Home Novel Fantasi Bhu-Nyyan
Bhu-Nyyan
asmaya ally
30/11/2020 13:35:31
1,081
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 3
Desiran air dan kicauan fauna sepanjang perjalanan mengekori jejak Ashoka dan Hathor mengundang pertanyaan dalam diri Rull Chester, kerana biar berkali dia melihat dengan teliti sekelilingnya, tiada satu pun fauna tertangkap dek mata tiada satu pun anak sungai berhampiran seolah semua bunyian itu di keluarkan oleh sebuah kotak musik ajaib yang tidak kelihatan. 


Walaupun curiga, Rull Chester tetap jua melangkah mengikut Ashoka dan Hathor. Seperkara yang menarik minatnya, Ashoka yang mengepalai mereka langsung tidak menegur Hathor, bahkan susuk tubuh mereka juga berbeza. Badan Hathor juga kekar namun lebih rendah, berkulit gelap, dengan hidung pesek dan bibir tebal berwarna merah kehitaman. Namun pandangan mata Hathor yang jelas memancarkan ketakutan sewaktu bertentang mata dengan Ashoka mengundang pertanyaan dalam diri Rull Chester. 


Sedang Ashoka pula, dengan ketinggian hampir menyamai dirinya, berkulit tanned seperti susu coklat. Hidung sederhana mancung dengan sepasang mata yang coklat jernih, kumis nipis menghiasi bibirnya yang seakan  memakai lipstik berwarna pink. Rull Chester tergelak kecil sendirian. “Aha..gitu rupanya!!” 

“heyyy!! jangan laju sangat!!” ujar Rull Chester apabila menyedari dia semakin tertinggal dibelakang. Entah bila Hathor berada di depan pun dia tidak tahu. Sedang Ashoka lebih jauh meninggalkan mereka. 

“Bila berjalan jangan suka mengelamun mikir yang bukan-bukan!!” tegas Hathor yang memberhentikan langkahnya.  Rull Chester tercungap mencari nafas mengejar derap Hathor yang walaupun nampak pendek tetap lajunya seperti lipas kudung. 

“Cepat! Kita kena kejar Ashoka, dan keluar dari sini sebelum malam! Kau pasti tak mahu berada di sini menjelang malam nanti!!” Hathor memberikan amaran. 

“Apa maksud kau?” 

“Kawasan ni merupakan tempat tinggal bangsa Luminous, walaupun mereka tunduk pada pemerintahan baginda Permaisuri, namun mereka bangsa yang suka melakukan kebejatan, terlebih lagi kalau kita berada dalam kawasan mereka!” sambung Hathor.  Ada nada bimbang di situ. 

Sambil meneruskan langkahnya Rull Chester bertanya lagi , “Luminous tu bangsa apa? Kenapa perlu takut dengan mereka?”

“Apa kau dengar desiran air dan bunyi kicuaan burung sepanjang perjalanan kita ini?” soal Hathor

“Yeaa.. ada.. kenapa?!”

“Hahhhhh...!!” Sini kau!” Dengan segera tangan Rull Chester ditarik dan di pakaikan seakan gelang yang mengeluarkan cahaya neon berwarna jingga. 

“Sekarang kau dengar lagi tak bunyian tuh?” Hathor menyoal semula.

“Masih!!”

“Sudahhhhh!!! Cepat kita perlu segera keluar dari sini!” dengan segera Hathor mengeluarkan seakan wisel daripada kocek seluarnya dan ditiup beberapa kali. Wajah cemas Hathor mengelirukan  Rull Chester. 

“Kau boleh berlari laju?” Hathor bertanya lagi.

“Selagi kaki aku berdaya”

“Arghh.. kau tahu apa keadaan kau sekarang? Kau dah di tanda sebagai mangsa oleh bangsa Luminous!” 

“Hanya kau sahaja yang mendengar bunyian tadi.. tidak aku dan Ashoka. Bunyi itu tujuannya untuk melekakan manusia seperti kau faham!?”  Serjah Hathor. 

“Krekkkk..krekkk..prappp..prapppp!” Telinga Hathor menangkap bunyi seakan sesuatu yang sedang bergerak menghampiri mereka. “Huh?! Tak mungkinlah! Hari masih siang!” desis hatinya. Bila matanya melilau meneliti persekitaran mereka. 

Sekali lagi wisel ditiup, kali ini bernada lebih tajam. 

“Kau rasa Ashoka dengar tiupan wisel kau Thor?!” 

“Huh?! Lukia?!”

Lukia bangsa Luminous yang berpaling tadah menyebelahi bangsa Bhu-Nyyan tersenyum memandang kearah Hathor dan Rull Chester. 

“ Ashoka kirim pesan, jangan cederakan lelaki nih!” ujar Lukia sambil melirik kearah Rull Chester. 

“Cepat, kita tak punya banyak masa lagi..” 

serentak dengan itu juga tubuh Lukia bertukar rupa menjadi seakan burung Phoenix yang berbulu putih. 

“Naik ke pundakku, sebelum Lapeus tiba ke sini!” arah Lukia. 

Hathor dan Rull Chester tergesa-gesa memanjat pundak Lukia dan berpaut dengan kuat. 

“Jangan sampai terlepas gengaman!!” 

Kibasan sayap Lukia menyebabkan pohon pohon disitu bergoyang seperti dilanda ribut. 

“Kita gerak sekarang!!” 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.