni?"Soal Haziq sambil jarinya menghala kearah aku and the geng seterusnya kearah Airil and the geng.Muka Haziq dah blur semacam.


"Tak de pelah..kiteorang masuk dulu..tata.."kata Hana sambil melangkah masuk kedalam kelas diikuti kami semua.Haziq dah garu kepala.Pening dia.Hehe.

************************

Akhirnya tamat waktu belajar untuk hari ini.Masa untuk pulang.Yeay!Aku,Hana,Zara dan Kyra baru je nak turun dari tangga yang terakhir tapi langkah kami terhalang kerana sekali lagi Airil and the geng menarik lengan kami ke kolam ikan yang terdapat ditepi tangga.Tapi kali ini pandai diorang melepaskan penggangan diorang tanpa disuruh.Bagus betul diorang ni!hehe.


"Hah!Apalagi yang korang nak ni?Tak abis-abis lagi ke.."ujar Zara sambil mengeluh.Mungkin penat dengan semua ni.Aku pun pelik dengan diorang ni.


"Entah..dari tadi lagi.Kalau setakat nak mengerang nak berak cam Ira cakap tadi lebih baik tak payah.Kiteorang nak balik ni."ujar Hana selamba.Aku,Kyra dan Zara dah tersenyum geli hati.


"Bukanlah kali ni serius.."Ujar Airil dengan muka seriusnya.


"Hah apa dia?Bagi taulah cepat..kiteorang tak de masa ni."ceh Kyra lagat macam bos besar berkata-kata.Tak de masa..lah sangat.


"Macam ni.. kiteorang nak berdamai.Kiteorang mintak maaf."Ujar Zaheen senada.Terkejut kami sigadis ni.'Boleh pakai ke apa yang diorang katakan ni'monologku dalam hati.Aku yang tengah duk tercongok sambil main cak-cak dengan ikan dekat dalam kolam ni terkejut dengan kenyataan Zaheen tu.


"Apa kau cakap?Aku salah dengar ke?"kataku setelah aku berdiri tegak kembali.Aku merenung si teruna berempat ni dengan riak tak percaya.


"Betullah apa yang kiteorang cakap tu.Kau tak salah dengar.."Wajah Airil dah kemerah-merahan.Malu mungkin.Diorang ni dah lah yang susah nak mintak maaf.Ego tinggilah,katakan ,terutama si Airil ni.


"Kiteorang sebenarnya bukan nakal sangat pun sampai nak cari pasal dengan korang tiap-tiap hari.Tulah sebab kiteorang berubah jadi baik.Kiteorang mintak maaflah dengan korang sebab selalu sakitkan hati korang.Lagipun kawan-kawan sekelas ada nasihatkan kiteorang supaya tak bergaduh lagi ngan korang.Kite orang pun ambillah keputusan untuk berdamai."ujar Am panjang lebar.Am lebih tenang berkata-kata berbanding Airil yang menahan malu.


"Yang hari kita orang panggil korang sayang,darling,honey and sweetie tu,sebenarnya kiteorang nak minta maaf.Tapi sebab korang terlatah dengan gaya lucu korang tu.Kitaorang batalkan niat. And.." Zayyan yang sedang tersenyum itu tak sempat menghabiskan kata.Kyra memintas.


"And korang saja cari pasal dengan kiteorang.Sampai kiteorang ingat korang gila."ujar Kyra sambil mengingati hari dipondok itu.Si teruna berempat menganggukkan kepala.


"So cam ne?"soal Zayyan dengan muka ala-ala budak kecil nak mintak lolipop.Comel sangat!


"Cam ne pe?"soal Zara balik.


"Maaf kiteorang diterima?Kita jadi kawan,boleh?"soal Airil bersungguh-sungguh.Dah tiada rasa malu.


"Hmm..boleh percaya ke korang ni.Entah-entah kiteorang kena bang-bang boom!." soalku was-was.Yelah mana tahu diorang nak main-mainkan kiteorang lagi.Diorang ni dah lah licik orangnya.Aku ingat lagi masa mula-mula kitaorang 'berperang' dulu.Airil cakap nak tolong ketua kelas hantar buku latihan dekat cikgu Ariana.So dia kutiplah buku satu kelas.Aku pun tanpa was-was bagi jelah.Esoknya cikgu Ariana masuk kelas,tanya kenapa aku tak hantar buku.Rupa-rupanya si Airil tak hantarkan pun buku aku pada cikgu.Boleh pulak dia letak dekat dalam laci meja aku.Aku pun terpaksalah tahan telinga kena berleter.Nasib!


"Entah-entah korang main-main.."Hana turut was-was dengan mereka.


"Kiteorang seriuslah.Sumpah!Tak tipu!"Ujar Am bersungguh-sunnguh.Siap angkat tangan tanda berikrar.Tiga teruna lagi menganggukkan kepala mengiakan.


"Hish..entahlah.Tengoklah cam ne nanti."Ujarku menutup kata.Lepas tu aku mula melangkah pergi diikuti tiga orang sahabatku.Airil and the geng tak pula menghalang malah mengeluh disitu.

Previous: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.