Home Novel Komedi/Romantik Komedi CIK DOKTOR, AKU CINTA KAMU!
CIK DOKTOR, AKU CINTA KAMU!
Anak Fatimah
22/5/2016 11:44:44
11,045
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
BAB 7 : Kaedahnya Nak Selidik!

"Doktor Mia, macam mana keadaan pesakit bernama Ana Adawiyah tu?" Leka menulis sesuatu di atas kertas laporan di hadapannya. Damia berpaling. Rayyan masih menunggu jawapan. Sejak tadi dia baru sampai selepas berjumpa dengan ahli keluarga pesakitnya itu.

"Keadaan pesakit stabil Doc, cuma kita kena tinggu status malamni. Kalau ada perkembangan positif melalui rawatan yang kita berini, maknanya peluang cerah untuk pesakit sembuh." Tenang Damia menerangkan. Dia perasan ada riak risau pada wajah lelaki yang dipanggil Doktor Rayyan itu.

"Oh..."
"Ada apa-apa lagi doktor Rayyan?" Sambil bangun dari tempat duduknya. Damia sempat bertanya.

"Hmmm...mohon Doktor Mia bagi special care kepada Cik Ana ye. She is my adik angkat." Tenang dengan wajah penuh harap.

"Amboi, mentang-mentang adik dia, no worries doc, i will do my best. Lagipun kitakan ditugaskan bersama. Pasti doc dapat akses keadaan pesakit dengan lebih mendalam nanti. I will help as much as I could." Damia melebarkan senyum manis. Tanda dia senang dengan cara Rayyan. Walau Rayyan sudah mencapai tahap specialist namun lelaki itu tidak pernah memandangnya sebagai junior officer. Jarang dapat jumpa doktor seperti Rayyan. Majoriti kalau dah dapat status pakar pasti ada yang bersikap double standard dengan doktor junior.

"So, nanti lepas habis semester ni dapat cuti 6 bulankan? Apa perancangan doktor Mia?" Rayyan cuba mengalihkan topik perbincangan. Tangannya masih ralit membetulkan wayar dan tube yang berselerakan di badan adik angkatnya, Ana Adawiyah. Lembut cara dia membuat kerja. Siapa tak sedihkan. Adik sendiri walau bukan sedarah daging namun Ana Adawiyahlah salah seorang orang terpenting dalam hidupnya. Dia ada seorang lagi. Kawan baik Ana. Nor Fatiha Abdul Wahab. Dua gadis itu sahaja yang dia ada dalam hidupnya. Mereka sama-sama membesar di rumah kebajikan tanpa ibu bapa. Samada meninggal mahupun ditinggalkan hidup.

"Tak tahu lagi doc. Tengok macam mana perancangan keluarga. Tapi i have something in my mind." Tersengih Damia. Ada idea gila yang ingin dibuatnya nanti.


"Aik...something? Apatu? Kahwinke?" Rayyan cuba berseluruh.

"Ada pulak kahwin Doc ni. Adalaaa, hehehe"
"Hmmm...okay...abang awak doktor Al Amin tu macam mana? Bila nak kahwin? Dengarnya bukan main lagi rapat dengan doktor Rahimah?"
"Amboi doktor...tahu-tahu je..."
"Yelah...best friend saya tu. Kenalah ambil tahu."
"Entah...nampak kayu je abang saya tu...apapun nanti saya cek... Okay, doc...saya nak balik dulu. Dah masuk pukul 5.45 ni. Mak Long saya tunggu dekat cafe tu."
" yelah-yelah...orang ada mak long."

Damia tersenyum lagi. Dia tidak kisah berbual lama dengan Rayyan. Bukan sehari dua dikenalinya lelaki itu. Malah Rayyan memang kawan rapat abangnya pun. Sejak di UPM itu abangnya mula mengenali Rayyan malah keluarga Mak Longnya pun sudah menganggap Rayyan sebagai sebahagian dari mereka. Jadi kenapa perlu dia rasa segan untuk bermesra. Asal batasnya tetap terjaga. Lelaki yang diketahuinya janya sebatang kara itu kerap juga datang ke cafe dan ke rumahnya untuk makan malam. Sementelah Rayyan pun rapat dengan mak longnya juga. Tak salah kalau dikata Rayyan tu sendiri sudah menjadi anak angkat mak longnya. Siap panggil mak segala.
"Okay doktor Mia."
"Okay...by the way, kalau dekat luar tak payah panggil doktor Mia ye Doc...mendidihje tahi telinga dengar...panggil Mia je...heehhhehe"
Sebenarnya memang Damia tidak selesa apabila Rayyan memanggilnya doktor tanpa mengira tempat. Kalau dekat Hospital itu doa okay saja sebagai professional.
Tapi kalau dekat luar tugas pun sama juga. Tension juga.
"Yelah..tapi bersyarat. Call me abang Rayyan bila di luar tugas. Since doktor Damia adik my best friend so you will also be my adik. Deal?"
" jap nak fikir......hmmmm....hmmmm..." sengaja Damia menompanh dagu.
"Amboi....takkan nak berabangpun nak kena fikir."
"Saja nak test...hahah..okay Mr Doc aka Abang Rayyan...deal....so got to go...Assalamulaikum." tanpa menunggu jawapan Rayyan Damia melangkah ke pintu bilik itu. Rayyan hanya mampu mengeleng. Sudah masak benar dengan perangai selamba Damia.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.