Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
399,022
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 11

11

“Apa? Kau nak belajar masak? Aku salah dengar ke L?” Sofea mendekatkan telinganya pada Elfira.

“Taklah aku gurau je.” Elfira membuat muka sepuluh sen.

“Fea, aku serius ni,” sambungnya sambil tangannya menggoyangkan tubuh Sofea.

“Wo, kalau ya pun tak payahlah kau nak goyang-goyangkan tubuh aku, peninglah!”

“Maaf. Kau boleh tolong aku ke tak?” tanya Elfira kembali.

Sofea tiba-tiba ketawa. Dia tidak dapat menahan tawanya.

“Kenapa kau ketawakan aku? Aku serius ni!”

Bahu Sofea dipukulnya geram.

“Amboi, janganlah marah. Sakit bahu aku kau pukul. Tak sudah-sudah dengan sikap brutal itu.”

“Salah kau juga. Dah tahu aku serius yang kau nak bergurau lagi tu kenapa? Fea, kau nak tolong aku ke tak?”

“Boleh. Tapi aku pelik kenapa tiba-tiba kau nak belajar memasak? Musykil ni. Ha, mesti ada apa-apa. Baik kau cerita kat aku.” Sofea mahu mengorek rahsia sahabatnya itu.

“Kalau tak banyak tanya tak boleh ke? Ajar jelah.”

“Aku memanglah boleh ajar tapi masalahnya aku musykil sesangat ni. Ceritalah L, dengan aku pun kau nak sorok. Lepas kau cerita baru aku boleh ajar kau.”

“Kau kalau tak banyak songeh boleh tak?”

“Hehehe...ceritalah,” pujuk Sofea lagi.

“Pelik sangat ke kalau aku nak belajar memasak?”

“Peliklah! Seingat aku, kau tak pernah nak memasak. Masak air pun tak pernah.”

“Kau kalau tak sindir aku tak boleh ke? Okeylah sebenarnya, bos kesayangan kau itu cabar aku masak sarapan pagi esok,” beritahunya perlahan. Mahu atau tak dia terpaksa juga bercerita kepada Sofea. Hanya Sofea satu-satunya harapan untuk dia belajar memasak.

“Apa? Mat singa cabar kau masak? Kau biar betul L?” soal Sofea seakan tidak percaya.

Sofea benar-benar terkejut dengan cerita Elfira. Elfira mengangguk perlahan. Mengiakan bicara Sofea.

“Susahnya aku nak percaya. Aku mimpi ke L? Bos aku cabar kau untuk masak. Ajaib...ajaib...” ujar Sofea sambil menampar-nampar pipinya. Tawanya pecah bagai nak gila.

“Hem gelaklah puas-puas. Aku serius kau ingat aku main-main. Kau nak ajar ke tak?” Elfira mula bosan apabila dipersenda-sendakan oleh Sofea.

“Boleh. Jom ikut aku pergi dapur. L, L susahnya aku nak percaya.”

Sofea menggelengkan kepalanya. Masih tidak percaya dengan kata-kata Elfira. Bagaikan mimpi baginya. Elfira membontoti langkah Sofea.

“Kau nak aku ajar masak apa?” tanya Sofea.

“Nasi goreng.”

“Okey, mula-mula kau ambil bawang merah, bawang putih, kau kupas dulu kulitnya,” arah Sofea kepada Elfira.

“Fea, kau ajar aku cara yang sempoi je ya. Yang paling mudah.”

“Kau ni L, semuanya nak mudah. Okeylah aku bagi kau cara yang paling senang. Ini kalau kau tak lepas tak tahulah aku.”

“Kalau senang, mesti lulus punyalah. Inikan Elfira Tan Sri Lukman Hakim.”

“Yelah L. Buat dulu baru tahu lulus ke tak.”

“Fea, pedihlah mata aku. Apa pasal bawang ni pedih sangat. Aku rasa macam nak bersin je ni.”

Sofea ketawa mengekek. Geli hatinya melihat telatah Elfira. Elfira geram melihat Sofea yang asyik mentertawakannya.

“Fea, mata aku pedih ni,” rengeknya sambil tangannya menggosok mata. Dia sudah tidak peduli dengan gelak tawa Sofea kepadanya.

“Pergilah basuh dengan air. Yang kau pergi gosok mata kau kenapa?”

“Dah mata aku pedih, jadi aku gosoklah. Mana tahu nak bertambah pedih,” rintihnya perlahan.

“Kalau nak tahu itulah nikmatnya bila kita memotong bawang. Ala pedih sikit je. Itu pun kau tak tahan. Harap je brutal.”

“Pandailah. Aku mana pernah kupas bawang. Semuanya mama dan Mak Zah je yang buat bukan aku. Kau tahukan aku masak maggie pun tak pernah.”

Sofea ketawa mengekek. Kalau tubuhnya itu transparent mesti mereka dapat melihat bagaimana hatinya ketawa.

“Kau tak penat ke asyik ketawakan aku?”

“Tak, sebab aku rasa kau kelakar sangat.”

“Suka hati kaulah. Lepas ini aku nak kena buat apa pula?” soal Elfira sebaik sahaja selesai mengupas bawang.

“Lepas kau kupas bawang itu, kau bersihkan dulu. Kemudian kau ambil cili padi, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih. Kau tumbuk semua sekali.

Elfira membuat seperti yang diajarkan oleh Sofea.

“Kemudian kau masukkan minyak dalam kuali. Kau pecahkan telur, ala kau buat telur pecah dah itu kau masukkan telur itu dalam piring. Lepas itu kau masukkan bahan yang kau tumbuk tadi dalam kuali. Kau tengok bahan tadi dah naik bau, kau masukkan nasi berapa banyak yang kau nak, dah itu kau masukkan garam, aji no moto dan gula secukup rasa. Dah itu kau masukkan telur tadi. Goreng sampai masak.

Tapi kalau kau nak tambah sayur ke, cili ricih pun boleh juga. Lagi sedap nasi kau. Nak bubuh kicap pun tak apa. Nasi goreng ni kau boleh variasikan ikut selera. Mesti jadi punyalah. Tapi kau janganlah lupa rasa nasi itu kau itu. Manalah tahu termasin ke, tertawar ke. Dah itu kau boleh hidangkan dan makan. Jadilah nasi goreng yang paling sempoi di dunia. Tapi kalau kau nak lagi mudah, kau beli je kat kedai lagi senang.

“Fea, kalau aku boleh beli kat kedai tak payahlah aku bersusah payah nak belajar buat nasi goreng. Sebab aku dah terkantoilah, aku terpaksa belajar memasak.”

“Kau dah terkantoi? Semakin aku tak faham dibuatnya.”

“Pagi tadi, entah apa mimpi si mat singa itu tiba-tiba suruh aku masak sarapan pagi. Kau tahu dia kata apa...”

“Manalah aku tahu dia yang kata bukan aku.”

“Loyar buruklah kau ni.”

“Cakaplah dia kata apa?” Sofea semakin tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.

“Elfira, tugas kamu pagi ini buat sarapan untuk saya. Hem awak buat nasi goreng dan air milo panas. Saya nak pergi mandi dulu. Pergh angkuh gila dia cakap dengan aku!”

Sofea terlopong. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

“Jadi kau masuk rumah dia dan kau masak?”

“Mulanya aku memang tak nak masuk rumah dia, tak pasal-pasal nanti aku kena cekup dengan pencegah maksiat. Malu aku. Aku pun apa lagi bertekaklah dengan dia, sedap-sedap tengah bertekak tiba-tiba adik dia muncul da...”

“Jadi kau masuklah.”

“Terpaksalah masuk juga. Adik perempuan dia ada. Takkan aku nak mengaku kalah dengan mat singa tu. Malulah aku.”

“Kau pun masaklah seperti permintaan dia?”

Elfira tersengih. Dia mengangkat keningnya. Sengaja buat saspen.

“L, tak payah nak drama sangatlah. Cepatlah beritahu.”

“Aku tak masak. Aku beli.”

Sofea menggeleng. Bibirnya terukir senyum. Dia seakan tidak percaya Firuz Eidil meminta Elfira untuk memasak. Pelik bin ajaib betul!

“Dah, tak payah kau nak geleng dan senyum sangat. Cuba kau rasa masakan aku ni chef Sofea.”

Elfira sudah menghidangkan nasi goreng di hadapan Sofea.

“Hem, bau dah sedap tapi kena rasa dulu. Jangan tertipu dengan aromanya. Betul tak?” Sofea mengusik Elfira. Elfira mencemberut.

“Masih ada hati lagi nak usik aku. Rasalah cepat!”

“Amboi garangnya mak nenek ni.”

Elfira menjengilkan matanya. Sofea ketawa. Dia mengambil sudu lalu menyudu sedikit nasi dan ditiupnya perlahan.

“Cepatlah makan. Ditiup-tiupnya nasi itu pulak.”

Elfira geram melihat Sofea yang sibuk meniup nasi goreng tersebut. Sudahlah dia sedang berperang dengan perasaan. Dia sudah tidak keruan untuk mengetahui bagaimana rasa masakannya yang buat pertama kali itu.

“Sabarlah, panas lagi nasi goreng ni. Tengok asapnya pun masih ada.”

“Ala cepatlah!”

“Yelah, yelah. Tak tahu nak sabar langsung.”

Sofea mengambil sesudu nasi goreng lalu mengunyahnya.

“Hem, nak komen bagaimana ya? Sekejap aku rasa lagi sekali.”

Dada Elfira bagai nak pecah menunggu keputusan Sofea. Macam masuk masterchef pula.

“Bagaimana sedap tak?”

“Lagi satu sudu boleh?”

“Feeeeaaaa! Aku dah tak sabar nak tahu okey ke tak masakan aku. Kau main-main pulak. Susah hati aku tahu tak!”

“Okey maaf, sabarlah! L, buat pertama kalinya aku katakan masakan kau memang sedap. Tak masin sangat dan tak tawar. Sedang elok je. Kira masakan kau ni selamatlah. Bolehlah walaupun kau pertama kali memasak.”

“Betul ke Fea,” tanya Elfira mahukan kepastian.

“Betul. Aku tak tipu. Kalau kau tak percaya cuba kau rasa.”

Elfira mengambil sudu lalu merasanya.

“Yahoooo... esok bolehlah aku tunjukkan skill memasak aku pada mat singa tu. Betapa hebatnya Elfira Tan Sri Lukman Hakim memasak. Silap hari bulan aku boleh buka restoran.”

Sofea menepuk dahinya. Terperasanlah pulak Elfira ni! Over acting pulak!

“Suka hati kaulah L. Malas aku nak layan kau. Makan lagi baik.”

“Kau ni bab makan memang laju.”

“Siapa yang tak nak makan air tangan pertama Elfira. Aku ingat mama kau pun tak pernah rasa lagi air tangan kau. Bertuahnya aku dapat jadi orang pertama.”

“Itu puji ke perli?”

“Kau rasa? Dahlah aku nak makan. Jangan kacau aku.”

Sofea menyuapkan nasi goreng ke mulutnya. Elfira terliur melihat Sofea makan. Akhirnya dia juga ambil pinggan lalu menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan. Mereka makan dengan berselera.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.