Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
50,129
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
08

Semuanya masuk akal apabila difikirkan semula. Bayazid memang sukakan Diyana.

Apabila diperhatikan dengan teliti, Bayazid melayan Diyana dengan baik sekali. Bila tiba peluang berbual dengan Diyana, dia kelihatan amat gembira.

 

Amir kelihatan tidak perasaan dengan apa yang berlaku. Malah pekerja yang mengelilingi mereka juga tidak sedar. Bayazid pandai memperdayakan semua orang.

 

Awak bermain dengan api Bayazid. Cukup berani.

 

Seakan mendengar apa yang difikirkan, Bayazid memandang Farrah dari jauh. Serta-merta Farrah mengalihkan pandangan.

 

Maaf hubungan kamu bertiga sangat menarik perhatian memandangkan Farrah tahu apa yang berlaku.

Susahnya menyimpan rahsia untuk seseorang. Manalah tahu suatu hari nanti Farrah terlepas cakap..


Sekurang-kurangnya Farrah ingin jelaskan satu perkara kepada Shiela dan Nana.

 

"Sebenarnya info tempoh hari semuanya Farrah serah pada Bayazid. Sebelum ini Farrah ada beritahu supaya tidak terlibat atau bercerita perkara tentang mereka. Maafkan Farrah."

 

Shiela dan Nana memandang antara satu sama lain sebelum memandang Farrah semula.

 

"Saya boleh agak apa yang awak lakukan. Awak tak perlu minta maaf. Saya tak kisah." jawab Shiela.

 

"Terpulang pada awak nak buat apa dengan info itu. Saya tak marah." Jawab Nana pula.

 

Betulkah?Farrah rasa terharu. Kamu berdua sangat memahami Farrah. Ada banyak lagi perkara yang Farrah ingin ceritakan tetapi keadaan tidak mengizinkan. Suatu hari nanti, Farrah pasti akan ceritakan segala-galanya kepada kamu berdua.

 

Mood baik Farrah melonjak naik ketika ini.

 

Mari raikan persahabatan kita bertiga dengan makan sepuas-puasnya. Farrah belanja.

 

Hooray for friendship!

 

Mendengar perkataan belanja, Shiela dan Nana turut berasa gembira lalu melihat menu untuk memesan makanan kegemaran masing-masing.

 

*

*

 

Sewaktu melalui sebuah koridor, Farrah berselisih dengan Bayazid.

 

"Awak pegang janji awak. Teruskan. Jangan beritahu sesiapa."

 

"Tak usah ulang banyak kali. Susah sangat ke nak percayakan Farrah?" Farrah menoleh kearah Bayazid, " Awak yang sepatutnya berhati-hati. Suatu hari nanti, akan ada seseorang yang sedar dengan hubungan sebenar kamu bertiga. Mungkin pada waktu ini juga, ada orang lain yang mula syak. Tak takut?"

 

"Awak tak perlu sibuk. Ini masalah saya sendiri." Balas Bayazid sambil berlalu pergi.

 

 

 

 

 

Beberapa hari berikutnya, Sewaktu menunggu lif untuk ke bahagian mereka, Farrah mendapati fountain pen miliknya tiada dalam kocek blouse seperti biasa.Tercari-cari diseluruh kocek atau disebalik dokumen yang dipegangnya, pen itu masih tidak ditemui. Agaknya tertinggal di bilik mesyuarat tadi?

 

Dengan cemas, Farrah memberitahu Shiela yang dia ingin berpatah balik.

 

"Nak saya temankan?" tawar Shiela kepadanya. Lif yang tertutup akhirnya terbuka menunggu mereka untuk masuk.

 

"Tak apa. Saya takkan lama." Farrah menyuruh Shiela bergerak tanpanya.

 

Dia kemudian bergegas menuju ke bilik tempat mereka bermesyuarat sebentar tadi.Tiada sesiapa didalam bilik tersebut semasa dia membuka pintu. Farrah masuk dan mendapati tiada benda termasuk sebatang pen diatas meja mesyuarat berbentuk 'U' itu.

 

Fountain pen itu adalah pemberian ayahnya. Mustahil dia membiarkan salah satu barangan kesayangannya hilang begitu sahaja. Amat selesa sekali menggunakan pen itu apabila menandatangani sesuatu borang.

 

Mungkinkah jatuh ke lantai?

Dengan segera Farrah tunduk merangkak mencari-cari pen tersebut. Walaupun sudah dicari dikawasan tempat duduknya sebelum ini, dia masih gagal menjumpainya. Mana agaknya?

 

Sedang Farrah duduk termanggu berfikir, kedengaran bunyi pintu terselak dan tapak kaki melangkah masuk kedalam bilik itu.

 

Mesyuarat dibilik ini? Maaf, Farrah masih belum jumpa pen milik Farrah. Berikan Farrah sedikit masa.

 

Farrah bersedia untuk memberitahu kewujudannya disitu tetapi terhenti apabila mendengar suara pekerja yang masuk ke bilik itu. Pintu bilik itu turut ditutup rapat.

 

"Yazid, benda apa yang ingin awak bualkan? Cakaplah." Dengan lembut Diyana bersuara.

 

Dihadapannya adalah Bayazid. Tiada Amir bersama mereka berdua ketika itu. Mereka turut tidak sedar adanya Farrah yang sedang bersembunyi disuatu sudut bilik pada ketika itu.Bentuk meja mesyuarat memberi peluang yang baik untuk Farrah menyembunyikan dirinya.

 

"Awak patut sedar perasaan sebenar saya selama ini. Diyana, saya cintakan awak. Saya ingin dengar jawapan awak." luah Bayazid.

 

Farrah membeliakkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Dengan cepat dia menutup mulut dengan kedua-dua tangan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Skandal tempat kerja?

Uwah- Diyana panggil Bayazid dengan singkatan Yazid. Mereka berdua memang amat rapat.

Akhirnya Bayazid bertindak akhirnya. Tapi lain kali, sila luahkan perasaan selepas waktu luar pejabat. Sekarang waktu bekerja! Awak tak tahu TPO?

 

Farrah teringin mendengar jawapan apa yang akan diberikan Diyana. Dia memasang telinga.

 

"Maaf Yazid.Saya cintakan Amir. Saya tak dapat terima perasaan awak." balas Diyana lagi.

 

"Awak pasti? Ada banyak halangan jika awak pilih Amir. Tapi kalau awak pilih saya, saya akan lindungi awak. Tak perlu bersusah payah untuk dapat pengakuan dari semua orang."

 

Sepi seketika. Apa yang dikatakan Bayazid membuatkan Diyana berfikir panjang.

 

"Tolong beri peluang kepada saya." Pujuk Bayazid lagi.

 

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka seluas-luasnya. Kelihatan Amir memandang Bayazid dengan bengis. Dari luar, dia boleh mendengar perbualan Diyana dan Bayazid.

 

Farrah terperanjat apabila mendengar bunyi pintu.

Siapa yang muncul?

 

"TAK SANGKA AWAK SUKAKAN DIYANA. SANGGUP AWAK BAYAZID." Amir menghampiri Bayazid lalu menarik kolar bajunya.

 

Mereka berdua saling berpandangan, Amir dengan rasa geram manakala Bayazid dengan ekspresi seriusnya. Bagaimanapun Bayazid tidak melawan.

 

"Mengapa diam? CAKAP SESUATU!" Gesa Amir menarik kuat kolar Bayazid.

 

Bayazid melirik senyuman kecil.

 

"Diyana belum jadi milik awak lagi. Saya takkan mengalah."

 

Mendengarnya, Amirmakin naik angin. Rasa seperti diejek.

 

"PENGKHIANAT!"

 

Satu tumbukan 'righthook' melayang tepat pada muka Bayazid membuatkan dia berundur beberapa langkah ke belakang. Darah mengalir dari hidungnya.

 

Melalui bunyi Farrah dapat mengagak apa yang berlaku.

Hieee- Farrah pasti kita berada dalam bilik mesyuarat, bukannya gelanggang boxing!

Seseorang kena hentikan mereka berdua. Patutkah Farrah campur tangan?

 

"Cukup! Berhenti Amir. Saya pilih awak!" Laung Diyana ditepi. Dia berusaha menghentikan Amir dengan menarik tangan lelaki itu.

 

"Jangan dekati Diyana selepas ini." Gertak Amir sebelum beredar keluar dari bilik itu.

 

Diyana mengejar Amir dari belakang. Dia sempat memandang Bayazid dengan pandangan berbelah bahagi.

 

Kali ini tinggal Bayazid sendirian.

 

Farrah masih lagi terpaku di tempat. Tidak berganjak. Ada baiknya dia beredar setelah Bayazid keluar dari bilik itu. Kalau boleh tiada siapa perlu tahu kewujudannya di situ.

 

Bagaimanapun sangkaannya meleset apabila Bayazid menegurnya.

 

"Hei Farrah!Saya tahu awak berada disana."

 

"Bagaimana awak tahu?" Farrah berdiri teragak-agak sebelum memandang Bayazid.

 

"Dari tempat berdiri saya boleh nampak kepala awak dengan jelas." Bayazid mengesat darah dihidungnya.

 

"Bagaimana awak boleh berada dalam bilik ini?" Soal Bayazid. Seperti biasa, dia berasa curiga.

 

Farrah menceritakan tujuan sebenarnya. Mencari fountain pen miliknya. Tidak peduli sama ada Bayazid percaya atau tidak.

 

"Masih ada darah mengalir dari hidung awak." Farrah menghulurkan sapu tangan kepadanya. Bayazid hanya melihat sapu tangan itu tanpa mengambilnya. Dia kemudian mengesat hidungnya dengan tangan sekali lagi.

 

Nampaknya Bayazid masih tidak dapat menerima Farrah dengan mudah.

 

"Apa rancangan awak selepas ini? Semua orang akan rasa pelik jika awak tidak lagi bersama-sama dengan Amir dan Diyana." Soal Farrah sambil meletakkan sapu tangan kedalam kocek blousenya semula. Tiada guna ambil hati dengan sikap Bayazid kepadanya.

 

"Biarkan mereka. Tapi saya takkan berhenti disini. Perasaan saya takkan berubah."Jawab Bayazid.

 

Berbeza denganFarrah, Bayazid masih berharap perasaanya akan dibalas. Tidak mudah untuk dia melupakan Diyana.

 

"Farrah tak suka jawapan awak. Awak buatkan Farrah teringat apa yang pernah Farrah lalui sebelum ini." Dia berterus terang.

 

Sekarang ini Farrah berasa empathy dengan Bayazid. Walaupun jalan yang mereka pilih adalah berbeza.

 

Apa yang berlaku pada Bayazid kali ini turut memberi kesan pada perasaannya. Farrah teringat kesedihan dan hatinya yang remuk. Mujurlah kebanyakan masanya ketika itu dihabiskan berehat di rumahnya.

 

"Awak menangis?" soal Bayazid.

 

"Tidak." Farrah menahan air matanya. "Mulai esok, cerita awak pasti tersebar. Lebih baik awak bersedia. Lawan awak ialah Amir."

 

Farrah meninggalkan bilik itu. Tak mungkin dia menangis dihadapan Bayazid.

 

Dia juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada fountain pen yang gagal ditemuinya.

 

 

 

 

 

Keesokannya, Semua orang pelik melihat Bayazid tidak lagi bersama dengan Amir dan Diyana. Ditambah lagi dengan Bayazid yang datang ke syarikat dengan tampalan plaster luka dimukanya. Banyak spekulasi yang timbul tapi tidak tahu mana satu yang betul. Apabila ditanya Bayazid tentang apa yang berlaku, dia banyak mengelak dan berdiam diri manakala menyebut nama Bayazid dihadapan Amir menyebabkan seseorang itu direnung dengan pandangan tajam lagi dingin. Dari Diyana, mereka dapat tahu perkara sebenarnya.

 

Dalam tempoh agak lama, gosip mengenai cinta tiga segi mereka adalah topik hangat dalam LinkComm.

 

"Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena pada awal-awal lagi!"

 

"Buatkan dua orang lelaki antara yang popular dalam syarikat berebut dengannya,  Diyana sangat bertuah."

 

"Siapa yang akan menang: Amir atau Bayazid?"

 

Itulah apa yang Farrah dengar apabila bercerita dengan pekerja-pekerja lain.

 

Bagaimanapun tiada sesiapa berani mengungkit cerita itu dihadapan Amir dan Bayazid. Seperti biasa, mereka berdua tidak mengendahkan apa yang berlaku dan meneruskan kerja seperti biasa. Sebarang gosip tidak memberi kesan kepada mereka terutama sekali Bayazid.

 

Apabila mengetahui Bayazid tidak terikat dengan Amir, pekerja lain mula mendekatkan diri sudi menjadi kawannya termasuk beberapa pekerja senior yang sudi menawarkan pertolongan terhadapnya jika mempunyai masalah. Bagaimanapun semua ditolak dengan cara baik dengan pelbagai alasan. Dengan status keluarganya, dia masih mempunyai pengaruh besar dalam LinkComm dan berasa selesa seperti sebelumnya.

 

Semua gosip itu hanya membuatkan Bayazid lebih popular dari sebelumnya.

 

*

 

Oh ya! Ini bermaknaFarrah tak perlu simpan rahsia Bayazid. Bayazid juga tidak perlu memerhatikan Farrah lagi selepas ini. Bukankah ini berita baik?

 

Dengan rasa senang hati, Farrah memeriksa email dalam laptopnya.

 

Mmm.. ada pekerja hantar chat 'Jangan kemana-mana. Saya pergi ke tempat awak sekarang.' beberapa minit lepas.

 

Siapa? Hah! Bayazid!?

 

Apa yang dia nakkan lagi? Antara Farrah dan Bayazid telah selesai. Patutkah Farrah abaikan sahaja mesej ini? Masih sempat untuk melarikan diri..

 

Farrah memandang pintu masuk utama Bahagian itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa apabila Bayazid muncul dan sedang melihatnya. Peluangnya terlepas.

 

Lajunya! Adakah awak terus terkejar ke mari? Farrah baru periksa email sebentar tadi.

 

Bayazid menuju kearah meja kerja Farrah. Semua pekerja yang berada di Bahagian itu memandang mereka berdua termasuklah Shiela.

 

Kebarangkalian untuk Bayazid mencarinya di Bahagian itu adalah tidak wujud- kosong. Adakah ini satu petanda? Mungkinkah banjir kilat akan melanda ibukota tidak lama lagi?

Jangan lupa masih ada gosip awak lagi. Bagaimana kalau nama Farrah turut terpalit sama hah?

 

"Ikut saya. Kita perlu berbual." Arah Bayazid sambil berjalan menuju ke arah sebuah bilik perbincangan yang ada dalam Bahagian itu.

 

Mahu tidak mahu Farrah terpaksa mengikutnya. Semua pekerja yang berada di bahagian itu mula berbisik antara satu sama lain. Ada teruja, cemburu, tertanya-tanya dan diam memerhati. Awak semua boleh ganti tempat Farrah jika awak mahu, awak tahu.

 

"Apa?" Soal Farrah setelah duduk dihadapan lelaki itu Hanya mereka berdua di dalam bilik perbincangan itu.

 

"Berkenaan dengan apa yang berlaku. Dan juga perkara lain." Balas Bayazid.

 

Bayazid mula bercerita mengenai apa yang berlaku kepadanya selepas itu. Pendek kata, apa yang Farrah dengar sebelum ini selari dengan apa yang diceritakan Bayazid.Tambah Bayazid lagi, dia masih lagi ahli team dan bekerja secara professional bersama Amir tetapi tidak seperti dahulu.Tapi tugas penting berkaitan sudah tidak diserahkan kepadanya. Amir juga sangat jarang berada di tempat yang sama dengan Bayazid.

 

Disebabkan amaran Amir, Diyana pada awalnya asyik melarikan diri apabila terserempak dengannya tetapi rasa simpati apabila melihat Bayazid. Apa yang dilakukan Diyana cuma menegurnya seperti sediakala walaupun masa berbual mereka jadi lebih pendek dari biasa. Tidak pasti jika Bayazid masih ada peluang, tetapi Diyana berasa segan setelah mengetahui perasaan sebenar Bayazid. Sekurang-kurangnya Bayazid rasa berpuas hati.

 

Pintu diketuk menyebabkan Bayazid berhenti bercerita. Shiela masuk lalu menghidangkan kopi kepada Farrah dan Bayazid. Dia sempat membisikkan sesuatu pada Farrah sebelum beredar, "Jika perlukan bantuan, saya ada diluar."

 

Terima kasih Shiela! Apa kata sekarang ini? Dalam masa yang sama, sila ingatkan lelaki ini semula tentang TPO. Farrah fikirkan ini hal berkaitan kerja. Sejak awal lagi apa yang Bayazid cerita adalah hal gosip.

 

Farrah rasa ingin menangis. Dia menghirup kopi dengan perlahan-lahan sambil melihat Shiela menutup pintu bilik perbincangan.

 

Ada sesuatu yang Farrah tak faham.

 

"Bayazid.. Mengapa ceritakan semua perkara ini pada Farrah?"

 

"Sebab awak saksi pada hari itu. Mungkin awak tak sabar ingin tahu perkara sebenar dari saya sendiri."

 

Tidak! Farrah tak berminat. Mengapa awak boleh terfikir Farrah jadi tidak sabar dan sedang menunggu awak? Dalam pandangan awak, Farrah ni orang bagaimana hah? Mengapa sanggup cari Farrah di Bahagian ini?

 

Mungkinkah..

 

"Awak rasa sunyi?" Farrah cuba meneka.

 

"Apa yang awak cakap ni" Bayazid meninggikan suara, "Dengar sini, saya akan terus memerhati awak. Cara cepat untuk lindungi Diyana adalah dengan mengurangkan musuhnya. Maksudnya awak! Jika saya dapati awak cuba lakukan sesuatu pada Diyana, saya akan halang awak."

 

"Bila Farrah ada masa untuk mengacau Diyana? Selama ini awak tentu sedar Farrah asyik mengelak dari kamu bertiga. Atau apa yang Farrah katakan tadi betul tapi awak taknak mengaku." bantah Farrah.

 

"Awak ni.." muka Bayazid jadi merah. Dia tidak mampu menyambung ayat seterusnya.

 

Hah! Mana perginya Bayazid yang selalu dianggap serius oleh ramai orang. Selalu berlagak cool dan tidak mudah membuka pintu hati pada orang lain. Agaknya setelah lama berfikir, awak kumpul segala keyakinan untuk luahkan perasaan pada Diyana tempoh hari. Sayangnya apa yang awak dapat ialah tumbukan di muka. Pfffttt-

 

Lagipun mengapa Farrah? Bukankah ada ramai pekerja yang tawarkan diri sudi jadi kawan awak? Mencurigakan.

 

"Ambil ini." Bayazid mengeluarkan sesuatu dari kot dan menyerahkan sebentuk pen kepada Farrah.

 

Farrah mengambil pen itu.

Ini fountain pen Farrah yang hilang beberapa hari lepas.

 

"Saya jumpanya di 'Lost & Found'. Cleaner yang melalui koridor jumpanya diatas lantai." Ujar Bayazid mula berdiri.

 

Farrah terpaku.

Dia betul-betul fikir dia tidak akan melihat pen itu lagi. Dia ada terfikir untuk mencarinya di 'Lost & Found' tetapi berasa kecewa kerana dia tidak menemui pen itu.

 

Rupanya Bayazid telah pergi awal lagi darinya untuk mencari pen itu. Kerana selepas keluar dari bilik mesyuarat, Farrah terus ke tandas menunggu lama untuk wajahnya kembali seperti sediakala. Matanya merah ketika itu.

 

Adakah tujuan sebenar Bayazid datang mencarinya disebabkan pen ini?

 

Lelaki ini mengambil masa beberapa hari untuk menyerahkan kembali pen itu kepadanya.Berfikir dan tidak pasti bilakah masa sesuai untuk mencari Farrah. Tapi hari ini, dia beranikan diri juga akhirnya.

 

Awak patut serahkan sahaja pen ini pada awalnya dan terus beredar tetapi awak cuba berbual dengan Farrah. Farrah cuma meneka, tapi awak berikan pelbagai alasan untuk sembunyikan sesuatu. Ada baiknya awak berterus terang yang awak sebenarnya perlukan kawan untuk berbual.

 

Bayazid betul-betul tidak jujur pada dirinya sendiri. Disebalik lagak serius dan cool dia cuba sembunyikan perasaan sebenar.

 

Maafkan Farrah sebab tidak melayan awak dengan baik sebelum ini.

 

"Nanti dulu!" Panggil Farrah sebelum Bayazid mula membuka pintu bilik itu untuk beredar.

 

Farrah mendekati Bayazid.

 

"Pen ini antara pen kesayangan Farrah. Ayah Farrah yang berikan sebagai hadiah.Terima kasih kerana berikannya pada Farrah semula." Farrah menceritakan serba sedikit hal tentang dirinya.

 

Walaupun agak lewat, dia menerima peluang untuk membaiki hubungannya dengan Bayazid.

 

"Lagi satu, dalam masa terdekat ini Farrah ada kendalikan satu acara pelancaran.Farrah perlukan seseorang untuk periksa quotation dan perkara berkaitan. Awak dari Bahagian Finance. Boleh awak tolong Farrah?" Separuh mengharap, Farrah membuat muka kasihan. Hatinya hanya perlu bersedia jika Bayazid menolak tawaran untuk menolongnya.

 

"Baiklah. Saya boleh luangkan masa untuk tolong awak. Lagipun saya perlu perhatikan awak." Balas Bayazid.

 

Ianya berlaku dengan pantas, Farrah sempat melihat Bayazid tersenyum kecil sebelum bersuara.

 

Tak pasti jika ini perkara betul tapi buat masa ini Farrah tak kisah dengan itu semua.

 

 

 

 

 

Previous: 07
Next: 09

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.