Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
399,098
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 22

22

Erry Edrian dan Elfira sedang enak menjamu selera di Oasis. Ini merupakan salah satu tempat kegemaran Elfira apabila berkunjung ke Mid Valley. Kerana di sini makanannya dan minumannya pelbagai pilihan dan citarasa.

“Angah ni kenapa? Dari tadi L tengok angah asyik tersenyum. Angah sakit ke?” Elfira memegang lembut dahi Erry Edrian.

“Bukan angah yang sakit tapi bos L itu yang sakit.”

“L tak faham apa yang angah maksudkan.”

“L tak perasan ke yang Firuz Eidil tu macam dah suka pada L?” soal Erry Edrian mahukan kepastian daripada adiknya. Elfira mengunyah perlahan nasi ayamnya. Setelah itu barulah dia berbicara kembali.

“Angah jangan nak mengarutlah. Firuz memang macam itu. Angin tak bertempat. L pun tak tahu bagaimana L boleh bertahan dengan sikapnya yang mereng itu,” ujarnya jujur.

“Nasib baiklah adik angah ni tak mereng. Kalau tak susah hati angah dibuatnya.”

“Hish melampau betul angah ni. Doakan yang bukan-bukan untuk L. Sepatutnya sebagai abang, angah kena doakan yang baik-baik aje. Ada doakan L mereng pulak.”

“Angah cakap je lah bukan doakan. Tapi angah serius yang si Firuz itu dah jatuh hati dengan L.” Erry Edrian cuba meyakinkan Elfira.

“Jangan nak berangan ya angah. Orang macam L ni bukan taste dia. Dia nakkan gadis yang seksi, mekap tebal berinci-inci, pandai pakai kasut tumit tinggi, lawa, cantik, body persis model, itu baru citarasa dia. Bukan macam L, tak pernah lekang dengan seluar jeans, t-shirt lagi, dengan topi dan kasut adidas. Diakan anak Tan Sri jatuhlah saham dia nanti,” beritahu Elfira panjang lebar.

“Ya ke? Tapi hati angah kuat mengatakan yang dia sukakan L. Cuma angah rasa dia tak tahu bagaimana nak mengakuinya. Itu sahaja. Percayalah cakap angah suatu hari nanti dia pasti akan luahkan isi hatinya pada L.”

“Angah kalau bab mengarut memang bijak. Dia itu tunang orang. Diulangi tunang orang.”

“Ala dik, kapal terbang pun boleh kena rampas inikan setakat tunang. Kalau ALLAH dah kata ‘kun fa ya kun’ maka tak ada yang mustahil.”

“Heee muka L ni ada muka perampas tunang orang ke? Rampas kekasih orang pun tak pernah tau!”

Erry Edrian ketawa mengekek melihat Elfira.

“Sudah, L tak nak cakap pasal si mat singa itu. Sekarang ni L tanya angah betul ke angah nak sambung belajar lagi?”

“Betul,” jawab Erry Edrian ringkas.

“Di UK?”

Erry Edrian mengangguk.

“Kalau angah ke UK siapa nak teman L kat sini?”

“Papa, mama dan alongkan ada. Sofea pun ada. Ha seorang lagi, si mat singa tu pun ada dan boleh temankan L.”

“Angah! L serius dia boleh main-main pulak!”

Elfira mencubit lengan Erry Edrian. Geram kerana dipermainkan. Erry Edrian tidak putus-putus ketawa.

“Angah nak ambil Ph. D. Itukan salah satu impian angah. L pun tahukan tentang itu.”

“L tahu. Tapi L baru je balik angah dah nak pergi.”

“Hai L, dah berbulan balik sini masih boleh kata baru lagi ke?”

“Baru lagilah. Belum sampai setengah tahun tau!”

“Angah pergi bukannya lama. Habis belajar angah baliklah. Angah janji angah akan sentiasa hubungi L bila ada kelapangan.”

“Janji?” tanya Elfira.

“Ya, janji.” Ikrar Erry Edrian.

“Okey, kalau angah mungkir janji L tak akan maafkan angah.”

“Ya sayang. Cepat makan tu. Lepas ni angah hantar L balik.”

Yes boss!

Previous: Bab 21
Next: bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.