Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 53

      “ Layla, you tak mahu pukul bola ke? “ tanya Nabila pada Layla satu pagi di driving range. Mereka ke sana untuk latihan sebelum tournament keesokan harinya.

     “ Eh tak apa, you start dulu Nabila. Besok kan tournament. Saya ni pak pacak saja.”

       “ Apa you cakap? Pak pacak? What is that? Sounds funny!” balas Nabila ketawa geli hati. Layla turut ketawa. Jelas Nabila jarang berbahasa Malaysia. Istilah itu pun bunyi kelakar baginya.

       “ Orang yang berdiri tengok sahaja tak buat apa-apa. Itulah pak pacak.” Jelas Layla. Nabilah ketawa.

Beberapa bulan dulu jangan haraplah dia boleh duduk sama berbual mesra, ketawa bagai seperti itu dengan Nabila. Selalunya sambutan terhadapnya dingin sahaja. Sudah tiga hujung minggu mereka sekeluarga keluar berlatih bermain golf. Pada Layla dia hanya mampu pukul bola di driving range sahaja sedangkan tournament itu memerlukan seseorang yang mantap dari segi skil dan stamina. Oleh itu, yang akan mewakili pertandingan itu ialah Faris, Tan Sri dan adiknya Nabilah. Wafiq pula memang tidak berminat dengan golf. Sepanjang 3 minggu itu dapatlah Layla mengenali Nabila dengan lebih baik. Walaupun nampak sombong tapi Layla buat kesimpulan Nabila hanyalah mahukan perhatian yang tak kunjung tiba dari nenek dan bapanya yang sibuk. Malahan dari abangnya Faris yang jarang dapat berbual dengan baik. Selalunya mereka tidak sefahaman.

Oleh itu kalau boleh Layla akan cuba masukkan Nabila dalam perbualannya bersama Tok Zauyah dan Tan Sri. Layla juga selalu cuba mendekati gadis itu yang tua beberapa tahun darinya itu. Semasa di driving range bila waktu berehat dia akan bawakan minuman untuk Nabila. Dia akan bertanya itu dan ini pada Nabila mengikut mood gadis itu. Ada masa dia akan dapat layanan dingin tapi ada masa elok pula Nabila bercerita dengannya.

Sebenarnya semua itu berubah bila  dia telah terserempak dengan Nabila yang menangis seorang diri di tepi tembok kolam renang sempena majlis harijadi Tan Sri Omar yang lepas. Mula-mula Nabila tidak mahu memberitahu tetapi setelah Layla pujuk-pujuk barulah terhambur semua masalah di dadanya. Rupa-rupanya teman lelakinya Kurt telah tinggalkan dia.

   “ Dia kata dia nak kahwin dengan I tapi dia boleh tinggalkan I?” Can you believe that? ujar Nabilah dari sedu-sedannya. Layla mengusap belakang Nabilah untuk melegakan gadis itu. Layla bukanlah arif sebab dia pun belum pernah ada kekasih. Yang dia ada hanya suami itupun suami yang dia belum kenal hati budi pula. Apa yang Layla boleh nasihatkan ialah mungkin Kurt bukan yang terbaik untuk Nabilah.

Mungkin di luar sana ada orang yang lebih baik. Lama juga Nabilah meluahkan perasaannya pada Layla sehinggakan Faris hairan ke mana isterinya Layla tidak naik-naik ke bilik walaupun jam sudah hampir ke 1 pagi. Dia turun mencari dan ternampak Layla memujuk Nabila di tepi tembok kolam renang.

Melihatkan itu dia tersenyum lalu naik semula ke bilik. Dia tidak mahu mengganggu. Mungkin itulah masanya Layla dan Nabila berbaik antara satu sama lain. Dia juga tersentuh dengan kerelaan Layla menenangkan Nabilah meskipun Nabilah sebelum ini jelas tidak sukakan dia. Hati Faris tersentuh melihat keprihatinan Layla itu.

Disebabkan oleh sikap Layla itu, Nabilah sudah boleh menerima Layla dan mereka menjadi rakan yang baik dalam rumah itu walaupun pada asalnya Nabilah memang tidak sukakan Layla. Banyak juga aktiviti yang mereka lakukan bersama selepas berbaik termasuklah bermain tennis dan swimming. Layla juga mula mengajak Nabilah bersolat di bilik solat bersama Tok Zauyah untuk sesetengah waktu solat bila ada kesempatan.

      “ Nice shot Nabilah!” puji Layla kepada pukulan bola golf Nabilah pagi itu. Nabilah tersenyum. Kalau elok pukulannya bolehlah dia pergi bermain 18 holes sekejap lagi, satu latihan untuk tournament esok.

      “ Oh ye ke? Perlukan lebih lagi dari itu Nabilah. No energy.” tiba-tiba Faris datang ke tempat mereka dan berkata dengan kritis sekali. Layla menjuihkan bibir memandang Nabilah. Nabilah ketawa. Bila dah berkawan itu ada saja isyarat kelakar mereka berdua bila melibatkan Faris. Faris memang suka mengomen. Selalu yang kena Layla. Kali ini giliran Nabilah pula.

      “ Ha apahal ketawa pulak Nabilah? Pukul lembik macam tu jangan haraplah nak birdie, apatah lagi hole in one! Esok kalau abang dapat hadiah jangan jealous ye” tegur Faris lagi pada adiknya itu. Nabilah menjuihkan bibir.

     “ Alah macamlah abang tu boleh dapat hole in one?. Birdie pun belum tentu. Paling best pun bogey je lah. Nak kutuk-kutuk orang pulak.” Sela Nabilah sambil mengejek. Dia ketawa lagi. Layla di situ juga turut ketawa. Tiba-tiba Faris memandang tepat padanya menyebabkan ketawanya tak jadi. Oopss!

    “ Awak ni jadi apa kat sini? Tukang gelak sahaja? Cheerleaders ye? Mentang-mentanglah dia tak perlu main esok. Bukan main suka lagi.” Tegur Faris saja menyakat isterinya itu. Layla buat muka bosan. Hah, dia pula yang kena.

     “ Ish, abang Faris ni suka buli kakak kita. Layla kalau dia buli you, bagi tahu I tau…biar I ajar abang I ni.” Kata Nabilah. Dia telah pun meletakkan clubnya ke dalam beg. Layla mengangguk.

    “ Eleh, geng lah tu konon. Nabilah, jom kita main satu flight 18 holes. Tengok siapa boleh cecah birdie. Ajak Tok dengan ayah sekali. Siapa kalah dia belanja”

     “ Okay, it’s a bet. Kalau I menang, abang kena belanja kami semua makan tengahari.”

    “ Set. Cepat bagi tahu Tok dan ayah.” Katanya menunjuk pada Tok Zauyah dan Tan Sri yang sedang berbual di barisan hadapan selang tiga baris dari mereka. Mereka juga berada di situ untuk latihan memukul bola.

    “ Habis saya macamana? “ Tanya Layla. Apa dia nak buat sementara mereka bermain beberapa jam itu?

    “ Siapa suruh tak pandai main. Penat je saya ajar tapi tak pandai-pandai. Awak ni seronok kena peluk sampai tak boleh pukul bola dengan betul agaknya ye?” Layla menggigit bibir geram. Ada-ada saja Faris. Mukanya merah dan malu bila Faris berkata begitu di hadapan Nabilah. Kalau ye pun tapi-tapislah sikit.

    “ Macamana nak pandai asyik kena marah saja dengan awak. Saya stress tau, terus tak betul nak pegang club tu. Setiap kali ada awak je, pukulan saya berterabur” Jawab Layla membela dirinya.

    “ Face the fact Layla, awak tak diciptakan untuk main golf. Hanya diciptakan untuk jaga saya je.” Ujar Faris tiba-tiba lantas tersengeh nakal. Layla mencebik. Dah mula lah tu.

    “ Dah Layla jangan layan abang saya weird ni. Layla boleh pergi ke café sana minum-minum air dulu atau makan kek ke dulu. Awak ada bawa novel tak? Kalau tak pun boleh lepak kat swimming pool di bawah tu.” cadang Nabilah. Kelab Golf di Holiday Inn Glenmarie itu memang banyak kemudahan. Layla mengangguk. Betul juga. Mujur dia ada bawa novel untuk hilangkan kebosanan.

    “ Weird you say ? Nabila I am not!” ujar Faris tak puas hati.

    “ Yes, you are… a weirdo. Faris is a wierdo!” ejek Nabila pada abangnya itu. Faris geram lalu menarik topi adiknya menyebabkan Nabila mengejar abangnya itu. Layla ketawa kecil melihat kemesraan dua beradik itu. Sesuatu yang dia jarang lihat semasa mula-mula datang dulu.

Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.