Home Novel Keluarga SUAMIKU HEROKU (Sayang You Kerana Dia)
CHAPTER 22

Malam itu tahap kebosanannya sudah melebihi paras normal. Farah selalu cakap bosan tahap gabanlah! Rasanya sekarang dia hendak guna tag line, bosan tahap Avatar! Lagipun Navin selalu guna perkataan itu. Adriana pandang lagi sekelilingnya. Suasananya terasa begitu sunyi dan sepi.

Kakak kembarnya tidak pulang hujung minggu itu. Barangkali Adriani sedang membuat persediaan untuk peperiksaan tengah tahunnya. Pastinya perempuan itu sedang tenggelam dalam timbunan buku-buku dan nota-nota kuliahnya di rumah sewanya.

Atau mungkin juga Kak Ni masih marah kepadanya. Lagipun tamparan wanita yang diberikan oleh kakak kembarnya itu masih terasa-rasa di pipi. Tapi jauh di sudut hatinya Adriana tidak pernah mengambil hati. Dia tahu apa yang Kak Ni lakukan adalah kerana kasih sayang. Kak Ni sememangnya dari kecil sudah semulajadinya mempunyai rasa tanggungjawab dan mengambil berat ke atas dirinya.

Perasaan kasih sayang dan ambil berat yang tulus dari Kak Ni adalah kerana pertalian darah mereka yang sejati. Bukan seperti Mama, melakukan sesuatu hatta dengan anak-anak sendiri kerana pertalian status dan kedudukan.

Argh, terasa berdosa pula dia berprasangka terhadap Mama. Wajah Kak Ni terus tergambar di ruang matanya.

Apapun yang terjadi, bukankah mereka kembar?Seiras rupa, sama rasa. Yang berlainan hanyalah sikap mereka sahaja. Hakikatnya mereka mempunyai kehendak yang serupa. Cuma tahap keberanian yang mereka miliki sahaja berbeda.

Matanya membelingas memerhatikan Dia pandang dinding kiri dan kanan. Bingkai-bingkai gambar keluarga dan pemandangan serta bingkai untuk kalimah Allah tergantung menghiasi dinding biliknya yang dicat hijau muda itu.

Kalau diikutkan hatinya memang Adriana sudah tidak mahu balik lagi ke rumah. Adriana kecil hati dengan Papa. Kecewa sangat dengan kebisuan Papa. Malah kebih-lebih lagi Adriana sudah makan hati berulam jantung dengan Mama.

Tetapi dia ada strategi sendiri. Dia tetap akan titiskan air pujuk ke dalam hati Mama yang keras itu. Manalah tahu kalau hati Mama itu pun sama seperti hati wanita-wanita lain di dunia ini. Bukankah ada pepatah Melayu yang mengatakan sekeras-keras hati wanita itu sama seperti kerasanya kerak nasi. Kalau lama direndam air akan lembutlah juga.

Harap-haraplah Mama pun begitu... jangan Mama ni spesis beras batu sudah. Sampai kiamat pun belum tentu lembut. Kalau nak kena kikis sikit-sikit batu Mama, alamatnya sampai ke tua pun dia tidak dapat kahwin dengan Navin jawabnya.

Dia baru sahaja selesai menjamah makan malam yang disediakan oleh Bibik selepas maghrib tadi. Masak lemak tempoyak ikan patin seperti resipi Siti Nurhaliza, sizzling sotong, goreng brokoli campur cendawan butang dan sambal belacan dengan ulam kacang botol terhidang di atas meja makan utama yang boleh menempatkan 12 tetamu sekali gus itu.

Malangnya selera Adriana jadi tawar memandangkan hanya dia yang duduk di meja makan menghadap makanan-makanan yang terhidang kemas itu. Tuan Syed dan Puan Syarifah ada dinner, itulah yang diberitahu oleh Bibik.

Dinner,dinner, dinner.Hakikatnya memang Mama dan Papa hampir saban malam ada dinnerdi luar bersama kelompok sosialnya. Seingatnya, kali terakhir mereka makan sekeluarga di meja itu ialah… ialah… entah, dia sudah tidak dapat mengingatinya lagi.

Kalau begini caranya, bila pula dia dapat bertemu dan berbincang lagi dengan Mama? Bila pula hendak dia curahkan berlori-lori kontena air supaya kerak dalam hati Mama akan lembut lalu Navin boleh dia miliki dengan sebuah restu? Lagipun sejak Mama mengamuk minggu lepas, dia tidak pernah lagi sempat bertemu wajah dengan ibubapanya itu.

Apapun yang terjadi, Adriana harus slow-talk lagi dengan Mama dan Papa. Dia tidak mahu apa yang dikatakan Kak Ni tentang jodoh mereka yang ditentukan Mama akan jadi kenyataan. Sebelum Mama buat apa-apa perkata berkaitan itu, lebih baik dia unjurkan semua yang ada dalam hatinya. Tapi, sampai hari ini pun dia tidak dapat bertemu Mama. Ish... macam mana ni?

Disebabkan selera yang mati dan ruang kosong yang begitu sunyi, dia jadi tidak betah berlamaan di meja makan. Kalau diikutkan rasa hati, mahu sahaja dia lari naik ke tingkat atas. Membenamkan tangis ke dalam empuk tilam. Namun Adriana tidak sampai hati pula untuk melayan perasaan sentimentalnya itu. Pasti Bibik akan berkecil hati.

Sudahlah Bibik bersusah payah memasak untuk menyambutnya pulang, alih-alih tidak pula dijamahnya. Tidak sampai hati pula dia hendak melukakan perasaan Bibik. Bibik itu sudah seperti ibu kepadanya kerana selama ini Bibik dan arwah Umilah yang dimamakannya.

Maka, mahu tidak mahu, dengan tekak yang terasa berpasir dia jamah juga makanan-makanan itu biarpun sedikit. Dia dapat melihat segaris senyum di bibir Bibik yang sedang berteleku menemaninya makan. Namun bila diajak makan sekali dia enggan.

Dia lalu duduk di atas kerusi menghadap skrin komputernya. Suis komputer dipetik malas. Bila skrin desktop sudah terpampang jarinya perlahan menekan tetikus di atas simbol internet. Sudah hampir dua minggu dia tidak mengakses e-mail.Pasti sudah bertimbun-timun pesanan di dalam kotak e-mailnya itu.

Ikon My Yahoo diklik. Dia terus masuk ke dalam Check E-mail. Kan betul, 154 mesej baru yang belum dibacanya. Kebanyakannya dari Navin. Dia klik pada satu tajuk mesej yang bertajuk ‘FAMILY’.

Hi, Dear…

Ganesh bagi I satu touching poem. I tahu you mesti suka sebab tu I forward untuk you dear. Baca ya.OK, I dah nak pergi kerja.

I singgah cc semata-mata nak tengok mesej you. Hampeh…

Adriana tersenyum membaca mesej yang ditulis oleh kekasih hatinya itu. Dah tahu kita sibuk kerja setengah gila, lagi nak expect e-mail. Telefon je dah le… hatinya mengomel.

Kemudian matanya beralih ke bawah mesej itu lalu membaca tiap perkataan, tiap baris…

FA M I L Y

I ran into a stranger as he passed by,
"Oh excuse me please" was my reply.
He said, "Please excuse me too;
I wasn't watching for you."
We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said goodbye.

But at home a different story is told,
How we treat our loved ones, young and old.

Later that day, cooking the evening meal,

My son stood beside me very still.
When I turned, I nearly knocked him down.
"Move out of the way," I said with a frown.
He walked away, his little heart broken.
I didn't realize how harshly I'd spoken.

While I lay awake in bed,

God's still small voice came to me and said,
"While dealing with a stranger,
common courtesy you use,
but the family you love, you seem to abuse.


Go and look on the kitchen floor,
You'll find some flowers there by the door.
Those are the flowers he brought for you.
He picked them himself: pink, yellow and blue.
He stood very quietly not to spoil the surprise,
you never saw the tears that filled his little eyes."


By this time, I felt very small,
And now my tears began to fall.
I quietly went and knelt by his bed;
"Wake up, little one, wake up," I said.
"Are these the flowers you picked for me?"
He smiled, "I found 'em, out by the tree.
I picked 'em because they're pretty like you.
I knew you'd like 'em, especially the blue."


I said, "Son, I'm very sorry for the way I acted today;
I shouldn't have yelled at you that way."
He said, "Oh, Mom, that's okay.
I love you anyway."
I said, "Son, I love you too,
and I do like the flowers, especially the blue."

FAMILY
Are you aware that if we died tomorrow, the company
that we are working for could easily replace us in
a matter of days.
But the family we left behind will feel the loss
for the rest of their lives.
And come to think of it, we pour ourselves more
into work than into our own family,
an unwise investment indeed,
don't you think?
So what is behind the story?

Do you know what the word of FAMILY means?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Hmm… it touched me very deep, dear… desis hatinya.

Dia sedar Navin punya motif mengirimkannya puisi Inggeris itu. Selama ini Navin selalu menasihatinya agar berdamai denganMama. Selalu sahaja mengingatkan dirinya akan frasa yang sudah terlalu sinonim dengan dunia.

Syurga di bawah telapak kaki ibu.

Ah, Navin ini... macamlah dia tidak tahu. Apakah Navin masih tidak percaya akan kata-katanya. Mama itu kadang-kadang susah betul hendak diduga. Kerasnya, masya-Allah, tidak sanggup rasanya... diktator Hitler pun boleh kalah!

Pun bagaimanalah Navin akan mengerti kalau mereka tidak pernah bertemu. Atau hidup bersama seperti dirinya? Lagipun bagaimana hendak dia terangkan kepada Navin bahawa berdamai dengan Mama bermakna mereka harus memutuskan cinta mereka?

Sejak hubungannya dengan Navin dihidu Mama yang meletuskan perang dunia itu, Navin dan dia hanya mampu membisu dalam waktu yang berputar begitu laju. Navin kesal dengan tindakannya yang sedikit gopoh itu.

Bukan salahnya juga... bukan dia yang mula-mula membangkitkan isu itu. Memanglah dia hendak kenalkan Navin kepada keluarga, tetapi belumlah sampai masanya lagipun.

Apa yang terjadi adalah rentetan daripada kes bil telefon bimbitnya, Mama rupa-rupanya buat siasatan lanjut. Mama selidiki nombor yang kerap dia panggil atau memanggilnya. Kan sudah kata... Mama itu memang...

Dan diapun tidak lagi berani membangkitkan hal itu sejak Navin kata mereka perlu buy the times. Buy timepun buy timelah. Adriana masih boleh bertoleransi. Sekurang-kurangnya dia tahu Navin masih bersamanya. Masih mahu mempertahankan cinta mereka. Sekurang-kurangnya Adriana tahu dia tidak akan kehilangan Navin. Tidak akan mungkin pernah kehilangannya.

Tapi sehingga bila?

Mama tidak mungkin akan pernah bersetuju dengan pilihannya itu. Tidak akan pernah mengizinkan. Mama tidak faham akan hatinya. Aduhai... mengapa Mama tidak pernah mahu cuba memahami hati dan runtunan jiwa anak-anaknya ini?

Dan Amma?

Adriana sudah tidak mampu hendak berkata apa-apa lagi bila Navin tidak mahu bercerita tentang itu. Navin cuma kata dia akan bincang sekali lagi dengan Amma. Maknanya Navin sudah pernah membawa hubungan mereka ke hadapan pengetahuan Amma.

Dan dari gaya Navin yang endah tidak endah bila menjawab soalannya, Adriana sudah boleh meneka hasil perbincangan itu. Ah, Navin itu memang terlalu mudah untuk dibaca hatinya. Sangat telus walau selalu cuba bersembunyi di balik topeng wajahnya yang berkulit gelap itu.

Ah, mahu bincang apa lagi kalau penerimaan Amma pun seperti Mama? Entah-entah Amma sudah buat satu ugutan. Orang India ini bukankah suka sangat membunuh diri? Aduh, kalau benarlah telahannya, Amma memang sah lagi teruk daripada Mama.

Tapi takkanlah Amma sanggup buat begitu kan? Ugut anak sendiri sebegitu? Hatinya berdetak. Kalau itulah yang sesungguhnya Navin sembunyikan, dia sudah boleh merasai apa yang sedang Navin rasakan. Tentu Navin sudah cukup torn in between.Memilih antara dua. Amma atau dirinya...

Sehingga saat itu pun Navin masih belum memberi kata putus tentang apa yang harus mereka lakukan. Diam Navin buat Adriana tidak sanggup hendak bertanya lagi tentang duduk letaknya pendirian pemuda itu. Samada memilih dirinya ataupun menjaga hati Amma.

Biarlah. Biarlah Navin mengambil masanya untuk berfikir sebaik mungkin. Dia pun tidak mahu lagi mendesak dan menggesa. Keadaan Navin yang begitu sugul menambah belah dalam retak hatinya.

Dia sedar Navin perlu diberikan masa untuk berfikir masak-masak. Lebih mendalam agar segalanya bisa dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bak kata orang tua, menarik rambut dalam tepung biarlah tepungnya tidak berselerak bila rambut sudah berjaya ditarik keluar.

Tak apalah, dia akan bersabar selagi ada upaya. Kalau kasih sayang antara mereka berdua tulus ikhlas kerana Tuhan mereka, pasti semuanya ini akan dipermudahkan jua suatu ketikanya nanti. Aduhai, hendak redha begitulah yang paling memeritkan.

Mahu tidak mahu apalah lagi pilihan yang ada buat mereka. Adriana sendiri tidak sanggup menyaksikan sebuah tragedi kalau Amma betul-betul berniat membunuh diri jika mereka tekad dengan kata hati muda mereka. Pasti dia tidak akan mampu memaafkan dirinya sendiri kalau sesuatu yang ngeri seperti itu bisa menjadi tragedi dalam hidupnya dan Navin.

Untuk itu Adriana rela untuk terus menanti. Kerana dia percaya setiap apa yang difikirkan dan dilakukan oleh Navin adalah lebih rasional berbanding dirinya. Telah dia berikan sepenuh harapan dan kepercayaan agar apa yang Navin fikir dan rancangkan bisa membuahkan hasil yang terbaik.

Tetapi tidak juga mampu untuk Adriana nafikan dalam hatinya dia kadang-kala selalu diintai kebimbangan jika Navin harus dan terpaksa memilih keluarganya. Navin akan tinggalkan dia bukan kerana perbezaan taraf, bangsa dan agama. Tetapi Navin akan tinggalkan dia untuk suatu alasan yang tidak akan mampu dia sangkal selama-lamanya. Demi seorang ibu yang telah mengandung dan melahirkannya itu.

Aduhai... mengapakah keluarga mereka tidak pernah mahu cuba untuk memahami hati juga perasaan dia dan Navin? Mengapa Mama dan Amma terlalu pentingkan diri mereka sahaja?

Ataukah dia dan Navin yang mementingkan diri? Buta dalam cinta?

Previous: CHAPTER 21
Next: CHAPTER 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.