Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 18 - PART 1
ERENA menatang semangkuk maggi berkuah berperisa kari ke meja makan. Sejurus sampai di meja makan, mangkuk berisi maggi kari itu segera diletakkan ke atas meja. Dia duduk bersila di atas kerusi. Bersinar-sinar matanya tatkala melihat makanan segera kegemarannya itu.

“Nyum… nyum… sedapnya! Rasanya, dah dua minggu aku tak sentuh maggi kari ni. Haa… lepas ni, ‘selamatlah’ kau dalam perut aku, wahai maggi kari,” katanya bersungguh-sungguh. Lalu, dia tergelak kecil. Geli hati dengan telatah kebudak-budakannya.

Erena menggosok-gosok kedua-dua belah tangannya, lalu membaca doa makan. Sejurus selesai membaca doa, Erena menikmati maggi kari kegemarannya dengan penuh berselera sekali. Begitu lahap sekali gadis cantik itu menyuap makanan ke dalam mulutnya. Seakan setahun tidak berjumpa dengan makanan.

Erena menguntum senyuman lebar. Matanya merenung sedalam-dalamnya kuah maggi yang masih berbaki di dalam mangkuk. “Maggi dah habis. Tinggal kuah aje.” Sejurus itu, mangkuk yang ada di atas meja, diangkat dan disuakan ke mulutnya.

“Rena?” tegur Datuk Harris. Serentak itu, lelaki itu mengorak langkah menuju ke arah Erena. Dia melabuhkan duduk di hadapan anak gadisnya. Dia tersenyum. “Rena dah habis makan ke?”

Erena menguntum senyuman nipis. Sekadar membalas senyuman yang tersungging di bibir papa. “Dah, papa. Tinggal kuah aje,” balasnya acuh tidak acuh.

“Actually,papa ada berita nak sampaikan pada kamu, Rena,” beritahu Datuk Harris bersungguh-sungguh.

Kening Erena terjungkit sebelah. “Berita apa, papa?” tanyanya ingin tahu. Lantas, mangkuk maggi kari itu diangkat dan didekatkan ke mulutnya. Serentak itu, dia menghirupnya sedikit demi sedikit.

Datuk Harris mengukir senyuman penuh makna. “Minggu depan Rena dan Qasy akan bertunang.” Raut wajah itu kelihatan gembira. Masakan tidak, puteri kesayangannya akan bertunang tidak lama lagi.

Erena yang sedang menghirup kuah maggi kari terus tersedak. Merah padam wajah gadis itu menahan pedih di tekak. Habis berair matanya. Aduh, pedihnya! Serentak itu, dia terus mencapai gelas yang ada di atas meja. Dengan rakus, gadis itu meneguk air putih. Mahu menghilangkan rasa pedih di tekak.

Datuk Harris tergelak kecil. Dia berasa lucu tatkala melihat reaksi Erena. “Erena okey ke ni?” tanyanya dengan muka selamba badaknya. Seolah-olah tiada apa-apa pun yang berlaku.

Erena menarik nafas panjang. Gila aku okey? Off course I am not, papa! bentaknya dalam hati.

“Apa dia, papa? Bertunang minggu depan?” Erena terjerit biawak. Sejujurnya, dia terkejut gila dengan berita yang baru disampaikan itu. Memang kejutan besar! Hah?

Datuk Harris mengangguk. “Ya, Rena. Kamu dengan Qasy akan bertunang minggu depan,” ulangnya untuk kesekian kalinya.

Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mukanya pucat lesi bak ternampak hantu pocong. “Papa sengaja bergurau dengan Rena, kan? Please papa, that is not funny, ok!” bentaknya keras. Mengharap supaya berita itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

Datuk Harris menguntum senyuman kecil. Keningnya terjungkit sebelah. “Rena nampak muka papa macam muka geng Sepahtu ke? Papa rasa, papa tak buat lawak pun. I am truly, truly serious, Erena Amani,” sindirnya.

Erena tergamam. Dia mencubit pipinya. Ouch, sakit! Mulutnya ternganga luas. Matanya terbuntang. Kalau sakit maknanya… dia tidak bermimpi! Maknanya… papa tak bergurau. Alamak, aku akan ditunangkan dengan mamat serius 24 jam tu? Oh My ALLAH….

Datuk Harris tergelak kecil, sungguh sinis sekali bunyinya. “Rena sangka papa bergurau ke? Papa tak bergurau tau, Erena Amani. Rena pun bukan dalam dunia Alice In Wonderland. Kenyataannya, Rena akan bertunang dengan Qasy minggu depan,” tambahnya lagi. Siap menguntum senyuman sinis lagi.

Erena mengeluh. Dia meraup wajahnya yang kusut masai. Ya ALLAH, aku tak nak bertunang dengan Dr. serioustu! Aku langsung tak sukakan dia! Macam mana aku nak jadi tunang dia sedangkan hati aku langsung tak berkenan dengan dia? ucap hatinya resah.

Previous: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.