Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
399,023
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 6

6

“Assalamualaikum mama,” Erry Edrian menghulurkan salam. Puan Sri Karmila menyambut huluran salam tersebut.

“Angah dah sarapan?” soal Puan Sri Karmila sekadar berbasa-basi.

“Belum lagi ma,” Erry Edrian menarik kerusi. Dia duduk berhadapan dengan Puan Sri Karmila.

“Mari sarapan sekali.”

“Papa mana ma?”

“Ke mana lagi dah ke pejabatlah papa kamu itu. Yang kamu ni, pagi-pagi lagi dah ke sini, kenapa? Bergaduh dengan Lea ke?”

Erry Edrian membatukan dirinya. Nasi goreng disuapkan ke mulutnya.

“Hem betullah itu. Angah, angah, mama tak faham dengan kamu berdua. Sekejap baik sekejap bergaduh. Dah tiga tahun kamu berdua kahwin dan dah ada anak pun. Sampai bila nak bertegang urat?” Puan Sri Karmila melepaskan keluhan berat. Dia memang tidak memahami karenah anak dan menantunya yang satu itu.

Erry Edrian masih seperti tadi. Diam membisu. Dia seolah-olah tidak tercuit dengan bicara mamanya. Suapannya dilajukan. Hanya keluhan sahaja yang kedengaran dipendengaran.

“L mana ma?” soalnya. Sekadar ingin mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu masalah rumahtangganya dibicarakan.

“L tak tinggal kat sini. Dia tinggal dengan Sofea. Dia kan dah kerja satu pejabat dengan Sofea.”

“Sofea yang mana ma?”

“Hai berapa banyak Sofea yang adik kamu berkawan. Sofea kawan sekolah dia itulah.”

Erry Edrian cuba mengingat Sofea yang dimaksudkan oleh mamanya.

“Oh. Ingat dah. Tapi kenapa L tinggal dengan Sofea?”

“Itulah kamu asyik sibuk je. Hal adik sendiri pun tak tahu. Dia dah kerja sekarang ni. Dia kerja sekali dengan Sofea. Dia jadi pembantu peribadi. PA bos di syarikat tempat Sofea bekerja.”

“Eloklah itu ma. Biar dia belajar hidup berdikari. Selalu orang lain yang buat untuk dia sekarang dia pulak yang kena buat kerja untuk orang.”

“Betullah itu. Tapi kadang-kadang mama risau juga. Yelah selama ini semua kerja orang buatkan untuk dia.”

“Tak perlu risaulah ma. Angah yakin L boleh sesuaikan diri. Inilah masanya untuk dia belajar menerima arahan daripada orang lain.”

Erry Edrian mengerling ke arah jam tangannya. Dia harus segera. Jam 11 nanti dia ada kes di mahkamah. Lagi-lagi kes tuntutan hak ke atas penjagaan anak. Dia sendiri tidak pasti sampai bila agaknya kes-kes seperti itu akan selesai. Inilah perkara yang ditakutkan. Sebab itu selagi dia boleh pertahankan rumahtangganya dia akan cuba pertahankan.

“Ma, angah dah nak kena gerak dulu ni. Pukul 11 nanti ada perbicaraan di Mahkamah Gombak Timur.”

“Yelah angah. Mama bukan nak sibuk hal angah tapi mama nak pesan, sebagai imam dalam keluarga cubalah bimbing isteri itu. Banyakkan bersabar. Anggap ini dugaan buat angah untuk ALLAH lihat sejauh mana kesabaran angah.”

“In shaa ALLAH mama. Angah pergi dulu ya.”

Erry Edrian menyalami tangan Puan Sri Karmila lalu mencium wajah mamanya lalu memeluk erat mamanya. Dia dapat merasakan kedamaian dalam pelukan mamanya. Dapat dirasakan kasih seorang ibu. Puan Sri Karmila melepaskan pelukan anaknya. Dia tahu anaknya itu dalam dilema. Erry Edrian menghulurkan senyuman manis walaupun jiwanya terseksa saat itu. Puan Sri Karmila menghantar pemergian Erry Edrian dengan pandangan yang sayu.

“Ya ALLAH, kau lapangkanlah dada anakku, kau mudahkanlah perjalanan hidupnya, kau berikanlah petunjuk kepadanya agar dia dapat menyelesaikan masalah rumahtangganya, kau lindungilah anakku dari segala bahaya. Sesungguhnya kepadaMU aku meminta pertolongan. Rabb, berikan anakku kekuatan untuk mengubah kesedihannya kepada kegembiraan. Amiin.”

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.