“Betul ke tak nak masuk dulu?” Zalida
sekadar berbasa-basi. Kalau boleh, dia memang tidak mahu Harris ada dengannya.
Tanpa Harris, semua pasti akan berjalan dengan lancar. Walaupun mungkin akan
ada halangan kecil, itu lumrah sebelum mengecapi kejayaan. Dia atau sesiapa
sahaja harus mengakui hakikat itu.
“Tak
apalah mummy. Ris dah lambat sangat
ni. Kirim salam kat uncle dengan aunty,” ujar Harris.
“Yalah.
Hati-hati,”pesan Zalida sebelum menutup pintu kereta. Setelah itu, Harris terus
memecut laju keretanya meninggalkan perkarangan rumah mewah milik Tan Sri
Salleh itu.
“Ris tak singgah dulu?” Tanya Puan
Sri Aisyah.
Teguran
yang datang tiba-tiba itu membuatkan Zalida terkejut. Cepat-cepat dia berpaling
ke belakang. “Awak rupanya Aisyah. Terkejut saya.”
Puan
Sri Aisyah tersenyum. “Maaflah buat Ida terkejut. Ingatkan Ida perasan saya ada
kat luar tadi.”
“Tak.
Saya tak perasan. Aisyah dah lama ke kat luar?”
“Baru
je. Lama saya tunggu Ida kat dalam. Tu yang saya tunggu kat luar pula,” jawab
Puan Sri Aisyah.
“Lah
ya ke? Kesian Aisyah. Ris lambat ambil saya kat rumah. Sebab tu tadi dia tak
singgah. Dah lambat nak pergi pejabat. Ni, Salleh ada kat dalam?” Tanya Zalida.
Dia cuma mahu memastikan bahawa Tan Sri Salleh bukanlah halangan kecil itu.
“Ada.
Saya tak bagi dia keluar. Ida kan nak datang. Kebetulan, dia memang tak masuk
pejabat hari ni.”
“Dia
tak sihat ke?”
“Sengaja
buat tak sihat. Ida tahulah abang Salleh tu. Kalau dah rindu dengan budak-budak
berdua tu, macam-macam penyakit datang.”
Zalida
tergelak. Dari dulu, Tan Sri Salleh memang pantang berpisah dengan anak-anaknya.
Biarpun sekejap, ia bagaikan bertahun buat sahabat arwah suaminya itu.
“Eh,
jomlah kita masuk,” ajak Pun Sri Aisyah. Zalida sekadar mengangguk sebelum mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Dan apabila
mereka mahu melangkah ke ruang tamu, muncul Tan Sri Salleh dari dalam perut lif.
“Naik lif lagi Salleh?” Perli
Zalida.
Tan
Sri Salleh tersengih. “Cepat sampai,” jawabnya. Seketika, dia tertinjau-tinjau
ke belakang. “Ris tak ikut sekali?”
“Hari
ni kan kerja. Salleh dah lupa ke?”
Tan
Sri Salleh ketawa. Ya, memang hari ini hari bekerja. Dia sahaja yang cuti.
“Ris
kirim salam kat Salleh dengan Aisyah,” beritahu Zalida kala mereka menuju ke
ruang tamu.
“Waalaikumsalam” jawab Tan Sri Salleh
dan Puan Sri Aisyah serentak.
Setibanya
di ruang tamu, Puan Sri Aisyah terus meminta diri untuk ke dapur. Tan Sri
Salleh pula hanya memerhati sahaja kelibat isterinya itu. Kalau ada pembantu
rumah, tidak perlulah susah-susah ke dapur. Duduk sahaja melayan tetamu. Tapi
isterinya itu tamakkan gelaran! Semuanya mahu di sapu. Orang
gaji, isteri, ibu, sahabat dan macam-macam lagi. Di sebabkan pakej yang lengkap itu maka khidmat orang gaji langsung tidak di perlukan. Tidak lama, dia berkalih pandang pula ke arah Zalida.
“Dah
lama saya tak jumpa Ris,” ujarnya.
“Dua-dua
sibuk. Macam mana nak jumpa?” balas Zalida.
Tan Sri Salleh mengiyakan.
“Nanti senang-senang saya pergi jumpa Ris. Rindu pula dengan dia” “Yalah.
Dia pun rindu dengan Salleh tu agaknya.”
“Tak
kanlah dia rindu saya? Reena kan ada. Asyik berkepit je berdua. Jadi bapa Reena
ni, mana dia ingat dah.”
Zalida
tersenyum. Pantas bayang Harris dan Reena terlayar di ruang matanya. “Suka saya
tengok dia orang berdua tu.”
“Ya
ke? Samalah kita. Kalau dia orang kahwin, mesti dapat anak yang handsome dan
cantik. Cucu kita juga,” seloroh Tan Sri Salleh sambil ketawa besar.
Kahwin?
Hati Zalida tiba-tiba melonjak girang. Bukankah itu satu petanda yang baik? “Jadi
Salleh setujulah kalau kita jodohkan Ris dengan Reena?”
Tan
Sri Salleh mengerutkan dahi sebelum dia membetulkan posisi duduknya. “Eh, saya
bergurau je. Tak payahlah ambil serius.”
Baru Zalida mahu menyambung kata, datang Puan Sri Aisyah kembali ke ruang tamu bersama
dulang di tangan. Air teh di dalam teko di tuang ke dalam cawan bercorak bunga-bunga
kecil. Turut di hidang sepinggan kuih karipap yang masih panas.
“Minum Ida, abang,” pelawa Puan Sri
Aisyah.
“Sebenarnya
saya datang sini memang nak bincang tentang tu Salleh.” Zalida kembali
menyatakan hajatnya.
Puan
Sri Aisyah memandang suaminya dan Zalida silih ganti. “Bincang tentang apa?”
Zalida
menghela nafas sebelum menghembusnya. “Saya berhajat nak jodohkan Ris dengan
Reena.”
“Tapi
saya bergurau je tadi tu Ida. Saya…”
Zalida
memandang wajah Tan Sri Salleh. “Tapi saya tak bergurau. Saya datang sini
memang nak bincang tentang tu. Saya nak dapatkan persetujuan Salleh dan Aisyah.”
“Betul
ke ni Ida?” Soal Puan Sri Aisyah yang baru pulih dari kejutan. Ternyata
pengakuan Zalida di luar jangkaannya.
Kini
wajah Puan Sri Aisyah pula yang di pandang. “Betul Aisyah. Saya memang
maksudkan apa yang saya cakap.”
“Tapi
soal jodoh anak-anak ni saya tak nak masuk campur,” ujar Tan Sri Salleh. Puan
Sri Aisyah pula mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya.
“Saya
tahu Salleh. Saya sendiri pun tak kisah siapa pilihan Ris. Tapi saya betul-betul
berkenan dengan Reena. Saya nak dia orang berdua tu kahwin. Lagipun Ris tak ada
sesiapa sekarang. Saya risau. Takut kalau saya biarkan, sampai tua dia tak kahwin.”
Tersenyum
Puan Sri Aisyah mendengar pengakuan Zalida itu. Setahunya, Harris memang tidak
ada kekasih. Malah tidak pernah ada langsung. Tapi selagi nyawa belum bercerai
dari jasad, selagi itu jodoh tetap ada. Maka usaha itu adalah jalan yang
terbaik. Selebihnya, biar ALLAH yang menentukan.
“Tapi
kenapa tiba-tiba?” Tanya Tan Sri Salleh.
“Saya
dah lama terfikir tentang ni. Tapi tu lah, susah nak cari masa yang sesuai.
Sebagai seorang ibu, saya nak yang terbaik untuk Harris. Dia satu-satunya anak
yang saya ada. Dan saya yakin, Reenalah pilihan terbaik tu. Lagipun saya nak
Ris bantu Salleh sebab rasanya cuma ini cara yang kami mampu untuk balas jasa
Salleh pada kami sekeluarga,” kata zalida
“Saya tak pernah berkira Ida. Arwah
Musa sahabat saya. Memang saya berharap yang Ris akan setuju untuk gantikan
tempat saya sementara tunggu Reena bersedia. Tapi saya tak paksa dia untuk terima.”
Zalida
menggigit bibir. Memang susah bercakap dengan Tan Sri Salleh. Bukankah senang
kalau terus berkata ya sahaja? “Saya tahu. Tapi saya minta tolong sangat supaya
Salleh dan Aisyah pertimbangkan permintaan saya ni.”
Tan
Sri Salleh tergeleng-geleng. “Saya tak boleh bagi keputusan sekarang. Soal kahwin
ni bukan boleh buat main.”
Puan
Sri Aisyah hanya bertindak sebagai pendengar. Apa yang baik bagi Tan Sri
Salleh, maka baik jugalah untuknya. Tapi kalau tidak, pasti tidak juga
jawapannya.
“Salleh ni bercakap macam tak suka
dengan cadangan saya.”
“Bukan
tak suka. Cuma saya tak nak gadaikan kebahagiaan Ris dengan Reena semata-mata
untuk penuhi kemahuan kita.”
“Saya
setuju apa yang abang Salleh cakap tu Ida. Lagipun Ris dan Reena berhak untuk
pilih dengan siapa mereka nak hidup bersama.” Puan Sri Aisyah akhirnya bersuara.
Zalida
terdiam. Makin sakit kepalanya apabila puan sri aisyah bersuara. Tapi dia tidak
akan menyerah. Halangan begini baginya masih boleh di atasi. Yang penting
usahanya mesti lebih. Barulah kejayaan akan datang. “Saya tak minta kita paksa budak-budak
berdua tu. Buat masa sekarang saya cuma nak minta persetujuan Salleh dengan Aisyah
je.”
Tan
Sri Salleh tidak terus menyahut. Dan tidak lama, dia akhirnya memberikan
jawapan yang sangat melegakan Zalida. “Yalah, kami setuju. Tapi kalau Reena tak
setuju dengan cadangan ni, kami tak kan paksa dia.”
Pantas
Zalida tersenyum lebar. Tidak sia-sia dia menebalkan wajah hari ini. lepas sudah
satu halangan. Kini halangan baru pula muncul. Harris! Bagaimana pula mahu
memujuk anaknya itu? Tan Sri Salleh dan Puan Sri Aisyah senanglah. Reena itu
tidak perlu di pujuk rayu. Baru di tanya sama ada setuju atau tidak, mungkin gadis
itu sudah mahu menempah baju pengantin.