Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
41,953
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4-1

Zaril menolak pintu rumahnya dengan tangan yang penuh membawa peralatan yang digunakan untuk perniagaan burgernya. Walaupun agak sukar dilakukan kerana barang itu agak banyak. Dia tetap melakukannya kerana tidak mahu berulang-alik dari kereta ke rumahnya. Setelah membawa peralatan itu ke dapur, dia menuju ke pintu itu balik untuk menutup dan mengunci pagar. Zaril sempat menjenguk ke luar melihat motosikal adiknya yang berada di situ yang menunjukkan dia berada dalam rumah. Adiknya itu kerap juga keluar dengan rakannya. Sudah banyak kali dia menasihati adiknya itu, namun begitu juga perangainya. Tidak berubah.

Setelah selesai melayan pelanggan yang ramai malam itu, Zaril berasa sungguh letih. Walaupun berasa penat menguruskan perniagaannya, dia tetap berpuas hati. Terpampang senyuman di wajahnya ketika melantingkan diri di atas katil. Pelanggan hari ini sungguh ramai sehinggakan dia terpaksa menyediakan persiapan burger sebanyak dua kali. Itu lah yang menjadi titik kepuasan kepada Zaril setelah berhempas pulas meneruskan perniagaannya. Rmai yang mempercayai kualiti burger yang disediakannya lantas menambahkan bilangan pelanggan dari hari kehari.

Bilangan pelanggan yang banyak membolehkan dia mempunyai keuntungan yang lebih, sekali gus dapat membuat simpanan yang lebih banyak demi masa depan yang cerah. Lagipun, dia sudah mempunyai perancangan tersendiri. Tentunya ia melibatkan wanita yang dicintainya, Aria. Sejurus selepas ingatannya yang teringat kepada Aria itu, dia terus mencari telefon pintarnya. Dia mencari telefon itu di dalam laci mejanya berkali-kali. Habis satu bilik digeledahnya selepas itutetapi tidak juga dijumpai.

“Ha..ha.. ha” tiba-tiba suara itu kedengaran dari luar biliknya. Zaril terdiam. Ketawa itu menyebabkan dirinya berasa pelik dan sesuatu yang dingin mula meresapi badannya. Tambahan lagi suasana malam itu agak sunyi dan kebanyakkan jiran sudah tidur.

“Tit.Tit” Zaril terkejut. Bunyi telefon pintarnya yang berada di dalam jaket memeranjatkannya.

“Disini rupanya kau. Patut la tak jumpa!” Zaril mengambil telefonnya itu dan kembali ke atas katilnya. Dia merasakan yang kemungkinan ketawa tadi datangnya dari adiknya yang dalam bilik belakang. Ketawa dia agak kuat juga.

Zaril membelek telefonnya dan mula membuka aplikasi media sosial. Tujuannya ingin melihat paparan terbaru Aria untuk mengetahui aktiviti semasa wanita itu.

“Al-fatihah”. Itu yang ditulis di dinding media sosial dengan gambar bersama Lisa dipinkan bersama. Zaril menarik nafas mengosongkan fikirannya.Walaupun masing-masing sudah mula memulakan aktiviti harian seper tibiasa, tetapi ingatan kepada rakan mereka itu tidak dapat dilupakan dalam masa yang singkat.

Zaril memandang ke arah sebuah patung yang berupa robot yang boleh bergerak di atas para di katilnya. Robot itu diberi oleh ibu bapanya pada hari jadinya yang ke-5. Itu lah satu-satunya mainan yang mampu dibeli oleh mereka ketika itu. Sebab itulah mainan itu menjadi barangan yang membawa memori istimewa buat Zaril dan meletakkan di tempat yang selalu dipandang melambangkan susah-payah ibu bapanya untuk mendapatkan wang untuk menggembirakannya.

Robot itu juga mengingatkan kembali peristiwa di sarkas tempoh hari yang menjadi bahan jenaka oleh mereka. Itulah kali terakhir mereka berempat bersama-sama sebelum Lisa meninggal dunia. Zaril hanya berserah kepadanya atas apa yang berlaku kepada mereka.

Zaril kembali melihat media sosial yang dilayarinya dan terlihat paparan oleh adikinya yang menunjukkan gambarnya yang sedang berkaraoke dan menulis.

“Malam ni karaoke lagu rock jiwang meleleh... huhu”.

Zaril hairan. Tentu adiknya keluar dengan kereta rakannya, sebab itulah motosikalnya berada di luar. Jika adiknya keluar berkaraoke, siapakah yang ketawa di luar biliknya tadi? Zaril sekali lagi membisu dan jantungnya mula berdegup laju. Fikirannya mula berimaginasikan yang pelik.

“Ah,mungkin jiran sebelah kot” kata Zaril menenangkan hatinya. Dia juga yakin keadaannya yang letih menyebabkan dia berfikiran yang bukan-bukan. Dia lalu mencapai tuala dan bingkas manuju ke blik air ingin menyegarkan badan dan selesa untuk tidur.

Sambil berjalan ke bilik air, Zaril sempat menoleh ke arah bilik adiknya yang tertutup rapat. Dia lantas menuju bilik air dan mandi.

Ketika sedang mandi dia terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Dia sekali lagi tidak sedap hati. Kenapa banyak perkara yang meragukan? Dia cuba untuk tidak mempedulikan apa yang berlaku dan terus sahaja membersihkan badannya.

Setelah berapa minit, Zaril selesai mandi dan balik semula ke biliknya. Mata Zaril tiba-tiba memandang dengan pandangan yang sangat terkejut. Pintu bilik adiknya terbuka. Lampu biliknya juga terpadam. Waktu itu juga Zaril merasakan seperti ada orang di belakangnya. Zaril menoleh perlahan.

“Abang, kenapa tengok pelik saja bilik adik? Ada hantu ka?” Adiknya melihat dia dengan kehairanan.

“Adik?”Zaril tergagap.

“Bukankah adik pergi karaoke malam ni?” tanya Zaril dalam kebingungan.

“Karaoke?”adiknya sekali lagi kehairanan.

“Dalam laman sosial tu!”

“Oh, yang itu. Itu semalam la bang. Abang tak tengok tarikh ke. Itulah, buka laman sosial setahun sekali. Kan dah tak tahu nak guna.”

“Mana ada setahun sekali. Dua minggu sekali”

“Apa-apa saja lah, Abang. Nak tidur ni, mengantuk. Adik bangun sekejap nak ke tandas.”

“Tandas? Patut abang bau lain macam saja tadi” Adiknya tidak menghiraukan kata-kata abangnya tadi. Terus sahaja masuk ke biliknya.”

“Belajar elok-elok. Jangan ponteng kelas” . Adiknya menutup pintu tanpa berpaling sedikit pun. Dia sudah bosan dengan kata nasihat dari abangnya itu.

Zaril berjalan masuk ke biliknya apabila kata-katanya tidak dihiraukan. Dia menyarungkan sehelai baju-T dan seluar panjang dan bersedia untuk tidur. Dia menuju ke suis untuk tutup, tetapi dia perasan yang robot yang berada di atas para tadi berpaling ke arah lain.

“Ish, kenapa senget pula ni.” Zaril membebel kecil sebelum membetulkan kembali kedudukan robotnya itu.

Setelahsuis ditutup, Zaril terus melemparkan badannya ke atas katil. Dia sungguh lega dapat berehat setelah semalaman bekerja. Hanya bertemankan bantal peluk yang berada di sisinya. Matanya terus terlelap. Malam yang sunyi membuai lena Zaril dalam keselesaan. Apayang tidak dia sedari ialah lembaga yang berupa badut sedang memerhatikannya menerusi tingkap dengan lelehan darah yang memenuhi mulutnya.

“Ha..ha.. ha”.

Previous: Bab 4
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill