Fatiha
duduk menghadap lelaki Inggeris kacak dan tinggi lampai di hadapannya. Aura
lelaki itu begitu kuat sehingga menyebabkan dirinya terasa kecil di hadapan
lelaki itu. Sesekali beberapa mata yang lalu lalang melihat ke arah mereka.
Fatiha
masih pelik. Apa sebenarnya tujuan lelaki ini ingin berjumpa dengannya.
Kelihatannya agak serious.
"Fatiha,
" perkataan pertama yang keluar dari mulut Joshua sebaik Fatiha duduk.
"Yes
Josh,"
"I
ada sesuatu nak beritahu you. This is serious, namun I nak you rahsiakan
semuanya. Belum masanya semua ini didedahkan. I harap i boleh percayakan
you." Kata Joshua tanpa menunggu.
"Aik,
pelikje ni. Boleh I tahu apa dia?" Dahi Fatiha berkerut.
Wajah
lelaki di depannya kelihatan resah.
"Hmmmm...let's
me straight to the point." Balas Joshua. Tangannya masih dikepal.
"Since
when you kenal Ana?" Soalan pertama diajukan Joshua kepada Fatiha.
"Laaa...itu
rupanya. I ingatkan apalah yang you nak tanya sangat." Balas Fatiha. Lega, ingatkan apalah tadi.
"I
am
serious with my question Fatiha. Boleh you cerita sikit tentang sejarah
hubungan you dengan Ana. Sebab pada I you both bukan baru kenal..."
Joshua meneruskan soalannya apabila melihat Fatiha yang seolah-olah cuba
berdalih.'Hmmmm,
berderet pulak soalan mamat omputehni, macam mana aku nak cakap ni...akuni
baruje kanal dia kut.' Fatiha gelisah. Wajah Joshua kelihatan begitu berharap.
"Kenapa
you nak tahu sangat tentang Ana? You ada hati dekat Ana ye...hehehe."
Fatiha sengaja mengenakan Joshua. Air muka Joshua berubah. Dia mencebik. Geram
juga dengan gadis bertudung bawal di hadapannya itu.
"Please
Tiha...I am serious. " sekali lagi Joshua memujuk. Biarlah apapun, maklumat tentang Ana perlu diperolehi segera.
"Hmmm...you
beritahu dulu kenapa you beria sangat nak tahu tentang persahabatan kami?"
Fatiha cuba bermain tarik tali...Apa kes pula aku nak cerita perihal aku dengan
Ana. Kenal dia pun tak? Jujur sangat ke mamat depan akuni?
"
Actually...hmmmm"
"Eh
itu Ana....panjang umur..." Fatiha hampir terkejut melihat Ana yang
tergesa-gesa berjalan melewati restoran yang mereka singgahi. Dia bangun untuk
memanggil sahabatnya itu dan melangkah keluar dari restoran itu tanpa menghiraukan Joshua
yang terkejut dengan riaksi tiba-tiba gadis di hadapannya. Fatiha sempat
berpesan.
"Sorry
Josh...you tunggu sekejapye. I nak panggil Ana...alang-alang kita borak pasal dia.
Why not panggil empunya diri terus. Kebetulan dia ada dekat sini." Tanpa
menunggu jawapan dari Joshua, Fatiha terus bangun dan meluru ke arah Ana.
Ana
yang sedang laju mengayun langkah secara tiba-tiba terhenti apabila terasa
bahunya ditepuk seseorang.
"Ana,
dengar dulu." Ana terkejut...'kenapa pula mamat ni ada kat sini? Tadikan
dia dengan girlfriend dia. Kat mana pulak disumbatnya minah poyo tu' gumamnya.
"Tak
de
apa yang perlu dijelaskan Kapten. And it is non of my business
anywaykan." Ana terus melangkah tanpa menghiraukan Irham yang masih
mengekorinya. Penat Irham mencari Ana. Nasib baik jumpa kalau tidak,
makan
hati dia setelah secara tidak sengaja terkantoi dengan gadis pujaan
hati. Keluar
dengan si gadis senget yang baru saja memalukannya di boutique beg
berjenama
sebentar tadi.
"Please
Ana, listen to Ir dulu..." Irham cuba merayu. Serious sungguh riak wajahnya, dengan gayanya seperti terdesak sangat.
Dia memang sudah kemaruk dengan gadis berwajah Inggeris itu.Fatiha
terus melangkah apabila sedar Ana sedang kelihatan berbual secara serious
dengan seorang lelaki.
"Please
Ana...give me a chance to explain." Rayu Irham lagi.
"Excuse
me?
Kita ni ada hubungan istimewake untuk bergiving-giving a chance ni
kapten?" Ana masih menunjukkan protes. 'Psiko sungguhlah mamatni, aku
tak faham lelaki ini.
Dah ada girlfriend secocokpun masih nak kejar aku...secucuk
sangat...dari rupa dan
akal...memang terbukti terlebih cerdik dari ladang.' Gumam Ana sendiri,
Astaghfirullah, apa
aku ni?
"Ana, kau
ni kenapa? Siapa yang kau tengah borak ni.? Fatiha terbungkam apabila menyedari
lelaki itu ialah Irham.
"What?"
Irham hanya tersengih seperti kerang busuk.
"Tiha, tolong
bawak aku pergi dari sini....aku penat nak layan langau ni." Sinis Ana
mengejek sambil menjuih bibir apabila ke perkataan Langau.
"Okay, okay...jom ikut aku...Joshuapun ada...kita minum dulu..sejukkan
diri..." lantas Fatiha menarik tangan Ana untuk mengikutnya.
"Saya
ikut. " Irham membontoti langkah kedua-dua gadis itu. Mana mungkin dia biarkan Ana bersama Joshua.
Walau ada Fatiha bersama sekalipun. Dia tidak sanggup mengambil risiko. Lelaki itu terlalu
sempurna dan amat sesuai untuk Ana. 'Oh tidak...Ana hak aku.'.
Tanpa
menghiraukan jelingan Ana, Irham tetap selamba berjalan mengikuti langkah kedua-dua gadis
itu.
---
Fatiha
membawa Ana ke meja di mana Joshua berada. Lelaki itu menyambut mereka dengan
senyum simpul.
'Kenapa
adik akuni? masam saja?' Josh pelik melihat Ana, muram dan ketat wajahnya. Mahu
saja dipeluknya Ana ketika itu juga. Namun risau akan semua bakal memandangnya
pelik. Dan risau juga takut kena smackdown dek Ana yang begitu menjaga batas
kelakuannya.
Ana
hanya tersenyum lalu duduk. Tiba-tiba seorang lelaki mengikut masuk dari
belakang dan tanpa segan silu turut duduk bersama mereka.
"Hi
Josh."
"Oh
hi Ir, aik...you pun ada sekali ke?" 'Ooo Rupa-rupanya mamat nilah
punca Adik aku monyok saja. Tapi apa hubungan mereka berdua?'
"Kebetulan
kami lalu sini." Selamba Irham membahasakan diri sebagai kami. Ana menjeling tajam.
'Apa ke mabuk mamat ni kata aku dan dia dekat sini bersama. Nak mati berdiri ni.'
"Oh,
tak sangka pulak you all berdua keluar bersama ye." Sinis Fatiha
menyampuk. Haish...apa kebendalah En cik Kapten nak buat ni. Takkan cemburu sampai
sanggup menipu kut.
"Ana,
kenapa ni? Are you okay dear..." Joshua cuba bertanya perihal adiknya.
'Haish,
beranginnya aku mamat omputeh ni. Depan aku pulak dia nak tunjuk concern.'
"Cik
Ana Adawiyah sayang...awakkan dah okay tadi. Please sayang jangan
macamni." Tanpa usul periksa Irham menyebut nama penuh Ana. Fatiha dan
Ana berkelip-kelip memandang antara satu sama lain. 'Ana mula seram, dah kenapa dengan kapten Irham di sebelahnya itu?' Sedetik
mereka memandang kepada Joshua di sebelah mereka. 'OMG, agaknya apa reaksi
lelaki Inggeris ini nanti.'
-----------
'Cepatlah...aku
dah tak tahan dah nak hadap mamat senget sebelahni.'
Ana
resah. Seriously dia memang sakit hati. Kenapa si Kapten sengetnya
senang-senang memanggil dia sayang.
'Memang
nak kena bunuh agaknya. Aku ada apa-apa ke dengan dia? Nak kata pernah mengaku
kekasih memang taklah. Nak kata pernah berborak, memang too good to be truelah.
Nak kata pernah berkawanpun memang pasti terbalik KLCC kalau betul. Yang aku
tahu setakat fly ke London tu jelah aku baru jumpa dia. Itupun dia layan aku
macam anak tiri je. Choy!' Getus Ana. Hatinya masih bengang dengan Irham.
'Huwaaaa,nak
balik.' Ana merayu dalam hati. Dia memang terperangkap di kalangan ketiga-tiga
manusia di meja itu. Nak pergi macamtu saja takut dikata biadap. Risau juga
kalau Joshua yang tak tahu apa-apa itu terasa hati. Kalau mamat Kapten di
sebelahnya itu dia tidak kisahpun. Lantak dialah.
"Ana
Adawiyah?" Joshua bertanya sambil dahi berkerut.
"Ya...ni
Ana Adawiyah. Takkan you tak kenal kut?" Irham bertanya dalam
kehairanan.
"Cantik nama itu, secantik orangnya." Joshua memandang dua gadis di sebelah menyebelah dengannya
itu.
Ana
menyepak kaki Fatiha yang mendepaninya. Fatiha menahan perit.
"You
ni pulak kenapa Fatiha?" Irham pelik bila riak wajah Fatiha berubah
seolah-olah menahan sakit.
"Tak
de apa-apa Kapten. Terlanggar kaki meja ni ha..." dia menjenggil matanya
ke arah Ana.
"Josh, I nak ke washroom kejap..." Ana bangun. Tanpa menunggu balasan dari Joshua
dia terus melangkah pantas menuju ke belakang
restoran itu.
---
Pintu tandas ditutup. Ana berdiri menghadap
cermin. Dia membasuh mukanya. Masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar
tadi.
'Adoi,
macam manani. Habislah aku. Mamat sengettu dah pandang semacam dah.'
Setelah meneliti kekemasan diri. Ana melangkah keluar. Sebaik dia melepasi pintu yang
memisahkan ruang makan dengan tandas. Tangannya ditarik kuat menyebabkan
dia terundur ke belakang. Lengannya digenggam erat oleh seseorang. Ana kaget.
Dia berpaling.
"Kapten? Apa ni?" Dia bertambah gabra. 'Apa kena dengan mamat senget ni? Main
pegang-pegang pulak.'
"Lepaslah."
"Nope,
ooo...sombong betul awak ye bila saya minta maaf?" Sinis suara Irham.
"Suka
hati saya lah...kapten ada buat salahke? Lepaslah. Orang tengok tu." Ana cuba menarik
lengannya dari genggaman tangan Irham. Namun lelaki itu semakin kuat
menggenggam.
"Sakitlah...apa
ni. lepaslah, Saya jerit karang!"
"Jeritlah,
yang malunya awak." Irham hanya tersengih. Terserlah gigi putihnya yang
elok terletak.
"Tolonglah
kapten, lepaskan saya, nanti Joshua dan Fatiha tertanya-tanya kenapa lama sangat ke
tandas. Apa saya nak jawab." Rayu Ana.
"Siapa
Joshua?
Siapa kapten? Awak lupake saya cakap panggil saya Ir bila luar tugas.
Dan jangan berani-berani nak sebut nama lelaki lain ketika bersama
saya." Irham menjeling ke arah Ana. Dia terus menarik lengan Ana agar
lebih rapat
di sisinya. Seram Ana apabila melihat jelingan garang Irham. Dia
mengalihkan pandangannya ke
arah lain.
"Apa
ni?
Gilalah dia ni...haram tau tak?" Wajah Ana semakin memerah. Rasa marah
sudah mencapai kemuncak. Belum pernah mana-mana lelaki yang menyentuhnya
begitu.
"Ooo
pandai
haram, bab menggedik dengan lelaki lain tu tak haram pulak. Sunat ke?"
Makin galak Irham mengusik. Rontaan Ana semakin melentur. Tiada guna
hendak melawan kudrat lelaki sewel di depannya itu. Tenaganya tidak
mampu menewaskan kekuatan
lelaki yang kini menggenggam tangannya kuat.
"Tolonglah
kapten..."
"Ah
ah no no. Siapa kapten?" Pantas Irham membetulkan panggilan Ana kepadanya.
"Okay
okay, Ir, please laa lepaskan saya." Wajah Ana semakin mengendur.
"Kalau
saya lepaskan, awak nak buat apa untuk saya." main syarat-syarat pulak.
"Apa
maksud Kap. Ops Ir?" Ana curiga. 'Apa lagini yang dia tidak berpuas hati?'
"Yelah...apabila saya
lepaskan awak..pasti saya nak sesuatu juga sebagai balasannya. So awak ada dua
perkara kena buat sebagai balasan untuk saya. Kira hutangtu." Makin galak Irham cuba mengenakan Ana.
Alang-alang
dah dapat peluang. Bila lagikan?
"Gila!"
luah Ana separuh menjerit.
Nasib
baik tiada orang keluar masuk tandas ketika itu.
"Gila
tak
gila. Awak tetap kena bayar hutang tu jugak kalau tidak, saya peluk
awak dekat sini juga." Ana cuha bergelut namun semakin pantas Irham yang
lebih
tinggi 10 cm darinya itu bertindak. Tangan Ana makin dirapatkan ke
badannya
menjadikan mereka hampir berpelukan.
"Please
laa Ir. Jangan buat saya macam ni."
"Okay,
janji awak setuju dengan syarat-syarat saya. Kalau tidak siap."
Ana
sudah tiada jalan lain selain rela saja dengan apa yang diminta oleh Irham.
Jangan diminta bukan-bukan sudah. Kalau tidak, jadi arwah anak teruna terencat
akal Tan Sri Ariffatri yang kononnya bapak dia bijaksana sangat ni.
'Aaahhhhhh...aku
benci kau' Ana hanya mampu menjerit di dalam hati.
"Awak
akan
benci saya sekarang. tapi.suatu hari nanti awak pasti akan berterima
kasih kepada saya tau." Irham cuba berlagak manja dengan mendengungkan
perkataan 'tau'.
Ana
mencebik geram. gila gila gila. 'macam mana mamat ni boleh tahu apa yang aku
fikirkan? bela jin ke?'
"Cebiklah...comel
pulak sayang sayani. Cium karang, sayang nak?" Terus tajam jelingan Ana.
"Lepaslah
dulu. Hadoi...bengonglaa." Ana mendengus lagi.
"Okay,
saya lepaskan. Jangan cuba nak lari." Irham mengingatkan.
"Yala...yelah..."
seketika tangan Ana yang sejak tadi kejap digenggam Irham mula dilepaskan.
Ana lega. Terasa pedih kulit lengannya. 'Pasti merah berbirat ni' getusnya.
Malas nak dibuka. Ada lelaki ajnabi di depannya. Aurat kut.
"Menyesal
aku, kalau aku pakai purdah tadi. Pasti tak de adegan gila macamni." Ana
membebel sendiri. Antara dengar dan tidak saja. Irham masih merenungnya.
"Okay...perkara
pertama yang awak perlu buat. awak kena keluar dengan saya sebanyak 30
kali. Perkara ke dua. setiap kali kita
keluar tu awak kena senyum dan tak boleh marah-marah dengan saya. kena ikut
semua kata-kata saya. " Selamba Irham menyenaraikan syaratnya.
Ana
ternganga. Memang mengarut syarat yang diberikan oleh Irham.
"Awak
ni mabukke? Mana boleh saya nak kena keluar dengan awak? 30 kali pulak tu.
Keluar berdua dengan lelaki pun tak pernah. Ini pula nak keluar dengan mamat
sewel macam awak. Alamatnya tak lah." Ana cuba melangkah meninggalkam
tempat itu dengan segera. Namun Irham lebih pantas memaut pinggangnya dan
memeluk Ana dari belakang.
"Awak
nak lari ke mana? Ooo panggil saya mamat sewel ye. Okay saya tambah lagi satu syarat..."
"Hei..apa
ni...main peluk-peluk pulak." Ana cuba menarik pelukan tangan Irham yang kemas dipinggangnya namun gagal.
"Kalau
nak saya lepaskan. Janji awak akan ikut syarat saya tadi." Pantas Iskandar
menuntut persetujuan Ana. Ana makin galak melawan, cuba melepaskan diri. Irham makin menguatkan pelukan.
"Okay
okay okay...saya setuju. Tolonglah Ir. Lepaskan saya." Perlahan Ana
merayu. Dia sudah tidak berdaya menolak. Lelaki di belakangnya lebih kuat
darinya.
"Bagus." Irham melepaskan pelukan. Ana cepat-cepat melangkah. Namun dia tersedar
sesuatu. Gelang tangan pemberian ibu Fatimah tiada ditangannya.
Dia
menoleh ke belakang. Kelihatan Irham menggoyang-goyangkan sesuatu dengan
senyuman sinis.
"Hoi,
apani. Pulangkan balik." Ana kembali ke arah Irham.
"Gelang
tangan ini pasti berharga kepada awakkan? " Irham tersenyum bangga.
"Bagilah
balik."
Ana cuba mencapai gelang itu. Namun dek kerana ketinggian Irham, dia
gagal menggapai gelang tangan apabila lelaki itu mengangkat tinggi
tangannya. Akhirnya Ana berputus asa.
"Gelang ini saya jadikan cagaran. Kalau awak nak balik. Awak kena ikut semua syarat saya.
Kalau tidak..say bye bye kepada gelang yang cantik berkelip-kelipni."
sejurus selepas itu, Irham terus melangkah meninggalkan Ana yang masih
terkebil-kebil tidak percaya. Dia cuma mampu melihat gelang tangannya selamba
dimasukkan ke dalam poket seluar lelaki senget yang baru memulakan sesi memporak perandakan
hidupnya sebentar tadi.
“Aaahhhhhh!”.....Ana
menjerit perlahan. Perasaan geram, benci, menyampah dan sakit hati bergabung
menjadi satu. Namun apa yang mampu dia buat selain bersabar dan mengikut sahaja arah
permainan yang telah ditetapkan oleh lelaki yang baru memeluknya tanpa izin
tadi.
"Tercemar aku kena peluk. Benciiiiii!"