“Hah!” Adriana pantas menyergah.
“Ni betul ke dah habis ni?
Yang terkulat-kulat tu apahal pulak lagi?” tanya Adriana bila Navin asyik
memandang awan biru dan hijau rumput silih berganti.
Sangsi pula hatinya. Betulkah
Navin sudah khatam buku agama yang diberikannya itu atau sekadar menyedapkan
hatinya? Atau apakah Navin memang tidak langsung berminat untuk membacanya?
Sudah tidak lagi berhasrat untuk mendalami Islam?
“Betullah dear. I dah habis baca…” ujar Navin
sambil mengurut-urut tapak tangannya yang sedikit berpeluh.
Apa punya idealah picnic
tengah hari buta macam ni… gerutu hatinya.
Mentari tidaklah seterik mana, tetapi bahang
yang terasa menyebabkan kulit mukanya mengering. Terasa kulit mukanya yang
gelap sedang mengelupas saat itu. Aduhlah, peritnya.
Inilah yang dikatakan orang,
kalau sedang asyik bercinta semua sanggup diredah. Terbakar di bawah sinar mentari
yang tembus terus dari sebalik lapisan ozon yang sedang menipis dengan
kritikalnya itupun boleh diakui nyaman.
Adriana sedang menyudu nasi
putih berlaukkan sambal sotong, telur asin dan sayur campur itu sedikit demi
sedikit ke mulutnya. Navin hanya memerhati sahaja. Perutnya masih belum berasa
lapar.
Pagi tadi hampir jam 10, dia
sudah tercegat di depan bangunan asrama Adriana. Dia keluar dari rumah sewanya
di JB sebelum subuh tadi lagi. Adriana pula sedang tidur setelah habis shift jam 7 tadi.
Tidak sampai hati pula dia
hendak untuk membuat morning-call mengejutkan Adriana. Lalu
ditelefonnya saja Farah yang kebetulan day-off hari itu. Selesai bersiap
jam hampir jam 12 tadi, Adriana mengajaknya membeli makanan. Entah macam mana
timbul ideanya hendak makan di kawasan tasik di seberang Amcorp Mall.
“Dear…” seru Adriana
lagi sambil mengunyah makanan lambat-lambat.
“Ye … ye…” dia urut lagi
telapak tangannya. Sedikit berpeluh. Pun dia sedang berfikir sesuatu.
Navin sedang cuba mengingati
setiap kata-kata Adam. Sungguh dia mengkagumi personaliti doktor di sebuah
hospital besar di Johor Bharu itu. Adam sentiasa tenang setiap kali menjawab
setiap persoalan yang dia ajukan.
Paling Navin kagumi,
patah-patah kata Adam selayaknya meletakkan lelaki itu di tempat seorang
pendakwah. Seorang diplomat, kerana Adam sangat berdiplomasi orangnya.
Dia teruja setiap kali abang
angkatnya itu menerangkan duduk letaknya sesuatu perkara. Kekagumannya itu
memutikkan hasrat di dalam hati Navin
untuk menjadi seperti Adam. Biar nanti Adriana turut teruja dan mengkaguminya.
Dan biar gadis itu percaya dia
berhak menegur dan Adriana harus menerimanya dengan baik. Tanpa prejudis
mahupun prasangka bahawa dia bukan seorang Islam untuk menegur seorang
Muslimah.
Navin masih giat berfikir
mencari pendekatan terbaik. Dia bukanlah budak lelaki yang tidak cukup umur
untuk diperbudakkan oleh Adriana. Malah dia juga tahu gadisnya itu pun belum
tentu pernah membaca buku agama sepenuhnya. Namun dia tidak mahu memulangkan
paku buah keras itu kepada Adriana.
Alang-alang dia punya sedikit
ilmu dan pengetahuan dari ihsan Adam, dia mahu cuba-cuba berdakwah. Biar
Adriana menjadi subjek percubaannya, detik hatinya.
“OK, dear… tengok
sini.”
Pantas Adriana mengangkat
wajah dengan mulutnya yang sedang mengunyah kepala sotong.
“Berhentilah makan tu sekejap.
Ikut macam I buat ni ye dear,” suruh Navin dengan nada memujuk
sambil menunjukkan tapak tangan kanannya dengan kelima-lima jari ditegakkan.
Adriana tepuk dan menggosokkan
kedua telapak tangannya di paha. Membersihkan tangan dari sisa nasi dan lauk. Lalu dia
menurut.
“Sekarang genggam kuat-kuat
dan angkat ke atas. Say ‘Allahu Akbar’!”
“Dear?!” Adriana cuba
memprotes. Sebutan Navin terlalu sempurna. Dadanya berdebar.
Teguran Adriana tidak Navin endahkan,
“Itulah rukun Islam yang mesti kita junjung.”
“Now, put your fingers straight to the front
and let it open. Take a look at them. What do you see?” soal Navin sambil
memandang tepat ke wajah gadisnya.
Sepasang mata Adriana terkebil-kebil. Dia
perhati kesemua jarinya yang sepuluh. Runcing dan panjang. Kemudian dia pandang
pula ke wajah Navin.Terkulat-kulat Adriana jadinya.
“Itulah kewajipan solat lima waktu yang tidak
boleh kita abaikan. You solat Subuh tak tadi?” secara tidak langsung Navin memperli kekasihnya itu.
Pertanyaan itu buat Adriana
mengherotkan mulutnya. Baru sahaja hendak mulut untuk memprotes bila Navin
terus menyambung kuliah tengaharinya itu.
“Put your hand on your lap, tengok!”arah
Navin dan Adriana menurut.
Sesekali mulutnya menyudahkan kunyahan kepala
sotong tadi. Tetapi kunyahannya lambat-lambat dan kecil sahaja. Takut Navin
marah lagi. Navin kan sedang membuat rumusan buku agama yang sudah dibacanya.
Pun tadi dia juga yang menyuruh.
“Tengok dari jari kelingking yang kecil ni dulu.
Manusia dan apa-apa pun dalam dunia akan bermula dari yang kecil. Dulu masa you
baby, you tembam ke macam sekarang?” Navin tersengih bila Adriana membuka
mulutnya.
Eleh, mesti tak nak mengaku tembamlah tu! Mesti
nak kata dia pretty baby...
hati Navin tersengih melihat riak di wajah Adriana dengan mulutnya yang
terlopong itu.
Tidak juga memberikan peluang kepada Adriana
untuk berkata dan memprotes. Navin menyambung rumusannya, “Hmm… dari kecil kemudian
membesar dan terus membesar,” Navin
tersenyum.
“Itulah fitrah insan dan alam keseluruhannya. Everything...
setiap yang kita lakukan bermula dari sesuatu yang kecil dan mudah dahulu.
Kalau kita tak dapat mendidik diri dan generasi kita semasa masih muda, it
will give huge impact to our future. We will be a failure!”
Adriana angguk-anggukkan kepala. Setuju!
“Now you look at your jari manis.”
Adriana senyum. Bintang Doraemonnya mengerlip
lagi.
“Bilalah I
nak dapat cincin ye dear…” sengaja dia membelek jari manisnya yang
runcing di hadapan muka mereka.
Telatah nakal Adriana
mengundang senyum di bibir Navin. Namun dia masih ingin terus berkata-kata.
Tidak dipedulikannya usikan penuh makna gadis itu. Dia sudah lali dengan
kata-kata begitu.
Nanti-nantilah. Akan tiba jua
harinya nanti untuk dia sarungkan sebentuk cincin yang diminta oleh Adriana itu
ke jari manisnya. Bukan setakat cincin sekecil itu. Kalau dia mampu nanti
dengan rantai besar sekali.
Lebih besar dari segala macam
rantai kontena. Biar Adriana terpasung di sisinya. Biar Adriana tidak dapat lari
ke mana-mana meninggalkannya. Walaupun mereka harus hidup di bawah jambatan.
Hmm... padan muka. Nak sangat
kahwin dengan orang tak handsome yang gelap dan miskin macam aku ni...
hati Navin terus tersenyum.
“Jari
manis ni macam usia remaja. Everything is sweet. But we should
not be carried away,”Navin menarik nafasnya seketika.
“Macam masa remaja kita sekarang
ni.Masa ni
sebenarnya hidup kita penuh dengan cabaran dan dugaan. Suka shopping. Melawa
pakai baju tak cukup kain. Tudung tertinggal-tinggal. Asyik ajak I dating.
Kalau dibuatnya I tak kuat iman....”
Navin menjeling Adriana yang
sedang membulat mata memandangnya. Pun sedang menajamkan muncung. Dia tahu
Adriana sedar dirinya sedang dijadikan model ceramah motivasinya.
“So, what will bring us back? You
bagi tahu I?”
Adriana terlopong dengan soalan
itu. Wajah Navin diseluruhinya seketika.
Kurang asam punya pakwe. Nak kenakan kita pulak dia ye… hati kecilnya
mengomel.
“Iman dan takwalah my dear...”
Navin memberikan jawapannya.
Rasa panas memijar di pipi Adriana.
Padan muka aku. Suruh lagi si Navin tu belajar tentang Islam, sekarang aku pula
yang terkulat-kulat. Hati Adriana berkata sendirian.
“And this is the tallest.
Jari hantu… this is our adult age,” bicaranya terhenti bila beberapa pasang remaja lelaki dan perempuan
melintasi tempat mereka duduk sambil tertawa nyaring. Dia mengerling kumpulan
itu dengan rasa tidak puas hati. Mengganggu ketenteraman sungguh… marah hatinya.
“Okay now…” dia menyambung bila
sekumpulan remaja itu sudah jauh. “At 30's, status, career dan
ekonomi kita dah stabil.”
Dia menghirup udara biar rongga dadanya penuh
dengan oksigen yang dapat membuat mindanya berfikir dengan tenang, “Masa inilah
kita kena lebih berhati-hati. Masa ni hantu-hantu pengacau akan menggoda. Hantu
dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous, macam-macam hantu lagi…”
Pling! Bintang Doraemon Adriana mengerlip lagi. “Dear, dear! Dulu kan ada satu hantu kacau I tau.
Nama dia kan CcHantu…” ujar Adriana sambil kepalanya terangguk-angguk menahan
tawa.
Navin herotkan mulutnya, geram
dengan keletah nakal Adriana alias Doraemon yang sudah dia buat girlfriend
itu.“Yang
itu hantu baik, tak ape. Hantu tu dah nak masuk Islam dah...” balas Navin
bersahaja.
Langsung terhambur
tawa Adriana mendengar jawapan bersahaja teman lelakinya itu.
“Nasib baik you kena
tangkap dengan hantu baik tau, kalau tak...” balas Navin selamba.
“Ni pasal hantu-hantu
yang lain ni, kalau kena kacau dek diorang... kalau tak dapat kawal emosi kita,
hmm… terperangkaplah kita dengan nafsu dan syaitan.So, what should we do?” soalnya lagi.
Terkelip-kelip mata Adriana. Kagum pula dengan
kepetahan Navin walau dia terbiasa dengannya. Ada gaya-gaya peserta Imam Muda
pulak. Imaginasi itu akhirnya menyebabkan mulutnya terlewat pula untuk
memberikan jawapan.
“Banyakkanlah beribadat. Jangan asyik uzur je
kalau suruh solat. Puasa jangan di bulan Ramadhan je… ni kurang-kurangkanlah ajak I dating macam
ni… tak baik. Kita berdua-duaan begini tau, sekali-sekali bolehlah I tahan. Kalau
selalu, bergunung dosa, takut tak tertanggung I dear oi.Baru je masuk
Islam karang, dah penuh buku lejer I dengan hutang kepada Tuhan pulak…”
dalam selorohnya Navin sedang mengingatkan diri mereka berdua.
“Amboi dear!” Adriana mencubit paha
Navin.
Navin menggeliat kesakitan lalu menggosok-gosok
pahanya yang dicubit Adriana. Serentak mereka tertawa.
“Ni, jari telunjuk,” ujar Navin kemudian di
hujung sisa tawanya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke hadapan hidung
mancung Adriana. Tawanya yang masih berbaki dikawal.
“Masa solat, it always say Tuhan Allah
itu satu. Esa.” Navin tersenyum lalu membuka bungkusan nasinya.
“Ibu jari dear?”
Adriana sempat mengusik. Hatinya sudah sarat dengan keterujaan. Navin sudah
banyak mendalami Islam nampaknya. Senang sangat hati Adriana.
“Lah, Nabil kata lu fikirlah
sendiri…”
Hai, Navin pun minat dengan
Nabil ke? Adriana tersengih sendirian dengan jawapan itu. Nampaknya Navin sudah
siap-siap membuka bekas makanannya. Dia kemudian membetulkan sila menghadap
nasi putih dalam bekas polystyrene, bercampur lauk-pauk pilihan Adriana.
Usai membuat rumusan buku seperti yang diminta Adriana, lapar pula perutnya.
“Dear…?” Adriana buat muka kartun dengan mata
terkelip-kelip sampai hendak tersembur sedikit nasi yang ada di dalam mulut
Navin bila tawanya meledak.
“Iyelah, ibu jari ni. Kan dia
beza dari jari lain. Dia gemuk, besar… shows the maturity and… kehebatan
yang membanggakan. Macam kekasih gelap you ni lah kan. Hebat tak I?”
Navin kemudian menyudu sesuap nasi ke dalam mulutnya.
Adriana ketawa lagi. Terasa
ada bahagia yang menyusup masuk ke dalam jiwa bersama helaan nafasnya saat
memandang Navin kala itu.
“Imagine kalau tak ada
ibu jari, kan susah? Nak pegang sudu pun tak boleh kan? Moralnya, kita ni generasi muda
kalau nak buat sesuatu kenalah rujuk dan minta nasihat orang yang lebih tua.Mereka makan garam banyak dari
kita, berpengalaman. Jangan ikut hati muda je…”
Nada bicara Navin kedengaran
goncang. Ada
sebak yang sedang ditelan agar suasana sendu tidak terasa. Hakikatnya Navin
memang terusik. Ingatan terus melayang mengenangkan Amma.
Aduhai, betapa dia terlalu
merindui Amma dan adik-adiknya di Raub. Sudah agak lama dia tidak berkesempatan
pulang menziarahi keluarganya itu. Kalau bukan sibuk dengan kerja, dia akan
lebih sibuk dengan perempuan yang seorang ini.
Nantilah, dia akan tetapkan
harinya untuk dia pulang dan mengadap Ammanya yang tercinta itu. Sekali dengan
membawa usul paling kritikal dalam hidupnya.
“Aik, lain macam je dear…?” Adriana mengusap dagunya.Cuba tidak terhasut oleh
emosi.
“Perli I ye?”
“Mana ada perli...”
Cepat-cepat dia telan nasi
yang baru sahaja dia suap ke mulut, “Dear,
bila kita nak bagi tahu Mama, Papa dengan Amma pasal kita ni?”
“Pasal kita? Pasal apa?”
Automatik cubitan Adriana
singgah di paha Navin, “Adoilah.. okay, okay...”
Dalam senyum yang sedaya upaya
dia ukir meski di dalam hatinya ada suatu rasa sebak bila Amma disebut Adriana,
“Tunggulah dulu...” katanya lembut.
“Nak tunggu sampai bila? Ni
Mama dah bising-bising pasal bil telefon. Kalau dia yang tangkap kita dulu,
lagilah banyak cerita dear.Lebih baik kita mengadap dia dan cakap
elok-elok.”
“You dah bersedia betul
ke ni?”
“Dah lama dah I bersedia
pun. You tu je yang banyak cekadak!”
“I bukan tanya you dah
bersedia nak jumpa Mama dan Amma lah...”
“Dah tu?”
“You dah bersedia ke
nak berpisah dengan I ni?”
Terkejut Adriana mendengar
kata-kata itu, “You cakap apa ni dear?”
“Kalau Mama you tak
suka dan tak nak terima I, macamana?” wajah Navin sudah tiada riak. Mati
seleranya hendak menghabiskan nasi dan lauk di dalam bekas. Kalau diikutkan
hati memang moodnya agak terjejas begini. Tetapi demi kasihnya kepada Adriana,
Navin tahan diri dan perasaannya sendiri meski begitu sukar.
Tidak puas hati sungguh Adriana
mendengar bicara Navin itu. Wajah Navin yang nampak sedang makan tidak makan
itu sahaja dia tatap buat seketika. Ya tak ya juga, kalau Mama tidak izinkan
mereka bersama? Kalau Amma pun satu kepala dengan Mamanya? Apa yang harus
mereka lakukan nanti?
“Sabarlah dulu ye. Biar I survey Amma
dulu... lepas tu baru kita fikir macam mana nak approach Mama dan Papa you.
Kalau terburu-buru takut tak larat nak kendong...”
Adriana kerut kening. Apa kena
mengena terburu-buru dan tak larat nak kendong dengan usaha mereka? Entah
mengapa saat itu dia jadi blursahaja pula.
Menungannya sejenak jauh. “Dear, macam
mana kalau Mama dengan Amma sama-sama tak setuju?”
“Kalau dah macam tu, samalah nasib kita
jadinya nanti,” jawab Navin bersahaja.
“Dear betul ke nanti Amma tak kasi you
kahwin dengan I?” soal Adriana dengan nada gusar.
Navin dongakkan kepalanya memandang dedaun
pokok yang menaungi mereka itu seperti sedang berfikir, “I rasa kalau
Amma tak setuju pun bukan sebab you. Alah, samalah macam Mama dengan
Papa you juga nanti. Amma mesti nak debate pasal tukar agama ni.”
“Dear, you rasa kalau you insist
jugak nak kahwin dengan I, sunat, pas tu masuk Islam, rasanya Amma...” tak sanggup pula Adriana
hendak sebut perkataan seterusnya.
Navin pandang muka nakal Adriana dengan
hujung mata. “Apa? You nak kata Amma bunuh diri ke?”
Sedetik lebih kedua mereka terdiam.
Walaupun ada nada jenaka dan gurauan pada bicara mereka tadi, namun dalam hati
masing-masing gerun dengan kemungkinan itu. Kalaulah Amma betul-betul... Navin
pejam mata. Itulah yang selalu buat dia berat hendak gelojoh berterus-terang
dengan Amma tentang hal dia dan Adriana ini.
Tembok penghalang semakin tinggi rupanya. Sungguh benar kata orang, hidup selalunya tidak
seindah impian.
“Dear...” Adriana memanggil Navin perlahan.
“Hmm…”
“Kalau macam tu.... kita... kita kahwin
lari nak?”
“Hish, you ni dear... gila
apa?!” Navin mengurut dada mendengar saranan berani mati yang dibuat oleh
Adriana itu.
“Memanglah I gila! I gilakan
you. Oh, you tak gilakan I ye dear?”
“You ni dear. Cakap suka-suka ikut sedap mulut je, tak
guna akal. Cuba bawa bertenang dulu, fikir baik-baik. Lagipun memanglah I
tak gila. Kalau tak percaya you boleh check. You kan nurse?”
“Dear...?” protes Adriana.
“Dear, I tak gila. Tapi I tahu I sayang
dan cintakan you je dear, sangat-sangat. Slowlylah...
kalau Tuhan izinkan jodoh kita, tak ke mana...” pujuk Navin.
Adriana kerling Navin dengan
ekor matanya yang tajam. Amboi, cakap bukan main. Dia ingat kisah mereka ni
cerita Hindustan ke apa? Ingat dia tu Shah Rukh Khan dan dirinya ini Kajol ke
apa dalam cerita Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. Pasangan Kekasih Akan Berjaya.
Ceh... kalau dia ingat-ingat
perangai Mama, bukan Pasangan Kekasih Akan Berjaya jadinya mereka nanti. Mesti
jadi Pasangan Kekasih Kena Kerat Lima Belas pulak!
Tiba-tiba Navin jungkit
kedua-dua bahunya.Lalu dia buat thumbs
up, “Sedap…” Sudahlah. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Nanti turun
pulak hujan di tengahari yang panas terik ni. Pelangi? Lagipun dia sendiri
masih belum pasti dengan hari depan.
Aduhai, beginikah dilemanya
insan yang jatuh cinta dengan pasangan berlainan agama? Dalam diamnya, Adriana
memanjatkan setinggi-tinggi doa dan harapan moga bila sampai waktunya Navin
harus dia perkenalkan, keluarganya akan menerima dengan hati terbuka.
Semoga seluruh ahli
keluarganya nanti mampu melihat kebaikan yang ingin dia bawa melalui kasih
sayangnya terhadap Navin ini. Ya Allah… restuilah niat suci kami ini…