Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
50,017
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
12

Keesokkannya, perkara pertama yang dibuat ialah mengelilingi keempat-empat pekerja wanita penyebar gosip. Kejayaan acara pelancaran kelmarin memberi kami bertiga sebab untuk memberi amaran kepada mereka berempat.

 

"Selepas ini takkan habis gosip yang kamu semua nak cerita pada orang lain. Hati-hati pilih dengan siapa kamu semua cari pasal!"

 

"Jika perkara berulang lagi, lain kali gosip kamu semua pula akan tersebar. Berlipat kali ganda!"

 

Mereka patut diajar! Itulah pandangan Shiela dan Nana. Terutamanya Nana. Rupanya dia menyimpan dendam kerana sebaris ayatnya diremehkan mereka berempat.

 

Kejutan terbesar pada acara kelmarin ialah pengumuman Dato Kamal. Segala kejutan yang Farrah lakukan jika dikumpul bersama sekalipun tidak menyamai kejutan dari DatoKamal tersebut. Farrah rasa sedikit terkilan.

 

Boleh kita semua berbaik-baik sahaja?

 

Tiap-tiap nama penuh, bahagian dan siapa ketua mereka disebut satu-persatu.

 

"Farrah kenal siapa kamu berempat."

 

Sambil merapati salah seorang yang berlagak seperti ketua mereka, Farrah menghulur tangan cuba berjabat tangan. Dengan perlahan, wanita itu menyambut tangan Farrah. Sejuk.

 

"K-Kami semua minta maaf!" keluh wanita itu sebelum beredar melarikan diri bersama rakan-rakannya yang lain.

 

"Tahu takut. Awak hebat Farrah! Berani ancam mereka semua." Shiela berpuas hati.

 

Tapi bukan itu niat Farrah yang sebenarnya! Nampaknya reputasi Farrah semakin teruk.

Farrah menangis dalam hati.

 

Seorang pekerja merapati mereka lalu menyampaikan sesuatu pada Farrah. Menurutnya, Dato Kamal memanggilnya datang ke Bilik Pengarah dengan kadar segera. Tanpa membuang masa, Farrah minta diri lalu beredar dengan cepat.

 

Masuk sahaja ke Bilik Pengarah, Farrah mendapati Kak Siti, Amir dan Diyana berada dalam bilik itu. Amir sedang berhadapan dengan ayahnya.

 

"Tidak adil. Mengapa saya baru tahu perkara ini? Segala tanggungjawab dan ajaran ayah selama ini, Sayalah yang layak, bukannya Haris!"

 

"Ayah tak pernah janji apa-apa pada semua anak ayah. Awak sahaja memandai-mandai mengaku sebagai pewaris. Dengar sini, syarikat ini mempunyai ramai pekerja yang mencari rezeki disini. Hidup semua pekerja bergantung dengan siapa yang mengetuai mereka. Awak mulai lalai. Semasa awak sedang hanyut dan leka, Haris bertungkus lumus membaiki segala yang awak musnahkan. Sangat jelas siapa yang ayah akan pilih."

 

"Saya tak percaya. Salah apa? Apa yang Amir dah lakukan!"

 

"Kerja awak memang bagus seperti biasa tapi tengoklah sikap awak sendiri. Awak kurang sensitif dengan keadaan sekeliling. Tidakkah awak sedar awak diperhatikan selama ini? Ayah tahu segala cerita awak dalam syarikat ini. Apa yang awa klakukan. Dan lagi, dimana ayah perlukan segala sokongan dan kerjasama dari kawan-kawan ayah yang ada sekarang ini, awak rosakkan salah satunya. Ayah maksudkan disini ialah keluarga Farrah. Awak hilang sedikit kepercayaan ayah." Jelas Dato Kamal sebelum memandang Kak Siti. "Ayah perkenalkan inilah pekerja yang melaporkan gerak-geri sesiapa yang ayah mahukan."

 

Dato Kamal memperkenalkan Kak Siti dan peranannya kepada semua yang ada dalam bilik itu.

 

"Apa yang dikatakan Dato tentang saya memang betul." ujar Kak Siti dengan nada serius.

 

Betulkah?! Jadi apa yang dikatakan Haris memang benar. Itukah sebabnya Kak Siti menghampiri Farrah? Entah-entah orang yang minta kak Siti untuk menasihatkan Amir sebenarnya ialah Dato Kamal sendiri! Woah!

 

"Saya ditugaskan untuk memerhatikan Kedua-dua anak Dato, Farrah dan juga Diyana. Laporkan apa kamu berempat lakukan. Tiada siapa yang tahu termasuk Kevin. Kecuali seorang. Entah sejak bila Haris sedar. Saya sendiri tak tahu. Tapi dia sudi simpan rahsia." Tambah Kak Siti lagi.

 

Amir terdiam. Atau lebih kepada dia tidak dapat melawan semula kata-kata ayahnya.Tidak sampai hati melihat keadaan Amir, Diyana yang diam sejak tadi maju selangkah kehadapan Dato Kamal.

 

"Semua salah saya.. Jangan salahkan Amir.. Maafkan Amir." Air mata Diyana mula mengalir. "Dato terlalu tegas pada Amir. Sanggup Dato lihat anak sendiri tertekan. Amir ikut segala yang Dato mahukan selama ini. Berikan dia peluang sekali lagi. Dato hanya perlu salahkan saya seorang."

 

"Mengapa awak disini? Berhenti menangis. Kembali semula ke Bahagian awak. Saya cuma panggil tiga orang pekerja sahaja kesini pada waktu ini." marah Dato Kamal.

 

Diyana yang lemah-lembut terpaku. Dato Kamal tidak mengendahkan tangisan dan rayuannya.

 

"Mengapa begitu susah berterus-terang pada Amir sendiri. Tak perlu hantar orang lain untuk perhatikan Amir. Tanggungjawab itu ini. Perlukan pengakuan semua orang. Mengapa buat cara jadi lebih susah?"

 

Rayuan tidak diendahkan, Diyana mula merunggut. Air mata masih mengalir.

 

"Tak berhati perut. Apa yang kami berdua hanyalah jatuh cinta. Salah ke?"

 

Diyana dipandang tajam lagi judgemental oleh Dato Kamal. Kak Siti pula hanya memandang tanpa secalit perasaan. Amir hanya diam. Sikap bongkaknya sama sekali hilang.

 

Jika diteruskan begini kerjaya Diyana akan musnah. Hubungannya dengan Dato Kamal jadi lebih keruh. Diyana patut henti menyebut apa-apa sekarang ini.

 

"Pertimbangkan perasaan Am-" 

 

PAP!

 

Pip iDiyana kebas. kata-katanya tidak habis terucap. Farrah baru sahaja menamparnya.

 

"Keluar dari bilik ini sekarang!" laung Farrah.

 

Maaf Diyana, harap awak faham sebabnya. Dalam bilik ini awak tiada kawan. Segera beredar sebelum keadaan jadi tambah buruk.

 

Tapi Diyana yang terkejut semakin beremosi.

 

"Amir..Tengok apa yang Farrah buat! Amir.. Tolong Diyana." adu Diyana sambil menggoncang Amir. Tiada reaksi.

 

Kecewa, Diyana menangis lalu berlari keluar dari bilik pengarah. Dihadapan pintu bilik yang terbuka, dia berselisih dengan Haris, ayah Farrah dan seorang pekerjaayahnya. Ketiga-tiga lelaki itu memerhati Diyana seketika sebelum masuk kedalam Bilik Pengarah.

 

Mengapa ayah disini? Dan sejak bila mereka berdiri dihadapan pintu?

 

"Nampaknya ada perkara menarik berlaku." Ayah Farrah mendekati Amir. Dia mengamati wajah Amir yang masih lagi muram sebelum membisikkan sesuatu. "Bagaimana perasaan awak sekarang ini? Rasakan apa yang Farrah pernah rasa."

 

Apa yangayah bisikkan pada Amir? Farrah tak dengar. Kini, Amir memandang ayahnya dengan rasa tidak percaya. Dia kembali peka dengan keadaan sekeliling.

 

Kak Siti akhirnya minta diri untuk kembali bekerja. Kini, dalam bilik itu ada enam orang kesemuanya. Farrah, ayah, serta pembantu ayahnya duduk di sofa bertentangan dengan Dato Kamal dan kedua-dua anak lelakinya.

 

"Saya dengar apa yang berlaku dari Haris. Tahniah dan semoga berjaya dalam bidang baru. Jika awak tak kisah, saya ingin dengar rancangan awak seterusnya." ujar ayah Farrah.

 

"Saya tak kisah. Tapi saya dapat rasakan bukan ini tujuan awak yang sebenarnya."

 

Ucapan dan pujian ayah sedikit-sebanyak menaikkan mood Dato Kamal. Dalam masa yang singkat, Dato Kamal kembali sediakala seperti perkara mengenai Diyana tidak pernah berlaku.

 

"Tujuan saya datang disebabkan Farrah. Batalkan segala perjanjian antara Farrah dan awak, Kamal. Saya dan isteri saya janji kami akan lupakan apa yang pernah berlaku. Ada baiknya kita berbincang tentang perkara ini. Syarat awak?"

 

Pada mulanya Dato Kamal berasa musykil. Tapi bersedia mempertimbangkannya.

 

Perbincangan mengambil masa yang lama, berlaku kebanyakan antara ayah dan Dato Kamal.

 

Farrah hanya mendengar butir perbincangan dengan teliti disebelah ayahnya.

 

Kesimpulan dari apa yang mereka bincangkan, Dato Ismail meminta sejumlah wang pampasan yang besar bagi pihak Farrah daripada Dato Kamal. Ditambah dengan urusan perniagaan dan tawaran menarik, Dato Kamal turut bersetuju.

 

Ayah betul-betul hebat. Selepas dapat tahu mengenai rancangan Dato Kamal, ayah mengambil kesempatan cuba melepaskan Farrah dari masalah. Perbincangan berjalan lancar. Apa yang Farrah lakukan tidak dapat dibandingkan dengan apa yang ayah lakukan hari ini.

 

Orang yang menyampaikan berita tentang apa yang berlaku mungkin sekali Haris. Inikah apa yang awak maksudkan apabila awak cuba berikan apa yang ayah Farrah mahukan seperti yang awak katakan beberapa bulan lepas? Perbaiki situasi dan hubungan kedua-dua keluarga. Agaknya mak juga tahu melalui ayah. Farrah rasa berterima kasih.

 

Ah! Ini juga bermakna Farrah takkan dapat sejuta dan satu permintaan dari Dato Kamal sendiri.. Sayangnya!

 

Jika Farrah dapat sejuta, 20 peratus digunakan untuk sedekah, 40 peratus dihabiskan untuk mengelilingi dunia selama setahun, 40 peratus lagi dibuat simpanan atau melabur. Itulah rancangan Farrah.

 

Farrah sentiasa ingin mencuba Trans-Siberian Railway. Hanya perjalanan pendek. Business class cabin. Sambil menghirup kopi panas dan membaca kes thriller berkaitan kereta api dari Ag*tha Christie, sesekali memandang keluar tingkap menikmati pemandangan putih disebabkan salji jatuh.

 

Seribu kali sayang!

 

Perjanjian Amir tidak berubah, Dato Kamal tetap meminta Amir menyelesaikan projek dalam tempoh setahun jika ingin memilih pasangan pilihannya sendiri.

 

"Bagaimana keadaan Farrah semasa bekerja? Adakah dia menyusahkan semua orang?" soalan Dato Ismail mengakhiri perbincangan serius tadi. Kali ini cerita lain timbul.

 

"Farrah seorang pekerja bagus dan berpotensi besar. Baru-baru ini dia uruskan satu acara dengan baik."

 

Tak sangka Dato Kamal tahu. Alamak! Farrah dapat rasakan telingga Farrah makin panas. Mendengar pujian dari boss besar, sudah tentu Farrah gembira. Seperti ingin kembali semula kemeja kerja dan menyiapkan kerja berkadar seminggu.Farrah jenis pekerja yang lebih bersungguh-sungguh apabila dipuji.

 

Oopss! Amir pandang kesini. Kelihatan murung. Sebentar tadi ayahnya baru memarahinya.Sekarang ini ayahnya memuji anak orang lain. Itulah sebabnya.

 

Setelah perbincangan tamat, Farrah menemani ayahnya sementara waktu. Di laluan koridor tanpa sesiapa, ayahnya berhenti.

 

"Tiada apa-apa yang membelenggu awak lagi. Hal awak disini dah selesai. Berhenti kerja Farrah. Ini masa yang sesuai untuk awak pilih sama ada bekerja dengan ayah atau bantu mak awak sebelum mewarisi perniagaannya."

 

Nasihat ayahnya memang benar. Tapi entah mengapa dia susah untuk berkata ya.

 

"Semakin lama awak berada disyarikat ini, ayah dapat rasakan awak akan ditimpa masalah lain. Ini untuk kebaikan awak." pesan ayahnya lagi.

 

"Farrah-"

 

"Dato!"

 

Kata-kata Farrah putus apabila Amir memanggil dan mendekati mereka.

 

"Saya sedar tindakan saya menyebabkan Dato sekeluarga merana. Saya minta maaf."

 

"Awak minta maaf dengan orang yang salah."

 

Dato Ismail beredar pergi, tidak menunggu kata-kata Amir seterusnya. Farrah turut sama mengikut ayahnya, tidak mengendahkan Amir.

 

"Nanti-"

 

Amir cuba memberhentikan mereka berdua tapi bahunya dicengkam kuat oleh Haris.

 

"Cuma awak Amir.. Saya takkan biarkan awak jumpa atau berbual dengan Farrah."

 

Serta-merta Amir menarik bahunya, mengelak cengkaman Haris.

 

"Mengapa?"

 

"..Awak ingin minta maaf. Saya akan sampaikan pesanan awak. Jauhkan diri dari Farrah.Jika tidak, awak akan lebih menyesal dari apa yang awak rasa sepanjang dua hari ini."

 

Haris tidak mengatakan sebabnya. Cuma amaran.

 

Dia kemudiannya beredar meninggalkan Amir lalu mengejar Farrah dan Dato Ismail.

 

 

 

 


Apa yang dikatakan ayahnya masih terngiang-ngiang ditelinganya. 'Berhenti dari LinkComm'.

 

Tapi sebelum itu, mari raikan kejayaan Farrah!

 

Farrah, Shiela dan Nana menikmati makan tengahari diluar syarikat disebuah rangkaian restoran Jepun yang terletak tidak jauh dari syarikat.

 

Agedashi tofu sangat sedap! Piri salmon sangat ranggup! Hojicha panas menenangkan seluruh badan. Ah, Farrah ingin tambah pesanan Yasai tempura dan Soft shell crab karaage!

 

Farrah mengidam makanan berminyak sekarang ini.

 

Hanya beginner sahaja fokus pada conveyor belt sushi selepas dilayan duduk. Bagaimanapun, Shiela dan Nana masing-masing sedang menikmati Inari sushi dan Unagi sushi. Maaf!

 

"Shiela.. Nana.. Pagi tadi ayah Farrah datang ke syarikat."

 

Farrah menceritakan apa yang berlaku dalam Bilik Pengarah. Kali ini tanpa sembunyikan apa-apa sesuatu sekalipun.

 

"Sebenarnya, Farrah bercadang untuk berhenti kerja selepas tempoh perjanjian dengan Dato Kamal tamat. Farrah takut kamu berdua takkan maafkan Farrah kerana tinggalkan kamu berdua. Maafkan Farrah sebab tidak berterus-terang."

 

"Oh… awak tak perlu risau Farrah. Haris beritahu segalanya pada kami berdua. Sebenarnya kami berdua juga ada rahsiakan sesuatu pada awak." jawab Shiela.

 

"Haris minta saya sebarkan segala pencapaiannya dalam syarikat. Sebelum ini saya tak faham. Akhirnya saya tahu apa tujuan dia sebenarnya. Semuanya adalah persediaan sebagai pewaris syarikat." jawab Nana.

 

Haris lagi? Itukah sebab sebenar Shiela dan Nana selalu berjumpa Haris secara senyap-senyap. Hal ini rupanya.

 

Persediaan? Sejak bila dia rancang semua ini!

 

"Dengan saya pula, dia ingin tahu semua aktiviti awak Farrah. Alasannya ialah bila bersemuka dengan ayah awak, dia dapat ceritakan keadaan awak dalam syarikat.Tapi saya selalu fikir ini bukan satu-satunya alasan sebenar Haris." Tambah Shiela.

 

"Apa ni.. Selama ini dia pergunakan Farrah? Tidak.. Mempergunakan kita bertiga. Motifnya untuk jadi pewaris sebenar! Itu sebabnya. Kerana amaran kamu berdua, Farrah sedar perangai sebenar Haris. Sebenarnya dia sembunyikan perangai sebenar selama ini. Dia sangat berbeza dari enam tahun lepas. Farrah terkejut. Dengar sini Shiela.. Nana.. Kebelakangan ini Haris selalu sebut benda-benda pelik. Dia juga asyik mengusik Farrah!"

 

Dia percaya tujuan Haris mengajaknya keluar hanya untuk mengujinya. Ini cuma salah satu permainan Haris. Timbul disebabkan perangai tersembunyinya.

 

Farrah percayakan awak Haris tapi Farrah juga ada hak untuk rasa marah!

 

Syukurlah Farrah dapat merungkai salah satu misteri Haris!

 

"Agaknya mungkin ini sebab Amir tinggalkan awak." Keluh Shiela.

 

"Hopeless!" Nana hampa.

 

"Awak cekap urusan kerja tapi mengenai hal seperti ini.."

 

"Kesian Haris!"

 

Apa? Berani kamu berdua kutuk Farrah? Kita bertiga bukan kawan lagi!

 

Atas nasihat(desakan) Shiela dan Nana, mereka mencadangkan agar Farrah mengajak Haris luangkan masa bersama-sama pada hujung minggu. Apakah….?

 

Ini juga peluang Farrah untuk membalas budi atas segala pertolongan Haris selama ini, akhirnya dia bersetuju.

 

 

 

 

 

Malam itu, Farrah menghantar mesej kepada Haris hanya mendapati balasan mesej tiba tidak melebihi dari 0.4 saat.

 

'Okey.'

 

Cepatnya!


Previous: 11
Next: 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.