Home Novel Thriller/Aksi OBSESSI QAYRA
OBSESSI QAYRA
Pemburu Malam
8/11/2017 15:43:30
55,753
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

     " INSP.Di mana laporan pembunuhan terbaru itu ??" Soal Asp.Salina .Insp.Idham terus menghulurkan sebuah fail berkulit coklat pada orang atasannya itu.Asp.Salina menyambut huluran itu.


      " Duduk " Pelawanya sambil membaca laporan tersebut seteliti mungkin.Satu lagi pembunuhan telah berlaku , dan kriminal tersebut diklasifikasikan berprofil tinggi.Cooling of period pula hanya selang lima hari , modus operandi belum di kenal pasti! 


     " Ada apa- apa perkembangan terbaru tentang kes ini ? Masih belum mengenalpasti modus operandi untuk pembunuhan ini ?? Dari laporan ini saya lihat mangsanya perempuan cantik...." Asp.Salina terus mendongak , tajam merenung dan ingin  mendengar setiap tutur bicara pegawai muda itu.Sambil mengaitkan jari- jemari kedua belah telapak tangan.


     " Buat masa ini,  itu sahaja Puan ! Tak banyak info yang kami dapat "


     PANG !! Meja di tepuk kuat ! Wajah yang tenang kini menyinga .


     " Tak ada sebarang maklumat ?!Modus operandi juga belum dikenalpasti ?? Sedangkan kes ini hampir sebulan !!  Mana boleh begitu ???!! Makan gaji buta sahaja !! Saya tak kira , dapatkan maklumat secepat mungkin !! Saya tak suka jabatan ini di down grade kan ??? Faham !! "  Asp.Salina yang terus terdiri itu memberi renungan tajam pada Insp.Idham.


     " Inspektor Idham Haikal Sunny !! " 


     " Ya , Puan !! " Tabik hormat di berikan sebelum bergerak keluar.Kelam - kabut Det.Lim dan Raj ke tempat masing - masing , sebelum.pintu terbuka.


      Pintu terhempas agak kuat .Bukannya sengaja.Insp.Aiman dan Erra mendekati Idham yang cemberut.Wajahnya yang sememangnya berperwatakan serious makin masam .Panjang muncungnya !! Sakit lagi kepalanya ! Plus hatinya juga !! 


      " Kenapa dengan Puan tu ? Takde ribut , tiba - tiba je melenting kenapa ? " 


      " Entah !! Period kottt!! " Idham terus melangkah pergi .


      " Aiman apa lagi !! Tentu pasal kes yang kita tengah siasat inilahhh!! Aku pun adakalanya tension juga ! Makin hari makin banyak kes terpaksa kita hadap ! Complicated pula tu!! Manalah  tak ' Angin' Puan kita tu !! " 


     Asp.Salina terngadah .Mukanya di raup berkali- kali.Biasalah apabila ada lagi ' Atasan' ! Dah tu pula , maklumat yang diterima seciput aja ! Namun , dia juga sedar bukan mudah !! Tapi , mana ada ' Atasan' yang faham...

      

      A serial killer doesn' t go around killing one specific person .....

      

     Namun begitu , ada yang tidak memahaminya , walaupun begitu,       tak  semua yang bersikap tiada tolenrasi begitu .Masih ada lagi ' Atasan' yang ingin cuba memahami permasalahan orang bawahan seperti mereka.


       Cangkir kopi yang masih berasap di pandang sepi.Masih terngiang- ngiang ucapan ' pedas' Asp.Salina .


      " Cakap memanglah mudahh!! Tapi , kami yang bawahan inilah yang selalu ' turun' ! " 


      " Nanti sejuk pula kopi tu...." Asp.Salina terus melabuhkan punggungnya atas kerusi menghadap Insp.Idham.


       Asp.Salina tahu , Insp.Idham marah padanya.Dia tahu khilafnya itu.Dia tak bermaksud ! Dan , dia juga tahu bukan mudah mahu memujuk seorang Idham ! Tapi dia tetap kena hadapnya juga.


      " Maafkan aku , Am .....Aku tak sepatutnya serang kau sebegitu ....Aku stress , Am.....Bukan senang jadi ' Aku' , semua aku kena jaga , kena hadap.....Tak sepatutnya aku biaskan kemarahan aku pada engkau...Maafkan aku , Am....." 


     Insp.Idham terus memandang wanita itu.Wanita yang sama- sama belajar , dan tinggal di kampung yang  sama.Cuma nasib mereka sahaja yang berbeza.Namun, itu bukan penghalang pada persahabatan keduanya.


     Kebisuan lelaki yang kembali menunduk itu menambahkan lagi  perasaan bersalah Asp.Salina.Wajah kacak yang selalu tersenyum itu , dingin di rasakan.Asp.Salina terus memandang ke arah lain.Melingas kiri dan kanan cuba mencari idea memujuk .


     Insp.Idham mendongak lalu merenung Asp.Salina yang berwajah serba- salah .Bukan dia mahu tunjuk keras kepalanya , tetapi sebagai orang bawahan segala yang terhambur oleh mulut itu menyakitkan hatinya.


     ' Aku bukan makan gaji buta , Salina....' monolognya sambil mengenggam erat pemegang cangkir.Timbul urat- urat pada kulit belakang tapak tangannya.


     " Kau rasa mereka berdua tu ok ke ? " Soal Insp.Erra pada Insp.Aiman dari meja , yang hanya diselangi dua tiga meja kehadapan sahaja." Entah, tapi menurut kata Lim dan Raj , Idham kena ' sembur' habis dengan Asp.Salina .Pasal kes inilah !! " ujarnya lalu menyuap kembali cempedak goreng .


       Cafe agak lengang pula .Selalu agak ramai .Mungkin ada yang sedang bertugas kot .


        " Tulah....Aku pun pelik juga kenapa sampai sekarang kita masih tak dapat kenalpasti modus operandi kes ini ..." 


       " Mengikut tafsiran aku , pembunuhan kali ini lebih bermotifkan dendam..." 


 .     " Bukan cemburu ?? Ok, kau tengok ya....All of her/ his victim was  beautiful young lady...." 


      " Jika bermotifkan cemburu?? Adakah ' pemangsa ' nya seorang  perempuan ?? " 


      " Witness tiada agak susah...Sudah tentu that killer dah sediakan alibi ! Jika dirinya tertangkap...!! " 


     " What about if modus more to revenge ?? On what reason?  " 


     " Maybe  cinta yang tak berkesudahan ..?? Or , curang ??? Sakit hati maybe , who knows rite ? " Soal Insp.Erra seraya mengangkat bahunya.


        Berbalik semula pada meja Insp.Idham dan Asp.Salina.


          " Idham, aku dah tak tau bagaimana lagi mahu memujuk kau ! Ya , aku tahu , aku sedar mulut aku terlancang kata tadi   ....Tapi, aku dah minta maaf ....Aku, aku tak bermaksud pun...Aku stress kau tahu tak...!! " 


         " Semua orang stress dalam kes ini , Salina  ....Tapi , tuduhan kau tadi tak berasas !! Mana kau tahu , aku makan GAJI BUTA !! Ada kau nampak !! " Insp.Idham pula menyinga.


         Insp.Erra dan Insp.Aiman mempercepatkan langkah mereka sebelum ' peperangan ' meletus ! Sebelum Deputi nampak ! Karang ada yang kena ' gantung ' tugas.


         " Idham, Puan ??? Kenapa ?? Ada apa - apa yang perlu kami bantu ke ? " 


         " Nothing....Just a little fighting...." ujar Asp.Salina agak sinis.Tercabar juga dia tadi, apabila di marahi oleh orang bawahannya.


         " Am, maaf bukan aku nak campur urusan kau , tapi apa yang aku nak perkatakan ini mengenai tugas kita , akan tetapi  aku tak menyebelahi sesiapa ok ! Tentu kau masih ingat apa impian  kau   memasuki pasukan ini ? Tentu kau juga tahu prosedur tugasan kita ? Dan kau juga tentu ingat akan kata- kata terakhir mantan ketua kita ?" 


       Insp.Idham yang ingin melangkah pergi kini terhenti langkah .Dia berjeda .Dia cuba ingati semula akan perkara yang Aiman luahkan itu.


        " Mungkin apa yang telah Puan katakan itu agak menyakitkan kau ....Tetapi, kau juga kena ingat kita ini dalam satu pasukan.Seandainya apa yang Puan katakan itu amat sakit , aku rasa kita sebagai bawahan kena akur ...Puan, maafkan saya ....Kami semua memang sedang berusaha keras dalam menangani kes - kes sebegini...." 


        " Ya, saya tahu .Saya juga akur pada khilaf saya....Saya lupa bahawa anda semua juga sedang berusaha....Saya terlampau mengikut perasaan saya...." 


        " Idham , sekali lagi aku ingin memohon maaf atas keterlanjuran kataku tadi....Maaf sekali lagi..." Asp.Salina terus bangun dari duduknya .Dan meminta izin untuk pergi dari situ.


       " Am...." Seru Insp.Erra dan Aiman serentak.Ego Insp .Idham juga haruslah di perendahkan .Erra bukannya tak tahu ego seorang lelaki bagaimana ?? 


       " Salina...." Seru Idham membuatkan Asp.Salina berpaling wajah .


       " Aku juga ingin memohon maaf..." 


       " Ha  ...Begitulah !! Kita kan sepasukan!! " Sorak Insp.Aiman girang .Sekurang- kurangnya dia cuba mengurangkan stress yang mereka semua alami.


        Asp.Salina seraya mengangguk sambil melemparkan senyumannya.


         Keempat - empat mereka kini berdiri di hadapan meja yang sama , sambil tangan kanan masing- masing saling bertindan antara satu sama lain.


        " Ops .Silence Assasins 1 pastikan berjaya .. !! " 


         KAU DALAM BAHAYA ! HARUS WASPADA !! AKU RASA KAU BETTER KAU LARI DULU ...SENT .


         YA, I WILL TQ BANTU AKU ...AKU HARGAI .....KAU TOLONG JAGA ' DIA ' UNTUK AKU...! 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.