Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
78,673
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 13

Selesai sahaja solat Maghrib, sudah menjadi kebiasaan bagi Wajdi untuk menuju ke tandas atau lebih tepatnya, tempat lepaknya di belakang musolla.

Setiap kali setelah solat Maghrib, semua pelajar akan mengaji atau lebih tepat menghafaz hafalan baru mereka dan jika sempat, mereka akan tasmi' dengan ustaz yang menjaga halaqah mereka.

Ya, mereka dibahagikan kepada beberapa halaqah. Setiap halaqah bercampur tingkatan bagi mengelakkan sebarang perbualan sepanjang sesi hafazan sehingga azan Isyak berkumandang.

Ustaz yang menjaga halaqahnya selama ini tidak langsung mempersoalkan keberadaan. Wajdi ada atau tidak, sama saja kerana sudah pasti Wajdi mampu tasmi satu muka surat keesokkannya. Sebab itulah Wajdi tidak kisah jika mereka tidak mempersoalkan kehilangannya.

Sedang asyik dia melayan perasaan seorang diri, bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang. Wajdi sedikit tersentak lalu memandang wajah insan yang menepuk bahunya itu. Fikirnya itu adalah Azhar atau Fahmi namun kelihatan Ustaz Nurhan memandangnya dengan senyuman tipis.

"Eh Wajdi, kenapa duduk sorang-sorang kat sini?" soal Nurhan lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Wajdi tanpa segan silu.

"Erk ustaz, buat apa kat sini?" soal Wajdi hairan. Sejujurnya dia agak hairan dengan kehadiran ustaz itu kerana ustaz itu bukanlah anggota di bawah jabatan Asrama.

"Ustaz halaqah kamu sudah pindah, jadi ustaz kena ganti." ujar Nurhan sembari mengukirnya senyuman manis.

Wajdi hanya mengangguk perlahan. Lagipun, dia juga tidak peduli siapa guru halaqahnya.

"Er, ustaz marah saya ke?" Wajdi bertanya perlahan sambil menundukkan sedikit kepalanya.

Nurhan tergelak kecil mendengar kata Wajdi membuatkan remaja menjadi hairan mendengar tawa ustaz muda itu.

"Mungkin..."

Nurhan tersenyum kecil. Dia menepuk bahu Wajdi dengan pelan.

"Kenapa tak masuk hafaz sama-sama dengan pelajar lain kat dalam musolla?" soal Nurhan lembut.

Wajdi hanya terdiam. Selama ini agak jarang untuk dia bercerita meskipun ada banyak ustaz atau ustazah yang bertanya kepadanya. Entah mengapa aura seorang Nurhan Hadi di hadapannya ini sentiasa memancarkan aura yang sangat positif. Begitu juga dengan Faiz.

Bagi Wajdi, kedua insan ini sangat istimewa. Itu yang terlintas pada benaknya.

"Saya cuma rimas, ustaz. Saya tak suka bising-bising. Lagipun dari tingkatan dua sampai sekarang saya tak pernah masuk dalam." ujar Wajdi jujur membuatkan Nurhan terkedu.

Dari tingkatan dua sampai sekarang tak pernah masuk kelas hafazan ramai-ramai? Biar betul? Kalau tingkatan satu Nurhan boleh agak kerana waktu itu Wajdi masih junior dan tidak terlalu tahu-menahu selok belok asrama.

"Haih? Dah tu bila kamu hafaz Quran? Mustahil tak pernah hafaz. Ustaz tengok rekod kamu paling minimun dua muka surat sehari,"

Wajdi tersenyum tanpa memandang Nurhan. "Rahsia,"

Nurhan memandang Wajdi. Misteri juga perwatakan Wajdi. Tidak hairanlah Faiz beria-ria mahu mengenal Wajdi Hariz. Remaja itu seolah-olah mempunyai tarikan dan aura yang tersendiri.

"Habis kamu buat apa sepanjang hampir lima tahun kat sini masa kelas hafazan?" tanya Nurhan. Dia menongkatkan kedua-dua tangannya di belakang. Menahannya dari jatuh.

"Tengok bintang. Tenangkan fikiran. Kalau hujan, menikmati bunyi hujan. Hafaz? Bila saya betul-betul tenang tanpa ada gangguan sedikit pun. Lagipun, Saya selalu nampak ramai ustaz ataupun ustazah macam terlalu paksa pelajar untuk habiskan hafalan mereka meskipun pelajar itu kata dia tak mampu. Dan setelah itu, ada di antara mereka hukum dengan letakkan pelajar mereka ke dalam kelas berlainan jantina. Bagi saya itu bukanlah perkara yang bagus kerana satu, ianya akan memburukkan aib seseorang pelajar. Kedua, dia akan membuatkan pelajar lebih hilang semangat daripada mempunyai semangat untuk menghafal. Menghafal tak boleh dilakukan dengan paksaan. Ianya perlu bimbingan. Ada orang tak boleh hafal dan ada yang boleh. Bergantung pada kemampuan setiap orang."

Nurhan tercengang mendengar setiap tutur kata Wajdi yang baginya sangatlah benar. Seolah-olah figura yang berbicara itu bukanlah Wajdi Hariz. Perwatakan Wajdi Hariz yang sentiasa dingin dari awal pertemuan mereka itu diimbas kembali. Setahunya Wajdi Hariz adalah seorang yang bermasalah, dingin dan tidak suka diganggu. Itu pun dia tahu daripada Faiz, guru-guru dan pelajarnya yang lain. Namun, rupanya ada sisi lain di dalam diri insan yang bernama Wajdi Hariz yang jarang orang ketahui.

"Ustaz?" lamunan Nurhan berhenti tatkala suara Wajdi menyapanya.

"Dah nak Isyak ni, ustaz. Saya pergi dulu." kata Wajdi lalu beredar meninggalkan Nurhan yang masih tercengang di tempatnya.

Tidak lama kemudian, bibir Nurhan mengukir satu senyuman sebelum menuruti langkah Wajdi yang sudah jauh di hadapannya.

~~~

"Mikayla, minggu depan awak balik tak?" soal Mardiyah sambil mengetuk sebatang pen dengan perlahan. Maklumlah waktu itu waktu prep. Guru bertugas telahpun meronda ke kelas lain untuk membuat pantauan.

"Tak sure la. Balik kut..." ujar Mikayla sambil menekan-nekan kalkulator. Dia baru sahaja menyelesaikan beberapa soalan Matematik.

"Huhuks, mak saya call tadi. Tak payah balik sebab dua hari je kan. Lagipun jauh rumah." Mardiyah memuncungkan bibirnya. Pen yang dipegangnya tadi diletakkan.

Mikayla tersenyum kecil mendengar rengekan Mardiyah. Dia kenal benar  perwatakan sahabatnya itu iaitu seorang anak yang manja. Dari tingkatan satu sampai sekarang, tak pernah berubah meskipun umur dah bertambah.

"Alah, dah biasa kan selalu tak balik." ujar Mikayla.

"Awak bolehlah balik setiap minggu. Rumah dekat," balas Mardiyah. Mikayla tergelak kecil. Mujur sahajalah sekolah ini mewajibkan semua pelajar tinggal di asrama. Kalau tidak, dia akan ulang alik sahaja dari rumah.

"Nanti balik asrama saya belikan awak hadiah, nak? " pujuk Mikayla tersenyum sambil menggosok belakang Mardiyah.

Kebiasaannya dia jarang pulang ke rumah sepanjang berada di asrama. Kecuali minggu wajib pulang, dia akan pulang.

Lagipun tahun ini merupakan tahun terakhir dan mungkin juga dia akan 'kurangkan' pulang ke rumah.

Rumah?

Entah mengapa ianya membuatkan Mikayla tersenyum sendiri.

Suara kanak-kanak di perkarangan taman permainan milik pusat asuhan itu sungguh menceriakan suasana.

"Ala, dah kalah." Mikayla merengek sebelum melangkah ke arah dua buaian kosong yang terletak di hujung taman itu.

Mana tidak sedih? Dia kalah awal dalam permainan sorok-sorok. Itulah, asyik sembunyi tempat sama, siapa yang tak perasan?

"Kenapa sedih?" tiba-tiba suatu suara muncul membuatkan Mikayla menoleh. Terlihat seseorang yang menegur sudahpun melabuhkan punggungnya di atas buaian kosong bersebelahan dengannya.

"Kalah main sorok-sorok," ujar Mikayla nada sedih.

"Wajdi tak join ke? Best tau,"

Wajdi menggeleng. "Taknak, macam budak-budak."

"Kita kan budak-budak? Kita baru darjah empat." Mikayla mengerutkan dahinya.

"Mikayla je, Wajdi tak." Wajdi tersengih.

"Apa-apalah Wajdi," Mikayla mula mengayun ayunan buaian.

Tanpa Mikayla sedari, Wajdi turut mengayun ayunan buaian. Mengikuti rentak dengan Mikayla.

Semakin lama, ayunan yang diayun Mikayla semakin membuatkan Wajdi berasa agak risau.

"Mikayla, jangan ayun tinggi sangat nanti rantai buaian putus."

Teguran Wajdi tidak dihiraukan kerana serpaan angin pada waktu itu sangat nyaman, membuatkan Mikayla melajukan lagi ayunannya.

Tanpa sedar salah satu rantai buaian itu terputus menyebabkan Mikayla hampir dilambung ke tanah.

Namun Wajdi sempat mendaratkan tubuhnya dan memeluk Mikayla dari belakang agar tidak terkena tanah.

"Argh!" Wajdi mengaduh kesakitan. Mikayla bangun dari tubuh Wajdi yang dihimpit itu.

"Wajdi! Korang! Panggil Ibu!"  Mikayla terkejut. Tidak sangka Wajdi akan menyelamatkannya.

Semua orang berada di situ panik. Mereka langsung memanggil Ibu selaku pengurus pusat asuhan itu.

"Mikayla!" Mikayla tersedar daripada lamunannya. Mardiyah pula memandangnya dengan pandangan berkerut di hadapan pintu.

"Ya?" soal Mikayla dengan wajah yang agak berkerut kerana hanya mereka sahaja yang berada di kelas.

"Taknak balik ke? Prep dah habis! Dari tadi saya panggil awak tak menyahut, awak fikir apa? haa... ingat kat siapa ni? Tak nak kongsi ke?" soal Mardiyah sambil tersengih sumbing memandang sahabatnya.

Mikayla menghela nafas keranw dia dapat menangkap maksud di sebalik sengihan itu. Nmun, apa yang diteka Mardiyah tidak salah malah sangat benar.

"Tunggu saya," Mikayla segera mengemaskan begnya. Haih, lama juga ya sesi flashbacknya tadi.

~~~

Pagi itu, setiap pintu dorm  dipenuhi dengan pelbagai jenis bagasi beraneka bentuk dan warna. Dan, semua itu kebanyakkan milik pelajar tingkatan satu. Maklumlah fasa-fasa awal tahun dan ianya sudah menjadi kebiasaan termasuk di sekolah-sekolah asrama yang lain. Akan ada mereka yang masih bermanja dan tidak boleh berjauhan dengan ibubapa.

Dan itu hal yang lumrah dan semestinya.

Memutuskan untuk tidak mendengar taklimat perjalanan pulang dari para exco sudah menjadi pilihan biasa bagi Wajdi. Kali ini dia mengajak  Azhar dan Fahmi untuk duduk di bangku bersebelahan musolla. Itupun mereka berada agak jauh dari perkarangan perhimpunan kerana tidak mahu terciduk.

"Korang balik tak?" soal Azhar.

"Balik. Nak main game weh. Lama tak sentuh! Entah dah berhabuk game aku tu!" Fahmi tersenyum senang. Pelbagai game yang bakal ditemukannya di rumah membuatkan matanya bersinar gembira dan tidak sabar ingin pulang.

"Game...game...game. Sedarlah sikit kita nak SPM!" pesan Azhar sambil menggelengkan kepalanya. Kata- kata Azhar membuatkan sinar mata Fahmi mulai hilang kilauannya.

"Eleh kau pun sama. Jangan nak cakap kat aku sajalah. Balik nanti ada ah nanti suruh aku invite bagai." perli Fahmi membuatkan Azhar tersengih mendengarnya. Wajdi  hanya menayangkan riak kosongnya.

"Kau?" soal Fahmi. Empat pasang itu serentak memandang ke arah Wajdi.

"Mmmm... setakat dua hari tak kut. Malas." ucap Wajdi. Dia sendiri belum mengemas apa-apa barang.
Wajdi juga merupakan antara pelajar yang jarang balik kampung melainkan minggu wajib pulang.

Azhar dan Fahmi hanya mengangguk. Mereka sendiri tidak pernah melihat Wajdi pulang kalau setakat cuti dua hari. Sengaja bertanya. Pelik bukan?

Sedang asyik berbual, tiba-tiba mata Wajdi tertancap kepada seseorang yang tampak tidak asing di matanya.  Terlihat seseorang itu menghendap masuk ke dalam bangunan sekolah.

Wajdi mengerling jam tangannya. Baru pukul 6.58 pagi dan kebiasannya pelajar dibenarkan naik ke atas pada pukul 7.15 pagi.

"Weh, aku nak pergi kelas jap." ucap Wajdi lalu beredar meninggalkan Azhar dan Fahmi yang terkebil-kebil.

"Eh, apesal awal sangat?" soal Fahmi hairan. Azhar pula sekadar memandang Wajdi yang telahpun berlalu tanpa memberikan jawapan.

~~~

Faiz meletakkan senarai nama pelajar yang tidak pulang di atas mejanya. Jika dihitung, seramai 42 orang pelajar dan kebanyakkan senior. Tingkatan satu? Mereka semua sudah packing semua barang dua hari sebelum hari pulang tiba. Mengingati hal itu membuatkan Faiz menggelengkan kepala dibuatnya.

Mahu bagaimana lagi? Perkara itu  sudah biasa berlaku. Mereka masih belum cuba membiasakan diri dengan suasana asrama.

Faiz telah pun merancang beberapa aktiviti untuk pelajar yang tidak pulang kerana dia tahu, pelajar akan berasa bosan kerana duduk di kawasan asrama selama dua hari tanpa membuat apa-apa.

Tanpa berlengah, Faiz mencapai telefonnya dan mendail nombor seseorang.

"Assalamualaikum, Nurhan. Kau free tak sekarang?"


Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.