Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
49,802
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
03

Setiap syarikat ada budaya dalaman dan personaliti sendiri. Begitu juga dengan LinkComm. 'Company culture' sebegini terbentuk mengikut persekitaran dan pekerja-pekerja dalam syarikat itu sendiri. Apa yang dirasakan normal diluar sana mungkin sekali tidak sama dengan dengan apa yang normal dalam LinkComm.Disebabkan pekerja-pekerja ini sentiasa mengejar perkara terbaik, mereka menyimpan satu perasaan sebagai 'the chosen one'.

 

Untuk berjaya atau terkenal dalam LinkComm, seseorang pekerja perlu ada empat perkara ini; Status, Pengaruh, Kebolehan dan Paras rupa. Perkara pertama ialah status.Jika seseorang pekerja itu berasal dari keluarga kaya-raya, orang terkenal atau mempunyai keturunan mulia, maka secara automatiknya pekerja lain akan berusaha menjadi kawan dan berkenalan dengannya. Boleh dikatakan Amir adalah contoh terbaik kerana dia adalah anak pengarah dan seorang lagi pekerja lelaki yang mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan politik. Tapi jika seseorang pekerja tidak mempunyai status, perkara kedua iaitu Pengaruh akan dilihat.Pengaruh merujuk kepada keupayaan seseorang pekerja mengumpul seberapa banyak kawan dan penyokong. Sudah tentu kawan dan penyokong ini terdiri daripada pekerja-pekerja LinkCom itu sendiri. Kebiasaanya, pekerja-pekerja senior memiliki pengaruh yang lebih besar dan kuat dari pekerja baru disebabkan pengalaman mereka. Disebabkan Pengaruh ini juga, Farrah jarang sekali melihat pekerja-pekerja LinkComm bersendirian terutama sekali pada waktu rehat. Ketigaialah Kebolehan. Pencapaian terbaik seseorang juga termasuk dalam kategori ini.Senang cerita, jika seseorang mahir dan berkebolehan dalam satu perkara,tunjukkan sahaja kebolehan tersebut untuk menarik minat pekerja-pekerja lain.Farrah ada mendengar seseorang pekerja wanita yang memiliki suara lunak dalam LinkComm dan juga seorang genius programmer dalam Bahagian IT. Golongan ini sentiasa dicari pada waktu tertentu. Yang terakhir sekali ialah paras rupa.Walaupun kebanyakan pekerja memiliki paras rupa yang menarik, tetapi semakin cantik atau kacak seseorang itu lebih baik. Mana tahu, suatu hari seseorang pekerja tersedar bahawa dia sebenarnya mempunyai satu 'fan club' dalam syarikat.

 

Dan semakin banyak seseorang itu memenuhi keempat-empat ciri tersebut, semakin senang kehidupan dan posisi seseorang dalam LinkComm.

 

Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi Farrah adalah antara pekerja istimewa kerana memiliki keempat-empat perkara diatas. Oleh sebab itu, Farrah boleh dikatakan berada dalam kedudukan yang selesa sekali dalam 'kasta' syarikat.

 

Pekerja baru selalunya memiliki masalah untuk menyesuaikan diri pada mulanya. Seperti Farrah, dia amat terkejut apabila pertama kali seorang pekerja senior mengetahui siapa dirinya.

 

"Awak anak Datin Intan? Oh! Awak sangat cantik seperti ibu awak. Betulkah ibu awak bekas model sebelum ini?"

 

Itu soalan pertama apabila Farrah memperkenalkan diri kepada pekerja senior yang duduk disebelahnya.

 

Ladiesand Gentleman, inilah dunia socialite LinkComm…

 

Satu perkara lagi yang Farrah perasan adalah betapa cepatnya khabar angin, gosip atau sebarang info panas tersebar dalam LinkComm. Terutama sekali cerita tentang pekerja-pekerja popular yang memiliki keempat-empat ciri tersebut dan berada dalam kedudukan atas dari Farrah seperti Megat Amir Kamal dan Bayazid Iskandar.

 

Agaknya cerita tentang penangguhan ikatan pertunangan antara Amir dan Farrah telah tersebar sekarang ini..

 

 

"Farrah..Betulkah cerita mengenai awak dan Amir baru-baru ini?"

 

"Kasihan awak, Farrah!"

 

Sewaktu rehat, Farrah duduk bersama dua orang rakan baiknya, Shiela dan Nana sambil menikmati makan tengahari bersama-sama di Kafeteria syarikat.

 

Kemana-mana sahaja, Shiela dan Nana sentiasa bersama Farrah. Biasanya, Shiela di sebelah kanan dan Nana di sebelah kiri. Mereka berdua sentiasa menyokong dan bersetuju dengan kata-kata Farrah.

 

Sama seperti Farrah, Shiela bekerja dalam Bahagian Marketing. Shiela selalu menyuarakan apa yang difikirkannya dan disebabkan oleh itu dia sentiasa disalahfaham oleh kebanyakan pekerja sebagai seorang yang suka membantah. Sebenarnya dia seorang yang rasional dan menerima cadangan jika seseorang sanggup menerangkan sesuatu perkara secara baik kepadanya. Seorang yang sangat kreatif dan berlagak seperti penjaga Farrah.

 

Nana pula dari Bahagian IT. Selalu mencari Farrah dan Shiela jika ada waktu terluang.Amat senang untuk mengenali Nana. Dia sentiasa kelihatan mencatat sesuatu dalam nota kecil atau smartphone. Itu hobinya; merekod sesuatu yang dilihat dan didengarinya. Semua pekerja memanggil Nana sebagai 'Info Broker'. Jika ingin sesuatu info, seseorang perlu membayar atau bertukar maklumat dengan Nana.

 

"Ya.Pertunangan antara Farrah dan Amir tertangguh sekarang ini." Ujar Farrah sambil menghirup kopi.

 

"Ehh!Tapi bukan itu yang saya dengar. Saya dengar Amir beritahu semua orang bahawa awak dan dia tiada apa-apa hubungan sekarang ini. Dato Kamal juga setuju dengan permintaannya. Apa maksud awak penangguhan?" Soal Shiela agak terkejut.Nana pula sibuk menulis sesuatu dalam nota.

 

Farrah meletakkan cawan diatas piring kecil.

Wow! Amir memberitahu semua orang yang dia tiada apa-apa hubungan dengan Farrah walaupun dalam perjanjian jelas mengatakan Amir perlu menerima Farrah jika gagal dalam projek. Nampaknya Amir sangat yakin dengan kejayaan projek yang tak pasti. Walaupun Farrah juga yakin dengan kemampuan Amir tapi Farrah juga tidak tahu apa perkara yang boleh berlaku akan datang.

 

Ringkasnya, Amir seorang yang bodoh atau overconfident!

 

Farrah kemudian menceritakan perkara sebenar kepada mereka berdua. Farrah sengaja tidak memberitahu keseluruhan perjanjian tetapi memberitahu Dato Kamal sudi mempertimbangkan permintaan Amir dan membayar pampasan pada Farrah jika menunggu setahun lagi.

 

"Tapi oleh kerana Amir telah beritahu semua orang sesuatu yang lain.. Bolehkah kamu berdua simpan rahsia tentang apa yang Farrah ceritakan sebentar tadi?" Pinta Farrah lalu Shiela dan Nana bersetuju.

 

Amir tetap anak pengarah. Jika seseorang dapat tahu percangahan cerita yang timbuldari mulut Amir dan Farrah, sudah tentu timbul masalah nanti. Dan Farrah tidaksuka dibebani masalah.

 

"Sebab tulah Shiela.. Nana.. Biarkan Amir dan Diyana. Mereka berdua boleh buat apasahaja yang mereka mahu. Farrah tak mahu terlibat dengan mereka berdua. Marifokus pada benda lain!" tambah Farrah sambil tersenyum.

 

YA! Sasaran Farrah ialah hidup tanpa masalah dan sentiasa gembira selama setahun ni!

 

Gelak ketawa dari meja sebelah mematikan monolog Farrah. Dua orang pekerja wanita asyik berbual mula berdiri lalu meninggalkan meja makan mereka.

 

"Awak bertuah dapat bercakap dengan Encik Haris.."

 

"Encik Haris sangat peramah. Saya gembira dapat tolongnya tempoh hari!"

 

Farrah,Shiela dan Nana terdengar perbualan kedua-dua wanita yang berlalu pergi. Mereka bertiga kemudiannya memandang antara satu sama lain.

 

"Kebelakangan ini Haris sangat popular. Tak sangka anak kedua pengarah bekerja disini! Hari pertama dia mula bekerja, semua orang ingin berkenalan dan berjabat tangan dengannya." Shiela membuka topik baru.

 

"Dalam minggu ini sahaja ada lima orang pekerja wanita yang bertanyakan info tentang Haris. Malangnya saya Cuma tahu sedikit sahaja maklumat Haris. Yang terbaru,menurut maklumat dari seorang pekerja (nama dirahsiakan) yang pernah berbual dengannya, Haris tiada teman wanita. Malah dia juga tidak pernah bercinta sewaktu belajar di luar negara sebelum ini." Nana membaca info dalam notanya.

 

Seperti biasa info Nana sangat mengkagumkan.

Farrah rasa kasihan pada sesiapa yang cuba melawan Nana. Bagaimanapun sehingga ke hari ini, tiada siapa berani bermusuhan dengannya. Takut info diri mereka digunakan untuk menjatuhkan mereka.

 

"Info Haris ada banyak permintaan. Farrah.. Awak dah lama kenal keluarga Dato Kamal.Jika awak tahu sesuatu, beritahulah pada saya." tambah Nana lagi.

 

Hmm- tak banyak yang Farrah tahu tentang Haris. Terutama sekali dalam lima tahun kebelakangan ini. Jika Nana dan Shiela ingin tahu makanan kegemaran Haris dancafé apa yang selalu dilawatinya, Farrah sudi beritahu pada mereka berdua.Farrah sendiri pun baru tahu perkara ini kelmarin. Maaf, Farrah tak dapat tolong banyak dalam perkara ini.

 

Tak sangka Haris amat terkenal. Bila berbual dengannya nanti, Farrah akan cuba dapatkan sebanyak info yang boleh.


"Awak tahu.. Ada sebilangan pekerja wanita berharap mereka ada peluang dengan Haris.Sama seperti Amir dan Diyana, Ah! Maafkan saya, Farrah." Shiela memandang Farrah. Dia takut menguris hati Farrah.

 

"Tak apa." Farrah sedar nama Amir dan Diyana tetap akan disebut jika bercerita mengenai keluarga Dato Kamal. Dalam perbualan, Farrah tidak kisah sangat tentangnya. Lagipun mereka berdua adalah topik hangat sekarang ini. Tak dapat dielakkan. Apa yang Farrah tak mahu ialah menarik perhatian mereka pada kewujudan Farrah.

 

Tapi..Sebut sahaja nama mereka umpama mengundang kehadiran mereka.

Dari jauh, Farrah boleh mendengar riuh-rendah dari gerbang masuk kafeteria.Kebiasaannya, salah satu sebab bunyi riuh rendah adalah tanda ketibaan pekerja popular di suatu tempat. Diselang seli dengan pujian dari pekerja sekeliling.

 

Ditengah-tengahkekecohan, muncul Megat Amir, Diyana dan seorang lagi pekerja bernama Bayazid.

 

Kafeteria ini amat luas, jadi.. Jangan datang ke area ini. Tolonglah, bukan area ini.Farrah berdoa.

 

GEHH! Nampaknya pandangan Farrah tertangkap oleh Diyana. Ah! sekarang ini, Diyana sedang menuju ke tempat Farrah berada diikuti oleh kedua-dua lelaki itu.

Jangan kesini! Jangan kesini! Cepat membelok…

 

Dalam masa beberapa saat, Diyana tiba dihadapan Farrah. Dengan senyuman penuh ceria seperti kanak-kanak, Diyana mengangkat lalu mengengam kedua-dua tangan Farrah.

 

"Saya dengar apa yang berlaku dari Amir. Terima kasih kerana lepaskan Amir. Saya berjanji akan bekerja keras bantu Amir sama seperti yang awak lakukan pada Amir sebelum ini. Saya akan buktikan saya layak bersama Amir."

 

"Hmm-baiklah!" Jawab Farrah bersahaja.

 

Ini kali kedua Farrah bersemuka dengan Diyana. Sehingga hari ini Farrah tidak dapat mengagak apa yang ada dalam kepala Diyana. Adakah Diyana sengaja atau tidakapabila menyebut perkara tadi? Terima kasih? Adakah tujuan Diyana ingin melihatreaksi Farrah selepas ditolak oleh Amir? Farrah tidak tahu.

 

Farrah pernah menyiasat latar belakang Diyana sebelum ini. Menurut Nana, Diyana diterima bekerja apabila calon pilihan pertama menolak tawaran bekerja diLinkComm atas sebab tidak diketahui. Sehingga hari ini, Diyana masih belajaruntuk menyesuaikan diri dalam syarikat itu.

 

Agaknya Diyana mempunyai tuah yang sangat baik. Bukan sahaja diterima bekerja dalamLinkComm, malah mampu membuatkan anak pengarah jatuh cinta pandang pertamadengannya dalam tempoh singkat.

 

Diyana Farouk seorang yang lemah lembut dan ayu. Sentiasa ceria dan innocent seperti kanak-kanak. Selepas berbual dengannya, akan timbul satu perasaan ingin melindungi wanita lemah itu. Mungkin sebab itulah Amir tertarik padanya.Sentiasa dikelilingi dengan pekerja yang ingin menjaga 'image' dan penuh dengan niat tersirat membuatkan Amir rasa rimas lalu perasan dengan kewujudan Diyana yang tidak seperti orang lain.

 

Ah, Nanti dulu! Bukankah ini sama seperti setting dalam kebanyakan drama romantik? Awak tahu, watak utama perempuan yang datang dari keluarga susah dan berniat ingin mengubah masa depan dengan bekerja dalam satu syarikat ternama. Setelah diterima bekerja, berjaya menarik perhatian anak lelaki pengarah syarikat dengan personaliti yang unik dan lain dari yang lain. Farrah takkan terkejutjika Diyana mula bercerita dan mengaku bahawa salah seorang ayah atau ibunya mempunyai penyakit sukar dirawat dan perlukan menanggung kos rawatan mahal.Atau dimana watak utama wanita mempunyai latar belakang yang istimewa dan memerlukan hero untuk melindungi 24 jam sehari. Hah Cliché!

 

Diyana akhirnya melepaskan tangan Farrah. Dirasakan ada sesuatu yang melekit, dengan segera Farrah melihat tapak tangannya.

 

Losyen!? Malah sisanya masih ada.

 

Dengan segera Farrah mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap tangannya.

 

"Farrah!" Tegur Shiela separuh panik. Matanya melihat kearah kedua-dua lelaki dibelakang Diyana.

 

Mengapa!?Farrah menjenguk kearah Amir dan Bayazid. Mereka kelihatan tidak berpuas hati.

 

"Apa maksud perbuatan awak hah Farrah?" tanya Amir sambil merapati Diyana.

 

Masih keliru, Farrah melihat Shiela dan Nana. Dengan kelingan mata, Shiela memandang sapu tangan ditangan Farrah.

 

Farrah faham akhirnya. Selepas tangan Farrah digengam dengan mesra oleh Diyana, Farrah menyapu tangan dengan sapu tangan. Kelihatan Farrah tidak rela tangannya dipegang Diyana. Dalam pandangan orang sekeliling, Farrah berasa ego tidak mahu menerima kemesraan yang ditunjukkan oleh Diyana. Dengan kata lain, salah faham..

 

Farrah merenung Diyana.

Adakah Diyana sengaja? Bagaimanapun riak wajah Diyana langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Malah dia turut keliru dengan apa yang berlaku. Nampaknya kepalaDiyana penuh dengan 'taman bunga'. Hmm- bagaimana dia boleh bertahan dalam LinkComm sampai kehari ini? Lagi satu, mengapa pakai banyak losyen?

 

"Hei..jawab soalan saya. Apa maksud perbuatan awak?" Soal Amir sekali lagi.

 

"Tiada maksud tertentu. Farrah ingin hilangkan rasa melekit pada tangan. Jika tak percaya, tanya Diyana."

 

Semua memandang Diyana. Masih tidak mengerti apa yang berlaku, Diyana hanya mampu minta maaf tanpa meleraikan salah faham.

 

Awak tahu Diyana, Lihat keadaan awak sebegini, Farrah berdiri seperti orang bersalah.Baiklah! Akan datang Farrah akan berdiri 10 meter jauh dari awak supaya masalah seperti ini tidak berlaku.

 

"Kalau tiada apa-apa lagi, Farrah dan kawan-kawan Farrah minta diri dahulu."Farrah kemudian memberi signal kepada Shiela dan Nana. Seakan faham, mereka berdua turut berkemas untuk beredar.

 

"Tunggu sekejap! Masih ada sesuatu yang awak perlu lakukan Farrah. Minta maaf pada Diyana kerana membuli dia sebelum ini." Kali ini giliran Bayazid bersuara.

 

Hish!Sedikit sahaja lagi Farrah dapat melarikan diri dari sini. Boleh Farrah buat-buat tak dengar dan terus beredar? Ah! Sayangnya Bayazid telah menghalang laluan.

 

Bayazid Iskandar. Satu-satunya kawan rapat Amir dalam LinkComm. Hubungan Bayazid dengan Amir umpama Shiela dan Nana kepada Farrah. Oleh sebab itu, dia sering dilihat mengikut Amir dan Diyana dibelakang mereka berdua. Nampaknya dia sendiri tidak sedar dia adalah pengacau pasangan kekasih itu. Uppfff-

 

Sebelum kemunculan Diyana lagi, Bayazid sentiasa tidak berpuas hati dengan segala tindakan Farrah. Sejak kali pertama mengenali Bayazid, Farrah seakan sedar dia dan lelaki itu ditakdirkan tidak akan serasi buat selama-lamanya. Tak mungkin Farrah akan berkawan dengan orang seperti Bayazid dan Bayazid juga mungkin sekali tidak mempunyai kawan seperti Farrah.

 

Menurut info Nana, ayahnya terlibat dengan politik dan salah seorang saudaranya adalah wakil rakyat. Sama seperti ahli keluarganya yang lain, Bayazid menunjukkan karisma sebagai ketua. Dia sangat popular dikalangan pekerja senior dalam LinkComm.

 

Kawan kepada lelaki kacak juga adalah seorang yang tampan. Seperti Amir, Bayazid cukup terkenal dikalangan pekerja wanita. Jika Amir lebih kepada 'prince type',Bayazid pula adalah 'wild type'. Awak tahu, seperti seorang lelaki yang dikenali dengan sikap kejantanannya. Dalam satu acara majlis, jika merekaberdua muncul bersama-sama, seumpama ada kilauan dan gemerlapan disekeliling mereka berdua. Uppfffff--

 

Berbalik kepada situasi asal, apa yang Bayazid maksudkan ialah peristiwa dimana Farrah dan kawan-kawannya bertemu Diyana untuk mengetahui cerita sebenar antara Amir dan Diyana sebelum berlakunya kemalangan. Kalau begitu, Farrah tak perlu minta maaf kerana dia berniat membuli Diyana. Lagipun, situasi sekarang ini sama sahaja seperti peristiwa itu. Farrah sekarang ini diasak dengan pelbagai soalan dan permintaan dari kedua-dua lelaki itu.

 

"Farrah percaya apa yang Farrah lakukan tak salah. Awak boleh tanya dengan pekerja yang ada pada masa itu sama ada Farrah ada membuli Diyana atau tidak. Apa yang Farrah lakukan Cuma beri nasihat." Tegas Farrah mempertahankan diri.

 

"Seperti biasa, awak seorang yang ego dan sombong. Kalau awak nak tahu, Diyana sebenarnya ingin berkawan dengan awak. Dia sanggup maafkan awak dan lupakan semua perkara yang berlaku sebelum ini." Tambah Bayazid lagi.

 

"Farrah bukan rapat sangat dengan awak, Bayazid sehingga awak boleh panggil Farrah sebagai seorang yang ego atau sombong. Sikap dan layanan Farrah bergantung kepada cara seseorang melayan Farrah. Jika Diyana ingin berkawan dengan Farrah,dia boleh mulakan dengan tinggalkan awak berdua dan duduk bersembang bersama Farrah."

 

Farrah menjeling kearah Diyana. Ah! Nampaknya dia kelihatan takut sekarang ini.Agaknya dia enggan berpisah dengan Amir. Farrah tak makan orang tau..

 

"Lebih baik Diyana tidak berkawan Farrah. Tak tahu apa yang dia mampu lakukan pada Diyana nanti. Saya tak percayakan Farrah." Amir membantah ditepi.

 

"Terpulang pada awak." Balas Farrah dengan suara perlahan.

 

Amir kemudian menarik lengan Diyana lalu beredar dari kawasan itu. Bayazid turut sama ikut mereka berdua. Agaknya mereka tidak jadi makan di Kafeteria itu kerana mereka bertiga bergerak ke arah bertentangan dari kaunter pesan makanan.

 

Kamu bertiga pasti tidak makan di Kafeteria ni? Ada banyak makanan sedap tau. Farrah sangat rekomenkan chicken chop. Sosnya sangat sedap! Tengoklah hotplate Farrah.. licin!

 

 

Previous: 00
Next: 04

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.