Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 25 - PART 1
“SORRY,I’m late!”tegur Dr. Qasyiful, serius. Dengan selamba kataknya, dia melabuhkan duduk di hadapan Erena. Siap menayang muka tak bersalah lagi.

Erena tercengang. Mulutnya ternganga luas. Aku tunggu kat sini berjam-jam macam Patung Cendana, dengan selamba badaknya dia boleh minta maaf? Oh! “Just sorry? Saya tunggu awak dari pukul 1.30 petang tau. Then,pukul 4.00 baru bayang awak muncul!” marahnya.

Dr. Qasyiful merenung wajah tunangnya dengan tajam. “Habis tu, awak nak saya cakap apa? Sebab saya lambatlah, saya minta maaf. Lagipun saya tahu awak dah lama tunggu saya, that is why I ask your forgiveness. Anything false?”

Erena mendengus geram. Boleh pula dia tayang muka serius depan aku? Aku tahulah yang kau tu mamat serius 24 jam. Kot ia pun, tak payahlah nak tayang muka serius tu! Hisy… mamat ni memang hati keringlah! gerutu hatinya geram.

“Awak janji nak jumpa saya pukul berapa?” tanya Erena tegas. Lagaknya bak penyiasat polis yang sedang menyiasat suspek bagi satu kes jenayah berat.

Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. “1.30 pm.”

Erena mendengus keras. “Awak sampai pukul berapa?”

Dr. Qasyiful menjeling tajam. Eh, tunang aku ni? Jam cantik terhias kat tangan kau tu, buat apa? Sekadar hiasan aje ke? sindir hatinya geram.

Namun, Dr. Qasyiful tetap setia menayang muka selamba badaknya di hadapan Erena. “4.00 pm,” balasnya dengan nada suara tidak bersalah.

Erena semakin geram. Hisy! Dah buat salah pun, boleh tayang muka serius lagi ke? Ayoyo, sakit hati aku! Benci betullah dengan mamat serius 24 jam ni! Sahlah, memang hati kau kering macam padang pasir, gerutu hatinya geram.

Erena menayang muka tidak puas hati. Sekali lagi, dia mendengus geram. “That is mean,dua jam setengah saya tunggu awak kat sini macam Patung Cendana tau? Apa, awak ingat saya ni tak ada kerja lain ke, hah?” bidasnya.

Kening Dr. Qasyiful terangkat sebelah. Wajahnya masih serupa, tetap serius bak cikgu disiplin. “Saya dah minta maaf kan, Rena? So,awak ada masalah ke dengan ungkapan maaf saya tu? Lagipun, saya bukan sengaja buat awak tertunggu-tunggu tau. Saya ada emergency case!”

Erena mencebik. Do I care?sinis hatinya. “At least, you must to tell me first!Jadi, tak ada la saya tertunggu-tunggu awak macam tunggul kayu. Ni tak, saya calltak berjawab. SMS pun tak reply.Ada phonepun, tak ada gunalah! Baik campak dalam lombong lagi bagus!”

Dr. Qasyiful menggeleng. Kepalanya semakin pening mahu melayan karenah manja tunangnya itu. “Okey, saya minta maaf. Saya tahu saya salah sebab tak informawak awal-awal. Saya tak sempat, lagipun saya nak cepat. Sorry, Rena,”balasnya serius.

Erena mendengus geram. Amboi, senangnya kau cakap! Oii Dr. serious, aku yang sakit hati tau, bukannya kau! Hisy, hancuss planaku! Semua ni mamat serius 24 jam ni punya pasal la! marah Erena dalam hati.

“Awak dah makan?” tanya Dr. Qasyiful lembut. Sengaja mahu mengubah topik perbualan mereka. Lagipun, dia tidak mahu bergaduh dengan tunangnya. Inikan first datemereka? Jadi, dia mahukan yang terbaik.

Kening Erena terangkat sebelah. Makan? Dia tersenyum sinis. Aku rasa macam nak telan kau hidup-hidup tau! Biar lenyap dari muka bumi ni, baru puas hati aku! “Saya tak nak makan. Saya nak balik!” katanya serius.

Dr. Qasyiful terkesima apabila mendengar jawapan yang terkeluar dari mulut Erena. “Eh, saya kan baru aje sampai? Takkan awak dah nak balik? Lagipun, kitakan dah janji nak lunch.”

Erena tergelak sinis. Lunch? At 4.00 pm?Kau bergurau ke? Sekarang ni waktu minum petang tau, bukan waktu lunchlagi okey! sinis hatinya berkata.

“Saya tak lapar!” jawab Erena ringkas. Hah, padan muka kau! Kan aku dah kata… ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Haa… inilah balasannya!

Dr. Qasyiful melepaskan keluhan panjang. “Rena, tolonglah jangan tayang perangai manja awak tu kat sini! Saya drivemacam ribut semata-mata untuk lunchdengan awak, cik manja.”

Erena tergelak sinis. “Do I care?”soalnya, sengaja mahu menyakitkan hati encik tunangnya itu. “Dahlah, saya nak balik! Awak makanlah seorang diri kat sini!” katanya, siap menayang muka selamba katak lagi.

Serentak itu, Erena mengatur langkah meninggalkan encik tunangnya sendirian di lobi hotel itu.

Dr. Qasyiful mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Susah betullah nak melayan karenah tunang aku yang manja ni, omel hatinya geram.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.