Home Novel Seram/Misteri NASI TANGAS
NASI TANGAS
asmaya ally
27/8/2020 10:21:35
20,074
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3
"Prakk..prakk"..aku merangkak perlahan menuju ke muka pintu, sambil menjengahkan sedikit kepala ku melihatkan di celahan rekahan papan pintu kalau-kalau masih ada kelibat di sana. Hampir setengah jam aku membiarkan manusia entah siapa berdiri di hadapan pintu pondok tadi. "dah balikk kot?" aku menarik nafas lega. Tiada lagi bayangan atau kelibat sesiapa. Jantungku yang berdegup laju bagaikan pelari marathon sebentar tadi telah beransur tenang. Aku masih lagi memegang kemas penyodok yang aku jumpa dalam pondok ini. 


"Owhh..rupanya pondok nih stor barangan untuk tanaman di sawah. Kerana keadaan gelap malam tadi, aku langsung tidak menyedari aku tumpang berteduh di pondok penyimpanan barangan untuk penanaman padi di kampungku. Setelah yakin tiada sesiapa lagi selain aku, dengan perlahan aku menarik selak pintu dari dalam. "Kreekkkk.." , aku segera meninjau keadaan sekeliling pondok sebaik sahaja aku menapak keluar. Jelas kelihatan kesan tapak kasut manusia mengelilingi pondok persembunyian ku. "syukurrr..selamat aku"..tanpa berlengah lagi, aku segera beredar daripada pondok itu. Mujur juga sewaktu aku bermalam di pondok itu, terdapat baju kemeja lusuh dan sehelai jeans yang boleh aku gunakan buat menggantikan baju kurung ku yang rabak di rentap oleh Tok Lang Gendut petang semalam. 


Dengan langkah yang sengaja aku panjangkan, hampir-hampir sahaja aku terjerumus jatuh ke dalam bendang yang basah dan berlumpur. Kerana masih awal pagi, pandangan aku sedikit terganggu dengan kabus dan dingin embun yang menggigit tubuh. Walaupun sedikit bimbang kalau ada yang mengekori, aku tekad untuk tidak menoleh ke belakang, sebaliknya terus mempercepatkan langkah aku menuju ke arah belukar di hujung bendang, aku tahu di sebalik belukar itu, terdapat sebatang jalan yang boleh aku gunakan untuk keluar daripada kampung ini. Aku tidak mahu selamanya menjadi mangsa  kepada syaitan bertopengkan manusia seperti Tok Lang Gendut. Walaupun anak lelakinya,abang Haikal kadang kala bersikap baik pada aku, namun ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?. 

                           *********************************************************************************

"Ammar? tadi kau cakap pondok nih berkunci?" Rizuan mencerlun ke arah Ammar.

"huh??" mata Ammar hampir terkeluar. Pintu pondok yang ternganga luas menyebabkan Ammar tersentak kehairanan. "Tadikan berkunci?"

"seriusss laa brooo! memang aku tak tipu kau!" Ammar menggaru kepalanya.

"dah tu..ni apa? nasib baik takde pencuri baja masuk, kalau tak, naya je kau ngan aku kena buang kerja!" marah Rizuan.

"aku tak tipu..ni aku ajak kau sebab nak tangkap penceroboh tuh laaa.. ishhh cepat pulak dia ghaib!" 

Ammar sangat pasti, ada orang di dalam pondok itu sebentar tadi, entah kemana pula orang itu menghilang, kerana mustahil untuk pintu pondok ini terkunci daripada dalam kalau tiada sesiapa yang menceroboh!!.

"lain kali, kau pastikan kau kunci dan mangakan terus pintu pondok nih!! kalau tidak dengan aku sekali kena hadap Ah Keong tuh..serabut la kau ni Ammar!!..dah jom, banyak keje kita nak buat hari ni, tak yah fikir la siapa yang ceroboh pondok nih malam tadi..yang penting barang kerja kita tak hilang!"..ajakkan Rizuan hanya disahut dengan senyuman. "arghhh..aku tak kira, aku akan cari juga siapa yang ceroboh pondok nih.." desis hatinya. "Rizuan, kau ada nampak tak jeans dan kemeja aku yang aku sangkut kat sini?" tanya Ammar seraya tanganya lurus menunjuk kearah satu paku di dinding pondok.

"takde pulakk..kenapa? kau memang ada tinggalkan baju ngan seluar kau kat sini ke?"

"aahhh..hmmm..takpelah..mungkin perasaan aku je kot.." Ammar tersenyum. "pasti penceroboh tuh yang ambil!" bisik hatinya.

                          **************************************************************************************

"Arghhhhh..sakit la bodohhh..perlahan skit!!" dengus Tok Lang Gendut. Kesakitan akibat dihentak kemuka dengan serpihan bata oleh Dian petang semalam masih berdenyut. Tambah sakit hatinya apabila Mak Temah isterinya turut tidak pandai merawat lukanya. Mahu ke Hospital, nun jauh ke bandar, disebabkan semalam hujan lebat, Tok Lang Gendut terus pulang ke rumah selepas gagal mengesan Dian yang melarikan diri. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.