Home Novel Seram/Misteri NASI TANGAS
NASI TANGAS
asmaya ally
27/8/2020 10:21:35
19,932
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4
"Kau nih memang tak gunalah!!" tengking Tok Lang Gendut pada Mak Temah. Ditepis kasar tangan Mak Temah yang mahu menyapukan ubat ke luka di dahinya. Marah kerana Dian berjaya melarikan diri, juga geram kerana kegemukkanya menghalang dia berlari mengejar Dian, dan sakit hati kerana tidak menyangka Dian masih punya kudrat untuk menghentak mukanya dengan serpihan bata pada petang semalam. Tatkala di luar rumah pula, matahari kelihatan semakin meninggi. 


Bias cahaya menyusup masuk dicelahan cendela yang terbuka. Namun Tok Lang Gendut masih lagi berwajah duka. Keinginannya untuk meratah tubuh Dian yang tidak kesampaian sangat menganggu fikiran. "Arghhh..bagaimana kalau Dian buat report polis?" hatinya sedikit resah. "Kalau betul Dian buat report polis, tentu-tentu sekarang dah riuh dengan bunyi siren kereta polis kan?" Tok Lang Gendut berkira-kira. 

Bubur nasi yang dimasak oleh Mak Temah masih terletak elok diatas meja kopi disisi katil. Tidak tersentuh. Tok Lang Gendut hanya memandang sekali lalu. "huhhh..macam aku ni sakit nak mati!..bubur jeee bagi aku?" getus hatinya.


"Eh..Temahhh..owhh Temah?!" laung Tok Lang Gendut. Menyesal pula dia meninggikan suara pada Mak Temah tadi. Terus Mak Temah keluar bilik selepas di tengking Tok Lang Gendut. 

"Temahhh oiiii..mai sini kejap!"..laung Tok Lang Gendut semula.Masih tidak menyahut. Dengan kesabaran yang semakin menipis, Tok Lang Gendut gagahi jua untuk turun daripada katil. Dek kegempalan tubuhnya, pergerakan Tok Lang Gendut menjadi sedikit terganggu.


 "Ehh..abangg? apa abang buat nih?" ujar Mak Temah yang terpacul tiba-tiba di hadapan pintu. Cepat-cepat Mak Temah memaut lengan suaminya, dan membantu Tok Lang Gendut membetulkan kedudukannya diatas katil. 

"Kau kemana hahh?" jenuh aku panggil tadi!" masih bersisa marah Tok Lang Gendut pada Mak Temah. 

"Mamm..aaf bang..saya ke rumah jiran sebelah kejap tadi. Tak dengar pun abang panggil.." 

"hurmmm...aku nak cari kau la kalau-kalau kau lari balik rumah mak ayah kau!"

"ehhh..abangg nih?! buat tabiat ke apa?"

"dah..aku laparr..suapkan aku makan !"

"erkkk..tttapii..kan tangan abang tak sakit?"

"hati aku yang sakit!! banyak cengkadak kau nih!..kang aku suruh si Milah Janda suapkan aku kau cemburu pulakkkk!"

"erkk..aaahh..yea lahh yea lahh..."


Mak Temah sudah terbiasa dengan layanan kasar daripada Tok Lang Gendut. Bahkan semenjak awal perkahwinan mereka lagi, sanak saudaranya turut memaklum sikap panas baran Tok Lang Gendut bakal memusnahkan perkahwinan mereka. Namun berkat kesabaran Mak Temah melayai kerenah Tok Lang Gendut, perkahwinan mereka bertahan hampir 20 tahun. Bukan Mak Temah tak mahu mengikut nasihat kawan-kawan supaya mengikat suaminya dengan amalan nasi tangas, namun dia takut bila mati kelak mayatnya tidak di terima bumi. 


Dua puluh tahun lalu..

Di majlis perkahwinan Temah dan Lang Gendut..

"Temah..kau sanggup kahwin dengan Lang Gendut tuh?" Siah bersuara sambil jemarinya sibuk membungkus ole-ole untuk tetamu yang datang.

"Sanggup tak sanggup pun aku kena sanggup laaa"

"ishhh..takkan kau tak tahu dia tu panas baran? tempah maut je kau Temah oiii"..sambil bibirnya dijuihkan.

"hurmmm.."

"Temah..aku ada satu idea..kalau kau nak dengar laahh". ujar Siah 

"hah? idea apa?"

"kau kenalkan Mak Bidan Moon di Kampung Seberang?"

"kenapa dengan dia?"

"kau perasan tak dia sentiasa saja cantik dan menawan..suaminya cukup hormat pada dia tauu!"

"ehhh..tak da kaitan dengan hidup aku laaa.."

"maksud aku, kau tak nak cuba ke risik-risik tanya apa rahsia dia?"

"aku dah nak kahwin la Siah oii..apa nak pening-pening lagi?"

"kalau kau rasa terseksa sangat dengan perkahwinan kau nih nanti..nah, ambil alamat nih"..Siah menghulurkan cebisan kertas kepada Mak Temah. 

"alamat rumah siapa nih?'

"Mak Bidan Moon laaa.. Kampung Seberang tuh bukannya kecil.."

"hmm..tengaklah dulu..dahhh jom tolong aku ke dapur kejap, ada kerja nak buat skit". Cebisan kertas itu renyok dan dimasukkan kecelahan baju dalam yang dipakainya. "Takkanlah aku nak bomohkan suami sendiri pulakkk!" bisik hati Temah.



 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.