Home Novel Keluarga SUAMIKU HEROKU (Sayang You Kerana Dia)
CHAPTER 7

“Woi, awat tersengih sorang-sorang? Angau?” sergah Farah. Dia lalu mengikik dan melayangkan tubuhnya ke atas katil Adriana.

Tersentak Adriana. Hampir tercampak kain yang sedang dilipatnya. Si Farah ni bukan saja tahu menyergah, malah tangan Farah pun cepat sahaja menepuk lengannya.

“Tak adalah…” nafi Adriana dengan pipi yang kemerahan. Entah kenapa terasa segan pula dia dengan usikan temannya itu.

“Farah...” panggilnya, “Apa yang kau suka tentang Fandi tu?” Adriana bertanya perlahan. Tangannya kembali melipat pakaian di atas riba.

Soalannya itu tidak segera dijawab oleh Farah. Sebaliknya wajah Adriana pula yang direnung oleh gadis itu. Bibirnya tersenyum.

 

Siapa bilang jejaka Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat…” tercetus lirik-lirik dalam melodi ceria Farah. Lalu dikenyitkan matanya pada Adriana yang juga sedang tersengih menjeling.

“Sedapnya suara…” perli Adriana dengan senyum lebar memandang Farah.

“Eloklah tu, nanti bolehlah kau kawan dengan si Navin tu. Suka sangat menyanyi. Orang tanya elok-elok, dia menyanyi pulak.”

Farah terkikik ketawa.

“Kau tak jealous ke kalau aku kawan dengan dearkau tu?”

Farah lalu bangun dari pembaringan santainya. Duduk pula di birai katil.Berdepan dengan Adriana yang sedang melipat kain di atas tikar.Lipatannya kemas, sama seperti kerja-kerjanya di hospital yang sistematik. Sering sahaja diberikan kredit oleh pakar-pakar perubatan.

Adriana mengerling dengan senyum yang masih terlukis di bibir merahnya. “Nak jealous apanye? Navin tu sayang kat aku separuh hidup tau…? Tak adanya dia nak heran dengan kau tu...”

Farah cebik pada usikan Adriana itu.

 

“Kenapa kau suka lelaki bukan Melayu eh?” tanya Farah lagi kemudiannya dengan wajah seribu hairan.

Your ex was Chinese kan?Pas tu aku rasa kau ada affair dengan siapa tu?” Farah berfikir sejenak. Cuba mengingati sesuatu.

“Ah, James kan nama dia? Mamat Serani tu. La ni Indialah pulak.Apa yang special sangat dengan lelaki bukan Melayu ni?”

Kain yang sudah kemas dilipatnya lalu disusun elok-elok di dalam almari.“Kan aku kata masyarakat kita ni majmuk…?” dia bersenda lagi. Tapi itu memang fakta!

“Yelah tu….

“Hai, macam mana nak cakap ye?” dia pegang dahi. Seketika kemudian Adriana melangkah ke rak bukunya pula. Mengambil blackberry.

“Navin kan...” Adriana berfikir seketika dengan senyum yang berbunga.

He will at least send me a message in an hour. Calls, at least five times a day. Wish me good morning dear, good nite sweet dream, dreams of me dear.”

 

Merenung blackberry, “Navin says ‘I love you dear’ as much as I wanted to hear them…” patah-patah kata itu dituturkan satu-persatu dengan satu nada yang kalau orang dengar macam… mengada-ngada pula!

“Romantiknya…”

Farah pun sama tergeleng-geleng seolah berimaginasi. Tumpang sekaki akan perasaan Adriana yang sedang terbang melayang-layang itu. Teringatkan Navin. Dalam masa yang sama Farah pula cuba membayangkan tunangnya Fandi.

“Navin kan...” Adriana sengih lagi. Blackberry yang sedang dipegangnya seperti raut wajah Navin yang sedang dia tatap saat itu.

His messages full of wonderfull words. His love vocab is beyond expectation, they always impress me.”

Beyond expectation? Itulah kriteria paling penting ya?”

Geleng kepala.Senyum memandang Farah yang bulat mata merenungnya. Mahu dengar lagi dan lagi nampaknya.“Bukan tu je. Navin kan, he cares a lot about me.”

Pada bicara itu, Adriana terdiam seketika. Senyumnya masih tidak lekang. Tetap tekun membelek blackberrydi tangan.

Imagine, perkara yang ramai orang lupa dan anggap remeh pun dia ambil berat…”

Kedua-dua mata Farah membulat besar.Tanda berminat untuk mendengar lebih lanjut. Apakah yang orang ramai lupa dan anggap remeh itu?

“Contohnya kan... kalau kami jalan kaki sama-sama, he will walks by the road side.Pernah sekali aku jalan kat sebelah jalan raya. He was so mad.Dia kata bahaya dear…” nada Navin dia tiru. Sama tapi tidak serupalah jadinya.

 

“Hmm.. Navin kan...” Farah berbisik perlahan sambil menegakkan badannya. Seperti seekor kucing Parsi yang ternampak Friskies di dalam mangkuk di atas lantai.

“Navin kan... kalau di masak gulai lemak cili padi mesti sodap kan?”

 

Farah menjilat bibirnya dengan nakal.

Sengaja mengusik si teman yang sedang asyik memuji dan memuja sang putera gelap itu.Navin kan…. Navin kan… Navin kan... sampai bila baru nak habis agaknya? Susah betul kalau bercinta dua alam ni. Alam putih dan alam... kurang putih.

 

Adriana hanya mengerling tajam. Tapi tidak mempedulikan usikan poyo Farah. Dia masih ingin terus bercerita mengenai kekasih gelapnya itu. Ada banyak lagi tentang Navin yang membuatkan Adriana rasa dunia ini dia yang punya.

 

Bukankah tadi Farah juga yang mahu tahu sangat kenapa selama ini kebanyakan kawan-kawan lelakinya adalah bukan Melayu Islam? Ha, sekarang dengarlah jawapan yang hendak dia berikan. So,lain kali jangan tanya lagi...

 

Bak kata Fauziah Latif, bukan kemahuan fikirannya pun. Tidak pernah pun dia memilih teman dan kawan. Langsung tidak pernah terlintas untuk memilih kulit dan warna. Cuma saat berkawan dengan lelaki Melayu, mereka punya mutual bad feelingkot. Selalunya ada sahaja sikap teman-teman lelaki Melayunya yang tidak kena pada Adriana.

 

“Kalau keluar kereta, dia buka pintu kereta untuk aku. Ada sekali tu aku bersandar dekat kereta dia. Dia punye jerit masya-Allah… ingatkan aku dah kotorkan kereta dia. Maklumlah dia sayang kereta dia lebih dari nyawa dia. Rupanya…”

Adriana tertawa melihat temannya yang terlopong mendengar ceritanya itu.

“Dear nanti!”

Automatik dia berdiri tegak. Kaku dan terpaku.

Aiyok! Habislah aku… kenapalah aku boleh lupa? Si Navin ni sayangkan kereta Wira lebih dari nyawanya sendiri. Lebih sayangkan Wira dari aku agaknya…

Navin ni kalau menjaga Wiranya, sanggup berhabis wang ringgit.Pantang berhabuk, berlumpur atau calar. Pasti lekas dihantar berubat tidak kisahlah berduit ke tidak waktu itu. Ada duit bayar, tak ada duit hutang dululah jawabnya. Barang perhiasan di dalamnya tak usah nak kata, kalah perempuan asli… hati Adriana berdetik.

Aduh, alamatlah aku nak kena marah ni…

Ibu jarinya spontan dia gigit. Memang selama ini Navin tidak pernah marah terhadapnya. Kalau adapun hanya sekali dua. Itupun bukan dengan kata-kata. Navin kalau sudah diam dengan wajah serius itu, tandanya dia memang sedang marah.

Dan kini Adriana menggigit bibirnya pula. Lepas ini harus gigit apa lagi gamaknya? Hanya ada satu sahaja yang boleh menjentik mood Navin. Si Wira itulah...

“Alamak dear, habislah…” Navin tepuk dahi.

Semakin kuat pula gigitannya pada ibu jari itu. Sampai terasa sakit sudah. “Sorry ye dear, I tak sengaja…”

“Tengok tu!” Navin mengarahkan ibu jarinya ke bahagian punggung Adriana.

“Habis kotor baju you dear…” Navin menepuk-nepuk perlahan belakang bajunya. Dihembus-hembus bagai membuang habuk lagaknya.

Lah, ingatkan dia nak marah tadi… ke perli aku ni? Fikir Adriana.

“La, ingatkan you marah I bersandar kat kereta you ni dear oi…” Adriana sengaja menyindir. Lalu dia kembali bersandar di badan Wira kesayangan Navin itu.

“Ingat tadi I dah kena basuh dah kereta you ni…”

 

Masih tersengih kerang namun cepat-cepat memuncungkan bibirnya kembali, “You tu kalau sayangkan Wira ni, over sangat…” Adriana buat-buat merajuk.

“Alah, you ni dear. Takkanlah you tak tahu-tahu lagi kot? I sayangkan you dan Wira I ni lebih dari nyawa I tau. Hanya you dengan Wira ni ajelah pengubat duka lara jiwa I.”

Navin sengih sambil berkata lagi, “Kalau kat JB, bila I rindu-rindu kat you, bila I telefon you tak dapat-dapat kan, hah… I pun mengadulah dengan Wira I ni. Paling tidak I ciumlah Wira ni… hih…hih…”

Berkerut dahi Adriana mendengar cerita Navin itu. Macam-macamlah..

“Dear…” sebutir bintang ideanya terbit di sisi kepala. Yah, Doraemon datang lagi. Hatinya tersenyum.

“Hmm…”

“Kalau I suruh you pilih antara kereta Wira you ni dengan I, you nak pilih siapa dear? Cuba you bagitau sejujurnya pada I. Tak apa, you berterus terang aje…” suaranya sudah jadi gaya pelakon drama pulak. Siap dengan memek wajah lagi. Memey Suhaiza pun boleh kalah teruk!

Pantas Navin menoleh ke arahnya. Lalu pemuda India yang tinggi lampai itu tertawa, “Apa punya soalanlah you ni dear? Ada-ada ajelah…” dia garu-garu rambutnya yang lurus dan sudah agak panjang hampir mencecah tengkuk.

 

“Betul ni dear. You nak pilih Wira atau I?” Adriana hentak sebelah kakinya sedikit kuat. Sengaja memuncungkan bibir. Buat-buat merajuk minta diberikan juga jawapan yang dia mahukan itu. Saat itu juga!

“Malas nak layan you ni. Anyway, kita kan nak keluar makan?”Navin sengaja mengalihkan topik perbualan. Nadanya sengaja diseriuskan.

“Yelah...” Adriana sudah amat mengerti.

 

Kalau sudah nada itu yang keluar, usah lagi dipanjangkan cerita. Nanti dia juga yang rugi. Sudahlah Farah ada date dengan Fandy malam ni, silap haribulan dia tidur dengan keroncong dari perut pula.

“Kenapa dari tadi tak bersiap terus?” tegur Navin.

“Kan I dah siap ni dear?” dia bersuara manja. Spontan berdiri tegak. Mahu tunjuk siapnya itu pada Navin.

“Hah? Dah siap!?” sengaja Navin beliakkan matanya besar-besar.

“Nape?” pelik sambil membelek diri. What’s wrong with me?

 

“Ini?” Navin memandangnya atas bawah, bawah atas.

 

“Ini dah siap?” Matanya terjegil memandang Adriana.

“Dah, pergi naik tukar baju. Kan I dah cakap dengan you, dear oi… I tak suka tengok you pakai baju macam ni.” Navin tarik nafas berbaur keluhan.

“You ni kan selalu tak mahu dengar nasihat I ye? Lagi satu, tudung kepala you ni mana dear? Apasal togel je kepala tu?”

Amboi, panjang lebar pula sungutan Navin.

Adriana muncung sambil membelek lagi dirinya, “Apa pula masalahnya dengan baju I ni dear oi?”

“Baju sendat macam balut buah tembikai ni you kata okay dear? Alahai… tak eloklah. I tak sukalah orang lain tengok you pakai macam ni. Lagipun berdosa tau… Tuhan Allah marah. You ni belajar ke tak pasal aurat dan hukum-hukumnya ni?”

Ternganga Adriana mendengar barisan kata-kata itu. Navin kalau bercakap soal-soal agama, sepertinya dia sudah arif benar. Bersahaja. Tapi tahunya bercakap sahaja, buatnya belum tentu. Alah, dirinya pun dua kali lima juga, desis hatinya.

“Dear, you panggil I buah tembikai?”

Navin buat muka bersahaja, “Bila masa pulak I panggil you ni buah tembikai dear?”

“Tadi?”

“Tadi? Oh, tadi tu I kata macam...” Navin menggeliat, membetulkan belakangnya yang lenguh barangkali. Sengaja buat tidak tahu walaupun sedar Adriana sedang memancingnya dengan rajuk.

“Macam?” matanya terjegil.

 

“Samalah tu!” marahnya sambil menyepetkan mata memandang Navin yang asih endah tidak endah itu.

Malangnya tanpa mempedulikan reaksi Adriana, dia sudah mengarah, “Dah, pergi naik tukar baju. I tunggu kat bawah ni je.”

Dia muncung lagi, “Memanglah you kena tunggu kat bawah dear oi. Kalau you nak naikpun bukannya boleh. Inikan asrama perempuan.”

“Boleh je, kalau I pakai tudung,” Navin memperli. Bersahaja.

 

“Ten minutes!” pantas Navin memberi arahan bila Adriana berpaling seolah ingin mengeluarkan kata balasnya semula. Navin tidak beri peluang untuk dia protes sedikitpun lagi.

Muncung lagi.

 

Hmm… itulah pemuda India yang telah mencuri hatiku… Adriana senyum selebar cahaya mentari tengah hari yang bersinar.

“Ni lagi satu...” Farah cepat-cepat menelan liur.

 

“Kau dengan si handsome Doctortu apa hal?”

Tiba-tiba meluncur soalan berlainan tajuk dari mulut Farah. Daripada hal Navin tadi, kini sudah beralih pula kepada tajuk Dr. Firas. Hish, ini yang aku tak gemar ni... getus hati Adriana.

Hai, handsome doctor?Ni yang nak buat kembang tekak. Pertanyaan Farah dia biarkan sepi. Malas hendak dia jawab. Buang air liurnya sahaja bercakap tentang lelaki itu. Lagipun akanfahamkah Farah kalau dia ceritakan tentang doktor itu? Tentang bagaimana antara dirinya dengan Dr. Firas itu saling allergicsesama sendiri?

“Aku tahulah kau tukalau buat kerja, komited,” ujar Farah.

 

“Tak pernah tak siap. Belum pernah ada orang complaints. Dengan doktor pun kau selamba badak je, ikut round.Prof dan doktor semua tu tak habis-habis puji kau. Adriana itulah, Adriana inilah.”

Farah bangun mengambil bungkusan Twisties yang besar di atas meja study Adriana. Bekalan yang tidak putus-putus. Adriana memang dari dahulu hantu Twisties, ceh konon hanya makan makanan bernutrien... cebik Farah dalam hati.Dan dia pun menjadi kewajiban untuk tumpang sekaki.

“Lagipun kau kalau speaking sebijik macam Minah Salleh. Aku ni sebenarnya kan hairanlah. Kau kan anak orang kaya, boleh belajar tinggi-tinggi kat luar negara tu. Jadi doktor pun boleh kalau kau nak. Kenapa kau nak juga jadi jururawat?”

“Apa masalahnya? Tak boleh? Aku rasa tak ada beza pun doktor dengan jururawat, dua-dua pun kerja kat hospital gak. Tak adalah pulak doktor kat hospital, nurse kat bendang...”

Tergelak pendek Farah dibuatnya. “Aku tak ada lah kata tak boleh. Tapi kau tu pelik, tak macam orang lain.”

 

“Temanyaaa… tiru macam sayaaa...”

Adriana menggoyang-goyangkan kepala sambil tersenyum nakal. Rambut panjangnya yang ditocang satu, terbuai-buai. Dia duduk bersila di atas katil yang cadarnya teregang kemas itu.

Gelagat Adriana itu buat Farah menjelingkan matanya, “Tapi bab berlagak tu… hah, itu yang aku tak sanggup dengan kau ni!”

 

Patutlah hubungan Adriana dengan Dr. Firas ni panas. Tak serasi. Sebabnya dua-dua perangai pun dua kali lima. Bab berlagak, masya-Allah. Walaubagaimanapun antara Dr. Firas dan sahabatnya itu, Adriana masih memiliki rational senseberbanding Dr. Firas. Sekurang-kurangnya itulah pendapat Farah.

“Lah! Aku berhak apa?” Adriana tergelak.

Berderup-derup bunyinya bila Farah mengunyah batang-batang Twisties perisa kari itu. Diunjukkan bungkusan itu ke arah Adriana sambil duduk bersila di atas tikar.

“Yum yum… sedapnye. Kau nak?”

Kemudian meletus tawa kedua mereka serentak, “Tetamu ajak tuan rumah makan makanannya sendiri...” Farah berlawak.

Sedang Adriana hanya tersengih. Alah, antara dirinya dan Farah sudah terlalu akrab. Hartamu hartaku jua. Tapi Navinku hanya Navin ku sahaja! Adriana terus tersengih memandang Farah yang leka mengunyah Twisties.

“Eh, Dik Na… cuba kau cerita kat aku sikit apahal sebenarnya yang berlaku antara kau dengan Dr. Firas tu? Aku ni dah naik pekak telinga dengar budak-budak ni semua bercerita pasal kau krisis berapi-api dengan doktor handsome tu. Kadang-kadang cerita diorang ni pun susah juga aku nak percaya. Lebih sudu dari kuah je...”

 

Adriana panggung wajah memandang temannya itu. Pastinya peristiwa di wad telah tersebar luas. Hai, mulut tempayan betul...

“Peliklah kau ni. Kau janganlah buat hal dengan dia tu.Tak sesuai langsung, rupa je hensem, tapi tak friendly. Jauh sekali teamwork!”

Huh, Farah pun tahu ke perangai doktor itu? Tahu tak apa…” cebik Adriana.

 

“Kau pun satulah Dik Na. Kalau ye pun nak cari perhatian, buatlah hal dengan Dr. Shah ke, Dr. Irwan ke. Barulah padan kalau diorang syok kat kau. Eh, kau ni dah taubat ye? Nak cari boyfriend Melayu pulak?” Farah terus berleter.

“Eh, ke situ pulak dia. Habis Navin dear aku tu nak letak kat mana? Dalam drawerkau tu? Lagipun for your kind information Cik Farah oi, Dr. Irwan tu suami orang. Bapak orang lagi tau! Jangan-jangan dia pun dah ’I follow’!Yang Dr. Shah tu... hish, lemah semangat sangat. Tak kuasa...”

 

Mereka ketawa geli hati bila teringatkan perihal Dr. Shah. Zahirnya Dr. Shah yang berasal dari Kota Bharu itu memang kacak, malangnya terlebih hormon pula. Terlembut dari yang sepatutnya. Memang kurang sesuai kalau hendak digandingkan dengan Adriana yang jauh lebih brutal itu.

“Tapi kan Dik Na, aku rasa kalau kau jatuh cinta kat Dr. Firas tu pun boleh juga. Not bad! Hmmm… si cantik dengan si tampan. Tak adalah lagi budak-budak ni panggil kau dengan Navin tu, Beauty and The Beast.”

Hampir tersembur mee kari yang baru hendak ditelannya itu.

“Amboi, sedap mulut je kau kutuk dearaku ye? Dr. Firas tu? Hish tak ada makna langsung…” kerling Adriana.

Tiba-tiba, “Alamak!”

“Hah, kenapa?” lurus bahu Farah turut terperanjat dengan kekagetan Adriana.

“Aku lupa nak gosok uniform MKMC!”

“Kenapa nak gosok uniform MKMC pulak? Tadi kan kau dah gosok uniform kau?”

“Itu untuk duty pagi besok. Petang esok kan aku ada part-timekat MKMC?”

“Engkau ni tak penat ke Dik Na?” Farah sudah mula buat muka dengan kerut seribu memandang Adriana yang sudah mula hendak bangun dari silanya tadi.

“Kaukan anak orang kaya, hal-hal duit ni tak ada hal dengankau kan? Bagilah peluang kat orang lain cari duit tambahan pulak,” leter Farah lagi sambil menghembus-hembus bibirnya yang terasa berapi.

“Itulah kau Farah. Tak nak dengar pesanan mantan PM kita dedulu tu. Orang Melayu sepatutnya kena kerja lebih kuat. Tun Dr. Mahathir masa dia jadi PM dulu, dia pun banyak dah duit. Tapi dia tetap kerja lebih 10jam sehari juga. Tu tak campur lagi berapa lama otak dia dok bergetar fikirkan masalah rakyat. Aku yang kerja 12 jam ni pulak yangkau nak ambil kisah?” Adriana berhujah panjang lebar sambil menyarung sandalnya di depan muka pintu.

“Lagipun yang kaya tu Mama dan Papa akulah. Bukannya aku sendiri. Dibuatnya satu hari nanti kalau aku kena tendang, kiok.. hah, macam abang Feysal? Sekurang-kurangnya aku bolehlah bagi makan kat diri aku ni sendiri nanti...”

 

Adriana sudah melutut di depan almari bajunya mencari unifrom MKMC yang telah dilipat kemas beberapa hari lalu.

“Dari sekaranglah pun nak belajar hidup berdikari. Tak adalah terduduk kalau dah betul-betul jadi esok...” ujar lagi Adriana. Namun kali ini agak perlahan, seolah-olah hanya menuju bicara buat dirinya sendiri.

Terkedu Farah dibidas kata-kata itu.

 

Biar betul perempuan ni?! Malam pelik je skrip tu? Farah telan liur dan mengunyah Twistie lagi. Krap-krup!


Previous: CHAPTER 6
Next: CHAPTER 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.