Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
42,052
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 1-1

“Panas kan cuaca dua tiga hari ni kan” kata seorang mak cik. Mak cik itu merupakan salah seorang jiran Lisa yang baru sahaja pulang dari gotong-royong kenduri di hujung kampung. Dia ternampak Lisa yang berjalan menuju ke rumahnya lalu menegur.

“Ye mak cik, malam-malam pun panas.” Jawab Lisa sambil memberi senyuman yang samar-samar dalam kegelapan cuba menghampiri mak cik itu yang sedang berehat sebentar di luar rumah. Lisa baru sahaja dihantar pulang dari sarkas bersama rakan-rakannya.

“Cuaca sekarang biasalah. dulu-dulu tak macam ni. Dahulu kalau panas pun masih boleh tahan.”

“Biasa lah makcik zaman sekarang, orang dah tak peduli kesan alam semula jadi. Pentingkan duit aje.” Jawab Lisa ringkas.

“Kamu dari mana malam-malam ni. Mak cik baru balik dari gotong-royong kenduri rumah hujung tu ha. Tu yang lewat pulang nih.”

“Saya pergi keluar makan angin di bandar Makcik. Maklumlah baru dapat gaji. Memang jalan-jalan sakan la hari ni.”

“Itulah makcik dekat tempat kenduri tadi pun, tak ramai anak muda yang datang. Sebelum ni ada ramai juga. Patut la, hari gaji rupanya.” Senyum mak cik tadi tersusun gigi palsunya.

“Mak cik Ida ada dekat sana ke mak cik?” tanya Lisa. Mak cik Ida memang rajin kalau bab bergotong-royong dalam kampung ni. Tambahan pula ada kawan-kawan sekampung, memang meriah tempat kenduri.

“Sewaktu mak cik mula-mula pergi tadi dia sudah ada di rumah kenduri. Awal benar dia sampai di sana. Tetapi sewaktu makcik balik rumah, tak perasan pula jika dia masih ada di sana atau tak.”
“Tak pe lah mak cik, kalau ada, ada la tu dia dalam rumah. Saya balik dulu la makcik” kata Lisa mengundurkan diri.

“Ya, jalan elok-elok tau. Jalan dekat rumah kau tu gelap.” Pesan mak cik tadi.

“Alah makcik. Dekat situ je. Sebelah rumah.”

“Mana tau. Anak dara kena jaga diri.”

“Baik mak cik, assalamualaikum!”

“Waalikumussalam!”

Lisa berjalan perlahan ke rumahnya itu yang berbatu-batu. Dia melangkah berhati-hati memandangkan kakinya yang bersarungkan tumit tinggi yang menyulitkan perjalanan.

Mak cik sebelah rumah tadi sudah pun masuk ke rumahnya. Lampu yang dipasang di luar rumahnya ditutup. Hanya cahaya bulan yang menerangi perjalanan lisa. Mujur kunci sudah berada di tangannya. Tidak perlu dia meraba dalam beg tangan untuk mencari. Dia terus memasukkan kunci ke lubangnya.

Lisa memusing tombol pintu rumahnya masuk lalu masuk melaluinya. Suis yang berada berdekatan dengan pintu itu dipetik.

“Ah, lampu rosak pula!” Keluh Lisa yang mendapati lampu yang dipetik suisnya itu tidak bernyala. Dia cuba bergerak dalam keadaan gelap dengan tangannya yang sedang terkapai-kapai.

Langkah gerak kakinya perlahan dan berhati-hati untuk mengelak dari terlanggar perabot mahupun sebarang benda yang berada di lantai.

Beberapa saat kemudian rumahnya sedikit terang. Lampu tidur yang dihidupkan menerangi segenap biliknyanya walaupun malap. Rumah yang dikongsi bersama ibu saudaranya itu memudahkannya untuk berulang-alik dari tempat kerja yang agak dekat dari situ. Lisa tinggal di situ semenjak dia mendapat kerja pertamanya lagi.

Lisa menutup pintu yang sejak dari tadi terbuka. Dia terus menuju ke blik air apabila mengambil kelengkapan mandi.

“Mak cik Ida belum balik lagi la nih” Lisa yang melalui kawasan bilik mandi dan terlihat kawasan bilik Mak cik Ida yang selalu dibuka lampunya itu gelap. Selalunya lampu itu dibuka walaupun waktu tidur untuk menerangi kawasan rumah.

Lisa cepat menukar pakaian untuk pergi ke bilik air. Keadaan cuaca yang panas menyebabkan dia berasa tidak selesa dan ingin segera membersihkan dirinya. Ketika Lisa mandi, kelihatan kelibat seseorang yang menceroboh masuk ke rumah Lisa. Lisa langsung tidak menyedari perkara itu walaupun keadaan malam itu agak sunyi. Dia leka menyegarkan dirinya di dalam bilik air.

Selesai mandi, Lisa kembali ke biliknya dan menyalin pakaian tidur. Pakaian tadi diletakkan di dalam bakul. Lisa seorang yang sangat pentingkan kekemasan, sebab itu biliknya dalam keadaan terurus dan tidak bersepah. Dia seorang yang rajin membersihkan kawasan kediamannya setiap hujung minggu. Perabot dalam billiknya pula teratur dan sangat minimal.

Selesai menyalin pakaian, Lisa bersedia untuk tidur. Dia membelek sekejap telefon pintarnya di atas meja yang sedang dicas. Sambil menyelak halaman media sosial, Lisa terlihat akan jarinya yang bercincin itu. Senyuman terukir di wajahnya saat menikmati keindahan cincin itu. Sudah lama dia memikirkan untuk  menjalin hubungan yang lebih serius dengan Rafi. Tidak disangka pula hari itu ialah hari lahirnya juga. Harapan Lisa terhadap hubungan itu sangat tinggi. Dia sedia memberi segala komitmen dan kesabaran untuk terus menuju bahagia bersama insan tersayang.

Lisa menutup lampu tidur dan terus baring di atas katil. Senyuman Lisa tak lekang di wajahnya. Kemungkinan lenanya akan dibuai mimpi yang indah. Namun, kebahagian itu tidak lama. Setelah beberapa minit Lisa melelapkan matanya dan nyenyak dibuai lena, sebiijik bantal ditekup ke mukanya dengan kuat. Lisa terkejut dan sukar bernafas. Dia cuba untuk menjerit tetapi semuanya diserap oleh bantal yang itu. Segala kekalutan fizikal juga tidak bermakna bila tekanan yang dikenakan kepadanya itu sangat kuat. Lisa cuba menggerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan tetapi sia-sia. Nasib tidak menyebelahinya tetapi takdir terlebih dahulu menghampiri.

Beberapa minit sahaja, Lisa sudah tidak bernyawa. Tubuhnya kaku di atas katil itu. Pembunuh yang membunuh Lisa itu melepaskan tekanan bantal ke wajah Lisa. Dia perlahan turun dari katil itu dan terus meninggalkan rumah itu. Kini apa yang dihajati Lisa sudah tidak dapat ditunaikan. Dia pergi mengadap ilahi. Destinasi yang pasti bagi setiap manusia walau apa perancangan yang dibuat. Mati pasti menghampiri. Lisa sudah tidak dapat menghabiskan urusan dunianya, walau sepenting mana sekalipun ia.

Kereta perodua kancil memecut laju memasuki Taman Lengkuas. Zaril dan Aria gelisah memikirkan apa yang diberitahu oleh mak cik Ida tentang anaknya Lisa iaitu kawan mereka. Baru sahaja semalam mereka berjumpa. Masing-masing hanya diam menanti tibanya pemanduan ke rumah rakan mereka itu. Sejurus selepas membelok memasuki lorong rumah Lisa, kelihatan ramai penduduk berkumpul di hadapan rumah itu.

Kereta diparkir berdekatan dengan kereta peronda polis. Ambulan dan van polis juga berada berdekatan dengan lampu kecemasan yang masih bernyala. Zaril dan Aria keluar dari perut kereta melihat keadaan jalan masuk ke rumah itu. Ternyata penduduk begitu ramai sehingga menutupi sebahagian jalan memasuki rumah. Susah untuk melihat jelas apa yang berlaku disebalik keramaian itu. Zaril dan Aria menyusup masuk melalui orang ramai untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku. Mereka terhenti setibanya di hadapan pita polis berwarna kuning dan hitam yang tertulis ‘Dilarang Masuk’. Mencari-cari kelibat Makcik Ida di merata-rata tempat. Tidak kelihatan. Hanya anggota polis yang berbincang antara satu sama lain. Ada yang bersarung tangan getah dan ada yang berpakaian biasa tanpa uniform. Zaril beranikan diri melepasi pita polis itu sambil mengajak Aria menyertainya.

“Maaf cik, tak boleh masuk kawasan larangan!” seorang anggota polis menegur mereka. Namun, belum sempat Zaril berkata apa-apa seorang lagi anggota polis yang sedang berbual menghampiri mereka.

“Kamu Zaril dan Aria kan?” mereka hanya mengganguk. Mata mereka hanya menumpu kearah anggota polis yang berpakaian formal kemeja putih dan seluar hitam itu.

“Mari ikut saya!” Zaril dan Aria hanya mengikuti arahan polis itu. Nadanya agak tegas dan yakin. Mereka pula masih terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang berlaku. Mungkin polis itu ada jawapan yang mereka cari-cari semenjak Mak cik Ida menelefon mereka sebelum itu. Mereka menuruti polis itu dari belakang memasuki rumah Lisa. Hati mereka berdebar.

Kelihatan ada anggota polis yang sedang melakukan kerja siasatan di dalam rumah dengan melabelkan bahan-bahan bukti dengan nombor. Ada juga yang menyapu barang bukti dengan berus kecil dan ada yang memeriksa dinding dan lantai dengan teliti. Zaril sempat memerhati keadaan sekeliling sementara Aria hanya tunduk melihat arah yang didahului polis tadi. Mereka berjalan agak laju dan memasuki sebuah bilik.

Sejurus selepas melepasi pintu bilik, pandangan Zaril dan Aria tertumpu kepada mayat yang berada atas katil. Zaril kelu. Aria menutup mulutnya dan beberapa saat kemudian matanya berkaca. Zaril menggeleng-geleng kepalanya. Mayat itu jelas ialah Lisa, rakan yang sudah lama mereka kenal. Tangisan Aria sebak dan pilu apabila semakin meratapi wajah mayat rakannya itu. Polis berkenaan hanya memerhati kedua mereka. Zaril yang melihat keadaan Aria yang tidak menentu meminta kepada polis untuk keluar dari bilik itu dan melakukan apa-apa urusan di luar. Polis itu sekadar mengangguk.

“Boleh ikut saya ke balai memberi keterangan?” Polis itu bertanya selepas mereka berdua keluar dari bilik itu. Zaril menggangguk laju. Sekali lagi mereka mengikut jejak langkah polis itu keluar.

Mata Zaril ligat melihat keliling rumah sambil menapak keluar dari rumah. Mana Rafi dan Mak cik Ida? Soalnya dalam hati. Dia masih mencari-cari kelibat dua orang itu di sepanjang perjalanan mengikuti polis itu. Sangat pantas mereka berjalan sehingga sudah sampai di hadapan rumah tanpa sedar.

Polis itu menghampiri kereta tertulis polis penyiasat dengan lambang Polis Diraja Malaysia di atasnya. Pintu penumpang belakang dibuka dan kedua mereka disuruh masuk ke dalam. Zaril dan Aria hanya menuruti.

“Tunggu di balai. Saya ada perkara yang hendak diselesaikan dahulu di sini.” Kata polis itu sebelum menutup pintu kereta. Zaril memerhatikan polis itu menghampiri seorang anggota polis beruniform dan jarinya menunjuk kea rah mereka berdua di dalam kereta. Beberapa saat kemudian, Anggota polis beruniform tadi memasuki kereta itu dan membawa mereka ke balai.


Previous: BAB 1
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.