Home Novel Komedi/Romantik Komedi CIK PILOT, AKU CINTA KAMU!
CIK PILOT, AKU CINTA KAMU!
Anak Fatimah
7/10/2016 19:19:16
33,188
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
PROLOG
Prolog

"Oh My God, Anabelle, where are you sweety?"


Suasana di KLIA itu secara tiba-tiba menjadi kelam kabut. Sebuah keluarga Inggeris kelihatan berteriak cemas memanggil seseorang. Mereka memandang sekeliling seolah-olah mencari sesuatu.


"Oh Lord, where is my daughter, honey, please where is our daughter? Anna! Anna!"


Suara sebak dan pilu seorang wanita Inggeris dengan loghat British yang pekat mengejutkan seorang lelaki kacak yang ralit menjawab panggilan telefon berhampiran dengannya. Wajah lelaki itu kelihatan pucat. Mata lelaki itu meliar memandang sekeliling. Panik seketika apabila tersedar, anak perempuannya tiada di sisi.


"What? Oh My God, no no no, not now, Sweet heart, you just stay here, I will look around." Lelaki itu lantas berlari, badannya dipusing sekeliling. Dahinya berkerut. Riak gusar jelas kelihatan.


Wanita itu mengangguk sebaik sahaja suaminya berpesan begitu. Debaran di dada semakin rancak. Rasa tertekan tidak dapat dibayangkan. Tangannya memeluk dua orang lagi anak mereka.


"Mother, where is Anna?" Anak lelaki sulung pasangan itu mula menangis apabila melihat air mata ibunya. Wanita itu masih lagi tenggelam di dalam esakan. 


Pelukan semakin dikemaskan. Kata-kata dari perbualan antara ibu dan ayahnya tadi sedikit sebanyak menyedarkan dia akan sesuatu. Seseorang yang dekat dengannya tiada bersama mereka.


Joshua, Jessy, where is your sister? Just now she walked beside you guys right, honey?” Soalan dari wanita itu hampir tidak didengari dek kerana tangisannya. Budak lelaki yang yang dipanggil Joshua itu memerhatikan keadaan sekeliling. 


Suasana di pintu berlepas yang menempatkan kerusi menunggu bagi penumpang yang bakal menaiki pesawat semakin sesak. Para penumpang yang sehaluan dengan mereka semakin ramai mengambil tempat di ruangan itu.


“Where is Anna, mother?” Soalan dari ibunya tidak dijawab. Sebaliknya soalan yang sama pula dihadiahkan. Wanita itu hanya membalas dengan gelengan. Joshua merupakan anak sulung kepada wanita yang dikenali sebagai Maria Margerate Hamilton IV dengan suaminya, Danial Gregory Hamilton IV. Umur Joshua baru mencecah 8 tahun. Jessy yang bongsu baru berusia 4 tahun. Apabila si ibu memeluk mereka, kedua-dua kanak-kanak itu hanya mampu membalas pelukan tersebut. Kejap dan rapat seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Tiada yang dapat dilakukan oleh kedua-dua kanak-kanak comel itu melainkan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh orang yang ada dekat dengan mereka termasuk menangis.


Pandangan mata Lord Danial masih mengarah ke sekeliling balai berlepas KLIA. Dari jauh dia memerhati ke pintu utama imigresen. Mesin pengimbas mula dilalui semakin ramai manusia yang tadinya beratur menunggu giliran. Semakin ramai penumpang yang sudah bersedia menaiki pesawat ke destinasi masing-masing. Keluasan KLIA yang melebihi 85,000 meter persegi itu menyukarkan lagi pencarian. Langsung tidak membantu. Walau selengang manapun keadaan di situ, semua itu hanya membuatkan kawasan pencariannya semakin besar dengan cabaran lautan manusia yang kunjung pergi membataskan pandangannya.


Wajah lelaki itu cemas kerana satu-satunya anak perempuan yang disayangi hilang dari pandangan. Dia teringat ketika sampai di pintu masuk tadi, anak perempuannya masih ada bersama mereka. Becok bertanya itu dan ini sambil tangannya memegang kemas anak patung barbie kesayangannya. Namun selepas mendaftar masuk ke balai berlepas antarabangsa, secara tiba-tiba isterinya menyedari yang si kecil hilang dari pandangan.


"Anabelle, sweety, please don't do this to father..... Where are you sweety? Dear God, please, not now. Don’t do this to me."


Lelaki itu mengeluh perlahan. Rasa kecewa dan hampa semakin mengulit diri. Air mata lelaki itu berlinangan akhirnya. Kerisauan jelas terpancar di wajahnya... where is my daughter my lord.

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham