Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
41,964
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6-1

Detektif Mizi meninjau lokasi pembunuhan di rumah Izlin. Dia berdiri di kolam tempat mayat ditemui. Matanya yang bersarung cermin mata hitam itu memandang seluruh kawasan kejadian. Dia cuba mencari bukti dan jejak yang ditinggalkan penjenayah. Walaupun Pakar Forensik telah pun selesai mengambil beberapa bukti, dia yakin masih ada lagi sisa bukti yang dapat memberi petunjuk kepada kes yang dikendalikannya.

Cuaca panas menyebabkan paras air di dalam kolam sedkikit surut dari hari kejadian. Mizi cuba memerhati di dinding-dinding kolam sekiranya terdapat tanda-tanda yang ditinggalakan. Malangnya satu pun tidak kelihatan. Mizi kemudiannya memerhati lantai di sebelah kolam. Dia memerhati dengan terperinci. Dia cuba mencari tapak kaki atau jejak manusia yang melalui kawasan itu. Usaha Mizi berhasil. Kelihatan di satu tempat berdekatan dengan kolam itu ialah kesan tapak kasut. Mizi cuba meneliti kesan itu kerana ianya menunjukkan bentuk yang agak janggal. Kesan itu agak itu agak samar-samar kerana sudah terkena air kolam dan cuaca. Mizi lantas memanggil Sirna yang berada berdekatan.

“Sirna!”

“”Ya, Tuan!” Sirna menghampiri Mizi yang sedang duduk memerhatikan lantai.

“Kamu nampak tak kesan ini?”. Mizi menunjukkan ke arah tompokan tadi. Tetapi kesan itu sukar untuk dilihat. Sirna mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Kesan apa Tuan?”

“Cuba perhati betul-betul ada tompokan berwarna coklat yang merupakan tanah. Tompokan itu ialah kesan tapak kasut.” Sirana kemudian mengesan beberapa tompokan coklat yang dikatakan mizi.

“Ya betul. Ada tompokan. Tapi tompokan kasut ini agak mustahil kerana saiznya yang agak besar untuk kasut.”

“Itu persoalannya. Kita tak tahu sama ada itu kasut atau sejenis peralatan.”

“Sirna, siapa yang mula-mula menjumpai mayat?”

“Ibu mangsa tuan. Puan Zarina. Kesan tapak kasutnya jelas dan berada di sana tuan.”

“Okey baik. Selain itu tiada sesiapa yang menghampiri kolam kan?”

“Ya, benar.”

Mizi sudah mengagak pembunuh itu melalui kawasan lain untuk ke kolam itu. Dia sudah tahu serba sedikit tentang rumah ni.

“Nanti tolong panggilkan anggota kita yang mengambil gambar bukti. Kita tengok nanti gambar ini boleh tak dirakamkan.”

“Baik tuan!” Derman pergi mendapatkan juru gambar siasatan jenayah.

“Tuan, polis khas datang nak bertemu dengan encik. Dia berada di ruang tamu rumah.” Seorang anggota polis lain datang menemui Mizi.

“Baik!” jawab Mizi ringkas. Cermin mata hitam dibuka dan digantung di poket bajunya.

Mizi melewati kawasan rumah yang luas itu dan terus menuju ke arah polis khas yang sedang berdiri mengadap potret Puan Zalina dan keluarga.

“Berdasarkan potret itu mereka nampak bahagia kan!” Mizi menegur polis itu dari jauh. Senyuman Mizi mendahului anggota polis khas itu sebelum tangan dihulurkan untuk bersalam.

“Hai saya detetektif Mizi, saya yang mengendalikan kes pembunuhan ini. Saya yang memohon untuk mengambil keterangan dari pihak Tuan.”

“Hai saya Milpang anak lelaki Sombon, saya pegawai polis p14 yang mengawasi puan Zarina dan keluarga. Mereka memang nampak bahagia. Tetapi setelah bercerai dengan suaminya, kehidupan mereka agak sukar. Lebih-lebih lagi kehidupan Puan Zarina sebagai ibu tunggal.” Polis yang berketurunan siam itu terbuka untuk bercerita tentang apa sahaja yang berkaitan tentang keluarga Puan Zarina.

“Tapi mengapa Puan masih menggantungkan gambar bekas suaminya?” Mizi menganggap anggota polis sama pangkat dengannya itu tahu tentang segala hal.

“Mungkin dia masih tak dapat lupakan bekas suaminya!”

“Mungkin? Jadi hal ini tidak berkaitan dengan tugas P14?”

“Kami hanya ditugaskan untuk mengawasi tindak tanduk puan dan keluarga sekiranya ada perkara yang mencurigakan. Soal peribadi ialah luar bidang kami.” Kata polis itu walaupun kedengaran tegas tetapi disampaikan dengan nada yang biasa.

“Jadi saya dengar yang anggota awak ada datang untuk memantau puan pada malam kejadian. Apa yang berlaku sebenarnya.”

“Anggota kami datang untuk memeriksa sekiranya terdapat orang asing yang tidak diindini berada di sini. Setelah memastikan yang semua tetamu adalah dari kalangan kenalan dan sahabat. Kami meninggalkan tempat ini. Tugas kami bukan memantau keselamatan Puan Zarina, tetapi keselamatan rahsia yang dia tahu.”

“Apa rahsia yang dia tahu?” Mizi cuba mendapatkan maklumat sulit.

“Kami tidak boleh kongsi dengan anggota polis lain melainkan anggota P14 sahaja, maaf. Sekiranya ada yang berkaitan dengan masalahi in, kami akan memberitahu.” Mizi kecewa. Dia harapkan dapat mengetahui rahsia tersebut. Tetapi dia lebih menghormati apa yang polis itu rahsiakan kerana itu adalah satu daripada tanggung jawabnya.

“Sepanjang pemantauan anggota awak, adakah puan mempunyai musuh?” Mizi teruskan soalan yang lain.

“Kami ada memberitahu kepada puan sekiranya dia ada menerima ugutan atau sesiapa sahaja yang bermusuhan dengannya, segera maklumkan kepadapihak kami. Setakat ini tiada lagi.”

“Bagaimana pula dengan anak puan, Izlin?”

“Setahu kami dia mempunyai seorang teman lelaki dan puan sendiri belum tahu mengenainya.”

“Kenapa awak tak beritahu!”

“Sekali lagi tuan, kami tidak mencampuri urusan peribadi puan. Kami akan masuk campur sekiranya ada kaitan dengan rahsia yang puan tahu.”

“Okey, baiklah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk memban tupenyiasatan kami.”

“Tak menjadi masalah, pihak kami sedia membantu.” Polis itu beredar dari rumah itu.

Mizi kembali ke kawasan kolam itu. Dia bingung bagaimana janayah itu berlaku sedangkan polis P14 mengesahkan yang tiada orang asing dalam rumah itu. Jika kenalan yang membunuh, kenapa mereka tidak menjadi suspek atau orang dalam perhatian polis P14? Pelbagai persoalan menerjah fikiran Mizi.

Mizi tiba-tiba ternampak sebijik belon yang berada di hujung kawasan kolam itu lalu mencapainya. Dia teringatkan kata-kata seorang gadis yang disoal siasat bernama Aria. Badut. Figura itulah yang terpancul dari mulutnya perlahan. Walaupun pada mulanya dia agak sangsi dengan kenyataan Aria. Tetapi kini seakan benar apa yang dikatakannya.

“Ya, tuan mahu berjumpa saya?” Mizi dikejutkan dengan Puan Zarina yang berdiri betul-betul di belakangnya. Mungkin dia tidak sedar kehadiran wanita itu kerana terlampau kyusuk menafsir punca-punca kes.

“Ya, saya ada soalan. Awak ada mengupah seorang badut pada malam kejadian tersebut?” Mizi terus sahaja bertanya soalan.

Previous: Bab 6
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill