Home Novel Seram/Misteri NASI TANGAS
NASI TANGAS
asmaya ally
27/8/2020 10:21:35
19,938
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1
Rintik hujan yang semakin kasar kedengaran di atas bumbung pondok teduhan menyebabkan aku semakin resah. Dadaku sesak dengan pelbagai perasaan. Marah, benci, kecewa dan dendam!!. Pondok usang  yang terletak nun jauh di hujung bendang, menjadi tempat persembunyian aku  daripada serakah manusia bernama Tok Lang Gendut. “Arghhh.. aku tak  peduli apa yang mereka fikir kan! Aku perlu selamatkan diri dan maruah aku!! Berputar ligat diingatanku bagai filem yang ditayang semula peristiwa jahanam petang tadi sewaktu aku membawakan bekal minum petang untuk Tok Lang Gendut dan Abang Haikal. Sungguh aku benci dengan syaitan bertopengkan manusia itu!! 

“Panggg!” berpinar mata Dian saat telapak tangan kasar Tok Lang Gendut singgah di pipi.

“Jangannnn Tok Lang!! tolonggg lahhh” rayuan Dian bagaikan angin lalu sahaja di telinga Tok Lang Gendut.

“Hahahahah..aku tengah tolong kau lah nih!” dengan rakus baju kurung Dian direntap. Langsung tiada ehsan.  

“Tok Langggg!! Jangannn!!” untuk sekian kalinya Dian merayu.

“Kau diammmlahh bodoh!!” Tok Lang Gendut menjerkah geram. 

Bahagian belakang baju Dian yang direntap Tok Lang Gendut terkoyak mendedahkan tali bra berwarna hitam yang dipakai. Mata Tok Lang Gendut bagaikan mahu terjojol melihatkannya. Dengan desahan nafsu yang semakin menggila rambut Dian di ragut hingga menyebabkan kepalanya terteleng ke atas. 

“Arghhh..nghhh..tttooloongg.. sssaakitt Tok Lang”...air mata Dian meleleh laju.. Esakkan tangis Dian langsung tidak menyentuh hati tua Tok Lang Gendut. 

“Kalau kau tak nak sakit, kau ikut ckp aku! Kau melawan kenapa hah?!” sergah Tok Lang Gendut.

“Tokkk Lang.. tttolong jangan buat macam nih..” Dian terus merayu. Sambil itu matanya meliar melihat kawasan sekeliling. Rintik halus hujan yang mulai turun  disertai guruh di langit mencuri perhatian Tok Lang Gendut. “Celakaaa!! hujann pulakk!” getus hatinya. Saat dia berpaling semula ke arah Dian, satu tumbukan kuat menggunakan serpihan bata dilepaskan tepat ke muka. 

“Adduhhhh!!.. tangan Tok Lang Gendut menekup muka nya yang kesakitan. Jejeran darah merah membasahi muka dan mengganggu penglihatan. “Kuranggg ajarrr kau Diannn!!” Tangan Tok Lang Gendut tergawang-gawang mencari Dian. Tanpa berfikir panjang Dian segera menerpa keluar daripada bilik kecil berbau hanyir itu. Mujur pintu tidak berkunci. Dian berlari tanpa arah tuju. Semakin jauh dia berlari terasa semakin ringan nafas dihela. “Aku perlu cepat!!”


*bersambung 


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.