Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 20 - PART 1
ERENAmengeluh. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya sugul sekali. Ah, dia semakin rasa serba tidak kena. “Aduh, kusutnya kepala aku!” bentaknya geram.

“Hisy, bencinya! Kenapalah aku kena bertunang dengan mamat serius 24 jam tu, hah?”

Erena menarik nafas panjang. Berkali-kali dia mengetuk-ngetuk kepalanya. Ah, kusut! Kenapa dengan kau ni, Rena? Janganlah gelabah sangat! Relax Rena, be cool!pujuk hatinya, cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana itu.

Dia menarik nafas panjang, lalu menghembusnya secara perlahan-lahan. Melepaskan rasa yang semakin terbuku tebal dalam hati. Tenang, Rena! Ni baru aje bertunang, belum kahwin lagi okey. Erena Amani, macam-macam benda boleh jadi dalam tempoh tu. Jangan gelabah tak tentu hala, just relax. Everything is gonna be fine, ok! Sedaya upaya Erena cuba memujuk hatinya supaya menjadi lebih tenang.

Aduh… aku tak nak bertunang dengan mamat serius 24 jam tu! Macam mana ni? Someone please help me, please bring me away from here,jerit hatinya untuk kesekian kalinya.

Fina yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Erena, berasa pelik. Dahinya berkerut. Hairan melihat sikap Erena yang bagai kucing kehilangan anak itu. Eh, kenapa pula dengan minah ni? Gelabah macam orang hilang anak aje, desis hatinya hairan. “Kau ni dah kenapa, Rena? Aku tengok kau macam orang kurang siuman pula.”

Erena mengeluh. Mukanya resah. “Fina… kau kena tolong aku. Aku tak nak bertunang!” jawabnya lemah.

“Kenapa pula? Oii mak cik, kita kan dah bincang hal ni. Yang kau beria-ia tak nak bertunang dengan Dr. Qasyiful tu, kenapa?” bidas Fina geram.

Erena menarik muncung Donald Duck. Dia menggosok kepalanya berulang kali. “Entahlah, Fina! Yang aku tahu, aku langsung tak ada perasaan kat dia. Macam mana aku nak bertunang dengan dia?”

Fina mendengus geram. Dia menjeling tajam. “Kau jangan nak mengada-ngada, Rena! FamilyDr. Qasyiful dah ada kat bawah tu. Dia orang tunggu kau untuk sarungkan cincin tunang aje. Kalau kau tarik diri last minute, karang tak pasal-pasal jadi Kecoh Hantu Raya Tok Chai. Tak pasal-pasal jadi gosip panas kat bawah tu. Kau nak?”

Erena menghentak kaki, bak anak kecil. “Aku tak nak bertunang dengan dia, Fina! Kau kena tolong aku. Lagipun, kau kan kawan baik kesayangan aku. Takkanlah kau nak tengok aku tak bahagia dengan mamat serius 24 jam tu? Tolonglah aku, Fina,” rayunya bersungguh-sungguh. Siap menayang muka babyface lagi, sengaja hendak meraih simpati Fina.

Fina mencebik. “Jawapannya tetap serupa, aku tak nak tolong kau! Kalau kau kasihankan mama dengan papa kau, lebih baik kau ikut apa yang dia orang nak. Kalau kau rasa nak conteng arang ke muka dia orang, buatlah apa yang kau suka. The choice is in your hands.”

Erena terus terdiam. Mukanya pucat lesi. Betul juga apa yang Fina cakap. Takkanlah aku nak malukan mama dengan papa pula? Kalau aku tarik diri last minute,kasihanlah dia orang nanti. Tapi… Kenapalah aku langsung tak diberi pilihan? Hisy, bencilah!

Fina mengeluh. “Rena…”

Erena memandang kosong wajah Fina. “Hmm…” balasnya perlahan.

Fina tersenyum. “Kita dah bincang hal ni, kan? Lagipun, kau dengan dia baru aje nak bertunang, belum mendirikan rumah tangga lagi. Macam-macam boleh jadi sepanjang tempoh kau orang bertunang, Rena. Tunang ajelah dulu, apa susahnya? Kau belum sah jadi isteri dia, okey. So, just relax. Everything is gonna be fine, dear. Trust me!”pujuknya lembut.

Belum sempat Erena menjawab, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu dari luar.

Erena memandang Fina. “Please… help me,”bisiknya.

Fina menayang muka selamba. “No!” tegasnya.

“Rena, jom turun! Keluarga Qasy dah tunggu di bawah tu. Mereka dah tak sabar nak jumpa dengan Rena,” teriak Datin Katrina dari luar.

Fina tersenyum lebar. “Apa lagi? Jomlah kita turun sekarang.”

Erena menggeleng. “Aku tak nak, Fina!” bentaknya.

Fina menjeling geram. Hisy, minah nilah… terlebih mengada-ngadalah! “Kau jangan nak bikin panas, Rena. Karang tak pasal-pasal Kiah Propa datang terjah, siap buat live interviewlagi tu. Kau nak ke?”

Erena memuncung panjang. “Tak ada pilihan lain ke, Fina?” soalnya lemah. Mengharap agar ada insan berhati mulia yang dapat membantunya.

Fina menayang senyuman sinis. “No!Suka ke… tak suka ke… kau tak ada pilihan lain. Nak tak nak, kau kenalah bertunang dengan Dr. seriouskesayangan kau tu.”

Erena membuntang mata. Sejak bila pula Dr. serioustu jadi kesayangan aku pula ni? Huh, tak ada maknanya!

Erena mengeluh. “Yalah… aku turun.”

Fina tersenyum lebar. “Good girl!”pujinya.

Erena tersenyum kelat. Gadis cantik itu melangkah ke muka pintu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Mahu menenangkan hatinya yang sedang berperang hebat.

Pintu bilik dibuka. Tersembul muka Datin Katrina di muka pintu. Bibirnya terukir senyuman lebar sebaik sahaja melihat anak gadisnya. “Cantiknya anak mama.”

Erena tersenyum kelat. Kalau cantik pun tak ada guna, mama. Nak kahwin kena paksa, tunang pun kena paksa juga. Huhh…. Nasib badan. Sedihnya…

Previous: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.