Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
399,050
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 30

30

Elfira memakirkan keretanya di garaj banglo milik keluarganya. Dia mengambil kunci pendua rumahnya. Lalu dia dan Sofea menyelinap masuk ke dalam rumah.

“L sunyi je rumah kau?” tanya Sofea.

“Mama aku waktu begini mesti kat dapur dengan Mak Zah. Sibuk nak hidangkan makan malam. Papa aku pulak akan baca al-quran di bilik solat. Jom kita pergi dapur,” ajak Elfira.

“Assalamualaikum,” sapa Elfira. Dia mendapatkan mamanya. Dia menghulur tangan untuk bersalam.

“Astaghfirullah al adzim, bila L balik?” tanya Puan Sri Karmila sambil menyambut huluran salam Elfira.

Dia mencium pipi anaknya bertalu-talu. Rindu benar dia pada anak bongsunya itu.

“Siang tadi ma. Papa mana?” soal Elfira. Sengaja bertanya.

“Biasalah papa waktu begini bukan L tak tahu di mana.”

“Tahu. Saja tanya.”

“Sofea apa khabar?” tanya Puan Sri Karmila.

“Alhamdulillah sihat. Wah, auntie makin berseri-seri sekarang ni?” puji Sofea ikhlas.

“Mana ada. Biasa aje,” jawab Puan Sri Karmila malu-malu.

“Hai Fea, bodek mama aku ke?”

“Hish mana ada. Aku cakap perkara yang betullah,” ujar Sofea sambil menyiku Elfira.

“Cepat L balik?” sapa Tan Sri Lukman Hakim mesra. Dia mendapatkan Elfira dan Sofea.

“Papa macam tak suka je L balik cepat?” Elfira buat nada sedih.

“Bukan macam itu. Kata nak keliling Malaysia. Dah habis keliling Malaysia ke? Cukup ke sebulan tu?” tanya Tan Sri Lukman Hakim.

“Duit papa itu tak rasa rabak ke nak bayar kad kredit nanti?” usik Elfira.

Tan Sri Lukman Hakim ketawa.

“Terasa rabaklah juga. Tapi untuk puteri papa ni, apa pun boleh. Biar rabak sekali pun asalkan anak papa ni gembira.”

“Terima kasih papa.”

“Sudahlah itu boraknya, Mak Zah dah sediakan makan malam. Jom kita makan.”

“Mama macam tahu-tahu je...”

“Ala tak cakap pun mama dah faham. Lagi pun kami belum makan. L dengan Fea memang langkah kanan.”

“Alhamdulillah, murah rezeki auntiedan uncle,” ujar Sofea.

“Rezeki kamu Fea,” jawab Puan Sri Karmila.

Mereka semua enak menikmati makan malam. Selesai menikmati makan malam, mereka duduk di ruang tamu.

Elfira mengambil hadiah-hadiah yang dibelinya di kereta lalu dibawanya ke ruang tamu.

“Apa tu?” tanya Puan Sri Karmila.

“Adalah.”

Elfira mengambil satu paper bag lalu diberikan kepada Puan Sri Karmila.

“Yang ni untuk mama, dan yang ini untuk papa.” Elfira menghulurkan satu lagi paper bag untuk Tan Sri Lukman Hakim.

“Untuk papa. Kira L beli papa bayarlah ni,” sakat Tan Sri Lukman Hakim.

Elfira tersengih.

“Hadiah-hadiah ni L beli pakai duit L lah. Duit papa itu L guna buat isi minyak kereta, hotel,chalet, makan, kapal terbang dan macam-macam lagi,” jawab Elfira pantas.

“Banyaknya hadiah kamu beli,” tanya Puan Sri Karmila. Teruja!

“Satu negeri satu hadiah ma,” jawab Elfira manja.

“Terima kasih sayang.”

“Kasih diterima.”

“Mama, yang ni tolong bagikan pada Cha.”

“Kenapa L tak hantar sendiri pada Cha. Cha mesti suka.”

“L malas nak jumpa Kak Lea. Lagipun L seganlah nak ke rumah mak dan ayah Kak Lea itu. Mama tolong ya.”

“Okey.”

“Bila L nak masuk ke pejabat?” tanya Tan Sri Lukman Hakim.

“Ala pa, L baru je balik papa dah tanya bila nak masuk pejabat. Potong moodlah papa ni.”

“Papa sekadar bertanya. Manalah tahu kalau tiba-tiba L berubah hati ke?”

“L kan dah janji akan bantu papa. Tapi macam perjanjian kita, L tak nak siapa pun kenal L. Dekat pejabat papa mesti panggil L, Amira. Dan...”

“Tahu, papa tak boleh beritahu sesiapa yang L adalah anak papa walaupun pada rakan niaga papa kecuali yang memang dah kenal siapa L,” sampuk Tan Sri Lukman Hakim.

“Tahu tak apa.”

“Jadi bila L nak masuk pejabat?” Tan Sri Lukman Hakim kembali ke topik asal.

“Lusa L masuk pejabat okey.”

“Okey, macam itulah anak papa.”

“Pa, L dah penatlah. L nak balik tidur. Kami balik dulu ya papa, mama.”

“Eloklah rehat. Dah jauh sangat perjalanan L itu. Balik dan rehat. Lusa kita jumpa di pejabat.”

“Okey papa.”

Elfira menyalami tangan Tan Sri Lukman Hakim dan Puan Sri Karmila. Begitu juga dengan Sofea.

“Bawa kereta itu elok-elok,” pesan Puan Sri Karmila.

Kereta Elfira meninggalkan perkarangan rumah Tan Sri Lukman Hakim.

“Aduh, penatnya aku rasa.”

Elfira melabuhkan punggungnya di sofa. Dia merenggangkan urat sarafnya.

Sofea menggeleng. Dia mengambil remote tv lalu mencari siaran yang menarik untuk ditonton.

“L, aku ada benda nak bagi pada kau.”

Sofea bangun lalu menuju ke biliknya. Kemudian dia kembali dan duduk di sebelah Elfira. Dia menghulurkan kunci kepada Elfira. Elfira buat muka hairan. Dia mengambil kunci dari tangan Sofea.

“Kunci?”

“Kunci ni mat singa bagi pada aku supaya bagi pada kau.”

“Dia nak buat apa bagi kunci ni kat aku?”

“L, dia suruh aku pujuk kau supaya kerja dengan dia balik. Sebab itu dia bagi kunci itu pada kau dengan harapan kau akan bekerja dengannya semula.”

“Fea, kau pun tahukan aku tak nak kembali bekerja dengan dia.”

“Aku tahu tapi dia tak nak faham. Apa pun aku rasa lebih baik kau jumpa dia sendiri dan cakap pada dia sendiri. Sebab dia tak akan dengar cakap aku.”

“Tapi...”

“Tak ada tapi, tapi lagi. Kau sendiri jumpa dia. Eh, ole-ole untuk aku tak ada ke?”

“Sengaja tukar topik nampak?”

Sofea tersengih.

“Ada. Nanti aku bagi pada kau.”

“Untuk si mat singa tu?”

“Hee buat apa aku nak beli untuk dia.”

“Mana tahu kau ingat kat dia ke?”

“Tolonglah. Buat apa aku nak ingat orang macam itu.”

“Yelah, yelah. Kau memang tak sudi nak ingat mat singa. Kasihan mat singa.”

“Aku memang tak nak ada kena mengena dengan dia lagi. Cukuplah apa yang dia dah buat pada aku selama hari ini.”

“Kau masih marahkan dia?”

“Aku dah tak marahkan dia tapi kalau boleh buat sementara waktu ni aku tak nak jumpa dia.”

“L, sampai bila kau nak larikan diri? Dunia ni kecil je. Pusing-pusing kau akan jumpa dia juga.”

“Aku tahu, tapi...”

“Sudahlah itu. Kau pergi jumpa dia okey,” pujuk sofea.

“Tengoklah dulu. Aku tak janji,” jawab Elfira malas.

Sofea mengukir senyum.


Previous: Bab 29
Next: bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.