Bab 2

AKAK?Banyak beli barang?” tegur Alief sebaik sahaja terpandangkan beberapa plastikdi tangan Ulfah.

            “Dahtu? Tengok saja? Tak nak tolong akak?”

            MataUlfah jatuh pada gerangan yang tidak dikenali. Tetapi memandangkan gerangan ituberbalut baju sekolah seperti Alief, dia yakin gerangan itu mungkin kawanadiknya itu.

            “Kesianya akak kena angkat barang yang banyak tu? Bak sini. Alief tolong letak katdapur.”

            Aliefbingkas bangun dan segera menyambut plastik barangan dari tangan Ulfah. Diasegera berlalu ke dapur dan memasukkan barangan yang dibeli ke dalam peti sejuksebelum kembali semula ke ruang tamu.

            Ulfahmenarik lengan Alief, menghentikan langkah adiknya itu.

            “Siapatu? Kawan baru Alief ke?” Dia berbisik, melontarkan soalan.

            “Pandaipun akak teka. Itulah kawan baru Alief yang Alief cakap hari tu. Hensem kan?”Alief menayangkan barisan giginya yang tersusun elok.

            “Amboi,baru kenal dah bawa dia masuk ke dalam rumah? Ingat rumah kita ni apa? Rumahtumpangan?” Ulfah bernada tidak puas hati dengan sikap adiknya yang sesuka hatimembawa orang masuk ke dalam rumah. Tidak kiralah kawan atau sesiapa yangdikenali, adiknya seharusnya memberitahunya terlebih dahulu. Orang zamansekarang bukan boleh percaya sangat. Yang rapat macam isi dengan kuku pun bolehtikam belakang, inikan pula orang yang baru dikenali tidak sampai seminggu.

            “Aliefmain game aje pun. Bukannya buatbenda tak elok. Akak ni cuba fikir positif sikit. Asyik fikir negatif aje.”Alief menarik muncung dan berusaha mengawal suaranya agar tidak kedengaran olehLufi Izzar.

            “Yalah.Akak tahu Alief takkan buat benda yang tak elok. Tapi seeloknya, janganlah bawamasuk orang sesuka hati dalam rumah kita ni. Tak kisahlah dia kawan ke apa.Rumah kita ni cuma ada kita saja. Tak ada orang lain dah. Cuba Alief bayangkanAlief bawa kawan Alief masa akak ada kat rumah, tak ke mengundang fitnah orang sekeliling?Dahlah akak ni belum kahwin.” Ulfah mengomel panjang, mengingatkan adiknya yangsatu itu. Dia bukan apa. Dia hanya mahu menjaga nama baik keluarga mereka danjuga maruah mereka. Nanti apa pula kata orang jika dia membawa masuk lelaki kedalam rumah? Jika dia menjelaskan kepada jiran-jiran bahawa lelaki itu adalahkawan adiknya, pastinya mereka tidak akan mempercayai dan menuduhnya berbuatmaksiat di dalam rumah pula. Mulut orang bukannya senang hendak tutup.

            Aliefterdiam seketika. Dia mengakui kebenaran kata-kata kakaknya itu. Kakaknyamembebel kerana bersebab.

            “Yalah,akak. Lain kali Alief tak buat lagi macam ni. Hari ini Alief ajak Lufi punsebab Alief bosan. Akak janganlah marah Alief, marahkan Lufi.”

            Terpandangkanwajah monyok adiknya, bibir Ulfah teroles dengan senyuman nipis. Dia memangtidak sampai hati hendak marahkan adiknya itu.

            “Akaktak marah Alieflah. Tak marah kawan Alieflah. Siapa nama kawan Alief tu? Lufiya?”

            “Ya,Lufi namanya. Mari sini, akak. Alief nak kenalkan akak pada kawan hensem Aliefni.”

            Ulfahhanya mengikut kata adiknya, membiarkan adiknya menarik lengannya ke arah tubuhyang duduk bersila di lantai marmar.

            “Lufi.”Alief memanggil perlahan. Lufi Izzar menoleh. Matanya tertancap pada wajahUlfah. Apabila diamati dari dekat, dia seakan-akan pernah nampak wajah itusebelum itu. Di mana ya? Tiba-tiba sahaja air mukanya berubah mendadak. Diasegera bangkit dari duduknya.

            “Kaukenapa, Lufi?”

            LufiIzzar terus mengamati wajah Ulfah sehingga menimbulkan perasaan kurang senangdalam diri Ulfah yang menjadi mangsa.

            “Kauni dah kenapa? Pandang kakak aku macam nampak hantu saja?” Alief menegur dan cubamenggoyangkan bahu tegap Lufi Izzar. Lufi Izzar terpisat-pisat. Dia segeramenggelengkan kepalanya. Mungkin sahaja dia bermain dengan khayalan. Tidakmungkin Ulfah orangnya. Tetapi dia ada terlihat gambar dan dia yakin Ulfah yangada dalam gambar tersebut.

            “Kauokey ke tak?” soal Alief penuh dengan penuh perasaan curiga.

            LufiIzzar mengangguk. “Aku okey.”

            “Kauni buat aku risau sajalah. Ini aku nak kenalkan kau pada kakak aku. UlfahHaniyah.”

            “Jadi,nak panggil apa?” Lufi Izzar memandang Ulfah dengan kening terangkat.

            “Panggilakak, Kak Ulfah. Akak nampak saja kecil macam budak sekolah rendah tapi akak dahmasuk 24 tahun tahu?” Ulfah beramah mesra dengan rakan baru adiknya itu. Memangfizikalnya kecil. Ketinggiannya hanyalah 155 cm. Apabila bercakap dengan orangyang tinggi daripadanya, memang dialah yang harus melangut. Seperti sekarang.Dia terpaksa mendongak tinggi saat berhadapan dengan Lufi Izzar yang tinggilampai itu.

            “Kecil-kecilcili padi.”

            LufiIzzar tidak nampak ketinggian itu sebagai satu masalah. Jika dia harus memilihisteri, dia juga mahukan perempuan seperti Ulfah. Nampak comel. Boleh dibuatbantal peluk masa tidur.

            “TadiAlief bagitahu akak yang nama awak adalah Lufi. Memang nama awak betul ke? Atausekadar nickname saja?” Ulfahterdetik ingin tahu. Nama Lufi itu kedengaran agak pelik. Macam nama kartun punada. Watak Luffy dalam komik One Piece yang pernah dibacanya ketika zamankanak-kanaknya.

            “Lufiitu memang nama betul saya. Nama penuh saya Lufi Izzar. Saya sendiri tak tahukenapa ibu dan arwah ayah saya letak nama macam tu kat saya. Tapi dia orangcakap nama tu ada maksud yang indah.” Lufi Izzar menggaru kepala yang tidakgatal.

            “Sebabkau ada darah kacukan. Dia ada darah Cina dan Inggeris, akak.” Alief menyampuk.

            “Oh?Kacukan rupanya? Patutlah muka tak nampak Melayu sangat.” Ulfah tersenyum.Patutlah Alief tidak habis-habis memuji Lufi Izzar. Rupa-rupanya Lufi Izzarmemiliki dua darah asing yang mengalir dalam dirinya.

            “Yalahkut.”

            “Lufi,aku hantar kau balik ya?” Alief sudah berlalu mendapatkan kunci motosikalnya. Diatahu Lufi Izzar tidak selesa memandangkan Ulfah sudah pulang.

            “Dahnak balik? Tak nak minum dulu?” Ulfah bertanya apabila Lufi Izzar mencapai begsekolah dari lantai marmar.

            “Sayadah minum, Kak Ulfah. Alief dah bagi saya jus oren tadi,” jawab Lufi Izzarsambil menunjukkan gelas kosong di meja kopi.

            “Jusoren saja? Dia ada hidangkan biskut atau kek?”

            “Tadi….”

            “Jom,Lufi Izzar! Nanti mak kau membebel pula kau tak balik-balik lagi ni.” Aliefmelaung dari pintu utama. Siap memanggil nama penuh Lufi.

            Sebaiksahaja mendengar namanya dilaung kuat oleh Alief, Lufi Izzar cepat-cepatmenyandang beg sekolahnya dan bergerak ke pintu. Dia sempat menoleh ke belakangdan melemparkan senyuman manis untuk Ulfah. Ulfah membalas senyuman itu.

            “Amboi,berbalas senyum pula. Akak, Lufi ni tak matang lagi untuk dibuat suami!”

            Aliefketawa mengekek apabila menangkap wajah Ulfah yang merah dengan tiba-tibaapabila diusik sebegitu. Ulfah segera menghilangkan dirinya ke bilik tidurnya.Malas melayan adiknya itu.

            “Kauni.” Lufi Izzar menolak perlahan kepala Alief. “Takkanlah aku nak pikat kakakkau pula?”

            “Siapatahu? Kakak aku tak cantik ke?”

            “Cantik.”Lufi Izzar memberi jawapan balas tanpa ragu-ragu.

            “Tahupun. Kau berkenan dengan dia ke?” Alief menyiku Lufi Izzar, menantikan respondaripada rakannya itu.

            “Kauni dah kenapa? Kau nak jadi pakar dalam cinta ke?” Lufi Izzar memerli Alief,langsung menghiraukan soalan rakannya sebentar tadi.

            “Kut-kutlahkau berkenan dengan kakak aku, aku boleh tolong matchkan dia dengan kau.” Alief menawar diri.

            “Diaakan jadi hak orang lain.” Tanpa sedar, Lufi Izzar melontarkan kata-kata itu.

            “Eh,macam mana kau tahu? Kakak aku tu memang ada orang dah risik dah. Tapi kalaukau betul-betul nak, aku akan tolong kau.”

            “Akucuma agak saja. Tapi kenapa kau beria-ia ya nak tolong aku? Kau sendiri cakapaku ni tak matang untuk dijadikan suami.”

            Aliefmencebir bibir. “Aku tak suka lelaki yang bakal bertunang dengan kakak aku tu.Entahlah. Aku macam dapat rasa yang dia takkan mampu bahagiakan kakak aku. Diamacam bad boy saja. Kau rasa aku nakbagi akak aku kat orang macam tu?”

            “Dankau percaya aku boleh bahagiakan kakak kau?”

            Aliefmengangguk laju.

            LufiIzzar menggelengkan kepala. “Kau banyak berangan la, Alief. Takkanlah aku nakkacau bakal tunang orang pula … Aku pun baru 19 tahun. Budak mentah lagi.”

            “Tapiseriuslah weh. Kau sukakan kakak aku kan? Tadi aku tengok kau bukan main lagisenyum manis kat dia.” Alief mencucuk pinggang Lufi Izzar dengan niat untukmengusik. Tidak semena-mena Lufi Izzar menangkap pergelangan tangan Alief danmenghantar pandangan tajam. Alief cepat-cepat menjarakkan dirinya daripada LufiIzzar sebaik sahaja pautan pada tangannya terlerai. Lufi Izzar, kalau dia marahmemang lain benar sepasang matanya itu.

             “Aku gurau aje la, Lufi. Janganlah marah aku.Tapi aku serius kalau kau nak pikat kakak aku. Bagitahu aku, aku akan tolongkau.”

            LufiIzzar menghela nafas yang panjang. Hendak kata kepala Alief yang tidak betul,boleh pula belajar sampai ke Tingkatan 6. Atau dia yang sebenarnya tidak betulapabila bertemu empat mata dengan Ulfah yang selama ini hanya dilihat melaluigambar sahaja?

 

 

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.