Home Novel Seram/Misteri NASI TANGAS
NASI TANGAS
asmaya ally
27/8/2020 10:21:35
20,051
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2
Kedingin pagi itu terasa  mengigit hingga ke tulang hitam. Kabus nipis kelihatan membalut pondok usang di hujung bendang itu. Mujur kedudukan pondok usang yang tersembunyi daripada pandangan orang kampung menyelamatkan Dian daripada terus menjadi mangsa kerakusan Tok Lang Gendut. 


Perlahan-lahan Dian menjengahkan kepala menerusi tingkap pondok yang sedikit terbuka. "Ahh..harap takde orang nampak kat sini, kalau tak, mati aku!!" desis hati Dian. Saat Dian baru sahaja hendak melunjurkan kaki melegakan urat belikat, telinganya menangkap bunyi seakan derapan kaki.


"huh??! siapa?!" Aku terkaku seketika. Mataku meliar kiri dan kanan. Meneliti seluruh kawasan dalam pondok usang itu. Sunyi. Dengup jantungku seakan terhenti. Pergerakan turut aku matikan. Derapan itu kedengaran semakin mendekat dengan pondok persembunyian aku. 

"Allahh..Allahhuakbarr..tolong akuu..tolong aku ya Allah..ketakutan akibat peristiwa petang semalam masih terasa, perlukah aku melaluinya kali kedua?" kepala aku tundukkan, fikiran aku ligat mencari jalan keluar, dengan nafas yang tertahan  aku sekali lagi menjengahkan kepala untuk melihat pemunya derapan tersebut. Aku menghela nafas lega. Tiada sesiapa yang kelihatan. Namun debaran hatiku kembali kencang saat bayangan kelibat manusia kelihatan berdiri di luar pintu pondok. "hahh?" resah kian mencengkam hatiku.

"gedegangggg!!!" bunyi pintu pondok ditendang hampir sahaja membuatkan aku terlompat daripada tempat persembunyianku. Mujur juga semalam aku sempat menolak selak pintu sebelah dalam. Sekuat mana pun ditendang aku berharap pintu pondok itu kukuh. 

"Arghhhh...siapa pulakkk yang kunci pondok nih?? macam mana aku nak ambil baja padi kat dalam nih?" kedengaran rungutan daripada luar. Ammar menggaru kepala yang tidak gatal. Masih banyak kerja yang perlu diselesaikan tapi dengan keadaan pondok yang tiba-tiba berkunci dari dalam menyukarkan dia menyelesaikan kerjanya. "silap aku jugak sebab terlupa nak kunci pondok ni semalam...aiyohhhh"..tangannya menepuk dahi sendiri.

"heyyy..sapa ada kat dalam hahh?!..cepat keluar!!" Ammar bersuara.

Senyap sunyi. Hanya kedengaran unggas dan kodok yang bernyanyi meraikan kedingin pagi. 

"aku cakapp keluarrrr!!" tinggi suara Ammar. Ditanganya kemas tergengam sebilah parang. Dia perlu berhati-hati, entah siapa yang menceroboh pondok penyimpanan barangan kerjanya. Ammar cuma bimbang kalau-kalau ada penjenayah tumpang berteduh disitu. "Arghh satu pulak kalau aku dituduh bersubahat!"..dengus Ammar.

Dian masih membatu didalam pondok. "Perlukah aku keluar?!"


*bersambung


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.