Home Novel Thriller/Aksi OBSESSI QAYRA
OBSESSI QAYRA
Pemburu Malam
8/11/2017 15:43:30
55,983
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 13

        SEKITAR kawasan perumahan Asif dan Haziqah kini di kelilingi penduduk kampung dan tali pita kuning  KAWASAN POLIS .Pelbagai sosek boleh di dengari .


       " Ya, saya ternampak perempuan itu berlari ke arah belukar sana..." ujar lelaki bernama Sofie, selaku saksi kejadian.


       " Semasa Encik ke mari , ada dia cuba apa - apakan Encik ? " Soal Asp.Salina manakala Insp.Idham pula mengitari sekeliling .Matanya sedari tadi merenung busut di tepi reban itu.


       " Erm, tidak Puan..Perempuan yang berpakaian serba- hitam itu terus berlari ke arah belukar itu dalam keadaan yang mencurigakan." 


       " Ok , jika begitu baiklah ..." Asp.Salina terus mencatat segala poin- poin utama .' Perempuan serba hitam ??? Herm...Agak menarik.' Desisnya sambil jari telunjuk di dagu .


       Salah- seorang dari pakar forensik , juga menapak ke arah busut yang sama.Dia juga dapat merasakan ada  kelainan pada busut tersebut.Apatah lagi di hiasi kalung .Tak ubah umpama tempat pemujaan sahaja.Yang tiada hanya sisa lilin .


       Sedang Asp.Salina masih lagi mengambil keterangan saksi  kerana mengikutnya pula, ada isi yang kurang dia fahami .Insp.Idham menapak ke arah pakar forensik berkenaan." Ada apa- apa yang mencurigakan ke ? " Soalnya tertinggung sama .Meneliti gemburan tanah seakan busut kecil.


       " Ya, Tuan ....Saya rasa ada yang tidak kena ....Daud...!" Panggilnya." Ya, Tuan..." jawab salah- seorang pembantunya." Saya mahu gali busut ini ..." 


      " Ah...Ah..Qayra bukan pembunuh ! Qayra bukan pembunuh !! " ujarnya termengah- mengah.Dia yang tersandar pada sebatang pokok semakin liar matanya.


       " Mana Qayra nak lari ni..!! " Di pandang kanan , di pandang kiri.Belukar kini semakin tebal seperti dalam hutan.


       " Arghh...!! " Teriakan itu bergema.Semua yang berada di lokasi kejadian  tercengang .Siapa itu ? Siapa itu ? 


        " Siapa yang menjerit itu ? " Soal Asp.Salina penuh curiga." Aha, siapa ya ? Datangnya dari arah belukar sana " Sahut Insp.Idham pula dari lokasi berlainan .


       " Mungkin ada orang terkena jerangkap...." Sahut salah - seorang penduduk dalam kerumunan manusia itu.Asp.Salina terangguk- angguk.


        " Asp !! Asp !!" Teriak Insp.Idham pula.Asp.Salina yang ralit mengambil keterangan kini berpaling ke arah mereka." Sekejap ya " katanya pada saksi utama kes itu lalu menghayunkan langkahnya ke arah mereka bertiga .Di pandangannya , kelihatan satu lubang besar .


        " Sofie ! Ke mari !! Sila cam kepala siapa ini ? " 


         KLIK KLIK KLIK Bercahaya kamera det.Raj mengambil gambar kepala dan beberapa anggota lain lagi yang telah di kerat .


         " Ya Allah !! Puan Haziqah ...!! " 


         " Ziqah wei ! Ziqah !! Allah !! Kejamnya pembunuh itu !! " Keadaan menjadi gamat seketika.Sofie pula terduduk kini.


        " Sepatutnya , Puan Haziqah belum pulang lagi ....!! Tak sangka dia pulang terus ...!! Suami isteri di bunuh dengan kejam Tuan , Puan !! Dia harus di hukum!! " 


        " Idham, adakah kes yang telah ditutup itu kini berulang ....???." 


        " Perempuan ??? " 


        " Qayra Ibtisha..." Ujar keduanya lalu merenung kembali kepala mata terjegil itu.Orang ramai ada yang pakat muntah kerana tidak.tahan menghidu bau busuk mayat- mayat tersebut.


       " Saya mahu jalankan post mortem!!" 


         Perlahan- lahan matanya di bukakan .Kakinya sakit ketika melakukan sedikit pergerakan. Terpejam semula kerana pedih.Lalu di bukakan kembali .Liar memerhati suasana pondok tersebut.


         " Aku di mana ni ???" 


         " Nak , udah bangun ya ...?." 


         " Siapa ?? Saya di mana ??" 

          

         " Aouch....!! Sakitnya....!!" 


         " Usah banyak bergerak nak , luka di kaki belum sembuhnya lagi..." ujar orang tua itu .Dia cuba membantu  gadis berkenaan untuk bangun dan bersandar di dinding.


         " Ah ...! " Tangannya menghalang dari menyentuh kakinya ." Anak usah takut sama bapak ya....Bapak cuma mau ubati luka kaki anak ...." Pak Dono membuka balutan kain putih berkenaan lalu di buangkan ke luar jendela . Setelah itu tuala yang telah di basahkan dengan air sabun berubat di pedap pada luka itu .


         " Ah ! Pak cik ! Sakitt !! " 


         " Tahan ya nak ....Sakitnya cuma bentar aja..." 


         " Sebenarnya , anak ini dari mana ? Nak ke mana ? Memang kawasan yang anak lalui tadi banyak perangkap ! " terangnya sambil menempek dedaun herba yang telah di lumatkan atas luka yang yang masih lagi berdarah itu .


        " Sss .. " Desis Qayra terangkat kaki kerana terlampau pedih ketika air dari lumatan daun- daun itu kian meresap .


       " Sakit!! Sakit pakk....! " Makin berkerut muka Qayra .Baju T hitamnya di cengkam kuat , sambil mengigit bibir untuk menahan kesakitan itu.


      " Tahan nak.sedikit aja lagi ...." 


   

**********


       " SIAPA dia ni bapak.?? Kenapa bawa orang yang  tak  di kenali balik ke rumah ?? " Soal Laila ternyata amat curiga." Laila, gadis ini kakinya luka teruk , dia terkena perangkap yang bapak pasang ...Bapak kasihan ..." 


      " Maafkan saya Cik Laila jika kehadiran saya ini menyusahkan cik sekeluarga .." luah Qayra masih lagi merenung Laila lama.Pada mulanya , memang Qayra agak kurang suka bapanya membawa balik orang asing ke rumah , tapi setelah melihat kondisi kesihatannya , Laila mulai kasihan.Apatah lagi kecederaan pada kakinya teruk.


        ' Aku rasa aku pernah nampak gadis ini ' monolog Qayra sedari mula- mula mereka ketemu .Tiba- tiba   , dia terdengar satu perbualan.Qayra terjengkit sambil ketiak kirinya mengepit tongkat untuk ke tepi dinding papan berkenaan.Telinga ditekapkan pada permukaan dinding berkenaan.Mencuri dengar dengan penuh berhati- hati , supaya tak diketahui.


        ' Qhyael ?? Qhyael mana ni ??? Boss ?? Apakah dia ini gadis yang aku cuba....??' 


        ' Berbual mesra nampak ??.Tak seperti antara majikan dan pekerja aje ?' Qayra semakin curiga dan tidak berpuas hati.Cepat- cepat Qayra bergerak,  ketika dia mendengar derapan tapak kaki seseorang yang menuju ke arah kawasan itu.


       " Nak, minum.air ini ya .Biar luka itu bisa sembuh..." Pak Hardono men ghulurkan secangkir minuman herba asli Indonesia.Memandangkan susur galurnya dari sana jadi dia telah terbiasa dan menyakini rawatan cara sana.


      " Terima kasih pak .Bapak , terima kasih kerana banyak bantu saya ini..." 


      " Ha, baiklah awak .Awak pun berhati- hatilah juga ya .Risau juga sekarang ini banyak kes pembunuhan telah berlaku " 


       " Memanglah Wak...Laila tahukan kes pembunuhan di kampung Teluk sekati ?? " 


       " Ya , tahu .Kampung jiran tu...Pembunuhan ngeri..Memang kenal dengan makcik itu..." 


       ' Aku juga Laila..! Aku teramat kenal...!! Mereka keluarga Qayra ! Mak cik Ziqah !! Huh! Padan dengan muka kau !! ' monolog Qhyael yang tiba- tiba di sulami rasa dendam.


        " Awak...?" 


        " Awakk.??? Awak ok ke ???" 


        " Ha, ya saya ok...." 


        " Laila !! Mari makan.....!! " 


        " Awak., bapak saya dah panggil tu .Kita stop sini ya .." 


        " Oh ! Ok ok ! Jaga diri.Selamat malam " 


        " Awak juga...Selamat malam" Laila tersenyum seorang diri.Tak pernah dia terfikir akan menjadi rapat dengan Qhyael dalam tempoh yang singkat .Apatah lagi dia seorang berjawatan tinggi .CEO !! 


       " Laila...!!" 


       " Ya , bapak bentar...!!" 


        " Qayra ! Qayra !! Kau ke mana menghilang ?? Sampai mak.ayah kau mati pun , kau tiada ?? " Soal Qhyael tersenyum senget.


        Qayra terdiam tatkala berita itu masih lagi memaparkan kes pembunuhan ibubapanya itu.


         " Kami masih lagi menyiasat kes ini ? Di harap jika ada yang mengetahui di mana suspek tolong beri kerjasama.." 


        " Siapa ya pak ? " 


        " Entahlah Laila ..." 


        " Kesiankan Qayra ....Sampai hati bunuh mak cik Ziqah ! Dia baik orangnya ...." ujar Laila tanpa dia perasan perubahan airmuka Qayra.Qayra menggenggam penumbuknya erat. 


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.