Home Novel Thriller/Aksi OBSESSI QAYRA
OBSESSI QAYRA
Pemburu Malam
8/11/2017 15:43:30
55,986
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1

      TERJELEPUK dia kini atas lantai pejalan kaki SMKTS .Terbetul- betul kacamata tebalnya yang senget.Segala buku - buku nota yang dia dakap jatuh berserakan di lantai berpasir itu.


       Si perempuh dan kekasihnya tersenyum puas.Terutama sekali bagi si perempuh.Entah kenapa dan di mana silap gadis itu , dia di benci oleh lelaki berambut Awal Ashari itu sungguh- sungguh.


      Mungkinkah ada sejarah antara mereka ? 


       ' Kenapa kau benci sekali pada aku , Qhyael?? Apa salah ku pada mu...?.' ' Monolog Qayra Ibtisha seraya mengesat matanya yang berair.


        " Aduhhh...!!" Jeritnya pabila, belakang telapak tangannya dengan sengaja lelaki yang tegak berdiri itu pijak.Makin berlinangan airmatanya.


        Yang perempuan pula, sengaja mencampak gumpalan tisu pada muka gadis yang sedang mengampu tangannya yang sedang sakit itu.


        " Hoi , perempuan hodoh !! Nah , ambik buku nota kami ni and siapkan petang ini jugakkk !! Kalau tidak nahas kau !! Jom sayangg!" Qhyael seraya merangkul pinggang kekasih hatinya itu .


         Kerana perasaan cinta yang di pendam selama ini , gadis itu sanggup di malukan di hadapan orang .Sanggup menjadi ' kuli ' lelaki iu .Tanpa sedikit pun dia menyimpan amarah .


        Ashfa nampak apa yang telah pasangan ' gedik' itu lakukan.Dia benar- benar tidak faham akan pendirian Qayra .Dah pelbagai lelaki itu lakukan terhadapnya , namun tidak sedikit pun dia menyimpan dendam.


       ' Qayra yakin suatu hari nanti, hati Qhyael pastikan akan terbuka buat cinta Qayra...!' Begitu tinggi sekali keyakinan gadis bernama Qayra Ibtisha pada seorang lelaki bernama Qhyael Lutfi.


       Adakah keyakinan yang tinggi itu bakal terbalas dengan kejayaan ? 


        " Qayra...." Ashfa berdiri tegak di hadapan Qayra.Qayra tersenyum seraya menyeka airmatanya." Eh, kenapa dengan tangan Qayra...Mari sini Ashfa tengok..! " Ashfa terus melutut.


      " Eh, takde apa- apa ...Tak ada apa- apa " 


      " Qayra jangan berbohong ! Bukannya As tak nampak tadi !! " 


     " Be..Tul...Betul tak ada apa - apa ...Qayra terjatuh tadi , jadi terseret pada aspal ...." 


      Qayra terus menunduk.Ashfa tahu ulah rakannya itu pabila tidak berkata benar.Ashfa terus menarik tangan yang cuba di sorok bawah bajunya.


      " Ya Allah! Kenapa ni Qayra ??? Sampai bila Qayra?? Sampai bila harus begini ?? Kenapa Qayra ??? Kenapa ??? Teruk luka ni , Qayra....Kenapa biarkan orang sewenang- wenangnya menindas kita , Qayra !! " 


      " Kerana Qayra cintakan Qhyael...!!" Qayra Ibtisha dengan pantas menarik tangannya kembali, bingkas bangun dari situ dan terus berlari laju meninggalkan Ashfa yang terpinga- pinga.


      Tersedu- sedan sambil mengelap matanya yang sedari tadi tidak henti- henti dari mengalir.' Ya, memang aku cintakan dia....Kerana itulah aku sanggup di perbodoh - bodohkan...' monolognya terus berlari tanpa dia sedari , dia tertinggal buku nota miliknya dan milik pasangan itu ! 


       Buku nota Qhyael dan Ayra sengaja Ashfa asingkan.Dan buku - buku milik Qayra disimpankan ke dalam beg dan akan dia hantarkan ke rumah Qayra walau terpaksa berdepan dengan ibunya yang garang itu dan bapa tiri yang agak gatal.


       Ashfa melangkah menuju ke taman sekolah di mana sedia maklum , menjadi port baik bagi pasangan couple ! Dan ini , termasuklah Qhyael! 


       " Qayra milik Qhyael..!! " Muka direndahkan lalu di hamburkan dengan air tadahan di tapak tangan.


        Cinta yang di pendam terlalu lama bisa menjadi dendam yang sempurna...


       " Qhyael milik Qayra...!! Takde siapa yang dapat pisahkan kami...!" Sekali lagi , air dari pili berkenaan di hamburkan ke muka.Titisan - titisan air membasahi bahagian atas pakaian. Pun begitu, tidak Qayra hiraukan.


        Tawa kedua pasangan tersebut, terencat pabila di herdik sebegitu.Tanpa rasa takut , Ashfa langsung melemparkan buku- buku tersebut di hadapan Qhyael dan pasangannya .Qhyael tergamam pabila buku notanya kini berada di tepi kakinya.


        " Hey ....!! "


        " You shut up, bitch! " 


        " Sayang  ....Uhuk , uuhukkk..." Dengan keletah mengadanya, tangan Qhyael di tarik sambil menghentakkan kedua belah kakinya.


        Ashfa membuat gaya orang mahu termuntah .


        ' Mengada- ngada sungguh ! Mentang-mentanglah boyfriend ada kat sebelah ....Kau nak tunjuk over pulakk....' 


       " Kau apa kes, hah Ashfa ? Eh , bukankah buku aku ni kat perempuan pelik tu ?? " Sinis sekali Qhyael berkata- kata.Menyemarakkan lagi rasa angin dalam hati Ashfa.


      " Perempuan yang kau kata pelik itulah , yang selalu siapkan kerja - kerja kau !! Supaya kau bolehlah bersenang- lenang dengan perempuan gedik ni ! " Ashfa seraya menjeling tajam pada Ayra , gadis itu sengaja menambah bara api dengan menjulurkan lidahnya.


     " Dah tak sayangkan lidah tu ke ? Kalau rasa dah tak sayang , meh sini aku kerat!" 


      Kelam- kabut Ayra menempel tepi Qhyael untuk mencari perlindungan.


       ' Tau pun takut !! Jelir lah lagi !!' Monolog Ashfa tersenyum senget.Puas hatinya melihat pucat wajah itu.


       ' Macamlah aku tak kenal keluarga engkau , perempuan ! ' 


       " Qhyael, aku tak suka dengan cara layanan kau terhadap Qayra ! Apa salah dia pada kau ?? Kenapa kau begitu membencinya ??? Kalau dah memang kau tak sukakannya , janganlah pula cuba ambil kesempatan pada kejujurannya...!! " 


      " Huh! Well ...Tak sangka pula aku ya ? Si budak pelik tu ada tukang back up !! Kau siapa dengan dia ? Mak ? Adik ? " 


      " Kerana aku kawan Dia ! " 


" Hahaha....Yelah kan, sama- sama pelik....kan ???" Qhyael mengeratkan lagi rangkulan itu.Makin kembang hidung si Ayra di sebelah .


      " Hei, suka hatilah aku lah !! Apa saja aku nak buat !! Itu hak aku !! Aku ulangi Hak aku !! "


     " Ye, memang itu hak engkau !! Tapi makin lama, makin kau melampau!! Sungguh pun Qayra begitu , dia juga manusia sama seperti kita! " 


      " Ah, persetankan !! Kalau kau nak hak asasi manusia sangat bukan di sini tempatnya !! Aku melampau ?? Itu yang kau nampak, Ashfa...." ujarnya seraya memejamkan matanya , masih lagi lekat diingatan bagaimana Puan Haziqah ibu Qayra perlakukannya.


      " Memang !! Memang aku terlalu bencikan dia ....!! " Qhyael tak menyedari ada tangisan sedang menantinya .


       " Qayraaa...!! " Ashfa berlari mendapatkan Qayra yang terduduk ke lantai itu.


       " Qayra .."


       " Qayra , dah dengar segalanya ...Apa salah Qayra, Ashfa ?? Apa salah Qayra??" Soal Qayra lalu kepalanya di jatuhkan ke dalam dakapan Ashfa.


       Qhyael dan Ayra melihat kelakuan mereka berdua , dengan penuh kebencian.


       ' Qayra ...Aku masih tak puas lagi...' monolog Qhyael terus menarik tangan Ayra.Ayra hampir- hampir mahu terhantuk pada tiang gazebo tersebut dek terkejut , telefon pintar terus di masukkan ke dalam poket pinafore .


        Qhyael dengan sengaja menyepak jauh beg sekolah Qayra .Sedikit lagi hampir mahu terbabas ke longkang.


         Ayra menunjuk belangnya , terus dia  menyepak beg sekolah tersebut ke dalam long kang .


         Ashfa yang sememangnya tengah panas terus bangun.Ayra terus berlari dan menempel pada Qhyael sambil tersenyum mengejek


         Makin berderaian air mata Qayra apabila melihat beg sekolahnya yang lencun dek air longkang .Bau nya usahlah  ditanya.

      

       


Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.