Home Alternatif Komedi/Romantik Komedi Precious Day
Precious Day
ae0907
4/5/2022 21:26:17
2,146
Kategori: Alternatif
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

Satu minggu sebelum acara terbesar bermula, para pelajar disuguhkan satu acara yang boleh dikatakan cukup penting bagi menambahkan sesi markah rumah sukan. Acara itu tidak lain tidak bukan adalah,

Merentas desa.

Mungkin bagi mereka yang suka berlari, mempunyai stamina yang tinggi, akan sangat menyukai acara itu.

Tetapi, tidak bagi mereka yang malas berlari, mempunyai stamina rendah dan penyakit lelah. Dan, Aira satu-satunya antara mereka yang termasuk di antara golongan itu. Bukan dalam golongan malas, tetapi golongan berpenyakit lelah dan kurang stamina.

"Aira, awak nak join ke merentas desa nanti?" tanya Dhiya sebaik sahaja loceng rehat sudah berbunyi.

"Join je rasanya. Kenapa?"

"Tak lelah?"

Aira terdiam. "Hum, setakat jalan-jalan dan lari sikit, boleh rasanya."

Dhiya menghela nafas. "Conferm?"

"Iya,"

"Berlari dan bola jaring kan sama-sama penat?" celah Bella yang baru sahaja selesai menyusun buku-bukunya.

"Entahlah," Aira mengangkat kedua bahunya. "Sebab bola jaring tu memang dah sebati dari saya sekolah rendah lagi. Jadi, dah terbiasa. Lagipun bola jaring taklah jauh sangat berlari."

"Oh," Dhiya mengangguk.

"Esok kita rehearsal kan?" tanya Kaira yang berada di hadapan meja Bella.

"Rehearsal apa?" tanya Aisha bingung.

"Merentas desa," jawab Maya.

"Haah, pakai baju sukan kan?" tanya Bella.

"Takkan pakai daun pisang pula," gurau Aira.

Bella mendengus. "Pakai kain batik je la,"

"Eh, dia ni!" Dhiya tertawa.

Setelah itu, mereka keluar dari kelas menuju ke arah kantin yang terletak agak jauh dari kelas mereka.

"Semakin naik tingkatan, semakin jauh kantin." Aira mendengus sambil mencekak pinggangnya.

"Wau, itu referens yang bagus!" Imani tertawa.

"Jadi kita dapat rasa macam mana para senior kita struggle untuk dapatkan tempat duduk masa waktu rehat," sahut Kaira.

"Jadi... Eum, beginilah rasanya," Aisha terkikik.

"Saya rasa kita kena buat cadangan," ujar Bella dengan suara ala-ala seorang jurutera.

"Cadangan macam mana tu?" tanya Dhiya tertarik.

"Kita maklumkan kepada pengetua untuk buat flying fox dari tingkap bangunan kelas kita sampai kantin," cadangan Bella membuatkan mereka tertawa.

"Aduih! Teringat kita main flying fox semasa form three," ujar Maya.

"Haah. Saya ingat lagi masa tu kita last naik sebab datang lambat. Dah lah masa turn kita tu, hujan! Habis basah baju saya!" ujar Aira.

"Haah! Betul! Punyalah tak nak baju basah sebab takut masuk dalam tasik, last-last basah juga sebab hujan!" kata Kaira dengan sisa tawanya.

Kenangan semasa tingkatan tiga berlegar di fikiran masing-masing. Maklumlah batch mereka adalah batch yang boleh dikatakan agak 'unik' untuk lawatan samil belajar setelah selesainya peperiksaan PT3. Sebenarnya, pada awal rencana, mereka akan bertolak ke luar negeri seperti senior-senior sebelumnya. Namun disebabkan fenomena banjir besar ketika mengurungkan destinasi sebenar mereka dan bertukar kepada penginapan resort yang cukup terkenal selama tiga hari dua malam.

"Tapi, time kita barbeque tak jadi." Aisha menghela nafas. Mereka kini telahpun berada di salah satu meja makan di kantin. Hanya Aira, Dhiya dan Imani sahaja yang duduk di situ kerana yang lain pergi beratur untuk membeli makanan. Itupun kerana mereka terbiasa membawa bekal dari rumah.

"Kenapa ya? Saya lupa," tanya Dhiya setelah membuka kotak bekalnya.

"Rasanya sebab bekalan barbeque kita tertinggal dalam bas, kan?"

Mereka berempat terdiam seketika sebelum mula membulatkan mata.

"Haah la! Weh! Serius masa tu cikgu-cikgu kalut!"

Imani ketawa. "Kita sampai merajuk dengan cikgu kan masa tu? Nasib baiklah dekat sana ada restoren. So, cikgu belanja semua orang makan kat sana ramai-ramai guna duit sekolah,"

"Haah yang tu!" Aira terkekeh. "Penuh restoran resort dengan pelajar sekolah kita masa tu!"

"Dan saya ingat juga, Adam and the gang kena paksa busking!" kata Dhiya.

"Dieorang busking lagu apa eh? Darah muda? Bunkface?"

"Haah! Yang tu! Serius Adam macho gila kan! Haha! Fans berat gila dia masa tu. Dengan pakai headbandnya! Nak ambik gambar, kita mana boleh bawa." Imani terkikik.

Aisha berdehem sambil matanya melirik ke arah Aira yang pura-pura tidak mendengar tatkala nama Adam disebut. Itu sudah tentu membuatkan Dhiya dan Imani melakukan hal yang sama.

"Apa? Apa?" Aira mendelik kerana tahu apa yang ada di dalam fikiran tiga rakannya itu.

Aisha, Dhiya dan Imani hanya terkekeh. Tidak lama kemudian Bella, Kaira, Maya, Safiya, Amirah dan Hayati tiba setelah selesai membeli makanan.

"Awak beli apa tu?" tanya Aisha apabila mendapati beberapa bungkus polisterin dibawa masing-masing di tangan mereka.

"Bukan," ujar Kaira. "Itu makanan lebih sebab ada yayasan yang datang pagi tadi,"

"Wah! Ada tak lagi?" tanya Aira.

Bella menggelengkan kepalanya. "Tak ada. Ni pun makcik Leha yang bagi tadi. Yang last punya,"

Dhiya mengerucutkan bibirnya. "La, baru nak simpan untuk balik nanti,"

"Takpe, kita share-share." tawarMaya.

****

"Hari minggu yang ceria, waktunya bergembira... Tapi jangan sampai lupa... Esok kembali ke sekolah..."

Lantunan suara Adam yang sedang berada di mejanya membuatkan Jiyad menggelengkan kepalanya. Hari ini dia dan Adam tidak ke kantin kerana masih kenyang. Sebelum subjek Matematik bermula, Adam mengatakan bahawa dia mahu ke tandas dan mengajak Jiyad. Tanpa diduga ketika mahu masuk ke dalam kelas, seorang guru memberikan mereka beberapa bungkus roti. Dan, berakhirnya mereka makan di dalam kelas.

"Kau nyanyi lagu apa tu? Setahu aku tak pernah ada lagu macam tu," tanya Jiyad.

Adam merenggangkan jemarinya. "Entah, aku buat. Well, aku kan bakal penerus Seokjin BTS versi Islamik."

Jiyad memutar bola matanya. "Penat, Dam."

Adam terbahak puas. "By the waycourt futsal tu kau dah booking ke untuk petang nanti?"

"Bukan aku booking. Si Wafiy,"

"Wah, budak baru Melon dah jadi tokey booking,"

Jiyad ketawa. "Bangang la,"

"Aku nak jadi keeper je la nanti. Malas dowh nak gerak banyak-banyak. Kaki ni kena simpan untuk merentas desa esok," ucap Adam.

"Eh! Esok rehearsal je! Semangat betul kau,"

"Entah. Aku rasa macam semangat,"

"Mentang-mentang juara tiga tahun berturut-turut!"

Adam mengeluh halus. "Tapi aku dengar geng senior ada yang lari laju daripada aku. Si budak baru. Apa nama dia?"

"Budak baru? Siapa?"

"Alah, ada yang baru masuk dua minggu lepas. Aku dengar la yang si Helmi kata budak baru tu olahragawan peringkat negeri tahun lepas,"

Jiyad mengetuk dagunya, cuba mengingati. "Aku tak ingat la,"

Adam mendecak. "Ei, kau ni. Dia rumah kuning,"

Mata Jiyad membulat. "Oh, si budak MRSM tu ke? Daniel Reza?"

"Dah tu siapa lagi?" Adam memutar bola matanya malas.

Jiyad ketawa. "Ala, Dam. Kau kan condifent melangit menjunjung. Buktikan kau boleh!"

"Dengar ayat motivasi kau buat aku jadi lagi tak semangat,"

Jiyad mendesis. "Ceh!"

"Woi, asal tak rehat? Kau berdua diet eh?" tiba-tiba Atiq muncul dengan seplastik makanan ringan yang dia beli di koperasi.

"Alulu, susah-susah je bawakkan aku makanan." belum sempat Adam meraih plastik Atiq, remaja itu langsung menjauhkannya dari Adam.

"Eip! Jangan nak berharap!"

"Eleh, percayalah kau akan bagi nanti," ujar Adam percaya diri.

"See? Dia punya condifent tu tak pernah jatuh," Jiyad menggelengkan kepalanya.

"Yang ni sorang lagi. Confident! Bukan condifent! Kau ni tak check balik kamus bahasa Inggeris ke?" Atiq mengejek.

"La, mana aku tahu. Cikgu Hisham tu yang asyik sebut condifent. Aku ikut je la," kata Jiyad.

Adam menepuk dahinya. "Cikgu tu memang suka sebut salah. Nak jadikan ayat mudah mesra dengan student,"

"Oh...,"

"Weh, esok rehearsal." Atiq mengerutkan dahi setelah duduk di tempatnya.

"Aci tak aku tak datang esok? Aku tak larat,"

Adam memincingkan matanya kepada Atiq. "Apa? Kau jangan nak malas-malas eh,"

"Aku dengan acara merentas desa tu, dah macam musuh. Tak boleh bersatu,"

Di antara mereka, hanya Atiq yang kurang menyukai aktiviti olahraga lagi-lagi merentas desa. Sejak tingkatan satu lagi, dia sentiasa sampai lewat di garisan penamat. Namun kata Adam, merentas desa ini hanya sekali setahun. Jadi, bersedialah untuk lelah satu kali meskipun terpaksa.

"Aku nak temankan kau lari esok, boleh sangat. Tapi untuk yang betul-betul, tak boleh sangat, Tiq." Adam buat-buat sedih.

"Si Badrul kelas sebelah tu ada. Semalam pun dia ajak aku jalan time merentas desa untuk yang sebetul-betulnya."

"Baguslah, sekurang-kurangnya kau tak lah sendu sangat form four kat belakang," Jiyad tersenyum sinis.

"Ei, aku nak maki kang..."

"Aip! Kita kan anak soleh! Anak soleh tak baik tau maki-maki ni. Nanti jadi apa..." jeda Adam dengan nada mak-mak.

"Sahabat syaiton..." sambung Jiyad yang seakan faham dengan kata-kata Adam.

Atiq mendengus membuatkan Adam dan Jiyad terbahak puas. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat sudahpun tamat.



Ada yang masih menunggu?

Maaf kalau terlambat updated ya 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.