Home Novel Thriller/Aksi OBSESSI QAYRA
OBSESSI QAYRA
Pemburu Malam
8/11/2017 15:43:30
55,956
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG

" KAU degilkan !! Kau degilll!! " Kepala mangsanya ditunjal- tunjal dengan kuat, sehingga kepala mangsa ke depan ke belakang.Si mangsa terpaksa akur pada kehendak Illahi pabila dirinya kini telah terperangkap.Airmata semakin laju mengalir membasahi wajah kotornya.


" Argh!! " Jeritnya lantang , pita selofan yang di tarik kini di renyuk- renyuk lantas di campak ke lantai .Puntung rokok yang dikepil pada jarinya sengaja dia talakan ke wajah itu.Si mangsa meronta- ronta ke belakang bagi mengelakkan dari terkena cucuhan api yang masih menyala itu.Dia tersenyum mengejek lalu bingkas bangun.Puntung terlenyek bawah kasut Nike nya.


" Hei! " Dengan wajah yang bengis, rambut panjang itu terus di cekaknya dengan kuat.Sehingga terdongak wajah mangsa." Kenapa kau membisu? Aku dah katakan JANGAN RAMPAS HAK AKU !! Tapi kau berdegil!! " Bentaknya garang.


" Aku tak rampas dia ! Aku tak rampas hak engkau ! Dia yang pilih aku ! " Si mangsa akhirnya bersuara.Serak suaranya kini .Tekaknya terlampau kering .Tiga hari dia terkurung , tanpa di berikan sebarang makanan dan minuman.


" Apa kau cakap ?? Apa kau cakap hah ?? Kau tak rampas ??? Oooo...Kau tak rampas , ya ....." Dia masih lagi tersenyum mengejek.


" Tolonglah lepaskan aku !! Aku tak bersalah....!! Tolonglah....." Si mangsa masih lagi merayu- rayu." Oooo..Kau minta aku lepaskan .....Okay boleh....Tapi dengan satu syarat! " Dia makin melebarkan senyuman .


' Huh....Bodoh kan kau ni...!! ' Monolog si penculik.


" A....Apa ....Dia ....?" Soalnya tergagap- gagap .Dia makin tak selesa apabila lelehan darah dahinya mengalir ke pipi dan terkadang menyasar ke arah hidungnya pabila berlaku pergerakkan.Mahu di lap, dia tak berupaya .Kedua - dua belah tangannya terikat ketat , begitu juga kakinya diikat secara melunjur.


" Kau lepaskan dia untuk aku !! Boleh ?? Sanggup ??? Lepaskan suami sendiri untuk PEREMPUAN LAIN!! Boleh ???" Sambil menyalakan semula rokok yang baru.Sengaja dia hembus- hembuskan pada si mangsa.


" Kau memang dah gila , Qayra ! Memang dah gila!! Dia suamiku....Tak mungkin aku lepaskan suami aku...." Wanita itu terus menyanggah permintaan yang dia anggap sebagai tidak masuk akal itu.


Qayra yang tersenyum , terus menyinga kembali .Tanpa sebarang amaran, dia meluru lalu wajah itu di cucuhnya dengan puntung yang masih bernyala.Berkali- kali di cucuh pada seluruh wajah ayu itu , tanpa dia hiraukan jerit- pekik si mangsa yang kesakitan.Bukan itu sahaja seksaannya, malahan wajah ayu milik Laila itu sengaja dia cacatkan dengan torehan demi torehan.


" Ya, memang aku GILA ! Aku gilakan Qhyael !! Kau tahu tak dia cinta pertama aku !!! Tapi , kau lihat ! Apa yang aku dapat !! ??? " Lagi sekali rambut yang kusut- masai itu di cekak kuat.Airmata dan sedu- sedan wanita dalam tawanannya itu, tidak sedikit pun merubah perasaannya.


Hatinya sekeras besi ! 


" Ya, aku tahu kau cintakan Qhyael , tetapi Qhyael tidak cintakan kau !! Kerana itulah dia memilih aku , bukan aku yang merampas ! Qhyael tak mungkin boleh menerima kau kembali atas apa yang telah terjadi padanya " Laila terpaksa berterus - terang pada wanita itu.


" Qayra, kembalilah Qayra....Laila tahu Qayra masih lagi tak sihat ....Qayra masih lagi perlukan rawatan...." Laila cuba berdiplomasi dengan cara pendekatan psikologi.


Botol berisi ' sesuatu' itu dihempaskan ke atas meja kecil sambil menyeka lelehan hijau berlendir yang meleleh di dagunya rakus menggunakan telapak tangan.Liar mencari sesuatu.


" Qayra...! Buka pintu ini ! Aku tau kau kurung Laila di rumah ini !! Buka pintu ni ! Buka!! " 


" Sshhh...! " Sambil jari telunjuk di bibir ketika dia menampal kembali pita selofan ke mulut Laila supaya gadis itu tidak dapat bersuara.Di tonyoh - tonyohnya mulut itu.Dia melingas keliling lalu matanya tertancap pada karung guni yang terdampar kaku tepi dinding papan yang mempunyai lubang kecil itu.


Bingkas bangun dan meluru ke arahnya.Karung guni tersebut di capai lalu dikibaskan sedikit.Spontan wajahnya terteleng ke tepi , mengelak dari terhidu habuk dan pasir halus.Bibirnya menguntumkan senyuman sinis , sambil mengerling ke arah Laila yang terpunduk itu.


" Qayra !! Aku kata bukak pintu ini !! Kalau tidak aku tendang !! Buka pintu ini !! Jangan kau apa- apakan isteri aku !! Kalau kau mahu aku !! Ni , aku datang Qayra! Aku datang !!" 


' Jangan bang....Jangan....' monolog Laila tergeleng- geleng .


" Hei!! Kau ingat !! Jangan cuba berbuat bising !! Kalau tak Qhyael!! " Ugutnya seraya membuat isyarat mengelar leher.Karung guni terus dia sarungkan dari atas kepala .


Terguling-guling Laila di dalam karung guni pabila di sepak Qayra sehingga kepalanya terhantuk pada dinding.


Bagai nak pecah kepalanya kini! Dia tidak terhantuk pada papannya tapi batunya.Lelehan darah makin laju mengalir lagi .


Setelah lipstick merah menyalanya di sapukan pada bibir mungil .Rambut yang terikat kini dilepas bebas.Jaket denim di tanggalkan , yang tinggal hanya singlet merah sendatnya sahaja.


Qhyael tetap menyinga walaupun Qayra tersenyum mesra.Qayra terdorong ke belakang pabila di rempuh Qhyael yang kelihatan mencari sesuatu.Qayra terus menutup dan mengunci pintu sambil tersenyum.


' Kali ini Qhyael TAKKAN TERLEPAS dari Qayra...! ' 


Qhyael berpaling lantas merenung Qayra dengan tajam, namun Qayra sedikit pun tidak gentar pada renungan Qhyael.Malah ia membuatkan nafsunya kian membuak .Bibir nipis yang di hiasi dengan kumis nipis itu, ingin sahaja dia lunyaikan dengan kucupan dari bibirnya.


" Hei betina !! MANA kau sorokkan isteri aku ?? " 


Qayra semakin menghampiri tubuh kekar itu.Tanpa rasa segan, tangannya terus merangkul leher Qhyael.Qhyael membulatkan matanya tika bibirnya dikucup oleh Qayra.


Dengan pantas, tangan Qayra menahan wajah itu dari berpaling , kerana dia masih tidak puas mahu menikmati keenakan bibir itu.Qayra terus mendorong badannya makin ke belakang .


Qhyael terpaksa menahan sengal tatkala belakang badannya terhentak pada dinding papan tersebut.


Qhyael sedaya- upaya mahu melepaskan bibirnya dari dikucup Qayra yang kian mendesah itu.Tangannya pula menjalar ke seluruh pelosok tubuh itu , tanpa ada rasa malu sebagai seorang perempuan timur! 


" I said stop it , Qayra!! " Qhyael makin rasa bengang pabila zip seluarnya di buka Qayra.Tangan yang Qayra genggam kini terlepas jua.


Qayra tetap tersenyum , walau badannya hampir mahu terjatuh di tolak secara kasar .Kelam- kabut , Qhyael menarik zip seluarnya kembali .Dan dalam masa yang sama , dia tetap mengitari seluruh ruang yang berselerak, di penuhi sawang dan sarang labah-labah juga berbau kepam.


Yang ada hanya karung guni , kerusi meja yang tunggang -langgang .


" Di mana kau sorokkan Laila ???" Tengking Qhyael menyinga.Meluat rasanya melihat wajah yang tetap tersenyum itu.Tiada langsung muka orang bersalah ! 


" Qayra kan ada ni , sayang ....!! Kenapa betina perampas itu juga kau panggil..." 


" Beware your words! Dia yang kau panggil perampas itu , bini aku !! Dia tetap bini aku selamanya !! " 


" Bukan dia yang kau panggil sebagai BINI !! Tapi AKU !! Aku Qayra !! Aku yang sepatutnya kau panggil BINIIII!!" 


" Lepaskan Laila !! Lepas kan dia !! Apa salah dia pada kau , hah???" 


" Lepaskannn??? Kau tanya aku , apa salah DIA ???" Tiada lagi ucapan lembut dari wanita itu.Tiada lagi Qayra , Qhyael!! Aku dan kau mendominasi perbualan keduanya.


" Dah DIA RAMPAS kau dari aku, kau masih lagi nak tanya apa salah dia ?? Hahaha....Kau masih lagi nak menyebelahi perampas itu !! Kau tahu takk?? BETINA PERAMPAS macam dia tak seharusnya HIDUP!! " 


Dua kereta peronda polis kini telah pun berada di hadapan rumah usang tersebut.Dua orang Asp yang berada di hadapan mengarahkan dua orang lagi Inspektor berada di belakang mereka dengan pistol kejap di tangan masing - masing.


Asp.Salina dan Insp.Idham ingin merempuh pintu tersebut.


Laila tahu , Qhyael didalam bahaya tetapi apa sahaja yang boleh dia lakukan dalam karung tersebut.Tiba- tiba, tangannya tersentuh sesuatu.Di rabanya, Tajam! 


" Kurang ajar !! Apa kau dah buat pada Laila , Hah !! " Qhyael terus meluru ke arah Qayra .Qayra terus melibas tangan Qhyael dengan pisau yang dia capai dari belakang singletnya .


Tangan yang diampu ,menitiskan banyak darah.Qhyael menahan rasa.kesabarannya terus di persendakan .


" Abang!! " Laila berteriak seraya berlari mendapatkan suaminya itu.Qayra tergamam .Dia tidak menyangka bahawa Laila bisa terlepas ! 


" Lailaaaa!! Ketepiiii!!!!" 

" Abang....!! 


PANG ! PANG! 


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.