Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
7,293
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

            LAUK-PAUKpenuh di atas meja hanya tunggu untuk dimakan. Huna yang tidak sabar dudukdi atas kerusi kagum,

            “Wah! Banyaknya lauk Mak Long. Takhabis nanti.”

            “Hah, Mak Long masak untuk kamujuga. Kan lama kamu tak merasa makanan Malaysia. Tu Mak Long masakbanyak-banyak. Biar kamu puas.”

            “Terima kasih Mak Long. Sayang MakLong.” Ucap Huna mencumbu udara dari jauh kepada Mak Longnya yang sedangmenyenduk nasi ke dalam pinggan. “Abang mana Mak Long?” tanya Huna selepasmemusing-musing kepalanya, mencari abangnya tidak turun makan lagi.

            “ Dia pergi masjid dengan Pak Long.Patutnya dah balik dah ni. Nanti sampai lah tu.”

            Bunyi motor berderum di depan rumah.Hentakan tapak kaki Luthfi dan Pak Long berlari memasuki rumah kedengaran danterus muncul di gerbang dapur kepenatan.

            “ Ah, Lupi yang menang. Pak Longkalah. Uwek!” jelir lidah Luthfi ke arah Pak Long.

            “Hei, Pak Long yang sampai dulu kalini. Kamu jangan nak main tipu lagi.” Nafi Pak Long akan kenyataan Luthfi.

            Mak Long yang melihat mencekakpinggangnya dengan wajah marah.

           “Maaf, Mak Long!” bersuara Luthfikemudian cuba menukar topik, “ Wah, sedapnya makanan Mak Long saya masak. Naknasi!” ujar Luthfi dengan nada mengada duduk di atas kerusi sebelah Huna.

            Pak Long berjalan di belakang MakLong, disekeh oleh isterinya dengan bebelannya,

           “Abang ni, dalam rumah pun nakberlari. Runtuh rumah kang susah. Awak tu dah tua jangan liar sangat. Nantijatuh siapa yang susah? Saya juga.”

            “Ya Mak Lon... eh..” kepoh Pak Longmembetulkan panggilan isterinya, “ Yelah Puan.” Camdik Pak Long serayamengenyit mata kirinya ke arah Luthfi yang langsung menahan gelak.

            Mak Long dan Huna yang melihat hanyatersenyum geleng melihat gelagat dua lelaki itu. Kelakuan Pak Long banyakberubah sejak Huna dan Luthfi sudah besar. Sewaktu kecil, Pak Long sangatlahgarang orangnya, tegas dan sukar senyum.

            “Zaappps!, bunyi rotan dihayun.”

            Rotan nipis yang memedihkan pinggulLuthfi dihayun Pak Long.

            “Lupi tak merokok Pak Long. Betul.”Nafi Luthfi dengan menarik hingus bercampur air mata ke dalam hidungnya.

            “Habis tu, rokok siapa dalam begkamu tu? Pak Long siap tanya Tauke Hwa tau. Kamu ada pergi kedai beli rokokkata Tauke. Jangan nak tipu.” Tengking Pak Long sambil menghayun rotannya.

            Luthfi yang kesakitan terduduk kelantai meraung.

            “Pak Long bagi duit bukan untuk kamubeli rokok, Luthfi! Kenapa buat Pak Long macam ni? Hah?” kecewa Pak Long laluberlalu pergi dari situ.

            Mak Long terus datang kepada Luthfiyang sebak, mengangkatnya masuk ke biliknya. Huna yang mendengar dari luarrumah, terjengket-jengket perlahan masuk ke dalam bilik abangnya.

            “Abang okay?” tanya Huna duduk diatas katil.

            Luthfi yang sedang baring, mengelapmata bengkaknya dan pusing ke arah Huna. “Okay saja. Abang kan lelaki.”

            Tenung Huna ke mata abangnya yangsenyum menutup rasa sedihnya. Huna bukan memujuk malah mencubit Luthfi selepasitu, “Yang abang pergi beli rokok tu buat apa? Tak ada kerja lain ke? Haish.”

            “Aduh, aduh, sakit Huna.” Jeritnyakena cubitan Huna yang monyok dengannya. Dia hanya mengukir senyum syukursambil fikirannya berkata,

            “Maafkan abang. Abang tak ada niat nak beli rokok tuHuna. Kalau budak senior tak ugut abang, nak kacau Huna, abang takkan belirokok tu. Tapi demi Huna, walaupun ugutan itu mungkin palsu, abang tetap risauakan ‘amanah ummi’ abang ni. Dan abangtahu, Huna yakin abang tak merokok, kan?”
Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.