Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,263
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

HUNA merenungke luar jendela kapal terbang, menanti waktu mendaratnya di Malaysia. Perasaanterujanya makin membuak liar seperti ada orang yang sedar bermain gendang diperutnya. Julia melihat Huna dengan wajah terkebil-kebil seperti inginmengatakan sesuatu.

            “Huna.”

            “Ya? Dah sampai ke?” jawab Huna denganmata bulatnya merenung besar ke mata Julia.

            “Eh, tak. Belum sampai lagi.” SahutJulia dan membisu sebentar. “ Huna, aku nak cakap sesuatu ni. Kau jangan marahtau.”

            Kening Huna mula cengkung kehairanan.

            “ Sebenarnya, nanti aku tak turun diMalaysia. Aku turun di Amerika Syarikat.”

            “Hah!” gertak Huna di tempatduduknya. “Kenapa pula kau turun kat sana! Kau melancong tak bagi tahu aku ea?” rajuk Huna dengan kata-kata Julia.

            “Bukan Huna. Mak ayah aku dah pindahsana. Aku mungkin tak balik Malaysia dah. Lagipun, nenek dan atuk aku yangmasih hidup dua-dua ada kat sana. Sebab itulah ayah aku buat keputusan untuktinggal kat sana.”

            “Hmm...” toleh Huna ke wajah Julia, “Kenapakau tak cakap kat aku awal-awal. Nanti aku tak bolehlah nak jumpa kau lagi. Akuingat nak cari kerja dengan kau, buat ni ke ape ke? Tak pun aku boleh buatkejutan ke apa ke,” bengang Huna dengan Julia.

            Dengan perlahan, Julia mencapai tangannyake dalam beg tangan, lalu mengeluarkan sebuah kotak aksesori, “Jeng,jeng,jeng! Sebab tu aku belikan kauhadiah, tanda maaf aku dekat kau. Maaf sangat.” Pujuk Julia dengan mengajukwajah comel seperti kucing dalam filem animasi Puss In Boots. “Nah, ambillah, ambillah!”

            Wajah Huna dengan bibir masamlangsung senyum mencapai hadiah tersebut, “ Yelah. Nasib baik ada hadiah. Kalautak, aku campak kau dari tingkap kapal terbang ni.” Ugut manja Huna kepadaJulia. Huna membuka kotak aksesori tersebut dan melihat gelang tangan dengansimbol bunga yang sepertinya pernah dia lihat. “ Wah, cantiknya gelang niJulia! Cantik sangat bunga ni. Aku rasa aku pernah nampak bunga ni, tapi dekatmana ya?” tanya Huna sambil menoleh ke arah Julia.

            “Hmm... Lupalah tu. Ni namanya bungaKesidang.”

            “Bunga apa?”

            “Bunga Kesidang! Kau jangan naktanya aku banyak kali pula. Nak tiru iklan raya lah tu.” Julia menggumam rendahsehingga terlihat giginya penuh mengetap. “ Bunga ni ialah bunga yang kau dapatdulu. Alaaa, mak cik yang datang ke kubu rahsia kita kat ladang getah dulu.Ingat tak?”

            Huna cuba mengingati peristiwa lamaantara dia dan Julia. Jeritan aneh tiba-tiba terngiang-ngiang dalam fikirannya.

            “Wowowowowow!” jerit seorang budaklelaki yang memeluk sebatang kayu dua inci, cuba menakutkan anjing liar di dalamladang getah. Di belakangnya, seorang wanita cantik bertudung mengejar bersama,menjinjing sebakul bunga pelbagai jenis. Anjing liar tersebut tersentak danterus lari dari pandangan. Wanita tersebut ketawa perlahan dengan nafas kepenatan.

            “Kamu berdua okay kan?” tanya Mak cik tersebut kepada Julia dan Huna yang sedangterduduk jatuh di atas tanah. “Tak apa. Anjing tadi dah lari dah. Mak cik halautadi. Bangunlah. Jangan risau, mak cik bukan orang jahat. Tengok ni, mak cikada bunga. Semua cantik-cantik,” ujar mak cik tersebut.

            Julia dan Huna bangun, berdirikemudian menepuk-nepuk seluar mereka yang kotor kerana jatuh di atas tanahtadi. “Terima kasih mak cik sebab tolong kami. Terima kasih juga kat anak makcik,” kata Julia.

            “Tak ada apa-apa lah. Kamu berduabuat apa di sini, petang-petang begini?” tanya mak cik itu.

            “Kami hendak pergi ke kubu rahsiakami. Dekat hujung sana.” Terang Julia sambil menunjukkan pondok kecil denganjari telunjuknya. “Mak cik nak ikut tak?”

            “Boleh juga. Tapi mak cik temansampai ke sana je ya.” Setuju mak ciktersebut, menggenggam tangan anaknya bersama.

            Mereka pun berjalan di dalam ladanggetah bersama, langkah demi langkah.

             “Kubu rahsia kami tu sebenarnya pondok lamaatuk saya masa dia jadi penoreh. Tapi sekarang dah tak ada orang jaga dah. Jadi,kami selalu pergi sana untuk bermain. Biasanya tak ada pun anjing tu.”

            “Berdua?”

            “Eh, taklah! Biasanya ber-enam makcik. Ada Luthfi, Amalina, Zulaika, Adam, Huna dan saya, Julia.” Satu-satu namadisebut dengan jari seperti mengira, berjalan menuju ke pondok kecil itu. “Sekarangmereka sedang sekolah petang darjah dua. Kami tadika lagi. Mak cik pula, buatapa kat sini?”

            “Mak cik datang nak kutip bunga tadikat depan sana. Lepas tu mak cik dengar kamu menjerit, terus mak cik datang.Anak mak cik yang dengar dulu.” Jawab mak cik tersebut dengan anaknya yang tersenyum bangga. “Mak cik terjumpabunga yang jarang tumbuh pada zaman sekarang ni. Nak tahu tak bunga apa?” mesramak cik tersebut, cuba menimbulkan rasa ingin tahu kepada Huna dan Julia yangmasih kecil.

            “Bunga Raya... warna merah jambu?Hahaha...”

            “Ha.Ha.ha.” sindir Huna dengan gelaktidak ikhlasnya. “Mengarutlah kau Julia, mestilah bunga Taik Ayam kan mak cik?”

            “Eeee, kau lagi lah, cakap pasalnajis ayam pula.”

            “Dua-dua salah. Jawapannya ialahbungaaaaa....... Kesidang!” jawab mak cik tersebut sambil menunjukkan bungatersebut di tangan. Anaknya bukan main lagi mengangkat tangan membentuk huruf‘V’, memberi reaksi ‘tada!!!’. Merekamenahan langkah untuk melihat bunga yang unik itu.

            “Bunga Kesidang?!” pelik Julia dan Huna mendengar namabunga tersebut.

            “Bunga Kesidang warnanya putihmelambangkan kesucian. Saiznya kecil saja. Comel macam kamu berdua.”

            Teruja Huna dan Julia mendengarnya.Malu-malu kucing lah orang kata.

            “Cuba hidu! Wangi kan? Baunya seakanbau daun pandan, menggambarkan sikap sentiasa memberi kebahagiaan kepada orangsekeliling. Tapi kalau hidu kali kedua macam bau nasi yang memberi tenaga dankudrat untuk sentiasa kuat. Tengok kat dalam bunga ni. Ada macam biji berasatau nasi kan?” terang mak cik itu sambil mengfokus datum bunga ke mata Hunadan Julia. “Dulu mak cik selalu pakai kat telinga. Ayu saja selalu.”

            Anaknya membuat mata kuyu mengusikibunya tanda tidak bersetuju. Huna dan Julia sangat berminat dengan bungatersebut dan cuba memakainya di telinga. Anak mak cik tadi terus membeliakkanmata melihat kecantikkan Huna dan Julia.

            “Kalau kamu nak, ambillah. Mak cikdah jumpa biji pokok bunga ni. Mak cik nak tanam kat halaman rumah mak cik.Ambillah,” ujar mak cik itu kepada Huna dan Julia mempelawa mereka untukmengambil bunga Kesidang tadi.

            Mereka berdua mengambil sejambakbunga kesidang setiap seorang dan mengucapkan terima kasih kepada mak ciktersebut.

            “Kamu masih kecil dan banyak lagiyang perlu dipelajari, jadilah seperti bunga Kesidang yang suci dan memahamihati orang lain dengan kegembiraan.” Nasihat mak cik tersebut sebelum berjalankeluar dari ladang getah, tersenyum manis kepada Huna dan Julia.

            “Huna! Huna!”

            “Hah? Haah. Aku ingat, aku ingat makcik tu.” Terkejut Huna dari lamunan silam bila dipanggil Julia. “Terima kasihJulia bagi aku gelang ni. Aku janji akan cuba menjadi Bunga Kesidang untuk kaudan orang lain, lagi –lagi bila aku pakai gelang ni. Terima kasih Julia,” ucapHuna lalu memeluk rapat Julia dengan pipi di bahu seraya membisik, “ Aku takakan lupakan kau sister.”

            “Itupun kalau aku jumpa...” Juliaterhenti nafasnya sesaat, “...kalau aku NAK! jumpa kau. Hahaha.” seloroh Julia,membuka dakapan Huna kemudian merenung matanya dengan air mata mengalirmengenang kenangan bersama Huna sejak kecil lagi.

            Huna hanya tersenyum manja,acah-acah merajuk kepada Julia dengan suara yang bergetar hendak menangis.

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.