Home Novel Komedi/Romantik Komedi CIK PILOT, AKU CINTA KAMU!
CIK PILOT, AKU CINTA KAMU!
Anak Fatimah
7/10/2016 19:19:16
33,188
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
BAB 3

“Accepting the current you is far better than expecting for something uncertain.”

A New Earth, Awakening to Your Life Purpose oleh Eckhart Tolle.


"Tiha, bangun!" secara tiba-tiba Ana mengejutkan Fatiha.

"Awat ni...aku penatlaa Cik Kak oi..."

"Penat tak penat, aku tak peduli...janji nak landing sekejap saje...alih-alih kau lelap terus. Tabiat tidur kau ni memang tak padan dengan kerja kau beb, bangunlaa, entah apa yang dibuatnya dalam flight time rehat tadi...takkan tengok movie sepanjang jalan? Ini dah lebih sejam dah kau membuta...kata nak keluar rewang dengan aku...pukul 7.00 petang karang dah nak berkumpul untuk dinner, cepatlah bangun...." Geram betul Ana dengan sahabatnya itu. Yelah, ada ke patut katanya tadi hendak berehat sekadar sejam sahaja di bilik. Siap suruh Ana berehat di bilik dia lagi, takut terbabas rehat katanya ,,akhirnya Si Ana jugak yang jadi mak Jemah tukang kejutkan dia bangun tidur.

"Kau bangun sekarang sebelum aku simbah dengan air ni." ditarik-tariknya tangan Fatiha agar gadis itu bangkit. Tangannya yang menggenggam segelas air mineral yang baru diisinya sebentar tadi ditunjuk-tunjukkan ke wajah Fatiha. Gadis itu masih bermalas-malasan, kesan lenguh akibat penerbangan panjang tadi masih terasa. Belakang tangannya digosok ke mata. Penatnya.

"Yelah cik kak oi....aku bangun ni...bagi aku 30 minit nak mandi dan solat dulu," dalam suara serak sempat lagi dibalas. Tak larat hendak mendengar omelan Ana.

"Tahupun tak solat lagi, ingat ye, terus jamak Zohor dan Asar, kau tu selalu lupa, bila dah keluar mula cemas nak cari tempat solat bagai, kitani dekat negara orang, bukan Malaysia, aku dah siap ni," berdongkol hati Ana bila melihatkan Fatiha yang masih mamai.

Fatiha terus mencapai tuala yang dihamparkan di atas bagasi ketika masuk ke bilik itu tadi. Sempat lagi dia membuka bagasinya bagi mengeluarkan tuala dan pijamanya. Ana pula masih ralit menyiapkan diri, dia memilih sepasang baju kurung berbunga halus berwarna ungu dan tudung labuh berwarna krim. Nampak sederhana namun tetap manis pada pandangan mata yang melihatnya. Yang penting tidaklah selekeh pun bila dipandang. Itulah gaya Ana di luar tugas. Dan gaya ini memang digunakannya di Malaysia juga. Kalau hendak dikira, wanita sepertinya patut bangga untuk mempertontonkan kecantikan namun dek kerana kecantikan itulah membuatkan dia tidak selesa bila dipandang dan diperhatikan. Sesekali Ana ada juga memakai purdah jika dia tidak suka apabila menjadi tumpuan. Namun untuk kali ini dia ingin merasai deru angin musim luruh di Kota London. Cukuplah dengan tudung labuh yang menampakkan sebahagian kecil wajah ayu dan jelitanya.

"Kau dah ready ke ni?" Fatiha tiba-tiba menegur, Ana yang ketika itu sedang memakai sarung kaki hanya mengangguk.

"Kejap ye aku nak solat then bersiap,"

"Okay, ginilah Tiha, aku tunggu kau dekat lobby saja ye...apa2 nanti kita jumpaje dekat situ, nak tunggu kau dekat bilikni, tepu aku nanti...jangan lambat sangat tau." Sambil melangkah ke pintu Ana berpesan.

"Ye cik Kak, sorry memang aku lambat tapi serious, aku memang penat, lega sikit selepas tidur tadi." Fatiha mempamerkan wajah kasihan, matanya dikelip-kelipkan.

“Macamlah comel sangat buat muka macamtu.” Tanpa menunggu Fatiha membalas kata-katanya, Ana terus melangkah ke pintu bilik sambil diperhatikan oleh Fatiha. Nasiblah dapat sahabat susah senang seperti Ana yang sentiasa sabar melayan karenahnya. Tak pelah Ana, aku dah kenal kau macam mana, heheheh, getus Fatiha yakin. Walau marah dan merajuk macam manapun Ana Adawiyah kepadanya. Ana akan kembali sejuk selepas beberapa ketika. Sebab itu dia berani mengambil kesempatan.

Ana masih memerhati pintu keluar masuk Hotel Hilton London di mana dia menginap. Rasa bosan menunggu mula menerjah diri. Lambat pula si Fatiha ni. Majalah Times dan People yang ada di atas meja kopi untuk sofa yang didudukinya dicapai. Sehelai demi sehelai muka surat majalah itu dibuka. Apabila bosan, dia mencapai majalah Forbes pula. Macam menarik saja. Sekali lagi helaian demi helaian majalah tersebut dibuka.

"The 50 Billion worth of the Royal Hamilton Family, From Tragedy that remain Mystery? Wow, kaya gila keluarga ni, macam menarik saja isu dalam artikel ni." Ana memfokuskan pandangannya kepada artikel yang baru dijumpainya. Dari latar belakang artikel itu, terdapat sekeping gambar seorang lelaki Inggeris akhir 40 an yang masih kacak pada pandangannya sedang berdiri sambil tangannya memegang sebuah kerusi antik.

'Macam pernah lihat saja gambar lelaki ini, tapi di mana ye?' Ana mengerutkan dahi. Sesekali dia berfikir. 'Mungkin dari berita eNews Asia minggu lepas kut.' sebaik Ana cuba membaca artikel itu. Dia ditegur seseorang.

"Excuse Me Miss, mind If I look at your seat. I think I left my handphone there, just now." Seorang wanita Inggeris separuh abad tiba-tiba menegur Ana. Gadis itu bangun memberi ruang. Majalah yang dipegangnya tadi diletakkan kembali ke atas meja kopi yang tersergam di hadapannya.

"My pleasure Madam, sorry for that." Ana memberi ruang kepada wanita itu melihat ke atas sofa yang didudukinya. Dia bangun sambil tangannya mengangkat kusyen sofa itu bagi memudahkan wanita Inggeris itu mencari telefonnya yang tertinggal.

"There you are, thank you Miss. Sorry, I am in a rush. May God Bless you." Sebelum meninggalkan Ana yang masih terkejut, Wanita Inggeris itu menyalami dan memeluk Ana. Gadis itu mengoyakkan senyum memerhati langkah wanita Inggeris itu meninggalkan ruangan di mana dia berada. Ana kembali duduk. Lupa akan artikel yang baru dibacanya. Ana menyandarkan diri pada sofa itu. Matanya beralih ke arah kaunter pendaftaran. Seorang pemuda Inggeris sedang sibuk menjawab panggilan. Segala perilaku pemuda Inggeris itu diperhatikannya. Kebosanan yang semakin dirasai membawa Ana bangun menuju ke arah kaunter. Sebuah peta kecil diambil dari sisipan browcher pelancungan yang terdapat di situ. Image London Bridge yang tertera di muka depan peta itu menarik minatnya.

'Going to London Bridge from Hilton Hotel London is as easy as taking the subways in 5 minutes?. boleh tahan dekat juga London Bridge ni. Rasa nak pergi je.' monolog Ana di dalam hati.

'Kalau diikutkan arah peta ini, dari subway berdekatan Hotel hendak ke London Bridge banyak juga tempat menarik. Tak confident pulak hendak pergi sendiri.' desis Ana lagi. Dia mengangkat wajahnya.

'Try tanya Mat Salleh ni lah sekejap, alang-alang dah sampai dekat kaunter ni.'

"Exuse me sir, mind if I'm asking, If I am from London Bridge and I wish to come back to this Hotel by walking, which route shall I follow?" habis loghat British Si Ana menggoreng. Namun, baru teringat, kenapa dia bertanyakan arah dari London Bridge ke Hotel? Sepatutnya dari Hotel ke London Bridgelah. Ana ketawa dalam hati. 'Lantak pilah, janji sementara si Fatiha tak turun lagi dari bilik, aku ada jugak benda nak dibuat walau tak senonoh sikit, bukannya dia kenal akuni siapa',getusnya. Terasa bosan agaknya menunggu, selepas 20 minit Fatiha masih belum memunculkan diri. Memang dia ada juga bercadang untuk pergi ke London Bridge tapi dengan menaiki London Subway Train. Cumanya perjalanan balik dia teringin hendak berjalan kaki sahaja. Itu hanya pilihan memandangkan masa yang dia dan Fatiha ada terlalu suntuk petang itu.

“Lamanya Minah ni bersiap, macam nak jumpa Prince William saja.” Keluh Ana. Matanya masih menghala ke arah pemuda di kaunter pertanyaan itu. Soalan Ana sebentar tadi hanya dibalas dengan senyuman mesra dari pemuda tersebut sebelum dia meminta Ana menunggu seketika sementara dia menyelesaikan urusan yang sedang dilakukan di kaunter itu.

Pemuda itu masih senyum sambil meneruskan kerjanya. Umpama soalan Ana tidak menyebabkan dia terkejut langsung. Yelah, bukan soalan untuk pergi ke London Bridge dari Hotel itu. Tapi untuk pulang ke Hotel itu dari London Bridge. Namun dia sudah biasa dengan soalan seperti yang Ana ajukan kerana rata-rata tetamu yang hadir ada yang bertanya perihal yang sama. Sebenarnya, kebanyakan tetamu lebih suka menaiki keretapi bawah tanah untuk ke London Bridge yang terkenal itu dan turun di Stesen London Bridge sahaja. Untuk perjalanan balik mereka lebih selesa berjalan kaki sambil menikmati panorama Kota London memandangkan perjalanan pulang akan melalui banyak tempat menarik.

"Well Miss, sorry for the waiting, it is actually quite easy to come back from London Bridge to our Hotel. Just put your target to our Hilton Hotel Tower Bridge, Hilton London Tower Bridge is just a five minute walk from London Bridge tube station, on the Jubilee and Northern Lines, offering quick (eight minute) access to Westminster, the Houses of Parliament, and Westminster Abbey. From the hotel, walk to the Tower of London in just 17 minutes, to Borough Market in only 10 minutes, or along the Southbank to Shakespeare Globe Theatre and Tate Modern in 10 minutes. Kings Cross St. Pancras is accessible by tube in just 15 minutes. Just need to take around 5 minutes walk from here to The London Bridge tube station."

Ana mengangguk-angguk melayan. Ambik kau Ana, dah jadi macam pemandu pelancong dah Mat Salleh dekat kaunterni. Siap detail tempat-tempat menarik lagi. Kau mampu hadam?Sesekali ketika mendengar penerangan yang melebar panjang itu, Ana tetap menjeling ke pintu Lift. Entah dia dapat tangkap atau tidak segala yang diterangkan. Dalam 10 perkataan yang disebut oleh Mat Salleh itu, hanya satu atau dua sahaja yang diingat. Pekat sangat kut loghat Bristish mamat Inggeris itu. Yang pasti Shakespeare Globe Theatre antara tempat yang membuatkan hatinya teruja untuk menjelajah. Itupun kalau sempatlah.

"Okay, thank you Sir..."

"You are most welcome Miss, by the way, such a beautiful violet eyes you have." Ana hanya mampu membalas dengan senyuman, sudah terlalu biasa dengam pujian sebegitu. Memang dia sedar warna matanya lain dari yang lain. Ungu jernih yang diwarisi dari keluarganya yang dia tidak kenali. Ana melangkah ke sofa berhampiran sambil kembali memerhati kelibat lalu lalang para tetamu hotel yang silih berganti. Pelbagai ragam yg disaksikan. Sesekali matanya melihat jam di tangan. Lambatnya Si Fatiha ni. Desisnya.

Apabila matanya mengarah ke arah Lift, baru dia perasan kelibat Fatihah yang berjalan tergesa-gesa ke arahnya. Dengan mengenakan blause longgar, berseluar jeans dan tudung bawal bercorak ringkas, Fatiha kelihatan selesa dengan apa yang dipakainya. Ana menjeling ke arah Fatiha. Siapa tidak geram kalau tadinya berjanji hendak bersiap cepat. Setelah hampir 45 minit baru menampakkan batang hidung.

"Ana, sorry, sorry lambat...aku terpaksa iron semula tudung akutadi...tetiba kedut balik...Stoking aku pula hilang sebelah, puas aku cari dalam bagasi, ingatkan tertinggal alih-alihada dekat poket tepi handbag aku."

"Cukup, cukup, cukup...alasan yang sama saje...aku dah tahu..kau mesti layan benda lain ni kan...tudung dan stokin tu hanya alasan sepanjang zaman kau dah...tak pelah...aku tunggu pun tak laa lama....45 minitlah juga..." balas Ana sambil menekan angka 45 minit itu. Mata ke atas, tangan ke bahu. Menyampah!

Fatiha mencebik bibirnya namun tangannya memegang lengan Ana tanda memujuk...

"Kaulah sahabat aku dunia akhirat, tanpamu siapalah aku yg malang ini. Mak tak ada, ayah pun tak ada...aku hanya ada kau sahaja...uhuk, uhuk." sempat lagi menyebut uhuk, uhuk gaya kanak-kanak rebina meminta barang yang diingininya. Fatiha memang selamba orangnya. Kalau dia tidak berpuas hati atau tidak selesa, pasti diluahkannya. Ana Adawiyah sedikit sebanyak terikut-ikut dengan sikap Fatiha, namun di kebanyakan situasi, Ana lebih banyak mendiamkan diri dan memendam sahaja.

"Dah dahlah tu, tak payahlaa buat adegan Mak Neng sangat...ratu air matalah konon, kau ingat kau seorangke tak de mak bapak?" Fatiha hanya senyum senget.

"Jomlah, layan drama queen kauni.. jam dah masuk pukul 4 pun tak sedar lagi.." sambung Ana lagi sambil menarik tangan Fatiha, mereka melangkah ke pintu hotel.


Previous: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.