Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
94,989
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 20

"Sekolah Tahfiz?! Are you serious?!" Asif menendang meja yang ada di belakang bangunan sekolah itu dengan geram. Mujur ianya tidak patah.

Faiz dan Nurhan hanya diam sambik memerhati tingkah laku Asif yang tidak habis-habis memaki hamun dan melemparkan carutan tidak puas hati setelah mereka keluar dari bilik pengetua tadi.

Satu jam yang lalu...

"Kamu bertiga, selalu buat onar dan acap kali langgar peraturan. Hampir setiap minggu keluar tanpa kebenaran dari asrama, pergi cafe sana-sini!" Sang pengetua itu berbicara dengan matanya tajam memerhatikan tiga orang pelajar yang sedang berdiri sambil menundukkan wajah di hadapannya.

"Dah banyak kali warden atau AJK asrama tegur dan bagi nasihat. Bahkan dah dua kali bagi surat amaran. Dan kali ini saya akan bertindak sendiri ke atas kamu bertiga," tegas pengetua sambil kedua-dua tangannya dilipat seraya memandang ke arah beberapa helaian kertas.

"Saya sudah berbincang dengan ibubapa kamu secara atas talian memandangkan kamu bertiga dari luar negeri, dan kami telah bersepakat nak hantar kamu bertiga ke sekolah tahfiz lusa."

Kata-kata terakhir pengetua membuatkan mereka bertiga membelalakkan mata dengan eksperasi yg sangat terkejut.

Tahfiz?!

Dan di sini lah mereka sekarang. Walaupun sudah diberi arahan pulang ke kelas, namun belakang bangunan sekolah juga lah menjadi port mereka melepaskan amarah.

"Korang diam ni korang setuju ke?" Asif memandang kesal ke arah dua sahabatnya itu kerana sedari tadi hanya dia sahaja yang melepaskan amarah. Namun tidak bagi mereka berdua.

"Aku tak tahu," Faiz menghela nafas  begitu juga dengan Nurhan. Tampaknya, mereka masih memikirkan kata-kata pengetua tadi.

"Yow, please la. Masyarakat memang macam ni ke? Perilaku buruk sikit, hantar kat tahfiz. What the... ish!" Asif meraup wajahnya kasar.

"Lagipun kenapa mommy dan daddy aku ni? Wah, ni memang dah abaikan anak!" Asif menolak lidahnya ke tepi sambil mencekak pinggangnya.

"Aku pun tak tahu la Sif... Kenapa dieorang buat camtu. Haih," akhirnya Nurhan bersuara. Dia turut tertekan. Meskipun dia tinggal berdekatan di area sini, tetapi ibubapanya masih di luar negeri atas urusan kerja yang dia sendiri tidak begitu tahu.

"Nanti mesti kena pakai jubah 24 jam, tahajud hari-hari, kuliah hari-hari, solat jemaah, kena hafal- aish mesti kena jadi malaikat. Tak layak la!" ucap Asif frustasi. Bukannya dia tidak kenal tahfiz itu bagaimana.

"Apa susah? Kita masuk sana kita buatlah onar. Pasti kena buang punya," setelah agak lama memilih berdiam diri, Faiz membuka bicara membuatkan Asif dan Nurhan memandang ke arahnya dengan senyuman yang penuh makna.

"Cun!"

///

Dan seperti yang dimaklumkan, mereka bertiga sudahpun berada betul-betul di dalam pejabat di sekolah tahfiz yang bernama Maahad Darul Fathonah yang akan menjadi tempat mereka menuntut ilmu. Bangunan sekolahnya cuma ada dua dan sebuah musolla di belakang bangunan. Kawasan Maahad itu tidaklah terlalu besar, tidak terlalu kecil namun mampu menampung lebih 600 orang pelajar. Maahad itu juga turut menyediakan asrama pelajar yang diasingkan lelaki dan perempuan.

Semasa mereka belum tiba di pejabat, mereka menyaksikan penampilan para pelajar di situ. Semua memakai jubah dan kopiah berwarna putih. Ada sebahagian memakai serban. Manakala pelajar perempuan memakai jubah berwarna coklat dan bertudung putih labuh.

"Sempit gila-" gumam Asif dengan nada yang tidak puas hati. Berkali-kali dia membetulkan posisi duduk di sofa pejabat itu seraya matanya memerhati bilik pejabat yang padat itu.

"Luas je. Ceh-" Faiz menumbuk pelan bahu Asif di sebelahnya. Asif mencebik sahaja.

"Weh, serius la kita kena pakai baju cam dieorang? Malaikat sungguh!" Nurhan membisik pelan.

"Nak buat macamana? Pakai je la," balas Asif dengan dengusan.

"Muhammad Faiz Isyraf, Ahmad Asif dan Nurhan Hadi, sila masuk bilik pengetua," panggil staff pejabat yang memakai tudung labuh. Tertera nama Salia di nametag tudungnya.

"Ish nak panggil pun panggil je la nama pendek," Asif mengeluh dengan nada berbisik.

"Dah, jom." Faiz menepuk paha Asif dan Nurhan. Mereka bersama masuk ke dalam bilik pengetua.

Kelihatan seorang lelaki berumur 40 an, berjanggut, memakai jubah putih kecoklatan serta mengenakan serban menatap mereka dengan senyuman.

"Duduklah," pelawa pengetua itu kepada mereka bertiga. Faiz, Nurhan dan Asif menurut sahaja tanpa banyak soal.

"Nama saya, Haji Zulkarnain bin Haji Muhammad. Saya merupakan pengetua atau kat sini kita panggil mudir. Jadi, kamu bertiga kena panggil saya mudir," tutur mudir dengan nada yang seceria mungkin. Setiap perkataan yang dituturnya penuh kelembutan, persis seorang ayah kepada anaknya. Tidak dilupa, senyuman sentiasa menghiasi wajahnya.

Faiz, Nurhan dan Asif hanya mengangguk sahaja.

"Saya dah tahu dan baca apa yang menyebabkan kamu ke sini. Jadi secara ringkasnya, saya perkenalkanlah macam mana sistem sekolah ini. InshaAllah kamu bertiga akan suka,"

"Suka? Apa yang best?" Asif bersuara dengan nada yang menyindir membuatkan Faiz dan Nurhan hampir mentautkan kening.

Mudir tertawa kecil. "InshaAllah best,"

Asif berdecit.

Mengabaikan decitan halus Asif, mudir kembali menerangkan sistem pembelajaran dan sebagainya. Turut diterangkan peraturan yang ditetapkan.

Hafaz 30 Juzuk Quran? Solat 5 waktu berjemaah? Kuliah Dhuha? Kuliah Subuh? Kuliah Maghrib? Hafazan selepas Subuh dan Maghrib? Talaqqi? Tazkirah? Jubah? Serban? Kopiah?

Faiz, Asif dan Nurhan kini berada di dorm yang sama. Sedang mengemaskan barang-barang apa yang patut. Dorm mereka terletak paling hujung dan paling hampir dengan bilik warden. Hanya mereka bertiga sahaja yang mendiami kawasan dorm itu. Suasana asrama kosong kerana waktu itu waktu persekolahan dan pastinya berada di kawasan sekolah.

"Bapak ah. Cam malaikat betul ni." gumam Nurhan sambil memasukkan bajunya yang dilipat ke dalam loker.

"Bengang betullah. Hari-hari cam kat neraka." desis Asif. Antara mereka bertiga, Asif la yang paling tidak puas hati.

"Lek ah. Tak sampai lagi sehari ni." balas Faiz.

"Aku jamin, cikgu-cikgu mesti sorak suka kita kena buang kat sini." sinis Asif berbicara.

"Dah boleh agak-" Nurhan tergelak kecil.

"Haish- boleh ke orang macam kita ni pakai pakaina cam malaikat ni? Segan aku-" Faiz mengeluarkan jubah putih yang dia dapat sewaktu berdaftar tadi.

"Malaikat tanpa sayap-" usik Nurhan.

"Tapi perangai..."

Mereka bertiga ketawa.

"Assalamualaikum, kamu bertiga dah berkemas?" soal mudir yang sebenarnya sudah lama mendengar pembicaraan mereka. Sengaja beliau masuk mencampuri hal tiga remaja itu.

"Waalaikummussalam, oh mudir. Tak lagi. Tak nampak ke barang bersepah ni?" kata Asif dengan nada menyindir.

Mudir tertawa kecil. Langsung tidak terasa dengan kata-kata pemuda yang baginya agak dingin itu. "Lepas ni akan ada dua senior yang akan handle kamu."

Kata-kata mudir itu dibalas dengan anggukan.

Setelah hampir 30 minit berkemas, mereka bertiga merebahkan diri ke atas katil yang disusun secara rapat.

"Uih penat! Tido jom!"

Asif mula memejam mata diikuti Faiz dan Nurhan. Kipas dibuka dengan kelajuan lima.

"Assala-" ucapannya terhenti sejenak apabila melihat tiga orang remaja sedang tertidur pulas di atas katil. Dia mengukirkan senyuman tipis.

"Weh, mana dieo-" muncul pula lagi seorang yakni temannya.

"Dieorang tidur." tutur seorang rakan yang memberi salam tadi.

"Lenanya lahai..."

"Jap aku nak call mudir." telefonnya didail nombor.

"Assalamualaikum mudir,"

"Waalaikumussalam. Kenapa Hazalif?"

"Mereka bertiga tidur. Sayang pula nak kejutkan sebab lena sangat."

"Tak apa. Biarkan mereka dulu. Nanti waktu nak dekat Zohor baru kejutkan. Ada dua jam lagi. Pasti dieorang penat uruskan barang."

"Baiklah, terima kasih mudir."

"Sama-sama. Moga amanah kamu dijalankan dengan baik."

"InshaAllah tuan mudir..."

"Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam"

Blip!

"Camne?" soal rakannya.

"Hold on dulu. Jom, Adnin."

"Jom."

Azan Zohor sudah berkumandang, namun ketiga-tiga insan yang tertidur pulas di atas katil itu masih lagi belum berganjak.

Hazalif, selaku senior yang ditugaskan untuk memantau mereka hanya menggeleng pelan sebelum mengukirkan senyuman kecil.

"Faiz... Asif.... Nurhan... Bangun. Dah masuk waktu Zohor dah ni." tutur Hazalif. Bahu-bahu tiga remaja itu ditepuk silih berganti.

"Errm-"

Tiada yang mendengarkan membuatkan Hazalif mendengus halus.

Haih, tiga remaja di hadapannya ini agak sukar untuk dikendalikan.

Namun, dia tidak akan berputus asa. Seketika dia berfikir sebelum tersenyum nakal.

"Tak bangun lagi? Kau tak gerak ke dioerang?" Adnin muncul dengan pakaian yang siap untuk menunaikan solat Zuhur di musolla.

"Aku dah gerak. Tapi tak bangun juga. Tidur mati agaknya." ujar Hazalif.

"Cuba kau tekan siren dekat tepi bilik warden-"

"Haha cun-"

Ketiga-tiga mereka kini sudah berada di musolla. Dan wajah mereka masih lagi mengantuk dan mata yang tertutup dengan keadaan terduduk walhal sudah pun mengambil wudhu' tadi. Mereka hanya memakai baju tshirt dan seluar slack panjang. Banyak juga lirikan para pelajar di situ dan mereka turut menjadi sorotan.

Hazalif yang baru sahaja mahu menapak ke arah ruangan imam hanya menggeleng melihat gelagat tiga remaja yang dikenalnya tidak sampai satu hari. Lagipula mereka bertiga kini menjadi perhatian lantaran wajah mereka tidak dikenali lagi di sini.

Tersengih dia mengingatkan bagaimana kalutnya ketiga-tiga mereka menggelabah apabila siren dibunyikan. Siap minta tolong lagi ingat ada kebakaran.

"Faiz, Nurhan, Asif. Kita dah nak solat ni." tutur Hazalif lembut sambil menepuk ketiga-tiga bahu tiga remaja itu. Tindakan itu juga menjadi sorotan pelajar lain.

"Hmm..." Faiz lah orang pertama yang membuka matanya. Mujurlah dia tidak benar-benar tidur. Kemudian dia menepuk bahu Asif dan Nurhan.

"Aduih apehal-" Asif merengek namun cuba dibuka matanya. Matanya kini mencerlung memandang sekeliling. Semua matanya dihiasi puluhan remaja sepertinya yang memakai jubah putih dan mengenakan kopiah atau serban.

Bagaimana mereka bertiga boleh lupa bahawa mereka berada di Maahad Darul Fathonah? Dan kini semua pelajar memandang ke arah mereka. Mereka yakin kerana hanya mereka bertiga sahaja lain pakaiannya.

"Aku ada kat syurga ke ni?" soal Nurhan yang samar-samar. Menahan ngantuknya. Kata-kata Nurhan membuatkan Hazalif tersenyum kecil.

"Jom solat berjemaah."

"Kena hafal satu buku ni?!" ketiga-tiga mereka melongo. Satu kitab tebal bertuliskan Al-Quran dalam bahasa Arab ditatap silih berganti kepada dua insan di hadapan mereka. Iaitu senior Hazalif dan Adnin. Hanya mereka berlima sahaja di ruangan musolla kerana pelajar lain sudahpun beredar menuju ke kelas.

"Ni bukan buku." Adnin mengambil kitab itu dengan cermat.

"Ini kitab. Kitab Al Quran dan merupakan mukjizat terakhir untuk umat manusia. Kitab yang diamanahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita."

Ketiga-tiga mereka terdiam. Ini bukan kali pertama mereka melihat kitab itu. Cuma terlalu lama tidak membukanya meskipun ada di rumah.

"Bukan menghafal tapi menghafaz." Hazalif tersenyum.

"Tapi mana la reti nak hafal ni. Hafal lagu boleh la. Ni nak kena hafal tulisan Arab ni." cibir Asif.

"Haah, kiteorang ni bukan lancar sangat baca Quran. Nak sebut satu huruf pun susah." cetus Nurhan.

"Kenapa kena baca Quran dan hafal? Perlu ke? Wajib ke?" kini giliran Faiz membuka mulut. Ketiga-tiga mereka melontarkan kata-kata tidak puas hati.

Hazalif dan Adnin hanya diam dengan keadaan yang tenang. Hanya mendengar setiap ocehan dan keluhan yang dikeluarkan daripada tiga remaja itu.

Adnin berdehem sejenak sebelum melanjutkan pembicaraannya.

"Kamu tahu kelebihan orang yang menghafal Al Quran?"

Mereka bertiga menggeleng malas.

"Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.

Kemudia Anas bertanya, 'Siapakah mereka wahai Rasulullah?'

Baginda menjawab. 'Iaitu ahli Al Quran (orang yang membaca atau menghafal al Quran dan mengamalkan isinya). Merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah SWT.

Hadis riwayat Ibn Majah"

Hadis itu membuatkan mereka bertiga terkedu sejenak.

"Yang penting... Niat kerana Allah SWT." rupanya ada lagi kalimat yang belum diutarakan oleh senior bernama Adnin itu.

"Tapi kami mampu ke?" soal Nurhan membuatkan Asif berdecit kecil.

"Mampu. Takpe. Pelan-pelan. Hafal setakat yang kamu mampu. Jangan paksa diri. Perbanyakkan doa." pesan Hazalif.

"Kalau tak mampu juga? Haish, kenapa kami kena buat semua ni? Kami tak layaklah. Pendosa macam kami memang tak layak. Nak pakai baju macam tu tu rasa terhina-" Faiz membuka suara dengan nada kedengaran sendu.

Kelima-lima mereka terdiam kecuali Asif. Asif hanya diam dengan wajah yang tidak puas hati. Entah mengapa dia merasakan aura dua sahabatnya itu seakan mahu menerima keadaan ini meskipun ia tidak menunjukkan kemahuan itu.

"Ingat, kamu diletakkan di sini bukan kerana pengetua sekolah kamu dan ibubapa kamu tapi Allah SWT. Percayalah apa yang Allah aturkan akan ada hikmahnya. Percayalah."

Sedar tak sedar sudah hampir dua minggu mereka bertiga menempuhi alam persekolahan yang baru bagi mereka.

Suasana baru dan pengalaman pasti baru. Namun ia tidak mampu memperbaharui imej mereka di sini. Benarlah kata orang, jika hati itu sudah keras tidak mahu menerima atau mengamalkan nasihat yang diberi, tidak akan menjadi apa-apa.

Semenjak dari hari pertama mereka masuk ke sekolah, mereka sudah membuat hal bangun lambat, memaki para exco meskipun satu tahun tua dari mereka. Masuk ke kelas lambat. Tidur dalam kelas dengan alasan tidak memahami apa pun kerana kebanyakannya menggunakan bahasa Arab dan bertulisan jawi. Namun masih ada aliran akademik. Ponteng kelas juga menjadi tabiat kerap mereka.

Para pelajar di situ ada yang menggeleng atau menyukai mereka. Yalah, sudahlah pelajar baru. Masuk kawasan orang sudah membuat onar. Siapa sahaja yang tidak marah bukan?

Namun hal yang mengatakan mereka dibuang oleh pihak sekolah masih lagi menjadi rahsia. Tidak dihebahkan kepada sesiapa. Bahkan guru juga amat mengerti dengan keadaan mereka kerana sudah dimaklumkan oleh mudir.

Ada guru yang memahami, ada yang menggeleng kesal.

Berita mengenai perilaku Faiz, Nurhan dan Asif sampai di telinga mudir. Sudah acap kali namun kali ini agak terlaluan kerana mereka bertiga tidak masuk ke sekolah dan masih lagi berada di asrama. Walhal para exco sudahpun mengunci semua pintu. Warden pada ketika itu terpaksa pulang ke kampung kerana ibunya yang sakit dan terpaksa memohon cuti selama seminggu. Dan pastinya itu peluang mereka untuk ponteng.

"Bagaimana mudir? Apa yang kami patut buat? Perlu dihukum depan pelajar?" soal Hazalif, selaku exco senior. Dia dipanggil oleh mudir kerana warden cuti.

"Bagi saya, tidak perlu. Kerana itu akan menambahkan lagi luka mereka dan membuat mereka melakukan lebih lagi." tenang sahaja tuturan mudir.

"Tapi mereka sangat melampau." ujar Adnin. Mujurlah dia dapat bersabar lagi dengan perilaku tiga remaja itu. Nasihat sedikit, nanti buat lagi. Angguk sedikit, buat lagi. Bagai mencurah air ke daun keladi. Nasihat mereka seakan kertas kosong yang disalin dan dibiarkan terbang setelah selesai menulisnya.

"Jangan putus asa. InshaAllah ada penyelesaian."

Azan Asar berkumandang. Namun ketiga-tiga remaja itu tidak langsung berganjak dari tempat tidur mereka. Masing-masing sedang bermain game menggunakan telefon pintar mereka. Ya, barang haram yang mereka seludup ke dalam asrama.

Tidak lama selepas itu, siren dibunyikan membuatkan mereka terjaga kerana siren kali ini betul-betul kuat. Cepat-cepat mereka menyimpan telefon yakni barangan berharga mereka. Kena rampas, tak boleh main lagi!

"Tak payah nak simpan. Dah nampak dah pun." ujar Hazalif dengan senyuman kecilnya membuatkan mereka bertiga berwajah kesal. Namun mereka masih mengekalkan reaksi biasa.

"Nak kena rampas ke atau hmm. Biasanya kalau pelajar bawa, pihak HEP akan rampas dan tak akan dikembalikan sampai bila-bila. Lepas tu, bakar." Adnin pula muncul sambil mengusap dagunya. Berlagak seolah sedang memikirkan.

Bakar? Tak akan dikembalikan? Mereka bertiga meneguk liur. Sepanjang dua minggu mereka berjaya menyembunyikan harta berharga itu dan tiada yang kantoi.

"Kita laporkan je la kat pihak HEP-" mereka berdua berpura-pura menuju ke luar asrama namun belum sempat mereka berdua melangkah Asif dengan tiba-tiba mahu melayangkan penumbuknya dari arah belakang.

Namun Adnin sempat menyedari dan menghalang tumbukan Asif. Faiz dan Nurhan terkejut. Tidak disangka Adnin yang mereka sangka pelembut itu amat pandai dalam seni pertahankan diri. Dan kini Asif sedang menahan kesakitan apabila tangannya disilangkan dari belakang.

Adnin dan Hazalif tersenyum kecil.

"Maaf-" pelan Adnin melepaskan Asif membuatkan Asif menahan geram.

"Jangan risau. Kami tak akan laporkan kepada pihak HEP. Tapi, marilah kita buat persepakatan."

Faiz, Nurhan dan Asif berpandangan sesama sendiri. Persepakatan apa pula ni?

"Persepakatan. Kami tak akan bagitahu pasal telefon kamu dengan syarat kamu bertiga wajib mematuhi peraturan, dan segala apa yang diarahkan oleh pihak sekolah dan exco."

Nurhan dan Faiz berpandangan. Telefon mereka sangatlah mahal dan jika dirampas pasti sukar untuk dibeli semula. Dan pastinya mereka akan kebosanan. Kemudian dia memandang ke arah Asif yang masih lagi berdiam diri. Meminta persetujuan dari Asif sama ada mahu bersetuju atau tidak.

Asif melongo. Tidak disangka sahabatnya itu lebih memilih untuk menyetujui persepakatan ini daripada mengingkarinya.

"Hei, serius la korang setuju dengan persepakatan bodoh ni?" wajah Asif kelihatan bengang.

"Err kami berbincang dahulu boleh?" soal Faiz. Dia tahu Asif tidak akan bersetuju kerana Asif itu anak orang kaya. Telefon mahal hilang, diberi telefon yang lebih mahal dan terbaru.

Hazalif dan Adnin tersenyum sebelum beredar pergi.

Sebaik sahaja kelibat dua senior itu, Faiz menuju ke arah Asif.

"Wei dengar aku dulu. Kita ikut je cakap mamat dua orang tu acah-acah je. Tak yah serius sangat."

Asif mengeluh lega. Nasib baik.

"Lagipun kiteorang ni bukan kaya cam kau boleh beli yang baru." sahut Nurhan.

"Fuh. Nasib baik. Ok, aku ok je."

"Yeh..." mereka bertiga ketawa.

Tanpa mereka sedar dua orang senior itu masih berada di sebalik loker dorm mereka. Ada senyuman kecil diukir di wajah mereka berdua.

Hari bergantj hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Dan kini sudah hampir tiga bulan mereka bertiga menjalani kehidupan di situ.

Dan setiap hari, mereka bangun awal pagi, menjalani rutin dan melakukan segala peraturan dan syarat. Adakala mereka melanggar sedikit persepakatan yang dibuat. Mujurlah dua senior itu memberikan mereka peluang.

Hazalif dan Adnin langsung tidak melepaskan peluang untuk berbaik dan melakukan apa yang patut. Setiap pagi dan petang mereka membaca mathurat sama-sama, tazkirah, memberi nasihat dan juga membaca doa Rabitah.

"Weh, jom ponteng kelas bahasa Arab. Aku tak siap lagi kerja sekolah dia." ajak Asif kepada Nurhan dan Faiz yang sedang membelek buku Bahasa Arab yang akan dijalankan beberapa minit lagi.

"Haduih malasla. Lagipun aku dah siap." ujar Nurhan.

"Hah? Serius? Kau siap? Aku tak salah dengar kah?" Asif terlopong.

"Haah, senang je sebenarnya. Baru aku faham so aku buat."

"Gila. Kau Faiz, tengok kawan kita ni buat kerja sekolah siap." bahu Faiz ditepuk.

"Aku pun siap jugak masa prep semalam." Faiz menunjukkan buku latihannya yang sudah siap.

Ya, semalam mereka berdua membuat kerja sekolah di kelas prep. Kebiasannya mereka akan tidur atau ponteng namun hanya Asif sahaja yang tidur. Tidak bagi Faiz dan Nurhan.

"Hei, korang! Kita pura-pura kan buat semua ni? Eish! Aku ponteng sorang je la ni?" Asif tidak puas hati.

"Sorryla Asif. Aku rasa nak belajar." tutur Faiz.

Begitu juga dengan Nurhan.

Asif mengetap bibir. Apa yang sudah merasuk sahabatnya ini? Terpaksalah Asif ponteng seorang diri. Malas berdiri di luar kelas atau pun dibebel.

Dan begitulah sehingga hari seterusnya.

Asif mengetap bibir. Hanya dia seorang sahaja yang mengekalkan prinsip. Faiz dan Nurhan seakan melanggar prinsip yang mereka bina untuk berpura-pura melanggar persepakatan.

"Korang ni kenapa?!" kali ini Asif hilang sabar apabila melihat Faiz dan Nurhan sedang bersiap-siap untuk ke sekolah. Hanya mereka bertiga sahaja berada di dorm kerana mereka bangun agak lambat dan akhirnya digerak oleh Hazalif sendiri.

"Kenapa kau ni?" soal Faiz hairan sambil membetulkan jubahnya. Nurhan turut memandang ke arahnya.

"Tch." Asif mendecit. "Kau sebenarnya jalankan ke tak apa yang kita rancang tu? Aku rasa macam aku sorang je yang berpura-pura dengan semua ni. Aku tengok korang macam dah terpedaya dengan persepakatan tu!" Asif menjegilkan matanya.

Faiz dan Nurhan hanya diam.

"Kenapa korang diam?! Tak betul kan?" Asif mahukan kepastian.

Faiz mengeluh perlahan sebelum memulakan bicaranya.

"Maaf, kami nak berubah."

Empat perkataan dalam satu ayat itu membuatkan Asif terpana.

"Berubah? Kau nak jadi malaikat macam dieorang?!" Asif tidak percaya.

"Asif! Kau tak sedar ke? Tak ingat ke hadis apa semua dan segala nasihat, tazkirah yang kita dengar sepanjang tiga bulan ada kat sini? Tak termasuk sikit ke ke dalam hati kau?" kini giliran Nurhan bersuara.

"Wah... Nampaknya sahabat aku dah jadi malaikat..." Asif mendengus kasar.

"Asif. Kita semua bukan malaikat! Tapi hamba Allah SWT yang inginkan syurgaNya! Ya, kita pernah salah! Salah dalam melakukan apa hal yang boleh membuatkan Allah murka. Tengking cikgu, putuskan hubungan, menipu. Itu semua adalah kesalahan yang kita buat! Marilah Asif, kita hentikan semuanya. Kita mulakan hidup kita dengan hal yang baru ya?" pujuk Faiz dengan nada yang hampir serak.

"Korang tipu aku. Korang kata nak... haih! Korang penipu! Munafik!!!" Asif menjerit seperti orang gila.

"Asif! Berubahlah. Masih ada peluang untuk kau berubah!"

"Tak! Aku benci korang! Korang kata nak buat onar kat tahfiz ni! Korang sama je dengan pengetua tak guna tu dan semua yang ada kat sini!!"

Teriakan Asif membuatkan Faiz dan Nurhan terkejut apabila Asif dengan tidak warasnya menuju ke arah Faiz dan menumbuknya. Faiz pula terpaksa membalas kerana tumbukan Asif sangatlah kuat namun dia masih dapat menanganinya. Kini dua-duanya bergelut dan darah mula keluar dari sudut muka masing-masing.

Nurhan tidak tinggal diam. Dia lantas menuju ke arah dua senior untuk meminta pertolongan.

"Hazalif! Adnin! Faiz dan Nurhan bergaduh besar!"

"Apa? Allahuakbar!!"


Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.