Syarifah Adriana Fidzriah alias Dik
Na tekun membaca halaman CLEO sambil mulutnya kumat-kamit mengunyah Nata deCoco.
Sesekali tersengih-sengih sendirian. Pasti ada di antara artikel yang ditulis
di dalamnya menarik hati. Selalunya memang begitulah Dik Na. Dia
akan tersenyum sumbing seorang diri jika
ada tulisan artikel yang dibacanya itu bersangkut paut dengan diri dan
kehidupannya. Ciri-ciri gadis remaja yang masih tebal dalam dirinya walaupun
umur sudah bertambah hingga ke puluhan angka.
Seorang lagi gadis tinggi lampai yang
sedang duduk mengadap desktop itu
pula bernama Syarifah Adriani Fidzriah alias Kak Ni. Dia pula sedang
menyudu sedikit demi sedikit puding caramel laici yang Dik Na buat pagi tadi
bersama Bibik.
Sesekali lidahnya perlahan membasahkan
ulas bibir. Boleh tahan juga rasanya. Terasa sungguh enak di tekak kurusnya
itu. Halus di lidah. Sejuk dan manis sekali. Nampaknya sekarang Dik Na memang
sudah pandai buat puding laici. Itupun
setelah beratus kali mencuba.
Dik Na memang begitu, tidak pernah kenal
erti putus asa. Dia tetap akan cuba lakukannya sehingga benar-benar berjaya.
Barulah dia puas hati. Barulah nyenyak tidur dan selera makannya. Selagi tidak
berjaya, telinga Adrianilah yang kena menadah berkarung bebelan dan
sungutan itu.
Kalau awal-awal dulu, puding laici yang Dik
Na buat selalu sahaja serba tidak kena rasa dan bentuknya. Kadang-kadang cair,
paling teruk kalau pudingnya jadi keras. Macam cekodok batat kata Bibik.
Ajaibnya kali ini puding laici yang Bibik
kata air tangan Dik Na sendiri itu terasa begitu sempurna sekali. Rasanya kalau
tidak salah kak Ni lebih kurang sama seperti air tangan arwah Umi dulu.
Bukan sekadar almost perfectlagi dah. It is already
perfect! Congratulation my dear sister!
Sambil menyudu
puding, Adriani masih juga duduk berteleku dengan tapak tangannya kirinya
memanggung pipi.Pandangannya
tidak lepas dari skrin komputer. Menunggu signal dari kotak Yahoo Messengger.
Tiba tiba!
Pling!
CcHantu : Hi there…!
OK, itu dia… bisik hati Adriani yang
sedang berbunga senyum. Bibirnya melebar segaris tatkala membaca nama samaran
yang digunakan olehchatter itu.
Hmm... CcHantu? Quite interesting,bisik
hatinya lagi. Teruja untuk meneruskan perbualan dengan CcHantu.
Diletakkannya sudu ke dalam gelas bulat
yang masih berisi sedikit puding itu. Berdenting bunyinya bila sudu besi itu
berlaga dengan dinding kaca gelas. Signal untuk dia menaip mesej balasan
membuatkan Adriani terpegun sejenak.
Bukan kerana dia tidak punya idea untuk
menaip kata balas. Tetapi nama samaran Dik Na itu yang buat dia terasa pelik.
Geli hati pun ada. Walaupun dia cuba untuk menerima sahaja nama samaran yang
Dik Na gunakan itu, masih juga dia tidak mampu menahan perut yang menggeletek.
Dik Na... gaya sahaja kononnya brutal.
Tetapi nama samaran yang dia gunakan buat orang
rasa hendak ketawa besar. Sampai
boleh terburai isi perut. Berulang kali dia
membaca nama samaran si adik yang tertera di skrin komputer.
“Ikan parang?”
Dengan pantas dia toleh ke arah gadis itu
yang sedang duduk santai di sofa bulat hampir berbentuk cendawan yang berwarna
merah hati di tepi meja solek. Masih tekun membelek majalah CLEO bulan itu
sambil mengunyah Nata deCoco.
Kedua-dua telinga Dik Na dipekap
dengan earphone.Kepalanya pula
terangguk-angguk. Ralit. Itu memang sudah pastilah sedang mendengar lagu
kegemarannya. Volumnya pula hingga mampu Adriani dengar dari tempat duduknya
itu.
Kuatnya!?
Adriani geleng kepala melihat gadis yang
seusia dan seiras dengannya itu. Syarifah Adriana Fidzriah, adik kembarnya yang
berusia lewat beberapa minit itu membuatkan mulutnya terherot ke kiri dan
kanan.
Apa punya namalah yang minah ni pakai….
Ikan parang? Ikan lain tak boleh ke?Ikan emas ke, ikan kelisa ke... kan lagi
sedap disebut dan didengar. Lebih relevan dengan jantina. Kalau lelaki bolehlah
gunakan ikan jerung atau ikan jaws. Hih hih...
Adriani tertawa sendiri. Tidak sampai hati
pula untuk mengejutkan si kembar itu dari ralitnya. Diaberkalih tubuh lalu kembali mendepani
skrin komputer. Dalam masa yang sama jari-jemarinya masih terus pantas menaip
di atas keyboard.
Ikanparang :
Hi hantu...
“Dik Na, cepatlah… ada orang dah masuk ni,” gesa
Adriani biarpun pandangannya masih tidak berkalih dari skrin.
Adriana yang kini sudah tegak duduknya di
atas sofa menyudu kiub-kiub Nata deCoco yang bersisa di dalam gelasnya itu hanya mengerutkan dahi. Tidak
berhasrat langsung untuk mempedulikan pangilan si kakak. Seolah nikmat
kelazatan makanan kegemarannya itu lebih bermakna dari segalanya.
“Dik Na, cepatlah…” gesa Adriani lagi bila
sunyi masih bertamu di dalam ruang.
“Tak maulah, Dik Na penat ni… Kak Ni aje
lah yang layan,” dia menolak dengan gaya dan nada suara malasnya.
Dia bangun dari sofa kecil itu lalu membaling
tubuh kurus tingginya ke atasempuk tilam yang terhampar di atas katil kayu
berukir. Bersalut cadar Mickey Mouse yang bertanahkan warna biru laut.
Berbeza dengan cadar katil kakaknya
Adriani yang lebih bertemakan alam flora. Bukan
sekadar cadar tilam sahaja yang
berbeza. Malah tata rias meja studymereka juga berlainan nada.
Melihat pada bahagian Adriani, mata akan
tenang memandang corak-corak abstrak yang masih kelihatan corak bunga-bunganya.
Begitu juga dengan poster-poster yang tertampal di dinding itu. Semuanya
bernada motivasi.
Berbeza dengan bahagian katil dan meja studyAdriana. Penuh kartun
di sana-sini. Masih ada sifat keanak-anakan dalam dirinya. Malah di atas
katilnya penuh dengan pelbagai bantal kartun.
Dari spongebob,sampai ke mickey
mouse,hingga ke bantal ulat. Doraemon dengan teddy bear,
usah cakaplah. Sudah berekor-ekor tergolek-golek di atas katilnya.Sekali fikir, di mana pula Adriana tidur sudahnya
di alam fauna itu. Tempat itu sudah lebih kelihatan dan bersuasana seperti petting-zoo
pula.
Sedang Adriani cuma ada seekor teddy
bearyangbesar.Tidak
pernah lekang dari pelukan tidurnya. Sudah tentulah pemberian istimewa sebagai
hadiah hari jadi dari teman lelakinya. Pasti
sahaja punya nilai yang sentimental.
Adriani memang sayang sangat teddy bearnya
itu. Sering kali sahaja Adriani jadi gila meroyan bila teddy bearbesar
itu hilang dari atas katilnya.Disorokkan Adriana.Dua kembar seiras, tetapi berlainan sikap dan citarasa.
“Kak Ni
lagilah, ada assignmentnak kena buat,” ujar Adriani. Betullah
tu, dia memang harus menyiapkan tugasan untuk serahan esok hari. Sebelum jam
lima petang lagi.
Bukan dia tidak biasa menyiapkan
tugasannya dalam tempoh-tempoh terakhir.
Last minute.Pernah saja dia terkial-kial menaip, mencetak dan bind
tugasan di kampus. Tetapi esok jadual kelasnya terlalu padat. Back to
back.
Dari pagi sehinggalah petang esok, dia
punya tigakuliah yang harus dihadiri.Without fail!Kalau
tidak mahu pecah kepalanya untuk catch upsemula. Setiap satunya akan
berlangsung selama dua jam. Di mana pula harus dia cekau masa seminit dua
yang terluang untuk menyudahkan tugasan itu esok di kampus. Mahu
tidak mahu dia harus juga berjaga malam itu.
Adriani sedang menuntut dalam tahun akhir
jurusan perubatan di UKM. Seperti yang ramai orang tahu, jurusan perubatan
bukanlah mudah. Memang benar, hambatan
jadual kuliah, tutorial, latihan makmal dan tugasan khas begitu
melelahkan. Tambah-tambah lagi dengan subjek perubatan yang begitu mencabar.
Sepatutnya dia sudah mula melakukantugasannyasejak awal tadi.
Kalau bermula awal, adalah juga masa untuk menyemak semula tugasan itu. Paling penting tidak perlulah dia
bersengkang mata sampai dinihari nanti. Kalau tidak, tentu saja dia terlentok
dalam kuliah Prof. Cassandra esok.
Sebaliknya yang terjadi, Adriani
tersangkut pula di depan komputer ini.
Bukannya menyiapkan atau menaip tugasannya. Tetapi untuk pertama kalinya
menjadi setiausaha tidak bertauliah Dik
Na, menjawab semua soalan chatters.Ada gaji ke ni?
“Hmm… Kak Ni nak pergi dapur sat. Tengokkan
mamat ni tau,” suruhnya sambil mencapai gelas kosongnya itu.
Lalu Adriani bingkas meninggalkan
kerusinya lalu beredar dari bilik. Hendak ke dapur menghantar mangkuk puding
yang sudah kosong.
“Kak Ni, tolong ambilkan Dik Na sikit lagi
Nata deCoco dengan honey dew ye!” laungnya bila Adriani sudah hampir
menutup pintu bilik mereka.
Adriana tersengih, menyerlahkan barisan
giginya yang kemas teratur. Putih bersih. Sihat dan kuat. Kesan penggunaan ubat gigi Sensodyne. Adriana tersengih lagi
dengan iklan yang terlintas di fikiran nakalnya itu.
“Makan je kerjanya...” si kakak mengomel
lalu menutup rapat daun pintu.
Sengih Adriana melebar. Memang dia kuat
makan walaupun tubuhnya kurus. Semua rakan-rakannya juga hairan. Kalau mereka
perlu mengamalkan diet sehingga menjeruk
perasaan dan melelehkan air liur untuk kekal ramping, Adriana pula sebaliknya.
Selera makannya boleh dikatakan luarbiasa.
Namun masih tidak perlu
bimbang akan mengalami lebihan berat badan. Kadar metabolisme dalam tubuhnya
memang tinggi. Kadang-kadang mencecah tahap luar biasa pun pernah.
Adriana tersengih sendiri sambil mengunyah
baki Nata deCoco. Kakinya yang lenguh bersilang sejak tadi, dia lunjurkan pula.
Sesekali memandang ke pintu bilik mengharapkan kakaknya segera muncul dan membawakannya bekalan Nata deCoco lagi.
Hanya pada kakak kembarnya itu sahajalah
tempat dia bermanja. Segalanya memang mereka kongsi bersama. Lumrah sejak usia
mereka kecil. Dengan siapa lagi dia hendak merengek dan meminta perhatian? Pun
siapa lagi yang akan tahan dengan perangainya yang overmengada-ngada
itu.
Takkan dia hendak merengek depan Mama pula.
Kalau dia buat juga perangai itu, maknanya dia memang sudah tidak tidak ada
benda lain hendak dibuat. Merengek depan Mama begitu sekadar membuang masa ibunya
itu. Dan yang paling dia tidak sanggup adalah untuk membuang masanya sendiri.
Mama tidak pernah ada ruang bernafas walau
untuk dirinya sendiri pun. Sentiasa dihambat waktu. Busy24 , 7 and
365. Semua keperluannya dan Adriani, Umi dengan Bibik yang sempurnakan.
Tambah-tambah lagi Puan Sharifah Adirahana dan Tuan Syed Al-Malik
Faizal tidak pernah tidak sibuk dengan urusan perniagaan dan sosial mereka.
Jarang ada masa untuk anak-anak yang hanya dua tiga kerat itu. Semua urusan
dilepaskan kepada pembantu rumah, pengasuh dan pemandu.
Pernah juga terlintas di fikiran Adriana mungkin
dia, Kak Ni dan abang cuma anak angkat bagi pasangan Tuan Syed dan Syarifah
itu. Kalaulah betul begitu, sudah lama
dia ajak kakak dan abangnya itu pergi mencari ibu bapa mereka yang sebenar.
Biarlah tidak berharta dan semewah Tuan
Syed Syarifah ini asalkan mereka dapat merasai dan menikmat kasih sayang yang
mereka dambakan. Tetapi apa yang hendak dibuat lagi? Mereka memang sah biological
twins and children kepada Mama dan
Papa. Bukan setakat ujian darah. Kalau dia hendak buat DNA testsekalipun
mesti confirm approved!
Dahulu
mereka punya seorang pengasuh yang paling mereka sayang.Mereka panggil dia Umi. Umilah yang
menguruskan mereka sejak lahir. Makan, pakai, pampers, tidur semua
tanggungjawab Umi.
Mama dan Papa hanya melengkapkan segala
keperluan mereka dalam bentuk ringgit dan sen. Tidak pernah gagal menyediakan
segala keperluan. Ya lah, wang ringgit bukan masalah bagi mereka. Yang ada pun
tak habis pakai.
Hari pertama meniarap, duduk, tumbuh gigi,
berjalan dan berlari semuanya disaksikan oleh Umi dan Bibik.Pak Man, si pemandu akan menumpang gembira
kerana Pak Man tidak ada anak. Dia bujang terlajak.
Malah
perkataan pertama yang keluar
dari mulut merekapun adalah sebutan Umi. Bukan Mama. Pun bukannya Papa. Kini si
kembar seiras yang waktu kelahirannya berbeza selama lima minit sahaja itu
sudahpun menginjak usia dua puluh tiga tahun. Sudah menjadi anak-anak gadis paling manis dalam legasi keluarga dan keturunan Mama dan Papa.
Namun kedua orang tuamereka tidak pernah berubah.
Hmm... mungkin kerana itu Adriana lebih
bersifat rebellious.Asalnya dia hanya mahu menarik perhatian Mama dan
Papa sewaktu kecil dulu. Tetapi sikap itu akhirnya menjadi kebiasaan dalam
dirinya. Sampai sekarang pun. Protes sahaja yang dia tahu kalau kehendak
hatinya tidak dipenuhi.
Berbanding Kak Ni yang lebih reservedan
cool,Adriana lebih pelik hormonnya. Moodnya selalu tidak dapat
dijangka. Ada masanya dia akan menjadi terlalu sensitif. Dan ada kalanya pula
dia menjadi cepat marah. Lebih-lebih lagi dengan hambatan tugasnya sebagai
jururawat di Wad 5U Neuro-ICU PPRM yang terlalu
melelahkan.
Hmm... gandingan kembar yang hebat.
Adriani bakal menjadi seorang doktor perubatan dan Adriana pula jururawat
terlatih yang paling cantik dan paling glamour di hospitalnya. Tetapi Mama
selalu mengeluh bila berkata ’kan elok kalau dua-dua pun doktor’.
Mama...
Adriana sangat mencintai tugasnya sebagai
seorang jururawat perubatan. Jiwanya kental biarpun saban hari berdepan dengan begitu banyak kesakitan,
rintihan, ratapan dan kesengsaraan. Bergelut dengan debar dan gentar. Berlumba
dengan detik kematian yang tidak pernah lengah dan gagal untuk menjemput.
Pesakit-pesakit yang didaftar masuk ke
dalam wadnya itu rata-rata mengalami kecederaan kepala atau tumor otak yang
parah. Itu belum lagi dengan pesakit yang separuh koma.
Paling parah kalau terpaksa menjaga
pesakit-pesakit yang berada dalam
keadaan vegetative.Koma. Yang hanya terlantar di atas katil, tidak
sedar-sedar dalam suatu jangka masa yang tidak dapat ditentukan.
Dia harus memberikan sepenuh tumpuannya
kerana pesakit begini perlu diberi perhatian yang teliti dan rapi. Mesin
penyambung hayat mereka harus
sentiasa di teliti dan diperiksa.
Manalah tahu tanpa mereka sedari atau jika
terlewat diperiksa, mesin itu gagal berfungsi atau mengalami masalah-masalah
teknikal lain. Pasti itu akan menjejaskan peluang pesakit untuk sembuh. Malah maklumat perkembangan
pesakit harus direkod dengan tepat untuk membantu analisa dan keputusan yang
bakal dibuat oleh para doktor.
Plinggg!!
Bukan Adriana tidak dengar bunyi pling pling itu
sejak tadi. Tetapi dia masih dudukmelunjur, menyudu saki baki kiub-kiub kecil
di dalam gelasnya. Tidak mempedulikan bunyi-bunyi itu yang menandakan mesej
sebelumnya tadi telah dibalas. Dia jadi tidak berminat untuk menyambung
aktiviti itu lagi.
Setiap rakan chatter yang dia temui tidak
mampu menepati kriteria pilihan dan citarasanya. Bagaimana mungkin dia mahu
meneruskan perbualan dengan orang-orang yang tidak belajar Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris yang sopan. Orang cakap A dia cakap Z. Orang kata putih dia
kata bangku. Tidak ada kena-mengena langsung! Kan tak serasi namanya tu?
Dia cuma ingin mencari teman yang berbudi bahasa
walaupun sedikit, ada IQ dan boleh memahaminya. Arwah Umi dahulu pernah
berpesan kalau hendak mencari kawan, carilah mereka yang boleh membawa kita ke
arah kebaikan dan kebenaran.Tetapi kalau ada kawan-kawan yang perlukan kebaikan dan kebenaran dari diri
kita, jangan pula kita nafikan.
Sebab itu kawan-kawannya kata dia high-taste.
Ye ke?
Adriana hanya garu hidungnya.