Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
399,026
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 29

29

SEBULAN KEMUDIAN

Elfira meletakkan bagasinya di sebelah almari. Dia merebahkan tubuhnya ke katil.

“Penatnya!” keluh Elfira. Dia menguap lebar. Matanya dipejamkan rapat. Dia terus terlena.

Sofea membelek begnya mencari kunci rumah. Sekilas pandangannya tertancap pada mangga yang tidak berkunci.

Eh, aku lupa mangga pintu ke pagi tadi? bisik hati Sofea. Dia cuba mengingat kembali.

Aku memang kunci mangga pagi tadi. Jangan, jangan ada pencuri tak? getus hatinya. Jantungnya berdegup kencang. Dia memulas tombol pintu.

‘Tak berkunci juga?’ Sofea gusar.

“Ini tak boleh jadi. Ya ALLAH, kau selamatkanlah hambamu ini dari sebarang bencana. Amin.” Sofea mengaminkan doanya.

Daun pintu dikuaknya perlahan. Dia mengambil payung yang terletak disebelah rak kasut. Sofea berjingkit-jingkit menuju ke ruang tamu, matanya melilau-lilau bagai sedang mencari sesuatu. Kemudian dia bercekak pinggang. Payung diletakkan di atas meja.

Tak ada orang pun. Rumah pun nampak kemas tak ada beza dengan sebelum aku keluar rumah pagi tadi. Aku lupa kunci pintu agaknya.

Dia menghenyakkan punggungnya ke sofa. Otaknya masih ligat berfikir. Matanya masih melilau ke sekitar rumah. pandangannya tertumpah pada bilik Elfira. Jantungnya sekali lagi berderau. Debar kian terasa. Dia mengambil payung yang diletakkan di atas meja tadi. Langkah kaki diatur menuju ke bilik Elfira. Sofea mengintai dari luar. Kemudian dia menolak perlahan pintu bilik Elfira. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Elfira begitu enak dibuai mimpi. Sofea tersenyum sendiri.

“Kau rupanya L. Buat terkejut aku aje lah budak ni,” rungut Sofea. Macam manalah dia boleh tak teringatkan Elfira.

“L, bangunlah! Hari dah petang ni.” Sofea menepuk–nepuk tangan Elfira.

Elfira mendengus kasar. Dia memusingkan tubuhnya ke kiri. Sofea masih lagi menepuk-nepuk lengan Elfira.

“L bangunlah. Aku dah balik ni.” Sofea masih mengejutkan Elfira dari lenanya.

“Ala aku mengantuklah Fea. Janganlah kacau aku tidur.” Elfira menarik selimut hingga ke mukanya.

“Aku kata bangun, bangunlah!” Sofea menepuk kuat lengan Elfira.

“Sakitlah!” rungut Elfira.

“Bangun!” jerkah Sofea.

Elfira rimas. Lantas dia bangkit dan duduk. Matanya masih terpejam. Dia menguap lebar.

“Kau ni kenapa Fea?” tanya Elfira yang masih lagi mengantuk.

“Kau tanya aku kenapa? Kau tahu tak yang kau itu dah buat aku kecut perut. Apa pasal kau tak mangga pintu dan kunci pintu rumah? Nasib baik rumah kita ni tak dimasuki pencuri. Kau ni cuai betullah.” Sofea menepuk bahu Elfira dengan kasar.

“Adoi, sakitlah Fea.” Elfira menggosok-gosok bahunya.

“Padan muka kau.”

“Ala maaflah. Aku lupa nak kunci pintu tadi.”

“Lain kali jangan buat begitu.”

“Orait.”

“Awal kau balik? Dah habis pusing Malaysia?” tanya Sofea sekadar berbasa-basi.

“Dah, setiap negeri, aku pergi tempat yang terpilih aje. Kalau nak pergi setiap tempat menarik, mahu pokai papa aku. Seronok Fea cuti mengejut macam ni. Rugi kau tak ikut aku.”

“Ewah, ewah, kalau aku ikut kau siapa nak gantikan tempat aku. Nanti bos aku tu berhentikan aku pulak!”

“Yelah kau kan pekerja kesayangan si mat singa itu,” usik Elfira.

“Bukan kau ke L. Yelah aku tengok dulu kau orang pun macam belangkas. Setiap kali kau hantar dan jemput dia bukan main berseri lagi muka si mat singa itu,” usik Sofea pula.

Elfira ketawa.

“Bila masa pulak aku dengan dia macam belangkas. Macam anjing dengan kucing ada lah. Lagi pun antara aku dengan si mat singa tu tak lebih dari seorang pekerja dan majikan. Dan tak lebih dari seorang kawan,” beritahu Elfira tegas. Wajahnya diseriuskan.

“Kalau ya pun tak payahlah nak buat muka serius kau tu.”

“Dahlah, malas aku nak layan kau. Terima kasih kejutkan aku. Aku nak pergi mandi. Kau pun patut mandi. Dah bau cik kam,” usik Elfira lagi.

“L!” Sofea memukul L dengan bantal.

Elfira tidak sempat mengelak. Dia mengusap lengannya yang menjadi mangsa Sofea sambil ketawa. Sofea turut ketawa.

“Okeylah aku pun nak mandi.”

“Fea, malam ni teman aku pergi rumah mama aku. Kita makan malam kat sana.”

“Okey.”

Sofea berlalu keluar dari bilik Elfira.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.